Monday, October 11, 2010

al-fatihah: syafiza sulaiman

Masa join makan2 kat rumah ex-opismate baru2 ni, aku dapat berita yg mengejutkan: sorang kawan kitorang dah pergi forever dalam pertengahan bulan syawal lepas. Syafiza ni kerja kat mara. Masa kitorang stationed kat mara selama 4 bulan, memang rapat gak ngan dia sebab kitorang dalam project team yg sama. Bila project dah abis, kitorang masih jumpa2 gak kadang2. Tapi lama2 dah kurang jumpa. Setakat berjumpa kat friendster n facebook je.

dec2007 memory: syafiza yg kiri sekali baju kaler pepel angkat tangan. abaikan muka2 tak ready nak tengok kamera itu.

Jal cerita, dia didiagnose ada cancer mase tahun 2008. Lepas 2 tahun baru dia meninggal. Aku agak terkilan sbb aku taktau menahu pun dia ada cancer, rasenye ade gak borak2 ngan dia thru comment2 kat fb, tapi takde lak dia citer ape2. kawan2 rasenye ade yg still contact ngan dia, tapi mebi terlupa nak bagitau aku. takpe, bukan salah korang pon, aku yg jarang nak bukak wall kawan2 n tengok ape status terbaru dia.

syafiza was a great mom to her three kids (umur 2thn, 4thn, 6thn). Ingat lagi mase bz2 buat projek e-learning mara tu, walaupun kadang2 dia bawak keje balik umah, tapi sempat lagi buat kek birthday utk anak dia. Pastu hias kek tu dgn smiley face. Pastu anak dia suke sangat. Esoknye dia tunjuk gambar kek n cerita kat kitorang pasal anak2 dia. Sekarang tgh terfikir camane anak2 dia teruskan hidup tanpa fiza.

Kepada arwah syafiza, kite sedih sangat tak sempat jumpe awak, apepon kite doakan awak yang terbaik kat alam sana. Semoga awak ditempatkan dalam golongan orang beriman. Al-fatihah.

3 comments:

Lynn Nasir said...

al-fatihah..

kesian ye, muda lg. anak2 masih kecil. kalau kita yg pergi dulu ni mcm mana la ye? apa bekalan utk diri dan peninggalan utk anak2..

suez said...

lynn:
a'ah umur dia baru 31.
hmm kan?

rohamia said...

laa patutla ko mintak gambar tue...ko baru tau rupenye..aku pn x teringat nak inform...cuma cita ngan jal je...

Related Posts with Thumbnails