Showing posts with label spot. Show all posts
Showing posts with label spot. Show all posts

Friday, January 18, 2013

nak tah*?

oleh kerana kekunci U dan I duduk sebelah2 dalam qwerty keyboard, maka jadilah typo terhebat minggu ini. wakakakaka....


Monday, November 12, 2012

brilliant billboard advertising

selepas aku apdet psl iklan billboard yg tidak difahami, baru aku tau rupanya ada yg mengklasifikasikan iklan2 yg aku tak faham tu sebenarnya adalah dalam kategori brilliant advertising. wow. kini saya sedar bahawa saya sungguh tidak brilliant kerana tidak berjaya memahami maksud iklan2 itu.

citarasa org berbeza. pada saya pulak, ini contoh2 brilliant billboard advertising:

builds strong teeth


life's too short for the wrong job



refresh on the c*******side of life



two most common fears: clowns and heights



get a career you'll never want to leave


always the right way


extremely sharp


(hot wheels)


she's tired of waiting


yg ni kat malaysia: simple, catchy dan difahami kan?


Tuesday, October 23, 2012

iklan billboard yg tidak difahami lagi

dulu aku pernah buat entry pasal iklan yang confusing:



"Bersama menyambut ULANG TAHUN KE-50 di tahun 2039"

Memula aku ingatkan, mmg iklan ni poyo gile. pastu aku pikir positif, mungkin typo. dah print banyak, terpaksa gak gantung. positif sue, positif. 

tapi tak puas ati gak.

Berikutan dari ketakpuasan hati aku, aku pun tanyala kat sorang kawan aku ni, shila (bukan nama sebenar). dia ni mmg selalu promote kat aku mende ni. here goes the conversation:

aku: shila, nak tanya satu soalan boleh? dah lama saya nak tau jawapannya.
shila: ok. apa soalannya?
aku: kenapa iklan billboard z*****n tulis 'bersama menyambut ulangtahun ke-50 z*****n pada tahun 2039? konfius ar...
shila: apa yg su konfius?
aku: shila tak konfius ke? seolah2 wish kat budak umur 23 tahun "hi, happy birthday ke-50 pada tahun 2039 nanti"
shila: itu visi z*****n..tetap akan brdiri teguh sehingga mencapai ulangtahun ke-50...melambangkan keazaman dan keteguhan syarikat...rasanya tak semua syarikat di luar sana yg berani tuk menyatakan secara terbuka kepada semua visi atau matlamat syarikat...hanya sykt yg utuh shj. hebat kan?
aku: ermm 'hebat'....
aku masih lagi konfius sampai sekarang. kenapa kitorang rasa iklan tu kelakar? kenapa ko tak rasa kelakar ekkk? kenapa? kenapaa?


********************************************************************************


ok ni satu lagi iklan billboard yg buat aku konfius jugak:


 Our cables are a bit expensive
(dan tunjuk gambar pompuan yg aku taktau la nak kata seksi ke tak)

Smart Cable (M) Sdn Bhd adalah company yg mengeluarkan cables (eco-friendly PVC insulated non-sheated cables)

so apekah kaitan antara pvc cables, pastu gambar camtu, pastu mengaku cables dia agak mahal?

tolonggg...tak pahammm...!


Saturday, November 27, 2010

equate to elevate


photo credit to tan kah wei. saper tan kah wei? ntah, aku pon tak kenal. aku jumpe gamba ni kat thumbnails the star.

ini adalah buttons kat dalam lif kat dataran prima kat pj. betul ke tak betul, sile check sendiri. macam cool je wat butang lif cenggini. kalau agak2 lembab matematik, sila pastikan anda bawa calculator ke dalam lif. ataupun pastikan handphone korang ada calculator punya application.

aku rase ramai yang akan tersangkut dalam lif ataupun amik masa lebih lama untuk pilih butang mana nak tekan. lagi best kalo dia buat soalan janjang aritmetik, pengamiran, kalkulus semua. saper nak naik lif, sile nanges dulu. atau keluar je gi panjat tangga.

Tuesday, September 15, 2009

punca H1N1 masuk mesia

rupe2nye dia nih la yg membawak h1n1 ke mesia!


Tuesday, August 11, 2009

wa mau order kelepek pisang sama itu apek

dear mr. apek,

ini hali laye, wa mau order same lu, satu libu kotak kelepek pisang. kenape manyak sangat? wa bukan mau makan itu semua kelepek pisang...wa mau bikin hamper. itu hamper wa mau jual kasi itu pasalaya carrefour.

wa tau lu bukan bikin pun itu kelepek. lu mesti beli banyak2 dekat batu pahat atau mana2 kilang di kampung2. then lu kasi peket kicik2 saja. masuk kotak besar2 punya. bila sudah masuk hamper, lu kasi jual hamper itu konon2 murah saje. olang lamai yang telah terbeli hamper itu tentu sangka meleka telah mendapat value buy, worth their money. tetapi tidak.

wa tamau cakap banyak lagi. nanti jangan lupakan wa punye order ok?

