Thursday, May 24, 2012

small thing u can do to help the earth

it's gaji time!

pada hari gaji, maka kelihatan berduyun2 lah golongan celik IT masuk internet banking untuk menyetelkan hutang piutang yg kene bayor setiap bulan.

maka selepas mereka membuat transaksi, berduyun2 lah pula mereka ke printer untuk mengambil receipt transaksi yg telah diprint.

kalau seseorang tu buat online transaction katela 5 kali, satu utk bayar kete, pastu bayar rumah, pastu bayar tepon, pastu bayar duit tadika anak, pastu bayar kedit kad.

maka dia akan memerint (kata imbuhan utk mencetak bila dirojakkan) sebanyak 5 helai resit.

kalau dalam satu ofis tu ada 100 orang, maka sebanyak 500 helai digunakan utk print resit staff-staff yg bekerja di situ. maksudnya 1 ream A4 lah kan.
dalam setahun, 12 ream.

tu setahun utk satu ofis yg ada 100 orang. kalau ada 100 ofis? 1200 ream.

tu kalau sorang print 5 helai je, bistu camane dengan resit bayar insurans, transfer duit kutu kat ofismate (padahal duduk sebelah meja, boleh je tunjuk kat skrin monitor kan?), duit beli tupperware, duit renew roadtax, shopping online, dan macam2 duit lagi kene bayar.
maksudnya lebih banyak kertas digunakan utk print resit tu je.

memang penting pun utk kita print resit tu.


cuma marilah kita print hanya jika betul2 perlu saja. kalau tak perlu, marilah kita simpan resit dlm bentuk soft copy saja.


kalau tak perlu, tak payah lah print kat printer, tapi printlah kepada pdf format


saya guna PrimoPDF



semua dalam soft copy

pastu, silalah backup resit2 anda, ikut sukalah nak burn ke, nak email ke, janji senang nak carik.

saya mengaku kadang2 saya print jugak mende2 mengarut, tapi bila terasa ada kesedaran tu, tak jadilah nak print. ;-)


;-)

Tuesday, May 15, 2012

come home to good lasagna

2001-2004

setiap kali makan lasagna, mesti secara automatik akan mengcomparekan dengan lasagna feveret aku dan encik jebi. di kala asik keluar makan menghabiskan duit ptptn dulu.

dia ade beberapa outlet gak la kat mesia ni. tak sure sangat. first time pegi kat subang parade ngan suya. tp mase tu tak mkn lasagna. makan ape tah tak ingat.

pastu gi kat midveli ngan encik jebi, termakan lasagna dia. pastu terus la asal pegi midveli dengan duit byk je, mesti gi makan lasagna situ. huhu duit byk ke? masa student dulu, kira banyak la. RM13 lebih kot. mana nak dpt harga camtu sekarang (aku sudah mula bercakap macam org tua2. sibuk dok compare dulu ngan sekarang).

tapi aritu pegi midveli, sedey sbb restoran tu dah takdek. :-(

so sudah lama la kami tidak menikmati lasagna sedap itu. padahal dah tau dah yg walaupun dah tutup kat midveli, ada je outlet lain kat one utama ngan subang parade....

~ ~ ~

2012

memandangkan kat opis ni leceh nak gi makan, semua kene keluar jauh2, baru2 ni aku ngan jiran sebelah kat opis ni telah mengorder lasagna secara online. free delivery ke opis.


rm15 utk lunch di opis. rasa okla. bolehla.



tapi kalau dok asik kata 'bolehla' je kan, mulala rasa nak carik lasagna yg sedap.

maka balik aje dari keje pada hari yg sama, tak sempat sampai rumah, terus ke subang parade...




come home to good lasagna.


harga dah mahal sikit dari dulu. RM18++ rasanya. tapi memang sedappp.

malamnya, kami tidur dengan lena + kenyang.

nama restorannya, tentunya Dave's Deli.
memang betullah 'come home to good food'!


ps: sedap di tekak saya tak semestinya sedap di tekak anda. sedap di tekak anda tak semestinya sedap di tekak saya. tapi kadang2 sedap di kedua-dua tekak.  ;-)

Friday, May 4, 2012

the syariah compliant hotel

short getaway!

unplanned holiday selalunya menjadik kan....

tibe2 rasa nak gi jalan2 kat tempat dekat2 je, so cam biasa, destinasinya ialah PD!

