Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

Monday, February 18, 2013

Legoland 2012

dah berminggu2 kot syamiel dok mintak nak gi legoland sebab ada kawan dia dah pegi. hisy..baru 4 tahun dah kuat terpengaruh ngan rakan sebaya. terpaksalah kami mempostpone plan mama utk ke theme park yg lagi satu. demi syamiel.

mari menjadi pelancong di negara sendirik! (untuk encik jebi, di negeri sendirik)


budak pakai baju sesame street tu muka bengang sebab entrance belum bukak



kalau datang sini, pastikan korang singgah The Cafe ni. sedaaap.



sorilah. kerana sedap, dah nak abis baru terasa nak amik gambar. semua pastries, pies sini sedapp. nampak lasagna dia menarik gak, tapi sebab masa masuk tu dah kenyang, kitorang tak sempat nak rasa. masa lunch sebelumnya, kitorang makan kat pizza place. so-so je lah pizzanye.



syamiel's favourite. tapi meletihkan ayah. heheh. (oh ye, diorang menang game ni walaupun cuma ada sorang dewasa je yg bawak kete bomba)



ada show dari the danger detectives. program host tu sangat macam barney stinson. versi lebih 'kiut'.




ngeh ngeh ngeh



 hujan pun turun. beli rain poncho for kid. RM15. utk adult dah habis pulak. rasa mahal gak rain poncho ni, tapi kualiti plastik dia not bad la. tebal gak. boleh digunakan di theme park yg seterusnya. hehe.



disebabkan hujan, kami dok ulang 4D movie sampai 3 round. cukup dapat tengok ketiga-tiga cerita yang ada lah. kalau korang dapat tengok cite yg katun org biasa psl race kereta tu (yg bukan org lego), dicadangkan terus masuk balik utk show seterusnya (cite lain) sbb cite race kete tu tak best langsung. kalau yg pelakon dia org lego, baru best sikit.

nak cadangkan legoland, pls pasang banyak2 mist fan kat waiting area. malaysia ni panass ok. mungkin diorang terlepas pandang psl keperluan mist fan ni sbb legoland malaysia ni adalah 1st legoland in asia. kesian budak2 kecik berpeluh2 menunggu.



masa batch sebelum diorang naik, ada 2 orang budak menangis. tapi time diorang ni naik, semua sunyi sepi kontrol hensem.  :-P

 suka castle ni. cantek.


 masa masuk ke castle tu, dia tulis 'the dragon' kot kalau tak silap. masa tu encik jebi n syamiel berdua jalan dulu kat depan. mama jalan slow2 sebab syazwan dah tido. diorang dengan konfiden telah beratur tanpa tahu game apa dalam tu. dah sampai depan q, rupa2nya roller coaster. syamiel lepas pulak tu age limit. tanpa disedari, syamiel yg berumur nak masuk 4 tahun 8 bulan telah menaiki roller coaster buat kali pertamanya. haha. berair jugak air mata dia. hihihi. lepas tu mama nak naik pulak, ajak syamiel, terus dia geleng kepala takmo naik. hahaha.


 enjoy ye awak


 ermmm



 kami lepak legoland sampai malam.



sebab nak tunggu bunga api


kami keluar dari gate legoland dah dekat jam 9 malam kot. sebabnya dok tersangkut kat souvenir shop taktau nak beli apa. dah masuk, kenela beli something jugak kan, at least utk diri sendiri. hehe.


untuk yg nak prepare budget kat sini, harga kat souvenir shop legoland ni boleh tahan gak mahalnye. contoh: tshirt budak: RM90, tshirt dewasa RM110. fridge magnet lagi best. tiga ketul fridge magnet kecik bentuk lego brick harga RM50++.

kalau lego set pulak, dah sedia tahu la kan cemana harganya. rasa cam sama je ngan kat luar. agaknya laa. sbb tak pernah lagi beli lego sendiri. dulu2 cuma ada lego yg abang aku belikan jek.



ni utk syazwan. RM39.90



lego calendar ni utk mama. jadi hiasan di opis kesayangan. heheh. RM59.90 kot.
tu yg princess gown putih tu key chain. rasanya semua key chain lego character harga standard RM19.95.



walaupun syamiel dok mengendeng2 mintak dibelikan lego, tapi mama n ayah decide utk belikan tshirt ni utk syamiel. sbb tshirt ni kiut sangattt. haha kejam tak kami?



syazwan dlm percubaan buat gaya mcm abg


setel satu janji. pasni gi tempat yg mama nak pegi plak.

