Showing posts with label bf. Show all posts
Showing posts with label bf. Show all posts

Friday, June 7, 2013

2 years of bfeeding journey

happy 2nd birthday to syazwan!

utk breastfeeding mothers macam kami ni, umur 2 tahun ni mmg ditunggu-tunggu utk award diri masing2 dengan degree of breastfeeding. pastu sendiri checklah layak dapat 1st class degree ke, 2nd class upper ke lower ke, 3rd class ke ataupun dropped out. takpe kalau yg dropped out tu, boleh cuba lagi. better late than never. ;-)

ok. tarik nafas. rasanya this is gonna be a looong entry. sebenarnya dah lama ingat nak tulis, tapi aku cam segan jugak. tapi benda yg baik buat apa nak segan kan?

ok aku nak citer pengalaman aku sendiri.

sebelum lahir:
persiapan memang kena ada. pump dah beli siap2. stok botol 10 biji jek. lepas bersalin baru beli lebih kot.



0-6 bulan:


alhamdulillah syazwan nak dan kuat jugak minum susu. 

& alhamdulillah jugak kali ni mak aku tak paksa2 aku bagi susu formula kat syazwan, macam dia buat masa syamiel kecik2 dulu. mungkin sebab dia tengok aku dah mula buat stok susu & freezer dia dah mula penuh.

cabaran utama masa ni ialah mak aku asyiklaa suruh bagi air masak kat syazwan. bila syazwan ada kuning sikit, makcik tukang urut pulak lagi menambah. dia kata doktor pun kata baby kena minum air masak. bila mak aku dengar makcik tu cakap camtu, lagila dia syok kan. aku? senyum je. buat bodo je. aku tetap taknak bagi syazwan minum air masak.

utk ruang simpanan pulak, aku tak beli deep freezer (deep freezer lebih bagus. susu tahan 6 bulan). tapi aku beli peti ais 2 pintu biasa yg agak besar gak la freezernya.

sepanjang dalam tempoh cuti 3 bulan, everytime baby tido je, aku akan cuba pump n buat stok.

lepas abis cuti panjang, aku pun start masuk keje. masa keje, kena disiplin gak la pump ikut time. alhamdulillah aku ade geng mengepam. 4 orang semuanya dlm unit aku saja. so bila ada geng ni, semangat pun tak hilang. alhamdulillah jugak bos kami very supportive dan tak marah kalau aku tak ada kat tempat duduk aku. kalau urgent nak carik aku, dia akan masuk bilik mengepam carik. hehe.

utk jadual pam pulak, kat ofis pam tiga kali, pagi, tghari n petang. jarak dalam 4 jam. agak ngelat sikit sebab lebih afdhalnya setiap 3 jam. malam sebelum tidur pam sekali n bangun dari tidur pun pam sekali.

bila dah start membuat stok dari opis, stok pun makin banyak bertambah. tapi stok juga berkurang sbb dah buat bekal ke nursery. so kena lebih rajin. konsep demand vs supply kena diikuti. utk memastikan banyak supply, kena ada lebih demand. untuk nak mewujudkan lebih demand, kena kerap mengepam lah.

stok masa syazwan umur 4 bulan
(update: banyak risiko sebenarnya post gambar susu ni kan? kecaman sangat banyak. tapi utk aku, aku share sbb nak bagi semangat kat kawan2 lain. sebab aku dulu pun takde semangat, tapi bila ada kawan aku tunjuk gambar camni, semangat tiba2 jadi tinggi & ada determination.
kalau ada nak kecam jugak, terpulanglah. mungkin maksudnya post ini bukan utk korang dan sila baca post lain yg lebih sesuai)

kalau keluar jalan-jalan pulak, aku akan pastikan aku sentiasa bawak nursing cover dalam handbag. so, anytime, anywhere saja bila syazwan nangis nak susu, boleh terus sarung nursing cover n bagi dia susu.

sehinggalah ke syazwan dah umur genap 6 bulan, alhamdulillah n syukur sangat berjaya grad dengan first class: syazwan membesar dengan susu ibu secara eksklusif (maksud eksklusif: susu ibu sahaja tanpa sebarang makanan or minuman lain sepanjang 6 bulan tu).

tapi baru berjaya utk 6 bulan. jauh lagi perjalanan nak ke dua tahun...



