Monday, October 31, 2011

weekend malas2 menjadi weekend yg busy

sabtu 15 okt - takde aktiviti sgt. bukak hotel reservation, ingat nak gi short holiday. dah target satu location, ada tarikh yg ok. dalam dok pikir punya pikir, tetibe tarikh tu dah tak available online dah. hurm. tangguh je la plan holiday kite.

so jalan2 je kite ke kajang-bangi.


memule kite gi melawat luxury hillpark.


syamiel lapar. nak gi makan mane ek yg syamiel suke?

kite pegi ice room!

baru tau rupenye kat ice room ni ade jual main course jugak. ingatkan jual shaved ice jek. so makanla kami kat situ. ok mari share sikit shaved ice kat situ:





mango pomelo snow ice - rm7.90
sedap especially bila tergigit biji selasih kat dalam tu.





fresh strawberry fruit snow ice - rm8.90
sedapp. tapi ade rase durian sikit. aku saspek fruit ice dia masa kat freezer tu letak sebelah2 ngan durian flavour. tu pasal bau dia tercampur.





soya with bubble jelly kot nama dia. ini sedap. sampaikan dah nak abes baru teringat nak amek gambar.





syamiel tetibe dapat kawan baru. menjerit2 dok main berdua. mak bapak budak tu pun pening. huhu.




lepas ice room, dah dekat kul 9pm dok pusing bangi lagi, tetibe dpt fon call dari my bro. offer bilik kat gold coast morib. offer tu utk malam tu saja pulak tu. hurm...petang esok ada event nak pegi. sempat ke ni? tanya encik jebi, ON je jawapannya.

so balik umah, kelam kelibut packing.

kul 10.30 gerak ke morib.

sampai morib jam 12 tengah malam. huhu.

gold coast morib tu ok gak. dia building sebijik je, takde pon water chalet cam sepang gold coast. tapi hotel dia baru, so cam selesa. tapi fridge belum ada ye. agak kesusahan utk aku letak chilled EBM utk bekal syazwan esok. tapi yg bestnye adalah kat setiap bilik ada jacuzzi sendirik.




gembira ye masuk jacuzzi



walaupun sekejap gile dok hotel ni, tapi ok gak sbb ada water theme park. first time ni syamiel masuk water theme park. tapi tak meriah sbb mama tak ikut. mama dok bilik je sbb syazwan macam demam sket. so syamiel ngan ayah je n kazen2. gambar kat theme park takde sbb mama tak turun.

gerak dari gold coast morib, bergegas ke shah alam convention centre utk event yg kene diattend. mama sorang je yg pegi sbb kids not allowed. cerita pasal event tu akan disambung kat sini.




walaupun kids not allowed, tetibe masa ujung2 event, syamiel dapat masuk n merasa tiup hon. huhu.

1 comment:

Che Kay said...

bestnye snow ice tu! terus terkenang snow ice di gayang seafood

Related Posts with Thumbnails