Friday, June 11, 2010

south africa 2010


  • teringat lagi mase world cup 2006 kat germany, aku sallu tengok bola ngan bapak aku. ye, mmg aku je selalu jadik peneman bapak aku tengok bola, tak kesah la world cup ke, epl ke, uefa ke. skrg mesti bapak aku tengok tv sensorang. mak aku mesti malas nak temankan.
  • mase 2006 tu, dah dok pikir, itu the last world cup utk aku sebagai seorg yg single mingle but not available.
  • skrg 2010 world cup, spt dijangke, gua bukan single mingle lagi. so aku akan temankan ayahsyamiel plak la. kalau rajin. huhu.
  • world cup yg paling aku follow: france 1998. mase tu budak skolah lagi. tapi mak sallu marah bangun malam, nanti sok sekolah bangun lambat. tapi aku tertido mase kejadian beckham vs simeona & batistuta. tengok kat berita jek.
  • tapi mase 2006, kejadian paling best yg aku dpt tengok live: of course la mase zidane tanduk si materazzi. tapi skrg zidane dah takde. france pun dah kurang power. bak kata zeri, kipas keras arsenal kenela sokong france. huhu.
  • skrg 2010, aku taktau la boleh follow betul2 macam dulu2 ke tak. dah tua2 ni, dah sloww sikit kot. huhu.
  • world cup bukan musim yg melibatkan satu gender saje. gender tersebut tu pun, bukannye semua yg tengok bola kat mamak tu terer main bola. ramai gak kaki bangku kan? tapi as long as ada spirit to enjoy the game tu, tak kesah la manusia kategori apa pun kan? anggap la macam semua tengah follow olympics. ataupun menonton squasy final yg nicol david tengah main. ape aku merepek ni.
  • agak pening memilih team feveret aku kali ni (every worldcup pun camtu gak ape). fave team aku yg pastinya bukan brazil or argentina. aku tak akan sokong diorang sampai bila2. entah kenapa. walaupun aku takde masalah ngan messi.
  • eh aku ade masalah dengan messi. aku tak faham ape dia cakap dalam iklan astro. "inhacheden" rupenya dia sebut "in HD". aduh....
  • tapi utk this year, aku ada sebab utk taknak sokong argentina. tak sanggup wo kalo argentina menang. tak sanggup nak tengok maradona tunaikan janji dia. kepada yg tak faham, sila gugel.
  • team yg aku suke: holland, italy, france (mase zidane ade). lepas fikir punye fikir, kali ni aku akan sokong holland. kepada kawan2 mmsc, ingat kan aku gune nick kat office msg popups 'suez le orenje'? mase tu kan 2006. nick tu mmg dreate sempena menyokong holland mase tu.
  • kenapa shakira asik dapat job nyanyi lagu world cup jek? kasik la org lain plak....
  • sebelum aku melalut lagi banyak, baik aku stop n tengok game south africa vs mexico ni.
  • enjoy world cup!

2 comments:

abahgirls said...

oo..ko sokong france sebab zidane
aku sokong sebab henry..
tapi semenjak henry dah jadi pembelot..aku terkapai2 mencari hero baru..

suya said...

aku lom pilih nak sokong ane lagi..cane ni\

Related Posts with Thumbnails