Wednesday, February 6, 2013

hari wilayah = hari dating

selamat hari wilayah kepada kuala lumpur yg tercinta. dari anak jati kl yg lahir kat hospital besar kuala lumpur. heheh.

sekarang ni aku keje kat cyberjaya, selangor, tak dpt cuti hari wilayah, so sebagai anak jati kl yg tegar, aku terpaksa apply cuti utk selebret hari kebanggaan masyarakat seperti kami. rasanya hampir setiap kali hari wilayah, aku apply cuti kot? 

orang kl, kenela pegi celebrate kat klcc. dah lama gile kot tak jalan kat klcc. aktiviti utama kami kat klcc ialah buat dialog "eh dulu ni kedai tu kan, dah tukar jadi kedai ni ek" atau "alaa...kedai tu dah tutup...caner nak makan makanan dia yg best tu" atau "eh dulu tak macam ni kan?" dan macam2 lagi. terasa tua di situ.

selain dari dialog itu, kami beratur pagi2 buta kat tgv. layan muvi Hansel & Gretel: Witch Hunters. best. aku suka cite2 remake macam ni. macam out of the box jugak la. sbb kita cuma tau fairy tale Hansel & Gretel je kan, tapi selama ni kita taktau apa jadik kat diorang. tapi cite ni bukanla best sgt2 yg aku nak ngaku ni cerita yg paling aku suka. tapi dalam cite ni baru Gemma Arterton nampak cun. Dulu masa tengok Prince of Persia, aku rasa gemma arterton tak cun. mebi sbb aku jeles ngan prince of persia (jake gyllenhaal). ha kalau prince of persia, memang cite tu betul2 aku ngaku aku suke gile. heheh.


 ini gambar lama. masa kat harrods london dulu. saja nak letak kat entry nih. :P


 ini bukan anak jati kl, tapi anak jati jb. tapi dia dapat cuti free utk celebrate hari wilayah


ok nak cerita part lagi best lain plak iaitu part makannnn. masa masuk wayang, kami tak beli popcorn kat tgv tapi bawak masuk popcorn Garrett, yg tgh dok femes skrg nih. haruslah nak cuba kann.


 kat level bawah, depan eskalator nak turun parking



  cantek plastic bag dia


 popcorn bag dia pun cantek. kami amik size medium. rasa macam kalau small, kejap je dah abis kot?


sebagai peminat almond, of course aku amik almond caramelcrisp. sebijik2 dia letak almond dalam tuh!


 ni list of flavours dia. sila pilih yg mana korang nak. harga agak menyakitkan wallet jugak. Specialty Flavours medium size = RM37. huhu.


overall comment utk garrett popcorn: hurm...sedap tu sedap. tapi walaupun aku peminat almond, aku tak berapa suka almond dicampurkan dalam caramel popcorn. tak habis makan. boleh bawak balik bagi syamiel n syazwan. tapi taktau la kalau flavour lain aku suke plak kan. kena cuba flavour lain plak lain kali.

n kami lagi suka Planet Popcorn. murah sket n boleh makan terus sampai habis. nanti bebila free, aku buat entry comparison Planet Popcorn vs Garrett Popcorn yek.

eh entry aku pusing2 topik pun mesti cerita pasal makanan kan?

No comments:

Related Posts with Thumbnails