Sunday, June 12, 2011

seperais!

hello readers (lagi) !

utk entry yg lepas, aku tulis yg aku 'ada beberapa sebab yg menyebabkan aku kurang apdet belog' kan?

so selain dari aktif ngan tupperware, ini adalah sebab yg lagi satu. yg menyebabkan aku kene rehat lebih banyak n takleh nak online sangat tengah2 malam (ye ke? padahal nuron ngan kk selalu je jumpe aku online tgh2 malam kan?)

hehehe seperais...sekarang kitorang dah ade 2 orang heroes...!

saya telah selamat melahirkan our second boy pada 7 jun lepas. ;-)

Baby dilahirkan secara normal. Berat 3.76kg. huhu berjaya kurangkan berat berbanding abangnye aritu 3.94kg. hasil diet kurang makan nasik (kurang ke?)


lepas mandi



sebelum discharge dari hospital.



kat umah



nama setakat ni Muhammad Syazwan bin Mohd Fadzli. belum final lagi nama ni sbb belum gi register jpn. sekiranya ada cadangan boleh dipertimbangkan. tapi takyah laa bagi cadangan muhammmad shah jazle plak. :-P


Friday, June 3, 2011

second income

hello readers....

sorry lama sangat tak update. dekat sebulan tuh. tapi ari2 tetap bukak. semata2 nak masuk link blog kawan2.

sebenarnye ada byk penyebab yg menyebabkan aku kurang mengapdet belog skrg nih. salah satu penyebabnye ialah aku skrg dah start fokus kepada second income nih.

yee dulu2 aku rase kalau join mende ni, aku akan kelihatan sangat makcik2 okeh. tapi lama2 aku dah terbukak hati utk aktif. atau adekah aku telah mule menjadik makcik2? tidak. sbb product ni adelah supercool dan membuatkan ko kelihatan cool bila menggunakannya. tambah plak bile tengok ada pakcik2 n abang2 n adik2 yg buat keje ni pun lagi hebat je. takde rase cam makcik pun.

lagipun product nih mmg diyakini seluruh dunia n ada lifetime warranty. agak2 susah tak nak promote?

& lagi cool bila dah start dapat income, memula 2 angka, pastu 3 angka, and so on. ko decide sendiri berapa angka ko nak.

selain dari rezeki yg Allah bagi, kejayaan aku banyak disupport oleh leader aku yg sangat kiut-miut. ('kejayaan' ke? bolehla....kira kejayaan tahap pertama la. ada panjang lagi perjalanan lepas nih)

leader aku ni jugak banyak mengajor aku utk jadik leader yg bagus gak cam dia. aku akan cuba support people dlm team aku dengan sebaik mungkin. nak duduk dlm team saya? (ceh dan-dan tukar 'aku' jadik 'saya'). jom contact saya sekarang. saya mengalu-alukan minat anda.

tapi jangan takut lak kalau berminat nanti korang pulak takde mase nak apdet blog cam aku. depends kat korang lah kalau nak minat sikit2 je, atau nak minat betul2. semua boleh. n semuanya flexible.

so sekarang kawan2, kalau orang tanya aku "sue yg mana?", jawab je "ala...sue tupperware tuu...".

so jemputlah masuk ke blog aku yg lagi satu:


;-)
Related Posts with Thumbnails