Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Thursday, May 16, 2013

birthday partiess

bila ramai kawan2 yg anak dah besor2, ramailah yg jemput ke birthday party anak masing2. seperti biasa, kami yang pantang dijemput akan pegi kalau takde hal lain.

tapi nampaknye syamiel yg paling enjoy birthday parties, sebab dia dapat main games & dapat hadiah. eh ni besday sape sebenanye nih? haha.

case 1:
birthday anak usop (opismate)
bangi
oct 2011 (bapak lamaaa. amik setahun setengah utk aku update blog psl ni. haha)
tema: pink + white

selamat syamiel ada baju pink. tapi bukan kami belikan. baju wakaf dari abang aku. baju anak dia. setakat ni aku tak pernah lagi belikan baju pink utk my boys. haha.


tengah pelik tengok minnie mouse jantan. hahah.



first time main musical chair. top 2. haha (dengan bantuan minnie mouse)



game lambung belon berisi air plak. yang ni syamiel menang.

case 2:
birthday anak2 dr. aisya (schoolmate CBN)
alam impian, shah alam
mei 2013
tema: construction site (tapi guests tak diberitahu. tuan rumah je pakai pakaian construction)

game 1: tiup belon sampai pecah. syamiel menang. masa ni syamiel dah berjaya pecahkan belon.


dapat adiah dari auntie dr aisya



teruja sungguh budak berdua nih



game 2: tiup gula2 dalam tepung (ayah dan anak). sila tengok ayah yg baju kotak2 tu. agak kejam paksa anak dia je yg tiup tepung. haha.


syamiel...tak perlulah buat peace sign dalam semua gambar....


game 3: balut mumia.




musical chair. kali ni syamiel dah pandai sikit main. tapi ada budak lain yg lebih pandai main.


bersama hadiah2 yg dimenangi. kat tangan kanan syamiel tu plastik sampah. bukan hadiah ye. ramai yg konfius tengok gambar ni. hehe.


kpd yg menjemput, thanks guys!

Tuesday, April 2, 2013

patriotism

kali terakhir mama pegi tugu negara adalah pada tahun 1987 kot?

selepas 26 tahun baru tergerak nak datang sini balik, bersama tiga orang yg first time datang tugu negara. ;-)



apples of our eyes


dengan tugu




bersungguh dia suruh amik gambaq dia kat sini



errr...visit tugu negara tapi pakai t-shirt singapore? maafkan kami, excited pakai t-shirt baru.



tiba2 this lady from china datang dekat syazwan n pegang2 syazwan. pastu kuarkan kamera n amik gambar syazwan. pastu mintak tolong amikkan gambar dia dgn syazwan. mama layankan ajelahh.



mebi dia geram sbb syazwan suka buat gaya gini



yg ni group yg lain plak sibuk nak bergambar ngan diorang. pun visitor from china gak. errr tourism malaysia nak lantik budak berdua ni jadi duta tourism tak? boleh kaya nih.



lusanya, istana negara pulak.




huhu

bercakap psl tugu negara n patriotism tadi, teringat pada hero-hero negara di lahad datu. al-fatihah.

Tuesday, February 26, 2013

Universal Studios Singapore 2013

kepenatan pegi legoland belum habis lagi (baru 3 minggu lebih), kami turun selatan lagi. kali ni ke seberang tambak johor plak...universal studios singapore!

asalnya plan nak pegi sejak syazwan belum lahir lagi. tapi tak jadi pegi, tunggu syazwan lahir dululah. lepas syazwan dah lahir, tunggu syazwan besar sikitlah. so ni syazwan dah besar sikit, baik cepat2 pegi. lagipun sikit lagi passport syamiel dah nak expired.

kami bertolak selepas ofis hour hari jumaat, sebab encik jebi keje. so aku yg cuti ni kenelah sorang2 bawak syazwan pegi imigresen utk buat passport si kecik tu. gile lasminit, arini nak travel, arini baru nak wat passport. huhu...

mmg plan lasminit gile. kami decide nak pegi pun pada hari isnin (4 ari sebelum bertolak). baru nak beli tiket online bagai. baru nak booking hotel bagai. last2 disebabkan malas nak pening (sbb lasminit kan), maka kami contact saja travel agent mintak dia setelkan semua.

kami guna service AF Travel Sdn. Bhd.. hari isnin baru email dia. selepas berbalas2 email, hari selasa petang baru setel payment. pakej inclusive of 2 malam kat holiday inn johor bahru (nama baru: mutiara hotel) + bus pegi balik ke USS + tiket USS.