Wednesday, February 6, 2013

hari wilayah = hari dating

selamat hari wilayah kepada kuala lumpur yg tercinta. dari anak jati kl yg lahir kat hospital besar kuala lumpur. heheh.

sekarang ni aku keje kat cyberjaya, selangor, tak dpt cuti hari wilayah, so sebagai anak jati kl yg tegar, aku terpaksa apply cuti utk selebret hari kebanggaan masyarakat seperti kami. rasanya hampir setiap kali hari wilayah, aku apply cuti kot? 

orang kl, kenela pegi celebrate kat klcc. dah lama gile kot tak jalan kat klcc. aktiviti utama kami kat klcc ialah buat dialog "eh dulu ni kedai tu kan, dah tukar jadi kedai ni ek" atau "alaa...kedai tu dah tutup...caner nak makan makanan dia yg best tu" atau "eh dulu tak macam ni kan?" dan macam2 lagi. terasa tua di situ.

selain dari dialog itu, kami beratur pagi2 buta kat tgv. layan muvi Hansel & Gretel: Witch Hunters. best. aku suka cite2 remake macam ni. macam out of the box jugak la. sbb kita cuma tau fairy tale Hansel & Gretel je kan, tapi selama ni kita taktau apa jadik kat diorang. tapi cite ni bukanla best sgt2 yg aku nak ngaku ni cerita yg paling aku suka. tapi dalam cite ni baru Gemma Arterton nampak cun. Dulu masa tengok Prince of Persia, aku rasa gemma arterton tak cun. mebi sbb aku jeles ngan prince of persia (jake gyllenhaal). ha kalau prince of persia, memang cite tu betul2 aku ngaku aku suke gile. heheh.


 ini gambar lama. masa kat harrods london dulu. saja nak letak kat entry nih. :P


 ini bukan anak jati kl, tapi anak jati jb. tapi dia dapat cuti free utk celebrate hari wilayah


ok nak cerita part lagi best lain plak iaitu part makannnn. masa masuk wayang, kami tak beli popcorn kat tgv tapi bawak masuk popcorn Garrett, yg tgh dok femes skrg nih. haruslah nak cuba kann.


 kat level bawah, depan eskalator nak turun parking



  cantek plastic bag dia


 popcorn bag dia pun cantek. kami amik size medium. rasa macam kalau small, kejap je dah abis kot?


sebagai peminat almond, of course aku amik almond caramelcrisp. sebijik2 dia letak almond dalam tuh!


 ni list of flavours dia. sila pilih yg mana korang nak. harga agak menyakitkan wallet jugak. Specialty Flavours medium size = RM37. huhu.


overall comment utk garrett popcorn: hurm...sedap tu sedap. tapi walaupun aku peminat almond, aku tak berapa suka almond dicampurkan dalam caramel popcorn. tak habis makan. boleh bawak balik bagi syamiel n syazwan. tapi taktau la kalau flavour lain aku suke plak kan. kena cuba flavour lain plak lain kali.

n kami lagi suka Planet Popcorn. murah sket n boleh makan terus sampai habis. nanti bebila free, aku buat entry comparison Planet Popcorn vs Garrett Popcorn yek.

eh entry aku pusing2 topik pun mesti cerita pasal makanan kan?

Friday, July 29, 2011

makan2 @ tony roma's

huhu aktiviti wajib lepas pantang bersalin is.......makannn!!! sebelum tu, hantar syamiel & syazwan ke nursery dulu (ni first time syazwan gi nursery. half day jek). then mari kite ke pavillion....



ribeye. sedap gak. tapi ade org tu kata tak cukup kenyang. hehe.



bountiful beef ribs. ribs dia sedap gileee ok.


ok overall puas ati mkn sini. kenyang gile. oh ye kalau order fruit juice dia bottomless boleh refill lagi dan lagi.

tapi ade satu lagi tak puas ati, where's my bib? apsal aku tak dpt bib? slalu tengok kat blog org yg mkn sini pakai bib cam kiut je. sampai ke sudah aku tunggu tak dpt2.

ps: sebut psl bib, tetibe teringat kat kakbib. n kebetulan pulak lepas teringat kat kakbib, dia pun comment kat my previous entry. hehe.

