Monday, February 18, 2013

Legoland 2012

dah berminggu2 kot syamiel dok mintak nak gi legoland sebab ada kawan dia dah pegi. hisy..baru 4 tahun dah kuat terpengaruh ngan rakan sebaya. terpaksalah kami mempostpone plan mama utk ke theme park yg lagi satu. demi syamiel.

mari menjadi pelancong di negara sendirik! (untuk encik jebi, di negeri sendirik)


budak pakai baju sesame street tu muka bengang sebab entrance belum bukak



kalau datang sini, pastikan korang singgah The Cafe ni. sedaaap.



sorilah. kerana sedap, dah nak abis baru terasa nak amik gambar. semua pastries, pies sini sedapp. nampak lasagna dia menarik gak, tapi sebab masa masuk tu dah kenyang, kitorang tak sempat nak rasa. masa lunch sebelumnya, kitorang makan kat pizza place. so-so je lah pizzanye.



syamiel's favourite. tapi meletihkan ayah. heheh. (oh ye, diorang menang game ni walaupun cuma ada sorang dewasa je yg bawak kete bomba)



ada show dari the danger detectives. program host tu sangat macam barney stinson. versi lebih 'kiut'.




ngeh ngeh ngeh



 hujan pun turun. beli rain poncho for kid. RM15. utk adult dah habis pulak. rasa mahal gak rain poncho ni, tapi kualiti plastik dia not bad la. tebal gak. boleh digunakan di theme park yg seterusnya. hehe.



disebabkan hujan, kami dok ulang 4D movie sampai 3 round. cukup dapat tengok ketiga-tiga cerita yang ada lah. kalau korang dapat tengok cite yg katun org biasa psl race kereta tu (yg bukan org lego), dicadangkan terus masuk balik utk show seterusnya (cite lain) sbb cite race kete tu tak best langsung. kalau yg pelakon dia org lego, baru best sikit.

nak cadangkan legoland, pls pasang banyak2 mist fan kat waiting area. malaysia ni panass ok. mungkin diorang terlepas pandang psl keperluan mist fan ni sbb legoland malaysia ni adalah 1st legoland in asia. kesian budak2 kecik berpeluh2 menunggu.



masa batch sebelum diorang naik, ada 2 orang budak menangis. tapi time diorang ni naik, semua sunyi sepi kontrol hensem.  :-P

 suka castle ni. cantek.


 masa masuk ke castle tu, dia tulis 'the dragon' kot kalau tak silap. masa tu encik jebi n syamiel berdua jalan dulu kat depan. mama jalan slow2 sebab syazwan dah tido. diorang dengan konfiden telah beratur tanpa tahu game apa dalam tu. dah sampai depan q, rupa2nya roller coaster. syamiel lepas pulak tu age limit. tanpa disedari, syamiel yg berumur nak masuk 4 tahun 8 bulan telah menaiki roller coaster buat kali pertamanya. haha. berair jugak air mata dia. hihihi. lepas tu mama nak naik pulak, ajak syamiel, terus dia geleng kepala takmo naik. hahaha.


 enjoy ye awak


 ermmm



 kami lepak legoland sampai malam.



sebab nak tunggu bunga api


kami keluar dari gate legoland dah dekat jam 9 malam kot. sebabnya dok tersangkut kat souvenir shop taktau nak beli apa. dah masuk, kenela beli something jugak kan, at least utk diri sendiri. hehe.


untuk yg nak prepare budget kat sini, harga kat souvenir shop legoland ni boleh tahan gak mahalnye. contoh: tshirt budak: RM90, tshirt dewasa RM110. fridge magnet lagi best. tiga ketul fridge magnet kecik bentuk lego brick harga RM50++.

kalau lego set pulak, dah sedia tahu la kan cemana harganya. rasa cam sama je ngan kat luar. agaknya laa. sbb tak pernah lagi beli lego sendiri. dulu2 cuma ada lego yg abang aku belikan jek.



ni utk syazwan. RM39.90



lego calendar ni utk mama. jadi hiasan di opis kesayangan. heheh. RM59.90 kot.
tu yg princess gown putih tu key chain. rasanya semua key chain lego character harga standard RM19.95.



walaupun syamiel dok mengendeng2 mintak dibelikan lego, tapi mama n ayah decide utk belikan tshirt ni utk syamiel. sbb tshirt ni kiut sangattt. haha kejam tak kami?



syazwan dlm percubaan buat gaya mcm abg


setel satu janji. pasni gi tempat yg mama nak pegi plak.

2 comments:

Hidayah said...

Wahhh..first time baca blogger cerita Pasal legoland tanpa rungutan..biasa baca mesti ada je yang tak Kena.. tetiba rasa teringin nak gi legoland..
:)

suez said...

hidayah:
eh tu komplen pasal souvenir mahal tu bukan rungutan ek? ok saya edit lagi kasi banyak sikit rungutan. haha. tapi saya prefer komen membina la, seupaya diorang boleh improve apa yg tak ok jadi ok. ;-)

Related Posts with Thumbnails