Showing posts with label komplen. Show all posts
Showing posts with label komplen. Show all posts

Monday, February 4, 2013

people who just don't respect strangers

situasi di surau klcc:

aku duduk kat dinding hujung yg pada aku paling ada privasi sekali. aku pun keluarkan segala gadget dalam bagpack kesayanganku lalu aku pun buat aktiviti milk expressing menggunakan medela freestyle aku. ye. syazwan dah 1 tahun 8 bulan dan masih menerima susu fresh dari mama.

dalam aku dok menjalankan operasi sambil menscrolldown news feed kat fesbuk, tiba2 sorang perempuan yg duduk sebelah aku (Puan A) panggil aku..

Puan A: kak, boleh tolong tengokkan anak saya tak? saya nak semayang jap.

aku tengok dia tgh pangku baby yg tgh tido. umur dlm 8-9 bulan camtu. risau gak nak jaga anak org tak dikenali ni. tapi aku paham la situasi dia bila betul2 takde pilihan camtu.

aku: erm. boleh. (senyum)

dia pun cuba letak baby dia kat atas kain lapik. tetiba baby tu terjaga. dia pun bagi susu kat anak dia jap.

aku: err...baby awak ni nak kat orang tak?
Puan A: ermm biasanya dia tak berapa nak kat orang. 

ok aku cuak. hurm tawakal je lah. aku pun offkan medela freestyle aku utk bersedia menjaga anak orang ni.
dia cuba tidurkan baby dia. tapi takmo tido. so dia pun bagi aku dukung baby dia.

aku dukung baby tu, n mak dia pun pegi amik wudhu'. seperti dijangka, baby tu melalak. boleh tahan gak suara dia. ok aku panik. dodoi la, tunjuk video kat handphone la, semua tak jalan. terasa nak bawak budak ni gi jalan2 kat luar surau ni (dalam suria klcc), tapi gila kau, nak bawak anak orang camtu je. kang tak pasal2 kena tuduh kidnap anak orang. aku mula terbayang muka aku keluar harian metro dengan tajuk 'Awas Penculik Budak di KLCC'. pastu kelihatan gambar blur dari cctv. konfem kawan2 aku kenal tu aku.

ok kalau aku bawak budak ni keluar dari surau ni, takkan aku nak biarkan medela freestyle aku terbiar je kat situ. buatnya kene curik. jenuh nak kumpul duit beli medela freestyle yg baru.

aku cuak. ramai muslimah yg tengah solat. aku plak skrg rasa bersalah ngan diorang.

dalam aku dok cuba tenangkan budak yg melalak tu, ada sorang makcik yg tengah pakai telekung semayang datang kat aku n cakap:

makcik poyo: dik, bawak la budak tu keluar, orang nak semayang ni!

aku: ye kak, tapi saya bukan mak dia. saya tengah tunggu mak dia amik wudhu. (itu je yg terkeluar dari mulut aku)

makcik poyo: ye lah, tapi bawak la budak ni keluar, ganggu orang nak semayang!

aku: TAKKAN SAYA NAK BAWAK ANAK ORANG NI KELUAR DARI SINI CAMTU JE? CUBA KALAU MAKCIK JADI MAK DIA, BAGI ORANG JAGA ANAK KAT SURAU, TETIBA ORANG TU BAWAK KELUAR2 DALAM KLCC NI, TAK RISAU KE? ENTAH2 SAYA KIDNAP ANAK DIA NI KE? PASTU KALAU SAYA KELUAR, DENGAN MEDELA FREESTYLE SAYA YG TERTINGGAL KAT SITU TU, KALAU HILANG KE, KALAU MAKCIK CURIK NAK PEGI JUAL KAT MUDAH.MY KE? MAKCIK NAK GANTI BALIK KE? MAKCIK NI KALAU NAK SALAHKAN ORANG, CUBA FIKIR SIKIT APA MASALAH ORANG TU. MAKCIK INGAT MAKCIK SORANG JE ADA MASALAH? IKAN SARDIN PUN ADA MASALAH TAU!

