Friday, January 30, 2009

100th entry

sempena dengan entry yg ke-100, aku hadiahkan 100 facts mengarut utk korang bace sampai muntah. padan muke korang. muahahaha. taknak bace pun takpe. buang mase je bace.

1. aku lahir kat hospital besar kl. tapi bile aku dah umur 20-an baru aku tau kat mane location hospital tu. oo skrg dah takde nama 'besar' kat hospital tu.

2. masalah aku mase kecik dulu ialah nak sebut huruf 'R'. patutla tak dpt jadik pengacara 3R.

3. baju first yg aku pakai mase first day pegi kelas mengaji muqaddam darjah 1 dulu ialah baju kurung cotton bunge2 warna kuning.

4. dulu2 mase kecik, baju budak2 pade waktu malam ialah baju melayu & baju kurung.

5. aku da kenal ayahsyamiel selama dekat 10 taun. tapi kami masing2 tak ingat bilekah kali pertama kami bertemu.

6. selain nama betul, kawan2 ayahsyamiel juge memanggilnye jb.

7. jb boleh gelak bunyi sebijik cam jj hitz punye gelak besar.

8. aku takde nickname lain selain nama betul dan singkatan nama betul. bowing.

9. kalau drive sorang2, aku suke nyanyi kuat2. lantakla org kat kete sebelah nak kate ape.

10. makanan yg mengandungi garlic sangat menarik minat aku.

11. dan juge yg ade black pepper.

12. semua budak2 80-an mesti suke lagu 'beat it' maikel jeksen. sile jgn tak ngaku.

13. rancangan tv wajib tonton kalau cuti pada weekdays ialah ellen degeneres show.

14. kenape ellen takde mase weekends?

15. aku ialah seorang yg akan makan sampai licin pinggan tak kirela sedap ke tak. tengah ade selera makan ke tak. biasenye berselera aje.

16. aku ialah seorg yg pakai seat belt punye orang.

17. tapi aku tak suke pakai seat belt kat seat belakang. tapi terpakse gak la kan. nanti kene saman.

18. tajuk feveret matematik darjah 6 ialah Purata.

19. aku + subjek kimia = takde kimia. walaupun en yamin yg ajar subjek tu mase metrik, aku tetap tak minat kimia. hehe....

20. aku ingatkan dr. mahathir akan pakai no. registration kereta WAW2020 rupenye tak.

21. kadang2 aku juge menjadi tipikal malaysian yg suke tengok realiti tv. hehe....

22. dalam semua realiti tv kat mesia ni, ade dua org yg aku tunggu2 nak tengok performance diorg tiap2 minggu, iaitu faizal tahir & nabil raja lawak 2.

23. tapi mengapakah nabil berlakon cerita director perasan prof tp kualiti cerita cam #!#~^@! itu?

24. aku suke cakap "betul betul betul..." sebelum upin & ipin ckp camtu.

25. aku bukan bawak tisu dalam henbeg punya orang.

26. tapi bila dah ade baby ni, tisu, baby wipes, diaper semue boleh bwk masuk henbeg.

27. dulu aku suke friendster.

28. skrg aku lagi selalu bukak facebook.

29. tapi aku cume masuk myspace aku dalam 2-3 kali aje kot. paswed pun dah tak ingat.

30. ok. myspace utk budak skolah, friendster utk budak u, facebook utk org tua?

31. aku dah tua?

32. taklah. anak sedare aku kicik2 pun layan facebook.

33. aku minat david beckham sebelum dia start femes. tapi rupenye lepas2 tu semue org suke dia. boringlah.

34. beckham pernah pakai jersey salah eja nama dia 'BECKAM' . haha. mase tu dia mude lagi dan belum berkuasa. mesti tak berani nak marah org yg buat baju dia.

35. hanya dawai kokot brand max aje yg boleh menyetaple dengan baik. dawai kokot brand lain nak staple 7-8 helai kertas aje pun dah boleh lembik.

36. stapler max pun bagus juge.

37. aku suke minum air suam.

38. tapi org suke cakap order air suam sbb nak jage suara.