pagi jumaat pegi imigresen, biasanya pasport siap dalam 1 jam jek. tapi aritu ada problem printing lak katanya, boleh sampai 3 jam lebih. cuak gak kalau tak dpt passport syazwan, kang terus kensel semua plan. alhamdulillah pasport syazwan berjaya siap ari yg sama, so after ofis hour terus gerak ke jb. tengah malam baru sampai.



rupa bilik


budak yg excited dapat naik bas



menengok selat johor dari tambak johor



dah nampak far far away



dah masuk sentosa island



haha



hihi



baru lepas masuk Lights Camera Action. suka!




ramainye org kat nuyok nih



ramai tanya kat mana kami beli stroller ni. tak beli pon. sewa je kat USS. SGD$15. lebih kurang RM37.50.



kat new york public library



layan diorang ni syok gak




tempat paling lama kitorang lepak. far far away.




dok dalam ni feeling cite shrek sangat.



donkey suke ye gigit tangan syamiel



 asalnya encik jebi nak kasi syamiel je masuk. tetibe encik jebi kena masuk sekali. hehe....




tak dpt amik gambar ngan shrek, dapat prince charming pon jadilaaa




thanks to 2 chinese ladies (not sure from which country) sebab diorang berusaha amik gambar ni dengan cantek. siap halang orang lalu lagik. we love u two lah!



kat oasis ni konfiden sikit rasa nak makan. nasik arab. location kat ancient egypt.




tapi tak paham kenapa ini set utk kid's meal? cam tak cukup menarik utk kids. hehe.



kalau beli kid's meal, mmg akan dpt lunch box woody woodpecker nih



terbongkang ko jang...




dalam pukul 5 lebih, sila standby utk tengok parade



oh abang shrek



masa diorang open utk beratur amik gambar dgn optimus prime ni, kitorang masuk line kat belakang sekali, tetibe dengar staff tu kata dah nak tutup session. kecewa n kesian kat syamiel. tapi beratur jugak. sib baik dia tak tutup2 session lagi sampai abis turn kitorang.



fun!


Attraction:
a. Hollywood : syok bergambar
b. New York: rasa cam dalam hollywood movie scene
c. Sci-Fi City: kat sini ada transformers n roller coaster yg gile
d. Ancient Egypt: utk org malaysia, tak heran sangat kot nak bergambar sini sbb rasa cam sunway pyramid. hehe. roller coaster the mummy adalah gile sbb gelap gelita tiba2 berapi tiba2 panas tiba2...ah takyah cerita, pegi sendiri rasa.
e. The Lost World: tak sempat nak pusing dalam ni sangat, sempat bergambar jek.
f. Far Far Away: my favourite! dah namanya peminat setia shrek kan! ada 4D movie (memang syiok, cuma hilang mood sikit akibat adanya people yg tak reti2 nak masuk terus n duduk kat hujung. sbb laluan dia one way, arahannya masuk n jalan terus ke hujung n duduk, tapi ramai yg sibuk nak cop tempat duduk yg dia suka, akibatnya orang belakang susah nak carik seat padahal seat cukup jek. kami dapat duduk pun ngam2 sebelum movie start). selain 4D movie, ada donkey show. donkey show ni best gak sbb dia interactive show, n donkey tu sempat gak tegur syamiel dlm show tu dengan memanggil syamiel 'this boy with the shrek cap'. hehehe....
g. Madagascar: kat sini ada boat ride pusing2 atas air sambil tengok character madagascar. aku takdela enjoy sangat tapi syamiel sukee gile. :-)

komen pasal uss:
  • tak cukup satu hari nak pusing semua. rasa dia kena buat pakej 2 hari berturut2 kot.
  • souvenir kat sini lebih murah dari kat legoland. tshirt dewasa SGD$26.90 (+-RM67.25), t-shirt kanak2 SGD23.90 (RM59.75), key chain/magnet SGD$9.90 (RM24.75) dll.
  • tempat menunggu semuanya selesa sejuk :-)
  • memang syiok ah!
  • kami akan datang lagi. tapi tatau la bila. tunggu waktu yg sesuai lagik. ;-)


ps: hehe syamiel pegi legoland pakai t-shirt sesame street, pegi uss (yg ada sesame street) pakai t-shirt lego. hehehe....

