Monday, February 4, 2013

people who just don't respect strangers

situasi di surau klcc:

aku duduk kat dinding hujung yg pada aku paling ada privasi sekali. aku pun keluarkan segala gadget dalam bagpack kesayanganku lalu aku pun buat aktiviti milk expressing menggunakan medela freestyle aku. ye. syazwan dah 1 tahun 8 bulan dan masih menerima susu fresh dari mama.

dalam aku dok menjalankan operasi sambil menscrolldown news feed kat fesbuk, tiba2 sorang perempuan yg duduk sebelah aku (Puan A) panggil aku..

Puan A: kak, boleh tolong tengokkan anak saya tak? saya nak semayang jap.

aku tengok dia tgh pangku baby yg tgh tido. umur dlm 8-9 bulan camtu. risau gak nak jaga anak org tak dikenali ni. tapi aku paham la situasi dia bila betul2 takde pilihan camtu.

aku: erm. boleh. (senyum)

dia pun cuba letak baby dia kat atas kain lapik. tetiba baby tu terjaga. dia pun bagi susu kat anak dia jap.

aku: err...baby awak ni nak kat orang tak?
Puan A: ermm biasanya dia tak berapa nak kat orang. 

ok aku cuak. hurm tawakal je lah. aku pun offkan medela freestyle aku utk bersedia menjaga anak orang ni.
dia cuba tidurkan baby dia. tapi takmo tido. so dia pun bagi aku dukung baby dia.

aku dukung baby tu, n mak dia pun pegi amik wudhu'. seperti dijangka, baby tu melalak. boleh tahan gak suara dia. ok aku panik. dodoi la, tunjuk video kat handphone la, semua tak jalan. terasa nak bawak budak ni gi jalan2 kat luar surau ni (dalam suria klcc), tapi gila kau, nak bawak anak orang camtu je. kang tak pasal2 kena tuduh kidnap anak orang. aku mula terbayang muka aku keluar harian metro dengan tajuk 'Awas Penculik Budak di KLCC'. pastu kelihatan gambar blur dari cctv. konfem kawan2 aku kenal tu aku.

ok kalau aku bawak budak ni keluar dari surau ni, takkan aku nak biarkan medela freestyle aku terbiar je kat situ. buatnya kene curik. jenuh nak kumpul duit beli medela freestyle yg baru.

aku cuak. ramai muslimah yg tengah solat. aku plak skrg rasa bersalah ngan diorang.

dalam aku dok cuba tenangkan budak yg melalak tu, ada sorang makcik yg tengah pakai telekung semayang datang kat aku n cakap:

makcik poyo: dik, bawak la budak tu keluar, orang nak semayang ni!

aku: ye kak, tapi saya bukan mak dia. saya tengah tunggu mak dia amik wudhu. (itu je yg terkeluar dari mulut aku)

makcik poyo: ye lah, tapi bawak la budak ni keluar, ganggu orang nak semayang!

aku: TAKKAN SAYA NAK BAWAK ANAK ORANG NI KELUAR DARI SINI CAMTU JE? CUBA KALAU MAKCIK JADI MAK DIA, BAGI ORANG JAGA ANAK KAT SURAU, TETIBA ORANG TU BAWAK KELUAR2 DALAM KLCC NI, TAK RISAU KE? ENTAH2 SAYA KIDNAP ANAK DIA NI KE? PASTU KALAU SAYA KELUAR, DENGAN MEDELA FREESTYLE SAYA YG TERTINGGAL KAT SITU TU, KALAU HILANG KE, KALAU MAKCIK CURIK NAK PEGI JUAL KAT MUDAH.MY KE? MAKCIK NAK GANTI BALIK KE? MAKCIK NI KALAU NAK SALAHKAN ORANG, CUBA FIKIR SIKIT APA MASALAH ORANG TU. MAKCIK INGAT MAKCIK SORANG JE ADA MASALAH? IKAN SARDIN PUN ADA MASALAH TAU!

ok aku tipu. ayat kat atas tu cuma duduk dalam hati aku je. tak terkeluar kat mulut aku. dialog sebenar seperti berikut:

aku: (speechless) (ye. seperti biasa, aku tak reti reply back on the spot)

kemudian mak baby tu yg dah sudah amik wudhu' pun terus datang n amik anak dia. antara sebab aku tak balas balik makcik tu tadi ialah sebab aku dah nampak yg mak budak tu dah nak datang kat aku. aku taknakla dia rasa bersalah sbb disebabkan dia, aku terbergaduh plak dengan sorang makcik.

ye sampai sekarang aku masih rasa tak puas ati. niat aku nak tolong orang dalam kesusahan tetiba berakhir dengan aku dok menyumpah2 makcik tu yg suka2 je nak blame aku. 

pada aku, golongan macam makcik ni pengecut. dia konfiden nak marah2 org yg tak dikenali tu depan orang sebab dia cuma kenal n jumpa orang tu masa tu saja. pasni tak jumpa dah. lagipun masa tu, makcik tu nampak suci sebab tengah nak semayang. saya nampak jahat sebab pegang budak yg tengah menangis dalam surau.

aku rasa perangai makcik tu banyak gak dalam masyarakat kita. mentaliti yg 'orang tak dikenali tu buat mende tak betul, n kita patut betulkan dia, tak kisah lah nak malukan dia depan orang ramai ke'. sikap 'just blame that stranger'. entahlah. please people. ramai yg suka sgt tunjuk sikap lack of respects towards strangers.

respek. relaks. respon. ye aku kurang skill respon.


5 comments:

nina said...

alaaa.. aku baru nak teruja bila baca dialog CAPSLOCK tu. Dlm ati ku berkata.... wahhhh cayalah sue ckp gitu kat makcik poyo!

catz said...

titiba akak pun rasa geram kat makcik tu ....

Che Kay said...

ayat last sekali tu aku kenal sangat. 3R~ hehe

suez said...

nina: hurm kalaulah kan. Hakikatnya, aku ada respek, aku ada relaks, tapi dlm situasi tu, aku takde respon. :-(

catz: ergh

che kay: ye kau pernah bwk jebi pegi dinner 3R. Apsal tak bwk aku? Aku penonton setia 3R tau! Tapi spt comment aku kat nina kat atas, aku perlu asah skill R yg ketiga aku. :-|

Unknown said...

ok, tak jadi nak marah sbb dah gelak tergolek

'MAKCIK INGAT MAKCIK SORANG JE ADA MASALAH? IKAN SARDIN PUN ADA MASALAH TAU!'

*LOL*

Related Posts with Thumbnails