"Bersama menyambut ULANG TAHUN KE-50 di tahun 2039"
Our cables are a bit expensive
(dan tunjuk gambar pompuan yg aku taktau la nak kata seksi ke tak)
Memula aku ingatkan, mmg iklan ni poyo gile. pastu aku pikir positif, mungkin typo. dah print banyak, terpaksa gak gantung. positif sue, positif.
tapi tak puas ati gak.
Berikutan dari ketakpuasan hati aku, aku pun tanyala kat sorang kawan aku ni, shila (bukan nama sebenar). dia ni mmg selalu promote kat aku mende ni. here goes the conversation:
aku: shila, nak tanya satu soalan boleh? dah lama saya nak tau jawapannya.
shila: ok. apa soalannya?
aku: kenapa iklan billboard z*****n tulis 'bersama menyambut ulangtahun ke-50 z*****n pada tahun 2039? konfius ar...
shila: apa yg su konfius?
aku: shila tak konfius ke? seolah2 wish kat budak umur 23 tahun "hi, happy birthday ke-50 pada tahun 2039 nanti"
shila: itu visi z*****n..tetap akan brdiri teguh sehingga mencapai ulangtahun ke-50...melambangkan keazaman dan keteguhan syarikat...rasanya tak semua syarikat di luar sana yg berani tuk menyatakan secara terbuka kepada semua visi atau matlamat syarikat...hanya sykt yg utuh shj. hebat kan?
aku: ermm 'hebat'....
aku masih lagi konfius sampai sekarang. kenapa kitorang rasa iklan tu kelakar? kenapa ko tak rasa kelakar ekkk? kenapa? kenapaa?
********************************************************************************
ok ni satu lagi iklan billboard yg buat aku konfius jugak:
Our cables are a bit expensive
(dan tunjuk gambar pompuan yg aku taktau la nak kata seksi ke tak)
Smart Cable (M) Sdn Bhd adalah company yg mengeluarkan cables (eco-friendly PVC insulated non-sheated cables)
so apekah kaitan antara pvc cables, pastu gambar camtu, pastu mengaku cables dia agak mahal?
tolonggg...tak pahammm...!
tolonggg...tak pahammm...!