39. lately, aku mempunyai perangai suke pegi warehouse sale tapi beli tahpape. ataupun menghabiskan duit minyak semata2 nak pegi tengok tapi tak beli ape2. tapi ade gak yg beli barang best.

40. zaman metrik adalah zaman belajar paling best.

41. karen wong adelah kawan skolah rendah yg suke bagi hadiah.

42. ape saje makanan yg ade almond, aku suke.

43. ok aku masih tak faham sepenuhnye macamane nak kira dalam setahun ade 365 1/4 hari.

44. kesian zati, dia lahir 29 februari, mesti lagi susah nak faham.

45. aku tak suke jika budak kecik tanye soalan yg aku taktau nak jawab.

46. semua soalan pun aku tak suke.

47. aku tak suke lipat baju.

48. aku suke tido waktu hujan lebat.

49. driving ketika mengantuk sangat susah dan bahaye.

50. aku suke coklat.

51. aku tak suke siti. bukan sebab jeles tapi sebab dia poyo.

52. aku tidak dilahirkan utk bermain boling.

53. saye tak perlukan gps sbb ade ayahsyamiel. dia adelah gps saye.

54. ayahsyamiel pun mcm gps jugak kene update map . so kalau ade hiway baru bukak, kitorg kene pegi keluar tgh2 malam2 utk ayahsyamiel download jalan baru tu.

55. tapi henfon saye perlu ade kredit utk mengekol gps saye sekirenye saye memandu bersendirian.

56. dulu2 aku eager sangat nak naik kapatebang tapi skrg dah tak bape suke naik kapatebang sbb macam takot. huhu.

57. selase lepas gas kat umah abis.

58. bile gas abis, kitorg kol pasar mini husin suh dtg hantar gas.

59. selepas bagi alamat umah bagai, husin tu tanye lak boleh hantar gas kecik tak sbb yg besar da abes. kitorg ok aje. pastu? dia masih belum sampai sampai skrg. dapur dah lame tak berasap.

60. lapar la.

61. kalau kurt cobain tak bunuh diri, cemane agaknye nirvana skrg ek?

62. mungkin foo fighters tak wujud jika kurt cobain masih hidup.

63. kat opis ni ade sorang budak baru masuk.

64. budak baru tu org penang.

65. aku tak reti bace komik.

66. mase umur 10 tahun, aku dah jadik auntie kepada amirul.

67. aku berazam nak buli amirul seperti mana aku dibuli abang dan kakak, tapi nampaknye amirul pun buli aku juge.

68. hahaha skrg syamiel pulak buli amirul. karma.

69. aku tak reti tengok drama korea dan yg seangkatan dgnnye.

70. aku tak pernah isap rokok. dan tak suke berada di tepi org yg isap rokok.

71. aku sgt layan the beatles.

72. hopefully dapat berjalan ke kampung the beatles di liverpool.

73. mesti ayahsyamiel pun suke kalo dapat gi liverpool kan? ;)

74. aku pernah gi tengok wayang cite planet of the apes bersama suya, ayahsyamiel, hazly, buah, shameer dll (kaykay aku tak sure ko ade ke tak) tapi aku dan suya kuar dari wayang sbb cerita tu bosan nak mampus pastu gi window shopping lepas puas window shopping pastu masuk balik tengok cite tu smpi abes.

75. sian ayahsyamiel terpakse tengok cite planet of the apes tu. rupenye dia pun bosan. kitorg ingatkan semua lelaki layan cerita tu so kitorg tak ajak dia. hehehe....

76. salah seorang dari apes dalam cite planet of the apes tu mcm muke janet jackson.

77. semua bengang ngan hazly sbb ajak tengok cite planet of the apes. huhu.

78. hazly janji nak bagi robot transformers kat syamiel.

79. aku taktau nak pegi reunion cbn 7 februari ni ke tak.

80. kenapa location reunion itu di tadika fatima? aku tidak bertadika di situ ok.

81. aku tak pernah masuk tadika tapi masuk darjah 1 aku periksa dapat no. 2. yg dapat no.1 ialah anak guru kelas. ok ini cerita berlagak. sile muntah.