* gambar diambil semasa tinjauan di pasalaya carrefour baru-baru ini.

Tuesday, May 12, 2009

silelah qc kad jemputan anda

first of all, saye nak mintak maaf banyak2 kat kawan saye yg punye kad jemputan ni. bukan saye tak hargai awak jemput saye datang. hargai sangat2. thanks a lot sbb menjemput.
tapi kan, saye ade sikit rase terganggu ngan kad jemputan ni. daripada saye simpan gangguan tu dlm diri saye ngan ayahsyamiel je, baik saye luahkan dgn kawan2. semoga menjadik iktibar kepada kite semua. especially kepada org yg tgh dok design kad kawen sendiri atau nak gi tempah kad kawen atau nak designkan utk kawan.



kad dah cantik dah. ala2 kiut. tapi kenapa eja macam tu?
(nak eja salah atau rojak, kat blog aje dibolehkan ye)




1. salah eja kat bagi salam. takut plak kalo jadi maksud lain.
2. benda besar yg selaluuu sangat org buat sekarang ni. aku pun tak pasti sebenarnye org lain ok ke tak pasal mende ni. tapi utk aku n family n few friends, agak janggal dan agak pelik utk letak org yg dah takde tu yg menjemput kita. ye, mmg kami faham awak sayangkan arwah bapa awak. tapi lebih sopan kalau awak sedekah al-fatihah pada arwah. ataupun buat macam ade sorang kawan saye (blogger kat list sebelah gak - wedding dia january lepas). kawan saye tu tulis 'al-fatihah kepada ibu bapa (nama arwah bapak dia) & (nama arwah mak dia), then baru sambung tulis nama kakak dia yg menjemput ke wedding dia'. lebih proper bukan?

3. kat bawah tu ade eja 'bertahtakan'. patutnya 'bertakhtakan' kan? tapi yg ni takpela, leh pejam sebelah mata je.

ni canggeh ni. first time jumpe kad jemputan kawen melayu yg ada dwibahasa. cakap melayu ngan cakap omputeh. sebelum ni aku pernah gak tengok, tapi itu maya karin. dia mmg kawen ngan mat saleh. tapi yg ni dua2 pengantin melayu. takpela...mebi dia ramai kawan ngan mat saleh.
1. Mr. & Mrs. Allahyarham ali bin abu. <- aku tak pernah tengok ade penggunaan camni. tak sure betul ke tak. tapi bunyinye macam bapak ngan mak dia dua2 dah takde. isy. (makcik, saya doakan makcik panjang umur)




1. anda konfius sbb ada dua map? map atas macam tunjuk ke rumah pengantin pompuan, tapi map bawah? nak suh org pegi petronas/esso utk isi minyak? ooo...setelah diteliti, baru faham. rupenye map bawah tu bersambung ke atas tapi tak nampak yg dia bersambung. mungkin kene buat connector (for example, map bawah tu pegi ke 'X'. pastu map atas tu start dari 'X'. kalau siapa2 yang biase buat flowchart, faham kot).
2. oh ye, sebelum sampai ke lokasi majlis, pegi ke hospital sekejap then baru pegi ke lokasi majlis.
3. yg mana betul? kindergarden/kindergarten? rehibilitation/rehabilitation? (first time juge jumpa map yg tulis english)

biasela tu, tgh bz2 nak prepare utk majlis, mmg tak cukup masa. setakat 1-2 error dalam kad jemputan tu boleh diterima lagi la. tapi jgnla byk sgt. kesimpulannya, sile2lah qc betul2 kad jemputan anda sebelum jadik camni. kpd kawan saye yg dlm kad jemputan ni, insya allah kite berjumpa di wedding awak. tapi rase cam takleh pegi sbb ade kursus. ape2pon, selamat pengantin baru baru my fren!

Wednesday, June 18, 2008

don forget your nasik lemak

on my way to opis dis morning...

kitorang kat belakang kete ni...baik punye....

macam ada benda dalam plastik oren atas keta dia tuh...sbb macam berat je isi plastik tu...



zoom sikit...

adakah owner keta ni telah membeli sebungkus nasik lemak pastu dah lambat nak gi opis so dia tinggalkan je nasik lemak dia kat atas keta? atau dia memang suke letak nasik lemak kat situ sbb nasik lemak tu akan jadi lebey sedap bile dah kene angin camtu?

ps: sori gambar tak sharp sgt. cuma guna cameraphone 3.2mp, pastu tangan gegar lak sbb amik gambar dari dlm kete yg bergerak. kalo kitorg parking dulu baru nak amik gambar mestila kete tu dah lepas jauh dah kan? nak suruh driver tu parking sama, kitorg takde fon number dia lak. tapi kalau dah ade fon number dia, mesti kite leh inform dia yg dia tertinggal nasik lemak dia. ekceli tak tertinggal pun.... ;-)


Related Posts with Thumbnails