7bulan - 12 bulan:



syazwan dah start makan solid food. biasanya dia makan bubur. kalau mama malas masak bubur, mama buat nestum (without formula milk) dicampurkan dgn susu mama. (updated 2015: masa syazwan ni, mama kurang ilmu pasal processed food. masa syauqi pula, no more processed food for babies. takde nestum dah. bubur atau puree sahaja).

pasal nursery pulak, masa survey nursery, memang kena make sure diorang pandai handle susu ibu yg kita bekalkan. so far, nursery ok la bagi susu, takde lak apa2 yg pelik. cumanya bila petang2 tu kalau syazwan tak abis susu n aku rasa botol yg dia bawak balik tu, macam panas sangat, macam dia over panaskan susu tu. byk kali jugakla lepas tu aku pesan make sure panaskan dgn air suam, bukan air panas, siap tampal nota cara panaskan susu kat buku nota parents-pengasuh, tapi rasa cam still panas, tak suam. sebabnya kalau susu ibu dipanaskan dgn panas sgt, khasiat susu berkurang, n rasa pun mungkin akan jadi tak sedap. tapi aku cuba bersabar lagi la dgn pengasuh2 situ sbb bukan senang nak carik nursery yg bagus kan.

satu kemalasan aku bila start keje ialah untuk membasuh botol2 yg banyak setiap malam. nak basuh parts of corong pam tu saja dah 8 ketul, storage bottle 7-9 botol sehari, setiap storage botol tu pulak terdiri dari 3 parts, botol yg digunakan untuk minum susu lagi 4 parts. totalnya 39 parts yg perlu dibasuh setiap malam. selama dua tahun. phew.

utk stok susu pulak, alhamdulillah masih banyak. kerajinan mengepam masih tinggi. so 6 bulan yg kedua ni kiranya berjaya jugalah. alhamdulillah.



12 bulan - 18 bulan:


7 jun 2011, syazwan genap 1 tahun. first birthday nih, sure mama excited gila nak sambut birthday pertama budak yg membesar dgn susu ibu nih.

tapi ada satu tragedi plak: masa nak amik dia balik dari nursery petang hari birthday tu, babysitter nursery tu cakap "puan, syazwan ni dia taknak susu ibu lah, tapi tadi kami bagi dia susu formula, dia nak minum. maksudnya dia suka lah susu formula".

dengar dia cakap gitu, rasa nak luruh jantung.

masih cool, aku tanya balik "awak bagi dia susu formula siapa?", n dia jawab "kami bagi dia susu formula budak lain. takpe kan? dia dah setahun dah kan, dah tak payah minum susu ibu dah"

ok aku rasa panas. suka hati dia je bagi susu formula anak org lain. satu salahnya, susu tu susu formula, utk aku yg bersemangat nak bagi susu ibu sepenuhnya ni, perkataan 'susu formula' tu seboleh2 taknak sebut dah, apatah lagi nak guna. salah nombor dua plak, dia bagi susu anak orang lain, which mak bapak budak tu taktau pun. sure dia marah punya kalau dia tau penat2 dia beli susu utk anak dia, tiba2 nursery bagi kat anak org lain.

rasa nak marah masa tu jugak. tapi aku cakap baik2 je la. next time jgn bagi susu org lain lagi.

esoknya aku buat lagi nota panjang dalam buku nota parents-pengasuh, tolong jangan bagi susu formula org lain, kalau syazwan taknak minum susu yg aku bekalkan, takpelah, at least dia dah start makan, so takdela dia lapar. n tolong make sure susu dipanaskan dengan air suam, bukan air panas. sbb antara penyebab rasa susu jadi tak sedap ialah sebab dipanaskan dengan air panas.

bulan july, terus tukar nursery. pun boleh handle susu ibu. harap2 nursery baru ni bagus.

walaupun selepas kejadian satu hari tadi tu, so satu hari je lah syazwan minum susu formula. memang rasa bengang, tapi nak buat camana, dah jadik. so sehingga syazwan setahun setengah, kami masih berjaya bagi dia minum susu ibu sahaja selain makanan lain. alhamdulillah.



