Tuesday, October 5, 2010

kenapa saya takde mood bayar ptptn

saya buat loan sebanyak RMxx,000.

pastu selepas saye start keje, saya bayar gak la walaupun tak tetap (ye la org baru start keje mane stabil lagi). ade gak termiss bayar sbb kene utamakan prioriti yg lagi penting (tengok, saye dah tulis tiga perkataan yg redundant - utamakan, prioriti, penting. kalau tulis 'sbb ada prioriti lain' je kan ke senang?).

sekarang bila saya calculate balik, saya berjaya membuat pembayaran balik sebanyak RM3,460. memangle tak sebanyak yg dia suruh bayar, tapi itu je yg saye mampu. kalau nak listkan prioriti lain, baik saya buat paper pastu submit kat ptptn kan? ape barang setakat tulis kat belog je.

saya membayangkan balance utang saya ialah RMxx,000 - RM3,460. dan mungkin bertambah beberapa ringgit utk admin charge etc.

tapi tidak begitu. kerana ada kos pentadbiran yg super mahal.

sekarang balance utang saya ialah RMxx,302.50.
(xx adalah nombor yg sama sepanjang saya buat post ini)

jadi lepas bayar 3 ribu lebih, utang saye tidak berkurang malah bertambah lagi 3 ratus?

agak2 saya ada mood tak nak bayar? memang takde mood, tapi bayar je la slow2.

sekian, timekasih.

ps: kepada pakcik yg pernah marah2 kat radio tahun lepas kata budak2 grad U dah dapat gaji besar pakai ferrari tapi takmo bayar utang tu, saya nak bagitau pakcik, saya pakai kete local je pakcik. kawan2 saya pun ramai yg camtu. kalau yg pakai ferrari tu mmg anak org kaye kot?

p.p.s: ni dah masuk post ke-2 pasal ptptn. ini yg pertama. rasenye pasni aku dah leh create label baru.

update 2011: aku sekarang tak pening pasal ptptn dah. sebab dah buat potongan gaji tiap2 bulan (ada gaya iklan tv tak?). see. kami bukanlah golongan tak sedar diri berhutang tapi takmo bayar. kami suci tau.

14 comments:

Che Kay said...

mungkin setiap bulan kite kena baya ikut amount yang ada dalam perjanjian kita. (kan ada tulis dlm surat perjanjian yang kita kena baya sekian2 amount nye).

ko pernah baya ayat bawah ni tak kat web e-fes ptptn (ala yang nak check balance kita)

"Peminjam yang membuat penyelesaian penuh layak diberi kos pentadbiran 1% bermula 1 Jun 2008, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan."

apalah agaknya? adakah merujuk kepada kita baya ikut amount yang disarankan dlm surat perjanjian?

Che Kay said...

tambahan:
aku check balek balance aku. ada la pengurangan (walaupon pengurangan tu tak sampai 300 hengget).tak de la pulak bertambah. hari tu aku tgk balance sepupu aku, dia pon bayar tapi pengurangan nombor tu tak brapa sangat. ala2 yang di baya bulan2 tu hanya cover utk duit perkhidmatan.

so aku rasa memang kena ikut jadual yang ptptn sarankan.

satu lagi kenapa kos pentadbiran ko mahal sangat ke? macam aku tiap2 bulan kena kos pentadbiran tak sampai 50 hengget. (kalau sepupu aku kos pentadbiran dia 200 hengget sebab loan dia lagi besar. dia study kat swasta).

erm sekarang pon aku dah kurang2 aktiviti sosial utk baya ptptn. Wayang pon dah limitkan...(kalau tak tiap2 minggu), majalah pon beli satu (kalau tak tiap-tiap bulan 4-5 majalah). Hujung minggu pon lebih rajin dok rumah. huhu

(terus aku terbayangkan ko apelah yang nak dikurangkan ye, dengan anak ko lagi. huhuhu)

Kazaztan Team said...

kos belajo dah mcm kos beli umah banglow di tanah lot...ehehhe

suez said...

che kay:
ye memang kene ikut amount yg dia suruh. tapi kalo dah byk prioriti lain, kdg2 kene gak tinggalkan.

pasal ayat kat e-fes tu, aku memang tau. kalo nak tukar, kene buat perjanjian baru. sebelum wat perjanjian baru, kene clearkan tunggakan dulu. yg last sekali tu yg aku belum buat? kalo ko takde tunggakan, silalah isi borang tu.

aku nyer kos pentadbiran pun hampir RM50 gak. pada ko tu sikit ker? omg ko sgt baik hati, tulus suci gitu.

tapi org kate kos pentadbiran akan berkurang beberapa puluh sen setiap bulan kalau kita ada buat pembayaran. aku awal2 dulu ade gak turun sikit, tapi sejak 2-3 tahun lepas, statik je? nanti kene tanye kat diorang ni.

kaykay, aktiviti sosial aku wayang setahun sekali jek. magazine pun beberapa kali je, bergantung kepada content.

kazaztan:
kalo beli umah dapat gak naik value kan?

bb7ady said...

sue, PTPTN dalam proses untuk menawarkan pertukaran pinjaman (3%) kepada pembiayaan pendidikan ujrah (1%) secara berperingkat. Rujuk kat wsite dia, ada hilite kaler kuning tu.
http://www.ptptn.gov.my/web/guest/anjung

Che Kay said...

hahahahhahaha sue aku tak tau nak kata. nak golek dah.

(aku kata rm50 hengget tu sket sebab aku banding dengan charge yang sepupu aku kena 200 hengget. hehehehe)

Che Kay said...

yang tunggakkan tu kan ape maksud dia? aku blur2 sket.

che-mie said...

nak buat lagu mana...

depa temasuk pakcik2 tu bukan paham..

biaq pi la

suez said...

nina:
a'ah tapi kene setelkan tunggakan dulu. hmmmm....

che kay:
ko nak golek ape?
tunggakan tu maksudnye total monthly yg sepatutnye bayar tapi tak bayar.contohnye total utang ialah 20k. dari 2006-2010 ko patut dah bayar 10k tapi ko baru bayar 6k je. so lagi 4k tu tunggakan.

che mie (hi!):
sib baik korang paham kan....

suya said...

aku pon takde mood nak bayo...aku rase makin bertambah adelah ..sbb aku tak amik pot pon bape banyak aku pinjam...rase banyakkkkk gila mcmane nak pakai ferari pacik?au bayo je selo2...taktau ah kan smpi 100 tahun habis ke tak...

eh btw hai sue!i miss yuh!

suez said...

suya:
ko leh check online berapa ko dah bayor. tetibe aritu rajin lak aku nak calculate balik. rupenye dah 3k tapi tak berkurang utang total.

suya, i mish u tuh. bilenye nak jumpe niii...?

Che Kay said...

hi suya!~~~ hehehe

suya said...

hi kk!i miss u jugak

haah sue jom jumpa!

suya said...

hi kk!i miss u jugak

haah sue jom jumpa!

Related Posts with Thumbnails