ok aku tipu. ayat kat atas tu cuma duduk dalam hati aku je. tak terkeluar kat mulut aku. dialog sebenar seperti berikut:

aku: (speechless) (ye. seperti biasa, aku tak reti reply back on the spot)

kemudian mak baby tu yg dah sudah amik wudhu' pun terus datang n amik anak dia. antara sebab aku tak balas balik makcik tu tadi ialah sebab aku dah nampak yg mak budak tu dah nak datang kat aku. aku taknakla dia rasa bersalah sbb disebabkan dia, aku terbergaduh plak dengan sorang makcik.

ye sampai sekarang aku masih rasa tak puas ati. niat aku nak tolong orang dalam kesusahan tetiba berakhir dengan aku dok menyumpah2 makcik tu yg suka2 je nak blame aku. 

pada aku, golongan macam makcik ni pengecut. dia konfiden nak marah2 org yg tak dikenali tu depan orang sebab dia cuma kenal n jumpa orang tu masa tu saja. pasni tak jumpa dah. lagipun masa tu, makcik tu nampak suci sebab tengah nak semayang. saya nampak jahat sebab pegang budak yg tengah menangis dalam surau.

aku rasa perangai makcik tu banyak gak dalam masyarakat kita. mentaliti yg 'orang tak dikenali tu buat mende tak betul, n kita patut betulkan dia, tak kisah lah nak malukan dia depan orang ramai ke'. sikap 'just blame that stranger'. entahlah. please people. ramai yg suka sgt tunjuk sikap lack of respects towards strangers.

respek. relaks. respon. ye aku kurang skill respon.


Wednesday, July 28, 2010

ade lagi ke org forward email2 tak logik?

EMAIL1:


Subject : Waterfall at Sungai Jagong (Kedah, Malaysia)

1st sender tulis: Korang betui ke kat KEDAH ada this waterfall
Aku nak pegi joMMmm…..

2nd sender tulis: aku tak tau pun kat kedah ada ni..cantik siutt...

suez tulis: Dear all,

the waterfall at Sg Jagong email is not true. it is actually in croatia. (sapela org malaysia yg start buat cerita tu...sabo je la).

refer this site: http://en.wikipedia.org/wiki/Plitvice_Lakes. tq.

===> tidakkah terasa waterfall tu terlampau cantik utk duduk kat mesia? n gambar tu mmg tak nampak mcm kat mesia ok.



EMAIL 2:

Subject: Berita dari Masjid Nabawi

email ni berleluasa in 2004-2006. aku malas nak copy paste, panjang gile, dan aku pasti ramai yg dpt email nih. memule cerita pasal seseorang tidur kat masjid nabawi pastu bermimpi rasulullah saw berpesan kepadanye. aku taknak komen ape2 pasal pesanan tapi ade plak kene send kat 20 orang pastu kalau tak hantar, bleh dpt bencana.

dlm tu ade gak tulis 'Tun Datu Mustafa Mantan Menteri Sabah Malaysia, dipecat dari jabatannya karena beliau lupa setelah menerima surat ini, tidak menyebarkannya, kemudian beliau ingat surat ini, lalu beliau menyalinnya dan menyebarkannya sebanyak 20 lembar. Beberapa lama kemudian beliau dilantik kembali menjadi menteri Kabinet'.

===>
dah ramai yg kutuk email2 yg pakse org fwd2 ni, tapi yg buatkan aku marah ialah kenapa tahun 2010 ni pun aku masih dapat email camni?! pastu sender tu plak ialah kawan aku yg berpendidikan tinggi plak tu. adehh. oh mase dpt email ni dulu, aku tak paham ape maksud 'mantan', tak pernah digunakan pon. ;-P



EMAIL 3:

Subject: Keajaiban Tulisan Microsoft Word

1. Buka Microsoft Word korang.
2. Taipkan dalam huruf besar, Q33 NY

Q33 NY ni adalah number pesawat yang melanggar World Trade Centre.

