Thursday, March 14, 2013

siapa bunuh syukur

petikan dari tulisan fynn jamal:

kadang2 tengok orang yang hidup tak usaha, tak susah payah, tak berterik nyawa, tak berperah darah dapat hidup senang dan mudah--
rasa macam tak adil.

ye lah.
kita macam nak mampus keluar pagi balik petang,
dah buat SEMUA benda dalam buku teks dalam chapter "mahu berjaya dalam hidup"--
rajin, cekal, tekun, berusaha--
SEMUA--
masih rasa malang.

rasa iri.
benci.
busuk hati.

kenapa dia?
KENAPA tidak kita?

kemudian kita pergi cermin.
tengok setiap inci muka kita.
lalu cakap--
"kesian kau".

*pause*
selalu, kan?
:)

sekarang.
alang2 sedang tengok cermin.
kira.
ada berapa hidung? satu?
ada berapa mata? dua?
ada berapa telinga? dua?
ada berapa mulut? satu?
ada berapa dagu? satu?

aku boleh listkan lebih seratus benda yang CUKUP kat bahagian muka sahaja.

mari jadi orang bersyukur.

kalau kita tiba2 terlupa bagaimana--
ingatlah--
PASTI ada orang yang lebih susah dari kita.

ustaz kazim pernah cakap--
kalau kita hendak memperbagus diri dalam perihal dunia--
selalulah membandingkan diri dengan orang kurang rezekinya berbanding kita dalam dunia.

kita bising kereta kita buruk.
nasib baik.
ada orang naik motor.
kita bising motor pancit selalu.
nasib baik.
ada orang naik rapidkl.
kita bising rapidkl asyik rosak.
nasib baik.
ada orang naik basikal.
kita bising basikal penat.
nasib baik.
ada orang jalan kaki.
kita bising kaki bengkok.
nasib baik.
ada orang kaki kena potong sebab diabetes.
kita bising kaki dah tak ada.
nasib baik.
ada orang dah meninggal dah pun.

jangan suka membandingkan diri kita dengan orang yang lebih hebat dari kita dalam dunia.
kita takkan belajar puas.

unstaz kazim cakap lagi--
kalau kita hendak memperbagus diri dalam perihal agama--
selalulah membandingkan diri dengan orang yang lebih tinggi berbanding kita agamanya.

sayangnya, kita semua selalu terbalik.
bab dunia, kita bandingkan diri kita dengan yang lebih megah.
bab akhirat, kita bandingkan diri dengan yang lebih parah.

contoh.
aku baca quran seminggu sekali.
ok la dari dia.
baca quran sekali setahun je. masa ramadhan.

aku baca quran sekali setahun je. masa ramadhan.
ok la dari dia.
baca quran pun tak pernah. muqadam pun tak habis.

aku baca quran pun tak pernah. muqadam pun tak habis.
ok la dari dia.
dia langsung tak kenal huruf jawi.

hahaha.
kita ini manusia pelupa, kan?
:)

sorry, rabbi.
kami cuba tak buat lagi.

selamat selasa.
dan syukurnya!
kita masih ada nyawa.


yep fynn. betul sangat2. kita kena bersyukur. 

tapi dalam dok syukur ni. ada satu pembunuh bersiri yg kerjanya membunuh rasa syukur tu.

contoh 1:
Puan V dan Encik M (bukan pangkal nama sebenar). dah kawen 5 tahun tapi belum rezeki nak ada baby. 
mereka bersyukur. at least marriage life mereka bahagia. 
tapi dalam dok bersyukur, ada plak golongan2 yang hari2 dok perli "bila ko ni nak ada baby ni?", "huh, korang ni tak pandai kot?", "ha tengok anak makcik, baru kawen setahun dah dpt dua baby. ko ada?". 
boleh rasa tak yg walaupun Puan V dan Encik M ni bersyukur tapi mula la rasa macam nak ilang rasa bersyukur tu?

contoh 2: 
Encik Q (bukan pangkal nama sebenar juga). dah keje 10 tahun. gaji boleh tahan besar. masih bujang. kenderaan yg ada cuma motor kapcai cabuk je. duit gaji banyak dihabiskan untuk tanggung adik-adik yg masih belajar kat kampung.
dia bersyukur. at least dia masih ada kerja. masih ada transport nak pegi keje. tak payah nak bersesak2 naik rapid kl. 
tapi dalam dok bersyukur, hari2 dia kena panas telinga dengan kawan2 dok perli "ko ni camana nak tekel awek, kete pun takde", "ko ni kedekut sangat kot, gaji besar buat simpan peti besi je", ataupun lebih kejam lagi, siap tukar tajuk dalam group whatsapp dengan topik 'kenapa En. Q tak beli2 kereta' pastu bantai gelak ramai2.
boleh rasa tak yg walaupun asalnya Encik Q ni bersyukur tapi mula la rasa macam nak ilang rasa bersyukur tu?

dua case je lah aku bagi kat sini. byk lagi kes2 lain, contoh ayat "ko ni sampai bila nak pakai handphone zaman purba ni, orang sekarang paling koman pun smartphone samseng tau" ataupun "tukarlah handbag tu, buruk sangat aku tengok". tapi kalau "ko ni mengaji quran sebulan sekali je ke? bawak2 la mengaji seminggu sekali" jarang pulak dengar kan? kalau ada, bagus jugak.

lain la kalau sambil ko cakap tu, ko hulur cash dalam beberapa ribu ringgit utk dia spend beli benda2 yg ko suruh tu. macamla dia takleh fikir sendiri kan? maksudnya dia tak mampu la tu. kalau dia mampu, mesti dia pun dah ada semua. takyah tolong ajar pun takpe.

kepada pembunuh2 bersiri seperti ni, ye kite faham kadang2 itu cuma ayat2 ice breaker sahaja. takde niat pun nak sakitkan hati. tapi dalam dok ice breaking, rupe2nya orang tu menangis dalam ati.

peringatan ni utk aku sendiri jugak. kadang2 aku pun tertanya soalan2 camtu, kdg2 dalam gurau. tapi sekarang dah sedar sikit n dah kurangkan or takdekan langsung. contoh utk yg contoh no 1 tadi tu. tolonglah haramkan soalan 'bila nak ada baby tu' pada pasangan yg belum ada anak tak kisahlah dia baru kawen sebulan ataupun 10 tahun. sbb aku dulu pun 2 bulan je kot merasa belum ada baby tapi dia punya tension bila org bertanya tu memang hebat. so aku yg 2 bulan saje ni pun dah cukup tension, inikan plak yg 2 tahun atau 12 tahun. so takyahlah sebok2 tanya ye. itu kan rezeki dari tuhan.

mari mencari ice breaker lain, contoh: "jom mengaji?", atau "eh hari tu ko sedekah bagi cheque besar2 masuk paper kan, apekata kali ni ko senyap2 je sedekah kat mebeng2u?" (eh takyahla. ni macam kasar jugak). tapi kena hati-hati jugak, kang kene cop serbanista plak. hurm..

1 comment:

Soulie said...

love this entry! stuju ngan fyn jamal and stuju jugak pasal pembunuh bersiri. mmmm have to be more creative biler nak bukak topic ice breaker

Related Posts with Thumbnails