Tuesday, May 12, 2009

silelah qc kad jemputan anda

first of all, saye nak mintak maaf banyak2 kat kawan saye yg punye kad jemputan ni. bukan saye tak hargai awak jemput saye datang. hargai sangat2. thanks a lot sbb menjemput.
tapi kan, saye ade sikit rase terganggu ngan kad jemputan ni. daripada saye simpan gangguan tu dlm diri saye ngan ayahsyamiel je, baik saye luahkan dgn kawan2. semoga menjadik iktibar kepada kite semua. especially kepada org yg tgh dok design kad kawen sendiri atau nak gi tempah kad kawen atau nak designkan utk kawan.



kad dah cantik dah. ala2 kiut. tapi kenapa eja macam tu?
(nak eja salah atau rojak, kat blog aje dibolehkan ye)




1. salah eja kat bagi salam. takut plak kalo jadi maksud lain.
2. benda besar yg selaluuu sangat org buat sekarang ni. aku pun tak pasti sebenarnye org lain ok ke tak pasal mende ni. tapi utk aku n family n few friends, agak janggal dan agak pelik utk letak org yg dah takde tu yg menjemput kita. ye, mmg kami faham awak sayangkan arwah bapa awak. tapi lebih sopan kalau awak sedekah al-fatihah pada arwah. ataupun buat macam ade sorang kawan saye (blogger kat list sebelah gak - wedding dia january lepas). kawan saye tu tulis 'al-fatihah kepada ibu bapa (nama arwah bapak dia) & (nama arwah mak dia), then baru sambung tulis nama kakak dia yg menjemput ke wedding dia'. lebih proper bukan?

3. kat bawah tu ade eja 'bertahtakan'. patutnya 'bertakhtakan' kan? tapi yg ni takpela, leh pejam sebelah mata je.

ni canggeh ni. first time jumpe kad jemputan kawen melayu yg ada dwibahasa. cakap melayu ngan cakap omputeh. sebelum ni aku pernah gak tengok, tapi itu maya karin. dia mmg kawen ngan mat saleh. tapi yg ni dua2 pengantin melayu. takpela...mebi dia ramai kawan ngan mat saleh.
1. Mr. & Mrs. Allahyarham ali bin abu. <- aku tak pernah tengok ade penggunaan camni. tak sure betul ke tak. tapi bunyinye macam bapak ngan mak dia dua2 dah takde. isy. (makcik, saya doakan makcik panjang umur)




1. anda konfius sbb ada dua map? map atas macam tunjuk ke rumah pengantin pompuan, tapi map bawah? nak suh org pegi petronas/esso utk isi minyak? ooo...setelah diteliti, baru faham. rupenye map bawah tu bersambung ke atas tapi tak nampak yg dia bersambung. mungkin kene buat connector (for example, map bawah tu pegi ke 'X'. pastu map atas tu start dari 'X'. kalau siapa2 yang biase buat flowchart, faham kot).
2. oh ye, sebelum sampai ke lokasi majlis, pegi ke hospital sekejap then baru pegi ke lokasi majlis.
3. yg mana betul? kindergarden/kindergarten? rehibilitation/rehabilitation? (first time juge jumpa map yg tulis english)

biasela tu, tgh bz2 nak prepare utk majlis, mmg tak cukup masa. setakat 1-2 error dalam kad jemputan tu boleh diterima lagi la. tapi jgnla byk sgt. kesimpulannya, sile2lah qc betul2 kad jemputan anda sebelum jadik camni. kpd kawan saye yg dlm kad jemputan ni, insya allah kite berjumpa di wedding awak. tapi rase cam takleh pegi sbb ade kursus. ape2pon, selamat pengantin baru baru my fren!

11 comments:

KaY FaiZaL said...

terkesima kejap melihat komen ko pasal kad kenduri ni. erm sian dia tak qc dulu. excited nak kawen kot. selamat pengantin baru kawan sue!

bb7ady said...

mmg agak pelik kalo org yg dh mati menjemput ke kenduri kawen.

adelah lebih molek kalo tulis nama minah bt mamat(balu kpd Allahyarham ali bin abu).

takpon mcm ko kate sedekah alfatihah je tu.

cik belacan melaka said...

betul betul betul.its good ur highlighting the mistakes.nnt tkla org lain salah kan.

@tune® said...

ko dapat gak kad si tut tuh ye..
pergh..ko lgi detail..aku highlight mane yg perlu saje...

hihi

QA yg bagus!!!

Naughty Adam said...

huhu... takut2... ne bkn skit nye error... aduii~ sian kat org tu... urm...

chucky said...

marilah kite bersame2 pergi memeriahkan majlis
hahahaha

azq said...

ni mesti tak tanya2 org dulu, main hentam jek. first time tengok kad jemputan gini, sunguhla janggal..

suhanazainal said...

kk:
sampai terkesima tu. ekceli sampai skrg aku tak reti bila nak guna perkataan 'terkesima' tu.

nina:
kan?

cbm:
at least sorg kene buat keje qa ni.

atun:
bolehla sikit2.

notiadam:
kesian kat org tu? sape 'org tu' tu? penjemput ke atau org yg dijemput?

caki:
mari meriahkan yey....

azq:
janggal kan? semoga pasni semua org check betul2 especially mende2 yg major.

hariszainon said...

Sue mmg terer dlm bab proof reading ni... kalau sesiapa ada project bole la hantar kat dia buat qa sblm antar printing..

Aku kadang2 kesian jugak tgk org tempah kad kahwin tp designer haprak.. main taruk sesedap rasa..

Pada designer.. please hargai dan design kad kahwin org lain bersunguh-sungguh mcm design kad kawin sendiri..

Pada sesiapa yg nak tempah kad kahwin.. bole tempah dgn aku :D

*** kepada sue, komen diatas memang sengaja ditulis dgn kesalahan tatabahasa dan ejaan.. tolong jangan betulkan :|

kuizikel said...

gila byk salah ejaan kad dia.. aku pon suka baca kad jemputan kawen, memang slalu nampak salah eja tapi sikit je la taklah kronik mcm kad ni..hehe..

suhanazainal said...

hariszainon:
timakasih. hobi kot. tapi bukanla nak kata aku tak wat kesilapan ejaan. ade gak.

betol tu, kalo ade sesape nak mintak aku qa project dia, meh sini pass kat aku. charge dijamin berpatutan. ;-)

kepada blog readers semua, kalo berminat nak carik designer kad kawen atau designer ape saje, boleh contact zakwan nih, cantek tau design dia! nak tanya melalui aku pun bleh.

zack, iye, aku juge sengaje salah eja skrg nih. :P

kuizikel:
selamat berkenalan! hehe...

kan? tu psl aku terrajin nak masukkan citer kad tu kat dlm ni.

Related Posts with Thumbnails