3. tukar saiz font tu kepada saiz 48.

4. Korang highlightkan Q33 NY tu kemudian tukar kepada font WINGDINGS.

Apa yang korang nampak? Allahuakbar ..menakjubkan..kebesaran Allah S.W.T

sesungguhnye benda ni dah lama wujud tanpa sesiapa yang menjangkakannye ...



Kelihatan gambar sebuah Kapal Terbang melanggar WTC (menara berkembar tu) ..

kemudian ade lambang tengkorak dan lambang yahudi ...dah cube dan mmg btol............. SUBHANALLAH....

==> rasenye dah ramai buat statement yg kata Q33 NY tu bukan nombor kapalterbang yg langgar WTC, email ni pun dah lama tersebar sejak 2001 sampai few years selepas tu, tapi yg buat aku marah sgt ialah aku masih dapat lagi email ni pada bulan June 2010? adoiyaiii.


* tapi taktau la pulak kalau kat kedah memang ada waterfall yg sebijik macam kat croatia tu, atau Q33NY tu betul2 nombor kapalterbang tu, sebab aku pun gugel jek, bukannye aku betul2 pegi tengok pesawat tu n check nombor dia. wallahualam.

Sunday, December 27, 2009

iklan ntahapehape

Top 5 iklan2 mesia yang paling ntahapehape:



Iklan tahpape 5: carrie junior

dalam iklan ni, anak norish karman asyik tanya kat mak dia bile dia boleh pegi mandi dengan carrie junior sambil buat gaya comel. padehal tak comel pun sbb budak tu dah besar. kalau yg berlakon iklan tu, budak umur 3-4 tahun, comel la jugak.



Iklan tahpape 4: ribena lemon

1. Kenapa iklan ribena perlu pakai lagu Hindustan?

2. Ade scene buah blackcurrent tengah dating ngan buah lemon, sambil minum ribena lemon. As if diorg tengah minum diri sendiri. Huhu.



iklan tahpape 3: supor cookware

Dalam iklan ni, makanan yg dimasak dalam kuali bukan brand supor asyik rentung aje. sebagai solution, si tukang masak terpaksa panjat bangku semata2 nak jauhkan kuali daripada api.

1. tak reti nak perlahankan api ker?



Iklan tahpape 2: 1malaysia

scene kat sekolah:

Cikgu masuk kelas, pastu bgtau kat semua murid2 supaya esoknya, semua kene pakai pakaian yang melambangkan budaya bangsa.

pastu 4 org budak dok diskas tatau nak pakai baju apa (kamon adik2…takkan korang tatau baju ape nak pakai?)

Next scene, 4 org budak ni kat umah memasing sibuk pakai baju ikut kaum masing (haa ade pon baju raye…).

esoknye kat sekolah, cikgu masuk kelas pastu panggil 4 org budak tadi saje ke depan kelas, pastu cakap “cikgu bangga dengan kamu berempat”.

1. Punyela ramai students dalam kelas tu, takkan yg lelain tu tak pakai baju macam diorg pakai?

2. Biasenye bile cikgu suruh pakai camtu gi sekolah, sure semue excited nak pakai baju raye memasing. Saper yg terlupe atau takde baju yg boleh dipakai, silap2 boleh ponteng sekolah sbb malu.

3. Cikgu pun beriye bangga ngan 4 org budak tu je, tanyela dulu yg lelain tu kenapa tak pakai, tak pay attention dlm kelas ke, atau memang tak mampu nak beli baju budaya masing2 ke. sian diorg.



Iklan tahpape 1: Bank Rakyat

Tetamu: assalamualaikum

Tuan rumah: waalaikumussalam. Masuklah….

