Monday, May 25, 2009

telefon rosak

pernah main game 'telefon rosak'?

game ni biasenye dimainkan dlm aktiviti team building, atau ape saje aktiviti berkumpulan.

tak pernah main? game dia cani, semua team members duduk dalam satu line ke, satu bulatan ke, tak kesah la, asalkan boleh bercakap dari sorang member ke sorang member lain. fasilitator akan bagi org first tu baca satu skrip yg panjang, pastu org first tu kene hafal, pastu pass info tu kepada kawan dia verbally. proses yg same jugak lepas tu sampaila ke orang yg last sekali.

sepanjang hidup aku la, tiap kali main game ni, bile sampai kat orang last sekali aje, mesti info tu dah jadik lain. (macam la byk sgt kali main, baru 2 kali je seingat aku).

1st time main, darjah 5. cikgu kasi ayat pendek je. budak2 kan.

ayat sebenar: "si badang anak dagang, dia suka makan ikan parang dan pisang".

ayat dari org last sekali: "si badang makan ikan, dia rasa ikan macam pisang".

2nd time main, baru 2-3 ari lepas (tu pasal aku rasa nak cerita skrg):

ayat sebenar: "katak ketip kuku kakinya. kawan karib katak, kodok, bertanya, "kenapa kau ketip kuku kaki kau? katak menjawab (bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla..... panjang gile aku tak ingat...)

group kitorg sebelum ni asik corot je bile bab aktiviti2 sebelum ni. biasela hero kalah dulu. tapi akhirnye kat game telefon rosak ni baru la menang.

ade satu group lain punye jawapan: "katak potong kuku kakinya ......." (tetibe 'ketip' sudah tukar jadi 'potong')

satu group lain plak: "katak ketip kuku kodok ........" (wah romantik sungguh diorg nih)

nak tau tips nak menang? senang aje. org yg first hafal ayat tu toksah hafal semua ayat. amik sikit je pastu pastikan betul.

jwp kitorg: katak ketip kuku kakinya. kawan baik katak, kodok, bertanya, "kenapa katak ketip kuku kakinya? (hafal pendek pun jadi lain sudah).


satu contoh macam telefon rosak. klik gambar utk imej lebih jelas. tapi ni bukan verbally.

2 comments:

@tune® said...

telefon rosak nih besh..tp kalau dalam keje...mmg xbesh kalau salah info..
mau mati rasenye

chucky said...

hahha,aku main paling kerap time lps PMR.
bapak kelako

Related Posts with Thumbnails