Tuesday, February 26, 2013

Universal Studios Singapore 2013

kepenatan pegi legoland belum habis lagi (baru 3 minggu lebih), kami turun selatan lagi. kali ni ke seberang tambak johor plak...universal studios singapore!

asalnya plan nak pegi sejak syazwan belum lahir lagi. tapi tak jadi pegi, tunggu syazwan lahir dululah. lepas syazwan dah lahir, tunggu syazwan besar sikitlah. so ni syazwan dah besar sikit, baik cepat2 pegi. lagipun sikit lagi passport syamiel dah nak expired.

kami bertolak selepas ofis hour hari jumaat, sebab encik jebi keje. so aku yg cuti ni kenelah sorang2 bawak syazwan pegi imigresen utk buat passport si kecik tu. gile lasminit, arini nak travel, arini baru nak wat passport. huhu...

mmg plan lasminit gile. kami decide nak pegi pun pada hari isnin (4 ari sebelum bertolak). baru nak beli tiket online bagai. baru nak booking hotel bagai. last2 disebabkan malas nak pening (sbb lasminit kan), maka kami contact saja travel agent mintak dia setelkan semua.

kami guna service AF Travel Sdn. Bhd.. hari isnin baru email dia. selepas berbalas2 email, hari selasa petang baru setel payment. pakej inclusive of 2 malam kat holiday inn johor bahru (nama baru: mutiara hotel) + bus pegi balik ke USS + tiket USS.

pagi jumaat pegi imigresen, biasanya pasport siap dalam 1 jam jek. tapi aritu ada problem printing lak katanya, boleh sampai 3 jam lebih. cuak gak kalau tak dpt passport syazwan, kang terus kensel semua plan. alhamdulillah pasport syazwan berjaya siap ari yg sama, so after ofis hour terus gerak ke jb. tengah malam baru sampai.



rupa bilik


budak yg excited dapat naik bas



menengok selat johor dari tambak johor



dah nampak far far away



dah masuk sentosa island



haha



hihi



baru lepas masuk Lights Camera Action. suka!




ramainye org kat nuyok nih



ramai tanya kat mana kami beli stroller ni. tak beli pon. sewa je kat USS. SGD$15. lebih kurang RM37.50.



kat new york public library



layan diorang ni syok gak




tempat paling lama kitorang lepak. far far away.




dok dalam ni feeling cite shrek sangat.



donkey suke ye gigit tangan syamiel



 asalnya encik jebi nak kasi syamiel je masuk. tetibe encik jebi kena masuk sekali. hehe....




tak dpt amik gambar ngan shrek, dapat prince charming pon jadilaaa




thanks to 2 chinese ladies (not sure from which country) sebab diorang berusaha amik gambar ni dengan cantek. siap halang orang lalu lagik. we love u two lah!



kat oasis ni konfiden sikit rasa nak makan. nasik arab. location kat ancient egypt.




tapi tak paham kenapa ini set utk kid's meal? cam tak cukup menarik utk kids. hehe.



kalau beli kid's meal, mmg akan dpt lunch box woody woodpecker nih



terbongkang ko jang...




dalam pukul 5 lebih, sila standby utk tengok parade



oh abang shrek



masa diorang open utk beratur amik gambar dgn optimus prime ni, kitorang masuk line kat belakang sekali, tetibe dengar staff tu kata dah nak tutup session. kecewa n kesian kat syamiel. tapi beratur jugak. sib baik dia tak tutup2 session lagi sampai abis turn kitorang.



fun!


Attraction:
a. Hollywood : syok bergambar
b. New York: rasa cam dalam hollywood movie scene
c. Sci-Fi City: kat sini ada transformers n roller coaster yg gile
d. Ancient Egypt: utk org malaysia, tak heran sangat kot nak bergambar sini sbb rasa cam sunway pyramid. hehe. roller coaster the mummy adalah gile sbb gelap gelita tiba2 berapi tiba2 panas tiba2...ah takyah cerita, pegi sendiri rasa.
e. The Lost World: tak sempat nak pusing dalam ni sangat, sempat bergambar jek.
f. Far Far Away: my favourite! dah namanya peminat setia shrek kan! ada 4D movie (memang syiok, cuma hilang mood sikit akibat adanya people yg tak reti2 nak masuk terus n duduk kat hujung. sbb laluan dia one way, arahannya masuk n jalan terus ke hujung n duduk, tapi ramai yg sibuk nak cop tempat duduk yg dia suka, akibatnya orang belakang susah nak carik seat padahal seat cukup jek. kami dapat duduk pun ngam2 sebelum movie start). selain 4D movie, ada donkey show. donkey show ni best gak sbb dia interactive show, n donkey tu sempat gak tegur syamiel dlm show tu dengan memanggil syamiel 'this boy with the shrek cap'. hehehe....
g. Madagascar: kat sini ada boat ride pusing2 atas air sambil tengok character madagascar. aku takdela enjoy sangat tapi syamiel sukee gile. :-)

komen pasal uss:
  • tak cukup satu hari nak pusing semua. rasa dia kena buat pakej 2 hari berturut2 kot.
  • souvenir kat sini lebih murah dari kat legoland. tshirt dewasa SGD$26.90 (+-RM67.25), t-shirt kanak2 SGD23.90 (RM59.75), key chain/magnet SGD$9.90 (RM24.75) dll.
  • tempat menunggu semuanya selesa sejuk :-)
  • memang syiok ah!
  • kami akan datang lagi. tapi tatau la bila. tunggu waktu yg sesuai lagik. ;-)


ps: hehe syamiel pegi legoland pakai t-shirt sesame street, pegi uss (yg ada sesame street) pakai t-shirt lego. hehehe....

3 comments:

r.i.t.a said...

byk mende yg budak-budak boleh naik ke?

r.i.t.a said...

byk mende yg budak-budak boleh naik ke?

suez said...

byk jugak. tapi lebih banyak yg utk dewasa. tapi berbaloi. ko boleh check dulu ketinggian anak n pilih game/ride apa yg sesuai utk diorg sbb kat map tu ada labelkan minimum height dia berapa.

Related Posts with Thumbnails