18bulan - 24bulan:





tiba2 aku banyak pulak kena outstation. bila outstation, stok dalam freezer makin banyak dikeluarkan sebab kena guna sepanjang hari dari siang kat nursery sampai malam. sebab mama takde dengan dia utk bagi susu direct kan. pastu pulak, masa mama outstation, jadual mengepam dah tak berapa nak konsisten sebab bergerak ke sana ke mari.

selain dari tu, masalah penyakit M (malas) pun ada juga. kat rumah, memang jarang sangat mengepam (mungkin rasa malas tu sebab dapat sikit je susu sebab syazwan baru lepas minum direct). tapi kat opis masih rajin mengepam tiga kali.

akibatnya, stok susu merudum gila. sampaila stok dalam freezer dah habis, n stok yg dikumpul satu hari tak berjaya menampung keperluan hari esoknya untuk bekal dia kat nursery.

jadinya, dari asalnya aku bekalkan 4 botol susu ibu pada syazwan ke nursery, makin berkurang jadi 3 botol susu ibu + 1 botol fresh milk. lepas tu, makin nak ke umur 2 tahun, dah jadi 2 botol susu ibu + 2 botol fresh milk. biasanya fresh milk yg aku gunakan adalah dari brand Farm Fresh, sebab packaging dia cantik dan rasa dia sedap. hehe.

malam2 masih lagi menyusu direct. weekend atau bila aku ada dgn syazwan, memang akan bagi direct jugalah. bila kat ofis, masih mengepam tiga kali.

agak kecewa jugaklah sbb dalam quarter ke-4 journey ni, terpaksa campur dengan fresh milk, tapi aku rasa pencapaian kali ni much better lah dari masa menyusukan syamiel dulu.

walaupun syamiel dulu menyusu sampai 2 tahun 8 bulan, tapi cuma direct je. umur dia 5 bulan aku dah stop mengepam kat ofis n stop hantar bekal ke nursery. tapi punca utamanya ialah kurang knowledge. nanti bila free, aku tulis entry lain plak pasal experience menyusu syamiel. menarik jugak ceritanya.

thanks a lot to encik jebi sebab support breastfeeding. rajin bagi kata-kata semangat, rajin susun stok susu, carik ice pack, cooler bag mana yg sesuai utk dibeli, rajin buat labeling, rajin panaskan susu masa mama outstation dan macam2 rajin lagilah.

thanks juga pada kawan2, especially wawa, suzie, pn taro, bosses dan raamai lagilah sbb banyak bagi support.


cabaran2 breastfeeding & cara atasi:
- penyakit malas: kena sentiasa kuatkan semangat. tu je. aku pun fail gak bab malas ni. hehe.
- luka: sama ada melecet sebab pump ataupun sebab baby gigit. sapukan lanolin cream. biasanya lepas sapu sekejap je pastu dah tak sakit dah.
- nursery tak pandai handle susu ibu: kena cepat2 cari nursery/babysitter yang pandai handle susu ibu.
- lack of knowledge: kena rajin2 google, tanya orang. jangan malu nak tanya ye.
- lack of preparation: berkaitan dgn lack of knowledge jugaklah. so bila dah ada knowledge, bolehla nak prepare kan?
- lack of support: especially dari family terdekat. kalau mak/mak mertua yg tak support, memang sangat sangat sangat mencabar. nak kena hormat mereka and at the same time tak ikut cakap mereka. hehe good luck. mak aku tak support sangat, tapi berjaya diatasi. mak mertua pulak ok, support je. tapi kalau hasben yg tak supportive, lagilah super duper mencabar. good luck. yg penting, kena kuatkan semangat, insya allah boleh lawan semua kata-kata negatif orang sekeliling.
- people who make fun of breastfeeding: biasanya dari kawan2 especially guys la. kamon guys, maybe u think that it is funny to say those words, tapi sebenarnya membuatkan org sakit hati. orang buat benda baik pun boleh jadi bahan gelak. loser.
- selain dari yg make fun seperti di atas, ada pulak yg pandang hina pada org yg breastfeed baby especially yg breastfeed in public. as long dia cover semua, ada masalah ke? mungkin kot ada masalah utk org yg melihat, tapi masalah yg lebih besar dihadapi oleh the mother tu ialah baby dia tengah lapar n nak susu sekarang juga. mungkin pada masa tu, dia tak sempat nak ke nursing room. semua orang ada masalah masing2 kan? kalau yg tak pakai nursing cover plak, mungkin biasanya dia bawak nursing cover, tapi hari tu je dia basuh nursing cover n lupa nak bawak, so dia kenalah utamakan baby dia yang lapar tu.

