bila ramai kawan2 yg anak dah besor2, ramailah yg jemput ke birthday party anak masing2. seperti biasa, kami yang pantang dijemput akan pegi kalau takde hal lain.
tapi nampaknye syamiel yg paling enjoy birthday parties, sebab dia dapat main games & dapat hadiah. eh ni besday sape sebenanye nih? haha.
case 1:
birthday anak usop (opismate)
bangi
oct 2011 (bapak lamaaa. amik setahun setengah utk aku update blog psl ni. haha)
tema: pink + white
selamat syamiel ada baju pink. tapi bukan kami belikan. baju wakaf dari abang aku. baju anak dia. setakat ni aku tak pernah lagi belikan baju pink utk my boys. haha.
tengah pelik tengok minnie mouse jantan. hahah.
|
first time main musical chair. top 2. haha (dengan bantuan minnie mouse) |
game lambung belon berisi air plak. yang ni syamiel menang. |
case 2:
birthday anak2 dr. aisya (schoolmate CBN)
alam impian, shah alam
mei 2013
tema: construction site (tapi guests tak diberitahu. tuan rumah je pakai pakaian construction)
game 1: tiup belon sampai pecah. syamiel menang. masa ni syamiel dah berjaya pecahkan belon. |
dapat adiah dari auntie dr aisya |
teruja sungguh budak berdua nih |
game 2: tiup gula2 dalam tepung (ayah dan anak). sila tengok ayah yg baju kotak2 tu. agak kejam paksa anak dia je yg tiup tepung. haha. |
syamiel...tak perlulah buat peace sign dalam semua gambar.... |
game 3: balut mumia. |
musical chair. kali ni syamiel dah pandai sikit main. tapi ada budak lain yg lebih pandai main. |
bersama hadiah2 yg dimenangi. kat tangan kanan syamiel tu plastik sampah. bukan hadiah ye. ramai yg konfius tengok gambar ni. hehe. |
kpd yg menjemput, thanks guys!
1 comment:
nampak betul si abang long bersunggoh2 main games
Post a Comment