Monday, February 18, 2013

Legoland 2012

dah berminggu2 kot syamiel dok mintak nak gi legoland sebab ada kawan dia dah pegi. hisy..baru 4 tahun dah kuat terpengaruh ngan rakan sebaya. terpaksalah kami mempostpone plan mama utk ke theme park yg lagi satu. demi syamiel.

mari menjadi pelancong di negara sendirik! (untuk encik jebi, di negeri sendirik)


budak pakai baju sesame street tu muka bengang sebab entrance belum bukak



kalau datang sini, pastikan korang singgah The Cafe ni. sedaaap.



sorilah. kerana sedap, dah nak abis baru terasa nak amik gambar. semua pastries, pies sini sedapp. nampak lasagna dia menarik gak, tapi sebab masa masuk tu dah kenyang, kitorang tak sempat nak rasa. masa lunch sebelumnya, kitorang makan kat pizza place. so-so je lah pizzanye.



syamiel's favourite. tapi meletihkan ayah. heheh. (oh ye, diorang menang game ni walaupun cuma ada sorang dewasa je yg bawak kete bomba)



ada show dari the danger detectives. program host tu sangat macam barney stinson. versi lebih 'kiut'.




ngeh ngeh ngeh



 hujan pun turun. beli rain poncho for kid. RM15. utk adult dah habis pulak. rasa mahal gak rain poncho ni, tapi kualiti plastik dia not bad la. tebal gak. boleh digunakan di theme park yg seterusnya. hehe.



disebabkan hujan, kami dok ulang 4D movie sampai 3 round. cukup dapat tengok ketiga-tiga cerita yang ada lah. kalau korang dapat tengok cite yg katun org biasa psl race kereta tu (yg bukan org lego), dicadangkan terus masuk balik utk show seterusnya (cite lain) sbb cite race kete tu tak best langsung. kalau yg pelakon dia org lego, baru best sikit.

nak cadangkan legoland, pls pasang banyak2 mist fan kat waiting area. malaysia ni panass ok. mungkin diorang terlepas pandang psl keperluan mist fan ni sbb legoland malaysia ni adalah 1st legoland in asia. kesian budak2 kecik berpeluh2 menunggu.



masa batch sebelum diorang naik, ada 2 orang budak menangis. tapi time diorang ni naik, semua sunyi sepi kontrol hensem.  :-P

 suka castle ni. cantek.


 masa masuk ke castle tu, dia tulis 'the dragon' kot kalau tak silap. masa tu encik jebi n syamiel berdua jalan dulu kat depan. mama jalan slow2 sebab syazwan dah tido. diorang dengan konfiden telah beratur tanpa tahu game apa dalam tu. dah sampai depan q, rupa2nya roller coaster. syamiel lepas pulak tu age limit. tanpa disedari, syamiel yg berumur nak masuk 4 tahun 8 bulan telah menaiki roller coaster buat kali pertamanya. haha. berair jugak air mata dia. hihihi. lepas tu mama nak naik pulak, ajak syamiel, terus dia geleng kepala takmo naik. hahaha.


 enjoy ye awak


 ermmm



 kami lepak legoland sampai malam.



sebab nak tunggu bunga api


kami keluar dari gate legoland dah dekat jam 9 malam kot. sebabnya dok tersangkut kat souvenir shop taktau nak beli apa. dah masuk, kenela beli something jugak kan, at least utk diri sendiri. hehe.


untuk yg nak prepare budget kat sini, harga kat souvenir shop legoland ni boleh tahan gak mahalnye. contoh: tshirt budak: RM90, tshirt dewasa RM110. fridge magnet lagi best. tiga ketul fridge magnet kecik bentuk lego brick harga RM50++.

kalau lego set pulak, dah sedia tahu la kan cemana harganya. rasa cam sama je ngan kat luar. agaknya laa. sbb tak pernah lagi beli lego sendiri. dulu2 cuma ada lego yg abang aku belikan jek.



ni utk syazwan. RM39.90



lego calendar ni utk mama. jadi hiasan di opis kesayangan. heheh. RM59.90 kot.
tu yg princess gown putih tu key chain. rasanya semua key chain lego character harga standard RM19.95.



walaupun syamiel dok mengendeng2 mintak dibelikan lego, tapi mama n ayah decide utk belikan tshirt ni utk syamiel. sbb tshirt ni kiut sangattt. haha kejam tak kami?



syazwan dlm percubaan buat gaya mcm abg


setel satu janji. pasni gi tempat yg mama nak pegi plak.
Related Posts with Thumbnails