82. aku tak pernah camping kat dlm hutan. setakat campfire dalam sekolah aje.

83. aritu macam minat nak tengok camp rock tapi skrg mcm dah tak jadi.

84. adekah aku terlalu tua utk minat the jonas brothers?

85. cite cj7 adelah bosan. sib baik tak tengok wayang. baru aje tengok cite tu kat tv mase cny.

86. aku suke programming tapi bila dah stucked aku dah tak suke. biasenye kenah atau kerk akan jadi mangsa utk aku bertanye apebile program aku tak jalan.

87. kali pertama aku fail sesuatu paper adalah paper add math mase form 4. mase tu rase cam tak dpt terima hakikat tapi lepas tu dah lali dah - fail addmath is nothing.

88. mase metrik ade 3 semester. aku merase dapat 1 pointer, 2 pointer dan 3 pointer. macam sengaje buat2 kan? hehe metrik kan zaman main2.

89. aku suke tengok adik muhammad baca quran dalam citer mari bertarannum. adik thaqif pun aku suke jugak.

90. aku hanye reti memasak bende2 simple dimple.

91. syamiel pakai beg simple dimple. cam beg lara croft. sile beli.

92. ramai ingat beg syamiel adalah beg laptop.

93. dulu2 aku tukar spek baru almost every year. tapi spek kaler pepel yg skrg ni dah 2 taun lebih aku pakai tapi ok lagi. tapi aku rase dah kene tukar power lain plak sbb mata aku nyer power sudah up.

94. astro tak patut siarkan episode yg dah basi. contohnye citer2 kat 8tv lebih dulu keluar pastu baru nak kuar kat star world.

95. dah la bayar astro memahal tapi tengok 8tv nyer cerita lagi baru.

96. sape2 org kaya di luar sana sila bukak company competitor astro. jgn bagi astro monopoly mesia ni. nanti blehla diorg fight bagi harga terendah. kita yg menang kan?

97. nombo celcom yg aku pakai skrg adalah nombor pertama yg aku beli mase harga simpack dia seratus lebih. aku masih setia ngan nombor ni. pernah pakai 2nd number tapi sekejap je.

98. aku dan ayahsyamiel adalah rakyat mesia yg sanggup renew MyKad mase mule2 MyKad diperkenalkan dulu. sanggup bayar rm20 sbb mase tu belum ada promotion free lagi. tapi kitorg tak dpt byk facilities dlm kad tu? patut ke tak patut?

99. aku suke stadi last minit.

100. 'ok sekian time kasih' adalah bukan fact. tapi sekarang saye telah meletakkan satu fact ke dalam nombo 100.

12 comments:

Anonymous said...

1. Rajinnya pk 100 points
2. ade yg same ler...(I'm not alone..hahahhahah)
3. Sambil komen..sambil kupas rambutan utk si kecik
4. nnt prepare lah utk n3 ke 1000 yer..

Che Kay said...

Fakta ke-5: Hahaha. saya sungguh kasihankan anda. agak-agaknya apakah sebab anda tidak dapat ingat detik itu? walau apa pun, semuanya terjadi di kolej yang sudah bankrup itu kan!

Fakta ke-6: nama itu tercipta semua gara-gara ada lagi seorang makhluk yang sama nama dgn dia di apartment 7. agak-agaknya di manakah Tawau sekarang? adakah anda ingin mencuba membuat panggilan tidak dijawab kepada dia?

Fakta ke-12: Maafkan saya. saya lebih sukakan black or white. alasan saya, ketika ini dia lebih canteq dari dulu. hehehe

Fakta ke-13: saya lebih berminat kepada MakCik Oprah!

Fakta ke-24: Ya, saya setuju dengan anda. Saya masih ingat gaya anda yang sukakan kata-kata itu.

Fakta ke-27: Sebelum fenster, kita semua berkumpul bersama-sama di circle99. Jika tidak silap saya, inilah post anda yang terakhir di kumpulan itu. " wei...apesal boring je kat sini? jom aa havockan circle kite nie.... swanazainal 21Jun2004 9:22 am".