Tetamu: wah, tengah layari internet yea…? (cara tanye tu macam satu kesalahan je kalau tgh surfing)

Tuan rumah: taklah. Saya tengah layari i-rakyat. Macam2 boleh buat, pindahkan wang, semak baki dan lain-lain.

Tetamu: wah hebatnya bank rakyat ni, saya mesti pilih!

1. Lek aa…maybank2u dah lama wujud. Jgnla pelik sgt kalau bank rakyat dah ade internet banking.

2. Tuan rumah jawab “taklah” mase tetamu tanya tengah layari internet ke. Bistu i-rakyat tu bukan guna internet kee?

Monday, October 5, 2009

masih lagi terselamat

may 2008:
ade kursus kat kedah. aku tak dpt attend sebab tgh dlm pantang lagi. lepas abis kursus, budak2 yg dah attend kursus tu dok citer diorg buat aktiviti tu. huh...selamat aku takyah buat.

end of 2008:
kat ofis ade wat aktiviti tu petang2 lepas keje. kawan2 opis selalu ajak aku join. tapi aku elak dengan alasan kene amik syamiel. memang betul pun. kalo lambat, nanti kene bayor OT kat nursery. aku selamat lagi dari aktiviti itu.

aug 2009:
kursus kat melaka. first day senaman pagi, aku ngan roommate aku je bangun gi senaman. yg lain sumer tido. tapi cuma aktiviti lari2 aje. dengarnye, keesokan harinya akan ada aktiviti itu. aku dan roommate tetibe bangun lambat pulak esoknya. tak dapat join senaman. mase bangun dari tidur, terdengar budak2 yg tgh bersenam kat luar tengah buat aktiviti itu sambil radio pasang lagu utk aktiviti itu. cam tak pernah dengar je lagu tu. roommate aku cakap, itulah dia lagu poco-poco!

setakat ni masih terselamat lagi dari aktiviti ni. doakan aku berjaya mengelakkannya lagi pada masa-masa hadapan. aminn...

Wednesday, April 29, 2009

takde ke cerita yg elok2 utk ditengok?

pelik la nape skrg byk filem/drama melayu yg jahat2?

pasal mat rempit?

dan pasal mende2 yg jahat?

tajuk pun cam geli nak sebut?

tapi cite camtu yg ramai tengok?

isy tak faham....

ps: yee aku tau realiti kat mesia ni banyak mat rempit. merimaskan. tapi tak payahla menggalakkan oke....

Saturday, April 11, 2009

jiran saiko

kitorg sekarang masih menyewa. belum beli umah lg.

kehidupan kami di rumah adalah bahagia walaupun rumah bersepah dan rumput lalang depan rumah hidup dengan segar-bugar.

tapi jiran kami agak memeningkan.

jiran belah kiri, okla. umor dalam early 30s kot. boleh diajak borak tapi tak bape geng sgt. tapi asik bergaduh laki bini. tak pasal2 kitorg kene jadik bz body sbb boleh dengar ape yg diorg gadohkan.

jiran belah kanan lak, parentsnye umo dalam late 40s atau early 50s. tak pernah berborak ngn diorg sbb macam kurang mesra so aku cam malas la kan. tapi diorg ni ade anak yg saiko. ni paling kitorg tak suke:
- suke kumpul ngan kawan2 mat rempit depan umah. scary ok.
- dia atau kawan2 dia yg datang suke suki aje parking kete EXACTLY depan gate umah kitorg. bayangkan kalo emergency nak keluar rumah pastu satu keje kitorg nak tunggu ko alihkan kete. yg lagi best, umah kitorg bukan bertentang ngan umah org lain (biasenye kalu kes camni mmg susah nak park kete), tapi depan rumah kitorg tu jalan dan ade BANYAK tempat lain leh parking.
- suka pasang radio kete kuat2. ye dik, akak pun layan green day jugak, lagi awal dari adik dan kwn2 kenal green day. tapi anak akak nak tido ok. tolong senyap boleh?
- baru beli moto,pastu dok test start2 moto byk kali.bising ok. adik, akak boleh sgt nak repot moto tu dah dimodified tanpa kelulusan tau.
- suka mengamuk dalam rumah pastu hempas2 pintu. gile. org camni kalo dpt pisau bahaye ok.
- sejak ada moto baru, suke sgt dok main2 alarm moto. nak akak lawan ngan alarm kete plak?

