Thursday, March 7, 2013

5 tahun di sini

tahun 2008 aritu aku masuk kerja sini.

aku mmg zero knowledge utk berada dalam kalangan org2 seperti di sini.

sangat tak reti macam mana nak adapt in.
tak reti nak taip email dgn gaya bahasa yg skema. oh ye, semua email berbahasa melayu rasmi.
berbaju kurung setiap hari.
kekok sungguh rasanya.

masa mula berkenalan ngan kawan2 baru kat sini, pun kekok juga. selama ni ngan opismet lama semuanya aku bantai 'aku-kau'. tiba2 kat sini kena tukar jadi 'saya-awak'. aku okay lagi saya-awak, asalkan aku tak kena sebut nama aku sebagai kata ganti diri. bayangkan kalau aku kena cakap "sue rasa kan sue nak pegi makan la". mau aku sendiri muntah hijau dengar ayat sendiri.

orang kata, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak (eh menguak tu camana bunyinye ek?).

aku pon tak tau la aku berjaya mengembek dengan betul ke tidak. aku rasa aku cuba mengembek tapi at the same time aku memberi influence utk diorang menguak pula. hahaha. (ok sila bayangkan aku adalah kerbau yg masuk ke kandang kambing)

sedar tak sedar, dah 5 tahun bersama ngan kawan2 sini.

jujurnya aku dah rasa adanya bonding dengan colleagues kat sini.
dari segi kerja, hurm. masih banyak lagi aku kena belajar. banyak mende aku kena improve lagi.

selamat ulangtahun ke-5 bekerja di sini. :-)



ps: kat sini 5 tahun. dah masuk alam pekerjaan nak masuk 9 tahun. i am olddd!

No comments:

Related Posts with Thumbnails