akhir kata dari saya,
breastfeeding is easy, but never ever take it easy!

Friday, August 26, 2011

my new bff - medela freestyle

sebenarnye dah lama nak cite tapi mcm segan. lagipun dah ramai cite kat blog diorang. tapi tetap nak cite jugak.

sebelum syazwan lahir lagi, dah bersemangat beli medela freestyle ni. sbb macam pump paling 'in' jek skrg nih.

gambar pinjam dari blog org lain


beli online tapi memandangkan masa tu aku tak biasa beli brg online n aku jenis lebih selesa tengok dulu barang then baru amik, so kitorang sanggup pegi puncak alam nak jumpa Aja. rupe2nye puncak alam tu dekat kuala selangor ek...huhu. memula bayangkan cam dekat shah alam jek. takpe merasa pusing2 situ.

sebenarnye nak cite ape ek? ok medela fs ni mmg dah jadik bff aku gak la skrg nih. dalam usaha nak buat stok byk2 sebelum start keje.

kali ni juge adelah first time aku nak exclusive bf. sebelum ni mase ngan syamiel, tak exclusive sbb campur formula. tapi dapat jugak bagi direct sampai 2 tahun 8 bulan. kali ni macam prepared sikit la. tapi walaupun konon dah ready, sebenarnye bykk lagi yg kene digugel tau. berapa oz nak simpan kat each botol? berapa botol kena bagi kat nursery? berapa lama ebm tahan? nak kene beli deep freezer ke tak? nak simpan kat botol ke bekas biasa? harga setiap botol berapa? mana nak carik yg murah? semua kene digugel n ditanya pd kawan2. sib baik la ade kawan2 yg ade experience yg byk menolong: wawa, suzie, rita, safura, ilyana dll.

n masa buat stok utk syamiel dulu, kat opis lama, dudukla dalam surau sorang2. pastu cam segan bila ada org masuk nak semayang. takde geng. tapi sekarang best, dlm unit aku je, ada 4 org pengguna medela fs.

berempat lebih baik


sebenarnya kan, gambar kat atas la jadik penyebab aku tulis entry ni. lepas je amik gambar ni, aku terus send mms kat Aja, owner online shop yg kitorang beli dengan ni. pastu hari ni dia siap masukkan gambar ni kat entry dia. hehehe....

pandai Aja teka siapa yg ada dlm gambar tu: wawa (ye aja, betul najwa is one of us), pn taro (ye aja betul lagi, mukhtaroh pun ada) n suzie (aja, yg sorang lagi tu suzie).

oh ye, aja jugak ada bagi seperais kat aku tapi takleh cite kat sini. thanks aja!

sebelum ni ingatkan bila exclusive bf ni dpt jimat byk RM sbb takyah beli formula, tapi bila dikira balik, sama jek - nak kena beli pump, storage bottle byk2, deep freezer, bottle warmer, nursing cover, etc etc. siap kena komitmen masa n tenaga lebih lagi nak buat stok. tapi ape sangatlah RM n masa tu kalau nak dicomparekan dgn kebaikan bf berbanding formula kan. pastu bila dapat eye contact ngan baby masa bf dia. bila dia pandang kita dgn muka comel sgt. PRICELESS.