semalam dia buat pasal lagi. 8pm. kitorg tgh tengok buletin utama. pastu tetibe dengar dung dang dung dang bunyi dari kete dia. lagu2 pening kepala ala2 crazy frog camtula.

ayahsyamiel pun dengan segera switch on speaker altec lansing kat tv. pastu bukak tingkap. halakan speaker ke tingkap. & kitorg sefamily layan dvd 'a knight's tale'. dvd tu walaupun bukan ori tapi kualiti sound dia hebat macam ori. bergegar gak umah bile scene naik kuda. tapi kitorg tak dengar kuat sgt sbb speaker menghala ke tingkap kan. memule cam dengar org sebelah tu makin kuatkan radio kete dia. lantak ko la, kitorg nak tengok wayang. lepas setengah jam, dia pun dah tutup radio kete.

len kali, kalo jadik lagi, kitorg buat lagi ok!

ps: sedih lak tengok heath ledger.

Tuesday, April 7, 2009

wrong number

troot troot....troot troot....

dia: hello, puan....
aku: ye saya?
dia: ini puan az**ah kan?
aku: puan az**ah yg bahagian k**p*r*t ke? bukan. ni suhana. bahagian **.
dia: eh bukan pn az**ah?
aku: bukan. extension saye 6*95, az**ah 6*95.
dia: eh salah nombor (terus letakk!)

halo sister? tak reti2 nak cakap sori ke? tak rugi ape pun kalau say sorry. ekceli aku tak marah pun, biasela salah nombor, aku layan ko baik ok. tapi terus letak tepon? ini boleh mendatangkan marah...!

kepada peneka2 siapakah 'dia', kali ini bukan suya ye. ;P

Thursday, April 2, 2009

kenapa dalam dunia ni kene ade org jahat?

kepada org yg pecah masuk umah mak bapak aku pagi tadi:


mak bapak korang tak ajar ke mencurik tu berdose masuk neraka?


tak reti2 nak carik duit sendiri??!


duit tak halal takleh wat makan ok?!


atau nak wat beli dadah??!!


tatau ke mak bapak aku tinggalkan umah tu sbb nak pegi buat amal ibadah kat tanah suci mekah pastu korang suke2 masuk umah tu?!


apela mangkuk sangat korang ni.


pastu dah pecah masuk umah orang, boleh lagi sepah2kan barang dalam umah. tak reti2 nak kemas balik?!


double mangkuk.


kalo hebat, pegi rompak umah pengedar dadah ke, umah perompak bank ke, barulah same2 gengster. sama2 duit haram.


ini masuk umah takde orang. masuk tanpa izin.


triple mangkuk.


kitorang tak halalkan ok ape saje barang yg korang curik tu.

mangkuk pun lagi mulia dari korang tau.


ps: anyway syukur gak sbb mase kejadian, takde org dalam umah. kalau ade org, lagi bahaye.

Wednesday, January 7, 2009

never ending story

i get pissed off with this never ending story.

we can just express our feelings, without having the power to stop the war (is 'mortar vs small rocks' can be considered as 'war'?).

boycott their product? i'll start with stop buying my starbucks' javachip frappuccino. coffee is not good for me & syamiel anyway.

malaysians out there, let's donate to NSTP Fund For Gaza (Maybank 5141 0532 0501). imagine if one malaysian donate rm1, then we will have about rm26million for the fund.

i'm not going to publish photos of the victims in this entry, it really hurt my feelings. it might hurt yours, too.


we never declare israel as a country. they are laknatullah.

