Friday, August 29, 2008

wedding invitation

dia artis glamer. mesti byk duit. tapi kad kawen simple gile. sekati ko la kan.

tapi yg menarik kat gambar bawah ni. dah siapkan wishlist utk wedding gifts. so kite boleh pegi ke metrojaya midvalley utk pilih hadiah yg dia nak. kitorg dulu pun ingat nak buat camni. tapi segan la plak, melayu nyer culture mane buat camtu. nanti makcik pakcik kata apa lak. tapi sebenarnya bagus tau. so takdela kite dapat sampai 7 bijik toaster (pengalaman seorg kawan). so nanti korang nak kawen, buat la camni. takpe...makcik pakcik tak marah kot. kalo diorg marah, korang ckp la, "maya karin buat camtu tu boleh aje?"

Sunday, August 24, 2008

jalan2 cari makan - pavillion

huhu sejak peknen sampaila dah dpt syamiel, mmg jarang berjalan sgt (ye la tu).

so tak pernah lagi pegi pavillion. masya allah....
ni baru nak pegi.

target arini ialah makan puas2.

char kuey teow - RM7. sangat sedap.

oyster omelette- sgt sedap juga


peanut butter toast - ini gambar curik kat blog org lain. laju sgt makan sampai lupa nak amik gambar.


pastu makan cakoi lak. lupa nak amik gambar juge.

kenyang.

food republic ialah food court yg sgt best (ye, saya lambat. mesti semua org dah lama tahu).

Saturday, August 23, 2008

selepas 4 bulan setengah


setelah asyik baring aje selama 4 bulan setengah, akhirnya syamiel sudah buleh meniarap! yey!

Saturday, August 16, 2008

kurniawan alumni gathering

lama tak jumpa kawan2 kurniawan.

dulu kitorg buat matrikulasi kpm kat sini.

kalau kat matrik kolej lain, semua cam skema sikit especially yg kat melaka (matrik kolej paling besar).

tapi kat kurniawan ni, tak rase cam kolej utk stadi pun. ni kolej utk bergumbira!!!

kat sini byk belajar macam2. mende baik ade, mende tak baik pun ada. >:) tapi bukanla tak baik sgt pun, setakat kene tangkap balik kolej selepas curfew kul 12 aje. elee...lepak mapley depan kolej pun takleh ke.

gathering ni ustat talhah yg plan kan. ustat ni mmg mastermind utk ape2 aktiviti kolej kitorg sampaila lepas abis kolej ni. tapi dah lama gak kitorg tak buat gathering. since 2002 kot. semua senyap sepi.

mase ustat buat ucapan, dia ade gak ckp "nak buat gathering ni bukan leh tau kene buat setaun sekali ke ape ke. nak buat gathering ni kene tunggu wahyu. kalau wahyu dtg, tetibe aje terus buat. kebetulan last year, suhana ada contact saya, jemput datang wedding dia ngan jb. pastu saya dgn budak2 kat wedding suhana jb tu gerak lak gi wedding azroy. pastu sy dah selalu jumpa balik budak2 kolej." huhuhu so macam tau la siapa yg buatkan ustat berjaya jumpa balik kitorg kan....hehehe....

tapi nak dpt contact ustat aritu punye la susah. tanya kawan2 kolej, semua dah takde number hp dia. number last yg kita ada, dah tak pakai. tapi tak kira, nak jemput gak ustat dtg wedding kitorg. so dgn semangat waja nye, pegila google nama ustat talhah. 'mohd talhah mohd *****'. rasenye last dengar cerita, dia kat ukm. pastu selepas google beberapa kali, dapat la contact number staff ukm dengan nama mohd talhah mohd ***** tu. aku pun call lah.

sz: assalamualaikum...
talhah ukm: waalaikumussalam
sz: boleh tumpang tanya, ini ustaz talhah yg pernah jadi lecturer kat kurniawan tu ke?
talhah ukm: salah org ni kot, saya tak pernah jadi ustat.
sz: oo ye ke, sori ye ganggu. terima kasih.
(alamak malunye)

lepas tu, google lagi, carik kat yellowpages lak, jumpa no fon umah, nama sama, alamat kat bangi. so call lah rumah tu malam. sbb siang mesti gi keje kan.

sz: assalamualaikum...boleh saya cakap dgn en. talhah?
talhah bangi: waalaikumussalam, ye saya.
sz: boleh tumpang tanya, ini ustaz talhah yg pernah jadi lecturer kat kurniawan tu ke?
talhah bangi: awak ni yang call saya kat ofis tadi ke?
(rasa nak hang up aje fon tu. muke dah merah. sambil menutup mata, gua pun ckp)
sz: oh ni en talhah yg tadi tu jugak ye. sorila ye. terima kasih.
(sib baik tak nampak muka. kalau jumpa face-to-face, dah terjun bangunan agaknye)

2-3 hari lepas tu, bukak email. oh ye, lupa nak cerita, sebelum dapat no fon talhah tu, jumpa gak email address dia, so antar lah email dgn soalan yg sama. dapat reply dari dia "semoga awak dapat jumpa org yg awak carik ni ye"

tapi skg saye dah dpt jumpa!

eh lupe nak cerita, aku dapat contact number dia akhirnya sebelum wedding tu sbb dok carik namecard ade sorg bes fren ustat gak, abg zairul. dia pernah bagi mase pernah terserempak dia dulu. call dia, pastu dia pun bagi no ustat.

so mission utk menjemput ustat dtg ke wedding kitorg pun berjaya.

eh tadi sebenanye nak cite pasal gathering kan?

so camtu lah. gathering ok2 je. biasa2 je. tapi tak best sgt sbb geng tak ramai dpt datang.

tapi suya tak dpt datang sbb dia bz ngan tahlil arwah pakcik jumawi.

gath ni kat puri pujangga, ukm. ustat talhah ni mmg sygkan ukm dia. food kat situ, hurmm....tak berapa best kot. sori ustat. hehehe....

ni la ustat talhah



yg kat belakang tu buah. dia dapat nama 'buah' tu pun kat kurniawan. nama my hubby 'jb' pun dpt kat kurniawan gak.
 


guys



mereka sangat vogue. saya sangat gemok.

Thursday, August 14, 2008

takziah to suriya jumawi n family

bapa kepada our best fren, suriya, iaitu uncle jumawi telah meninggalkan kita pada jam 8.32pm. malam jumaat, waktu yg baik.

to suya, sabar byk2. n selalulah sedekahkan ayat quran to both your late mom n dad. it's the best gift a daughter can give.
Related Posts with Thumbnails