Monday, January 3, 2011

big brother

ini cerita 2 minggu lepas. kitorang telah pegi makan kat big brother, kota damansara. ini pun kes terpengaruh ngan blog orang.


yg menarik kat menu list dia: semua menu ada gambar. senang nak pilih.



starter: cheesy french fries kot nama dia. ini sedappp.


ayahsyamiel punye steak. nama specific tak ingat dah.


ini saye order. au gratin chicken char-broiled


dan di bawah ni...gambar budak kegembiraan dapat dessert besarr punye:


1


2


3


tapi dessert avalanche tu tak berapa recommended sangat la. biase2 je. rupe je best.

kesimpulannye, ok gak mkn sini. mungkin bley datang lagik. ;-)

Tuesday, December 28, 2010

2011 lebih menyelerakan

mulai sekarang, saper2 yg singgah kat tempat aku, tentu akan lapar subway:




tiap2 bulan ada promo coupon. woohoo.


nak dptkan kalendar nih? sila makan kat subway sekurang2nye rm25. cepat2 sementara stok masih ada!

Monday, November 15, 2010

ini bukan blog post, tapi status update

entah kenape, skrg ni cam takde mood nak apdet status fesbuk dah.

mebi sbb bile dah ramai kawan, n takmo sume org bace, n cam segan.

tapi rase nak apdet status kat blog je, aci tak?

==> saye sangat lapar n rase nak makan nasi goreng kampung telur dadar, extra ikan bilis pls. tq.

ps: itula, org sumer ade twitter, ko eksen takmo create akaun twitter.

pps: tetibe rase nak panggil mcdelivery datang opis.

Tuesday, October 12, 2010

abc sect 2 vs majidee episode 1

mase gi jb aritu, kan aku ada makan abc yg sedap kat majidee kan? pastu nak comparekan ngan abc shah alam yg aku makan somewhere between 2001-2002 dulu kan?

ok ahad lepas aku telah pegi beraya bulan zulkaedah ke umah makcik kat klang. maka wajiblah singgah sect 2 shah alam utk test balik abc yg dulunye sedap kat situ.

sampai2 sect 2, macam taktau nak carik stall yg mane. sbb ade banyak kedai jual abc special. erk. serius aku takleh nak recall ape nama stall yg kitorang pegi dulu2. ekceli aku jarang pegi makan kat sect 2 tu sgt sbb tak best tempat dia. skrg dah improve byk. dah cantik sikit.

jadinye kitorang try dulu kat stall yg masuk 'jalan2 cari makan' masa bulan pose aritu: 'fradoo abc'.


the look: hurmm mcm biase2 je.
the taste: ekkkkk. kurang minat. mamasyamiel tak makan abes. ayahsyamiel tak makan abes. opahsyamiel pun sama. pastu coklat dia cam berketul2.

keputusan 'abc sect 2 shah alam vs abc kg melayu majidee jb episode 1': the winner issssss...
ABC MAJIDEE!!
(tetibe rasa sebutan cam cite 'i survived a japanese gameshow' plak yg asik sebut 'majideee!' )

dah jalan balik masuk kete, baru terperasan stall nama 'pegaga'. rasenye pegaga tu la nama stall yg aku makan abc dolu2 tu. plus ngan milo tabur dia yg sedap. tapi tatau la skrg caner dah rasa dia.

ok next time dalam 'abc sect 2 shah alam vs abc kg melayu majidee jb episode 2', kitorang nak gi kat gerai pegaga lak. see you next time!

Friday, October 8, 2010

29 syawal

raya dah abes.

tapi esok 1 zulkaedah pun kitorang ada tiga jemputan open house.

pedulik hape kan? janji jemputan makan. join ajee.

kalau every week sepanjang tahun ade open house pun best gak. sile amalkan selalu. ;-)

*entry buang masa je baca. takde isi pun. huhu.

Monday, September 27, 2010

photoblog mode: holiday@jb

biasenye kalo balik umah mertua kat jb, mesti akan singgah beraya umah kawan atau opismet kat johor. tapi ni first time tak raye umah sape2.

tapi kitorang pegi jalan2 ke tanjung piai. dalam 70km dari skudai. pernah dengar tanjung piai? kalau pernah, sile dok diam2. kalau yg tak pernah, kabarnye location ni adelah kawasan tanah paling selatan sekali dalam benua asia.


nampak haluuuus aje syamiel dalam gambar ni


selamat datang ke penghujung selatan tanah besar asia


amil tayang ayah!




syamiel dah penat. ayah, paham2 je la kenapa syamiel kiss ayah tadi kan?




london 11216 km, new york 6422km. eh bukan ke patutnye nuyok yg paling jauh ngan mesia?




sape dah jejak kaki ke sini, dapat sijil hokkei....

kalau sampai jb, tak sah kalo tak singgah dangabay. kali ni danga bay dah semakin jadik tempat utk mengabiskan duit. syamiel dah rambang mata taktau nak main game yg mane satu.

last2 elephant gak jadi pilihan syamiel.