Fakta ke-33: Ya, saya masih ingat akan obsesi anda pada figura itu. saya juga masih ingatkan semangat anda dan yus menceritakan minat anda pada figura itu serta dunia bola.

Fakta ke-39: Di manakah terletaknya gudang itu?

Fakta ke-40: Saya sokong!

Fakta ke-74: Sesungguhnya saya tidak terlibat dalam aktiviti anda itu. Saya hanya berpeluang menonton filem itu pada tahun lepas ketika disiarkan di saluran HBO.

Fakta ke-84: Wah! kita mempunyai dilema yang sama tetapi berlainan artis. Saya sungguh sukakan Miley Cyrus.

Sekian sahaja ulasan saya. :)

suya said...

pehh aku terbahak bahak tang planet of the apes itu..kahkahkahkah

oh ya..hapi 100 entry bebeh

helomynameisjaye said...

haishh.comel je sue.100 wo-hoo.erk.ibubapa juga melayan HSM.so ape sgt la jonas bros.hihi

mamadhea said...

wahhh...gile rajin ko sue....aku tak terabis baca..tp atleast aku baca tanda semangat utk ko yg rajin nk create 100th entry....dan akan create utk 1000th plak.....

bb7ady said...

hik hik. akhirnye khatam gak aku bace n3 ni smpai abes. gila pjg.

chucky said...

nk nanges aku bace entry ni

hariszainon said...

Yo... 'ok sekian time kasih' mana bole kira facts.

Beckham mmg rock. Aku xtau kenapa ramai yg xsuka Beckham?

Fadzli said...

kekay...name tawau tak same la ngan name aku.. name tawau fazwan kot kalo tak silap aku...

jellynajal said...

penat...

suez said...

mamanabilahs:
1. bukan kene pikir sgt pun. fact2 mengarut aje.
2. tang mane yg same tu?
3. isy...abes keyboard basah kene rambutan.
4. tengoklah.

kaykay:
5. itulah pasal. hihi.
6. haha anda kurang tepat di situ. nama asben saye tak sama ngan nama tawau. nama anda yg sama dgn buah. :P
tidak, saye tidak berminat utk membuat panggilan kepada tawau.
12. saye maksudkan ketika kite kecik2 baru nak belajar cakap tapi dah pandai nyanyi beat it. maksud beat it pun taktau ape. black or white pun saye suke tapi mase tu dah darjah 6.
13. oprah macam muke ayu oiam.
24. betul betul betul. ade kawan saye yg lain pun ckp camtu.
27. sebelum circle99, kita pakai ecircles <- ini paling best! (pergh siap copy post aku tu. gile rajin.)
33. saye pon masih ingat. beckham pun tentu ingat.
39. www.shoppingnsales.com.my
40. yeay!
74. anda bernasib baik sbb tak join.
84. wah kite masih budak2 kan?

suya:
aku pon same. camane tah boleh ingat balik.
tengs bebeh! rase terharu plak. :P

belacan:
huhu ibubapa sape melayan HSM? tapi konfem mraz jauh lebih hebak dari jonas.

roha:
haha saje nak nyusahkan ko. timakasih. apsal sumer org besemangat suh aku buat entry ke-1000 nih?

bb7ady:
haha tahniah. sila buat kenduri pulut kuning lepas khatam.

caki:
kalo rase sedih, nangis je. ok apa nangis sbb bace entry panjang berbanding nangis tengok hindustan (sambil kenyit kat atun. hehe)

hariszainon:
ok aku betulkan.
beckham mmg rocks dgn free kick nyer yg hebat.
ramai tak suke dia sbb suare dia kelakar kot. dan sebab berkawen dgn anorexia(betul ke eja?).

fadzli:
a'ah nama dia mohd fadzwan bin jaafar. kot?

jellyna:
sian ko. aku pun tgh nyesal tulis entry panjang2 tuh sbb skrg nak reply comment pun penat.

jellynajal said...

lawak lak baca komen ko pasal beckham, mmg sore dia kelakar & memang bini dia anorexia nervosa, ekeke

Related Posts with Thumbnails