dah namanya unplanned holiday, so takdele booking2 hotel bagai. redah je. seperti biasa, dok call hotel sana-sini, penuh. masuk hotel, penuh. (satu hotel je masuk, lain semua call jek). akhirnya ada gak yg bila call, dia kata kosong. tengok kat website dia, nampak cam hotel baru, website pun simple gilos. dalam tahun 2012 ni, ada lagi rupanya website simple gitu. tapi takpela, dimaafkan, sebab hotel baru kan...

lepas check-in, tengok kat tagline hotel dia 'THE SYARIAH COMPLIANT HOTEL'. wahh...menarik.

keluar2 lif je, banyak frame2 ayat2 quran etc. bagus2. tak pernah pegi hotel gini.


last minit, maka tak berjaya dapatkan katil king. huhu.



kalau dah syariah compliant hotel, tak perlulah call housekeeping utk minta sejadah. dah memang ada di lemari.



layan katun...sambil banyak kali mintak nak gi pool.



first time syazwan masuk pool. happy jek (bukan salah caption gambar, memang takde gambar kat pool. hehe)



kat meja coffee house, siap ada doa makan.


eh lupa lak nak bgtau nama hotelnya: it's klana beach resort.


tak sabar nak pegi planned holiday pulak.....


 

Friday, April 27, 2012

Birthday Bash December 2011

2011? hahaha cerita basi dah 4 bulan lepas...tapi nak gak masuk blog.

sebabnya: digit depan umur tu dah tukar nombor lain. huhu rasa tua okeh. dah kena start minum berrygen.  ;-)

menjadik org umur 30-an, hmm takde ape beza pon? cuma dah makin byk tanggungjawab. n selalu rasa tak cukup masa (dat's y lah update blog pon cerita2 basi jek).

last minit plan nak buat makan2 kat my place. ekceli yg teruja nak buat makan2 ialah my sista yg sentiasa nak celebrate birthday anak2 dia dgn meriah, maklumla dah ada segala kelengkapan birthday party kan. so tak pasal2 maksu kene join sama.

n first time gak ni jadi host event di rumah sendiri. huhu.


table setting. tema smurf.



last minute plan, takde nak order2 cupcake nye. beli muffin je kat pasaraya. (elleh macamla kalau plan awal pun, akan beli cupcake? kitorang kan bukan peminat cupcakes? hehe)



kumpul ahli keluarga. biasala mesti tak cukup korum punye. tv: wajib tayang movie smurf all-day long. tema smurf katanya.



 tiga org peniup: hazman & humaira for their birthdays, syamiel wakilkan mama. hafiey berdukung lagik.



blue velvet cake by kaknisah. Hafiey 29 Dec, Rara 30 Dec, Hazman, 21 Dec, Maksu 19 Dec. saje la tu letak 3 lilin kecik + 1 lilin besor :p

Sunday, April 15, 2012

hari kraf kebangsaan 2012

hari kraf kebangsaan (hkk) ni dah ada since 2003 lagi tapi mcm tak amik tahu je. kalau tertengok iklan dia pun mungkin aku buat2 tak nampak jek. tapi sejak terdatang ke event ni tahun 2010 arituh, terus rasa cam "eh best gak eh? apsal tak terpikir nk dtg before nih?"

shopping pun byk pilihan, harga pun very competitive sbb booth banyak. so takyah pusing byk tempat kalo nak carik brg2 kraf, tunggu je event ni setahun sekali.

kenapa perlu dtg hkk:
1. takde masalah parking. ada shuttle service. bukan van biasa2 aje, mpv canggih2 pun ada.
2. kalau carik batik, takyah gi terengganu/kelantan, dtg sini je sbb peniaga sana semua turun sini.
3. harga sewa booth murah, so insya allah peniaga takkan tekan harga tinggi.
4. kompleks kraf ni besar n cantik. hijauu je. aman damai pdhal kat tengah2 kl.
5. ada live demo masakan, sesuai utk peminat food tasting :P
6. boleh tengok macam2 mende pelik2.
7. ada lucky draw.
8. dpt membantu local business utk berkembang. lagipun produk diorang best ape.
9. sesuai utk jalan2, tak shopping pun takpe.
10. sila datang tahun depan. sbb event ni 21 Mac hingga 2 April 2012 arituh.



live product demo



terserempak ngan abg aku punye mak mertua. achik esiah ni memang famous utk pressed flower arts kat mesia nih.




bersama pressed flower arts yg berharga beribu-riban. achik, nanti saya kumpul duit dulu pastu tempah ngan achik yer!





terbeli samting ngan adik nih





dan terbeli samting juge dgn akak nih




besar tempat nih




ada kraf, seramik, logam, batik, songket, fashion dll




banyak soping ye encik...





salah satu entrance. cantek.



Related Posts with Thumbnails