selalunye kitorang mesti singgah beli murtabak kat kg melayu majidee. tapi this time, takmo murtabak dah. pekena abc plak. dengar citenye, sedap abc kat sini. nama gerai: azmy wawa. memang sedap abc sini. dia siap ade packkan abc utk take away. tapi yg tak best kat sini, banyak kucing. :P

rupe menarik. rase pun sedap. memang licin aku abeskan.


tapi sehingga sekarang, aku dok nak compare lagi abc ni ngan abc kat section 2, shah alam. dalam top 5 abc yg pernah aku rasa, rasenye abc kg majidee jb ngan section 2 shah alam dok rank 1 ngan 2. tapi aku tak sure yg mane nombor 1, yg mana nombo 2. kalo nak evaluate balik, ayahsyamiel, jom shah alam jom? tapi lagi best kalo ade kawan2 yg dok shah alam nak buat open house. lepas openhouse, terus singgah layan abc. kawan2 area shah alam/klang/subang, please take note. timakasih.

Tuesday, June 1, 2010

gimme the sub of the day

ingat lagi mase first time makan kat subway mase syamiel kat dlm perut. Balik umah terus muntah balik seketul 6-inch sandwich tu, dah hancur la tapi. Aku ingat sgt sebab itu je la satu-satu kalinya aku muntah sepanjang syamiel dok dlm perut. Muntah pun bukan sbb loya ke ape, tapi sbb batuk. Mase tu mmg batuk agak hardcore gak la.

Apsal cite pasal muntah lak ni? Sori ek, tetibe tertaip lak, nak delete, syg lak. Penat taip.

Straight to the point, kitorang mmg syiok makan kat subway. Healthy food yg sgt setap. Kalo tgh diet, mmg x rase bersalah la kalo mkn subway.

lagi best, sejak dia buat promotion sub of the day nih. jimat banyak. sebab kalo beli satu sandwich biase, range harga dia dalam rm10.50 - rm12.50. tapi kalo amik sub of the day, cuma rm7.50 jek. super duper jimat kalo dibandingkan ngan mekdi. sori mekdi. hehe....


senang nak pilih

lagi satu, senang sgt nak pilih mkn ape. sbb biasenya cam susah nak decide kan. ckp je nak sub of the day, dia akan buatkan. tapi kalo ade allergy kat mane2 daging, kene elak la kan.

paling sedap: cheery tuesdays (tuna).
paling value for money: red-hot mondays (italian b.m.t). sebab harga asal dia rm12.50. jimat 5 hengget tu.

;-)

Monday, May 31, 2010

red-eye

canteknye mata. tapi ini mate orang lain.


sebenarnye berjangkit sakit mata ni of course dari syamiel. dengar dari aunty kat nursery dia kata, memang ade budak yg kene sakit mata kat nursery tapi mak dia lambat ambik. so jangkit kat budak lain dan jangkit lagi dan lagi. aunty pun kene. syamiel budak last sekali kena. mamasyamiel lak, udah siang malam melekat je ngan syamiel, mmg dah dijangke akan kene jugak....

aritu mase bwk syamiel jumpe pediatrician, kene charge rm60. cam agak nyesal plak setakat ubat titik ngan ointment pun mahal gitu. so bile mamasyamiel kene, pegi klinik gomen je la, lgpun diyakini MC nyer. kan skrg ni cam kecoh kata ramai staff buat MC tipu kat klinik swasta. tapi setakat keje sini, aku tak pernah la pulak buat gitu.


mak aii...jumlah menunggu: 50 orang. heaven. mari berfb di klinik!

fb punye fb, sampai bateri fon pun dah kong. turn masih tak sampai2. ok pukul 10, nama aku dipanggil. excited ni, sekejap je rupenye. rupenye pegi bayar singgit, pastu duduk balik tunggu dokter. pastu kul 12 kot baru setel. dapatla MC tiga ari.

servis lambat? aku dengar gak ramai yg komplen kat situ. tapi bukanla sbb staf kat situ tak buat keje or lmbt wat keje. aku tengok diorg kelam kabut je bz. tapi mmg patient yg ramai, so sabo je la. mane nak dpt bayor singgit je untuk macam2 jenis ubat. kalo bawak GL, free je. tapi aku lupe lak nak prepare bwk GL.

balik klinik, singgah lak jusco mahkota cheras. target nak mkn sub of the day kat subway.


sub of monday

ekceli semalam baru pegi ngan family. arini sorang lak. semalam sub of sunday, arini sub of monday. hehehe....pasni nak wat entry pasal subway lah. tapi kenape bile buat entry pasal sakit pun mesti diakhiri dengan cite makan? heheh....
Related Posts with Thumbnails