Tuesday, December 18, 2012

berjumpa dengan negarawan

dia sekarang bukan lagi big boss aku dalam tempat aku keje sekarang. so aku ingatkan aku tak akan ada peluang lagi untuk ada dalam majlis yg ada dia. kalau ada pun, mungkin dengan big boss yg sekarang. tapi buat masa ni, aku belum rasa teruja nak jumpa big boss yg sekarang (eh, bukan pernah jumpa ke masa sekolah dulu?)

entah camane, ada plak satu majlis bicara eksklusif dengan tun. hanya beberapa org je yg terpilih dari setiap tempat kerja kami. luckily, i'm one of them. teruja sangat okeh. kali terakhir aku jumpa tun adalah pada tahun 1987 kot masa aku masih berlari2 anak kat Yaohan The Mall n tetibe tun berdiri depan aku.

aku mmg kagum sangat2 ngan tun. umur tun 86 tahun. diulangi 86 tahun. tapi boleh bercakap hampir 2 jam (1 jam speech tanpa teks + 1 jam soaljawab). speech beliau penuh dengan fakta sampaikan beberapa nama yg disebut, kitorang tak kenal pun namanya (gugel saja tak cukup suez, sila membaca banyak lagi). pastu 1 jam soaljawab tu, tun memang boleh menjawab semua soalan dengan jawapan yg mengagumkan.

utk sesi soaljawab tu, punyelah berebut mikrofon, menyesal aku tak prepare soalan awal2, kalau dah ada soalan awal lagi, mungkin aku dah ready utk berebut mikrofon. tapi bila dah start sesi tu, barulah tergagau-gagau dok whatsapp kat group opis, mintak idea utk bagi soalan2 bernas pada tun. lepas dapat soalan bernas dari bos aku, dah readylah nak berebut mic. tiba2 nampak punyelah ramai dah dok queue. maka soalan pun disimpan je lahh. haha.

pastu tun pun berjalan keluar dari dewan. sebelum2 ni, aku tak pernah heran nak pegi dekat apetah lagi nak salam ngan org2 besar. 2-3 kali pegi event yg ada sultan turun pun, kawan2 ajak pegi salam, aku biar je diorang pegi. tapi entah kenapa kali ni aku join sama. mebi sebab teruja kot. takpe ke salam ngan dia? anggap salam ngan atok2 la kan....

a few gambar menggediks di picc:


kerana teruja, haruslah menjadi org terawal masuk dewan




teruja


muka-muka excited. nampak tak punyela ramai manusia kat belakang tuhh


huhu

 ps: kejadian adalah pada 2 bulan lepas. baru terasa nak update.

2 comments:

Che Kay said...

aku pernah jugak jumpa dia. masa tu sambutan merdeka kat stadium uitm. aku dengan pakaian costume penari menyambut kedatangan VIP.nampak ja dia terus macam kejutan bintang hehehe.Dapat salam dia sekali terus rasa nak meloncat. hahaha

Marsyithah Khidzir said...

Waaa... aku pun teruja. Tetiba ada gambar aku dlm blog Sue yg fames ni. hihi...

http://apelagibest.blogspot.com/

Related Posts with Thumbnails