Tuesday, October 23, 2012

iklan billboard yg tidak difahami lagi

dulu aku pernah buat entry pasal iklan yang confusing:



"Bersama menyambut ULANG TAHUN KE-50 di tahun 2039"

Memula aku ingatkan, mmg iklan ni poyo gile. pastu aku pikir positif, mungkin typo. dah print banyak, terpaksa gak gantung. positif sue, positif. 

tapi tak puas ati gak.

Berikutan dari ketakpuasan hati aku, aku pun tanyala kat sorang kawan aku ni, shila (bukan nama sebenar). dia ni mmg selalu promote kat aku mende ni. here goes the conversation:

aku: shila, nak tanya satu soalan boleh? dah lama saya nak tau jawapannya.
shila: ok. apa soalannya?
aku: kenapa iklan billboard z*****n tulis 'bersama menyambut ulangtahun ke-50 z*****n pada tahun 2039? konfius ar...
shila: apa yg su konfius?
aku: shila tak konfius ke? seolah2 wish kat budak umur 23 tahun "hi, happy birthday ke-50 pada tahun 2039 nanti"
shila: itu visi z*****n..tetap akan brdiri teguh sehingga mencapai ulangtahun ke-50...melambangkan keazaman dan keteguhan syarikat...rasanya tak semua syarikat di luar sana yg berani tuk menyatakan secara terbuka kepada semua visi atau matlamat syarikat...hanya sykt yg utuh shj. hebat kan?
aku: ermm 'hebat'....
aku masih lagi konfius sampai sekarang. kenapa kitorang rasa iklan tu kelakar? kenapa ko tak rasa kelakar ekkk? kenapa? kenapaa?


********************************************************************************


ok ni satu lagi iklan billboard yg buat aku konfius jugak:


 Our cables are a bit expensive
(dan tunjuk gambar pompuan yg aku taktau la nak kata seksi ke tak)

Smart Cable (M) Sdn Bhd adalah company yg mengeluarkan cables (eco-friendly PVC insulated non-sheated cables)

so apekah kaitan antara pvc cables, pastu gambar camtu, pastu mengaku cables dia agak mahal?

tolonggg...tak pahammm...!


9 comments:

@tune® said...

KIKIKI...habes catchy ke buat orang xpaham...

Soulie said...

lol! aku pon rasa iklan zulian tuh tahpape. konon sehabes confident the company will still be around in year 2039. on a positive note, jimat cost design sbb biler dah cecah taun 2039 still leh pakai lagik the billboard.

Soulie said...

Our cables are a bit expensive tuh ponnnn!!! arghhhh macam ayat tergantung. aku baca jadik stress boleh? kalo dia sambung a bit expensive but darn good takper gak. dia tulis camtuh lagik lah turn off....hapa punyer tagline daaa!

panjang lak aku comment tak puas ati :P

HIN BROTHER PRINTING said...

Salam perkenalan tuan tanah tahniah atas post yg menarik perhatian ini :) harap diizinkn untuk memberi coment dalam dunia business bukan harga MURAH yg menjadi keutamaan :) bagi sesiapa yg terfikir atau telah berniaga moga anda benar benar memahami makna serta perbezaan PERNIAGA dengan USAHAWAN kerana x PENTING apa yg anda hendak niagakan tp amat penting anda FAHAM ape itu PERNIAGAAN - BUSINESS LIKE FINGGER TRIGGER

LiteTOUR said...

kalau korang kaji betul2 korang faham gak. headline dua2 iklan ni antara the best di highway, korang tau sebab apa? sebab ianya unik. diorg bukan saja2 buat headline macam tu, diorg nak korang timbul rasa ingin tahu, kaji balik, buat research pasal produk ni. bukan nak kata apa la. mentality masyarakat malaysia sekarang ni selalunya nak disuap,nak beri terus2. do take time make research and think. dan advertising dua2 iklan ini sangat brilliant.

suez said...

@tune:
ko pun tak paham ek..

soulie:
jimat kan? huhu...

soulie:
yey ada geng!

hin brother printing:
salam perkenalan juga. yup saya sokong. saya pun tak utamakan yg murah. saya utamakan yg berkualiti (tapi kalau murah, it's a bonus la kan). yes kalau saya nak carik cables, of course akan carik yg berkualiti sbb nak pakai lama, n harga bukan issue. tapi memandangkan saya bukanlah usahawan hebat, boleh tolong explain maksud iklan tu? n apa kaitan model tu dan cables yg mahal?

limework:
betul tu, mmg antara the best di highway. kalau tak best, takdela masuk blog saya ye dak?
to me, brilliant billboard ads adalah catchy, creative dan difahami. utk iklan2 ni, catchy tu ada, creative tu takde, difahami tu mmg takde.
masyarakat malaysia nak disuap? kami bukan nak iklan yg bagi penerangan lengkap kebaikan produk dia dalam bentuk karangan, yg dah habis baca konfem paham. pernah tengok iklan energizer di tiang2 monorail kat kl? just tunjuk gambar bateri tu macam sedang angkat tiang monorail tu. no explanation needed. that's a definition of brilliant advertising. ;-)

suez said...

kepada limework, saya ada update pasal iklan yg brilliant pada saya: http://iamsuez.blogspot.com/2012/11/brilliant-billboard-advertising.html

Toko percetakan online..Masih mencari 'tapak' yang sesuai.. said...

Anda dah promot 2 syarikat ni..free..itula tujuan dia,ayat yg catchy,mnarik perhatian public..plus,sy x ingat nm syarikat pengeluar cable tu,tp sy ingat tagline dia yg poyo.jd,apa yg sy akan taip kat google search?

suez said...

Blogger Percetakan 24/7. Hari Ahad? Buka:
Bagi saya, jika catchy dan brilliant, saya akan berminat nak cuba produk tu. Tapi jika catchy tapi tak brilliant, saya tak akan berminat dgn produk tu. Tak kisahlah berapa banyak blogger menceritakan pasal produk tu pun.

Related Posts with Thumbnails