hehe sebelum ni bile baca blog orglain tulis pasal bf, kdg2 rasa cam ala2 poyo especially yg dok mengutuk org yg bagi formula. ala semua org ada problem masing2 kan, so jgnla kutuk. tapi bukan semua poyo, kebanyakannya lebih kepada bagi semangat. yg selalu aku baca utk bagi semangat ialah rita nyer blog lah sbb dia kwn aku. hehe. tapi sekarang baru rasa perlunya entry2 gini utk bagi semangat kat diri sendiri n bagi semangat kat org lain. sbb penting sangat ada semangat ni. kalau hilang, jawabnye stop camtu je la.

ps: semoga semangat utk exclusive bf tak hilang n semoga dipermudahkan semuanya utk aku n kawan2 semua. aminnn.

Monday, July 11, 2011

updates: sebulan dlm pantang

1. utk yg ke-2 kalinye dlm pantang nih, aku kurang sikit berdisiplin. bertungku semua kene buat sendiri, so selalu mcm skip. huhu. tapi ubat yg hospital bagi berjaya habis on time (mase dulu tu, tak abis pun). stoking masih pakai selalu, boring dowh.

2. org kata mase dlm pantang adalah waktu utk menonton drama melayu (sinetron atau telenovela gua tak layan ye). kalau masa dlm pantang bersalin syamiel dulu, aku cume addicted ngan satu citer je: sindarela, tapi masalahnye, berpantang yg sekarang ni, aku masih takde citer melayu yg aku addicted to. camna nih? pantang dah nak abis dah. huhu (hello...perlu ker?). tapi bile dipikir balik, dalam tempoh 5 tahun ni, aku cuma follow dua drama melayu: sindarela (2008) ngan adamaya (2010). adamaya tu aku follow masa tengah mc 2 minggu sakit mata. ok now baru aku perasan, aku hanya akan follow drama melayu bila aku MC panjang. haha.

3. astro kat umah mak bapak aku ni takde star world. aduhhh mati kutu jugak la. itu feveret cenel aku (macamla tak boleh amik smart card dari umah aku je kan. malasla...dah nak abes pantang dah).

4. syamiel dah boring lama sgt dok umah atuk opah. asik tanya bila nak balik umah kite. mama pun dah tak sabar nak balik ni syamiel....

5. alhamdulillah percubaan utk fully bf syazwan setakat ni masih positif. sori ye syamiel mase syamiel dulu mama kurang persediaan, tapi walaupun campur ngan formula, tetap direct bf sampai syamiel umur 2 tahun 8 bulan. cuma masalah perobelemnye skarang ni, gangguan utk menyetopkan exclusive bf syazwan tetap ade. datangnye tak lain tak bukan dari mak sendiri (seperti kes2 kawan lain). hari2 dok suruh bagi air kosong kat syazwan (baby yg fully bf tak perlu diberi air kosong). tempat utk mengadu ialah biasanye wawa. thanks wawa.

6. mase syamiel aritu, kitorang plan taknak ajar pakai buaian n isap pacifier. mmg byk dugaan. tapi alhamdulillah berjaya. skrg ngan syazwan, pun sama gak. pastu dugaan terbesar pun dtg dari mak sendiri gak asik dok suruh beli buaian. n ade gak suh belikan puting baby. lalalala....

7. kali ni dah terer sikit mandikan ngan siapkan baby semua aku buat sendiri. kalo dulu mase syamiel, mak yg mandikan. skrg dah terer sikit. tp kekadang mak tolong gak. ayahsyamiel pun tolong gak.

8. eh ayat sebelum ni aku gune nama 'ayahsyamiel'. kecik ati syazwan kang. tapi nak guna nama apa kat blog skrg ek?

9. syamiel kuat merajuk skrg. bukan skrg je, sejak 3-4 bulan lepas lagi dah start dah.

10. kitorang masih lagi kelam kabut menghandle anak 2 org. harap2 lepas ni makin ok.



Related Posts with Thumbnails