Monday, December 22, 2008

berjalan ke pantry sebelah

dept kitorg takde pantry.

so kene masuk dept sebelah punye pantry kalo nak basuh tangan.

masuk2, tengok diorg tgh makan. bau megi kari punyela kuat. sedapp.

sz: wah makan megi.....
akak dept sebelah: megi la, duit bonus dah buat beli buku anak
akak 2: ye la, yuran dah berapa, buku lagi, buku rujukan lagi. yuran upsr rm300 lebih.

bia betul yuran upsr 300 lebih! aku dulu upsr rm5 aje. baru 15 tahun lepas je.

tingat zaman nak upsr dulu. aku mintak rm5 kat bapak buat bayo yuran upsr. pastu abang aku no 3 dengar pastu bagi duit rm5 pastu cakap "nah, yang (kitorg panggil dia yang) bayarkan. kalau ko tak jadik doktor, bayar balik."

huhu skrg aku cumelah pegawai cabuk. tak amik medik pun. caner nak amik, bio tak dpt kredit.

tapi aku belum bayo lagi rm5 abg aku tu. aritu aku ingat nak bayar balik. tapi terpikir balik, kalo aku buat phd, aku tak perlu bayo kan....

tapi bile tu....

hum....

nak berangan sat....

Friday, November 28, 2008

thanks! but no thanks.


saye sangat terganggu dengan email2 sebegini.

btw thanks! cuma saye tak rajin nak masuk.

tapi saye tak salahkan kawan2 yg menyelect nama saye. itu menunjukkan mereke sayang saye (jal, i love u too). cuma bile semua org select dari semua nama dlm address book mereka, apekah inbox saye akan meletup? dan inbox kawan2 mereka yg lain juge?

kechiwa

disappointed 
/ˌdɪsəˈpɔɪntɪd/[dis-uh-poin-tid]
1. depressed or discouraged by the failure of one's hopes or expectations: a disappointed suitor.
2. Obsolete. inadequately appointed; ill-equipped.

Wednesday, November 26, 2008

no more rudy in the morning


starting this december... :-(
or is this just another gotcha joke? tapi jj kata tak.

Thursday, November 13, 2008

hiccups

penat la asik hiccup...

ade lam setengah jam lak tu.

seb baik dok dlm bilik je arini.

Monday, October 13, 2008

takmo pegi!

arini masuk opis, dapat surat ade keje kat miri this weekend. pastu ade tulis tangan kat bawah tu, "pn. suhana, sila hadir dan sediakan bahan promosi".

arghh takmo pegi miri. nak kena tinggalkan syamiel 3 malam? arghhh....

pastu tak dpt pegi open house nursery syamiel sabtu ni? arghhh....

pastu tak dpt gi open house erni juge.

dan juge open house fathil.

:-(

Thursday, July 10, 2008

why? why? why?

perasan tak, kalau anita baharom masuk iklan aje, mesti ada husband dia sekali dalam iklan tu. tak pernah tengok iklan dia yg dia sorang2 aje. elok2 iklan tu dia sorg aje, nanti kat ujung2 iklan, kuar gak muke husband dia. kan? kenape ye?

so far, iklan yg dia ada: johnsons milk bath, playskool, & pantene kot.

kepada 'mr. anita baharom's husband', kenapa ye awak suke masuk dalam semua commercial yg ade wife awak ye? saya tak faham laaa.

kalau tak kenal siapa anita baharom, tengok gambar bawah ni. kenal dia sbb tengok dia dalam 'dunia baru'.



Thursday, July 3, 2008

l.u.p.a

lately, selalu sangat lupa.

aku dah tua ke?

atau dah nak start middle age crisis?

tapi rasenye belum masuk middle age pun lagi...

jauh lagi middle age tu...

mebi sbb aku ni melayu kot...

melayu kan mudah lupa.
Related Posts with Thumbnails