hai. dah lama aku tak hapdet blog. tak sempat ar. banyak sebenarnya mende nak cite. tapi nantilah bila2 free aku apdet betul2.
kali ni, buat pertama kalinya aku nak letak entry copy-paste dari noe (http://perempuanjomblo.blogspot.com/). aku minat ngan blog si noe nih. kadang2 aku rasa apa yg dia tulis tu sama sebijik macam apa yg aku cuba nak sampaikan tapi aku tak berjaya nak interpretasikan dalam perkataan. huhu.
jadi dengan rasminya ayat2 di bawah adalah kopipes dari noe. timekasih noe. oh ye, lupa nak bagi ayat stendet org2 kat fb: "mohon izin share ye noe".
Checklist Rawak Yang Perlu Diambil Kira Sebelum Berkahwin (Bahagian 1)
Sebenarnya panjang aku fikir sebelum aku mulakan nukilan yang satu ini. Takut-takut kalau menyinggung hati pembaca. Takut-takut kalau menimbulkan fitnah yang bukan-bukan. Tapi hakikatnya, aku cuba sedaya upaya untuk beri pendekatan yang sewajarnya, ikut cara aku sendiri. Mungkin ada yang suka, mungkin tak ada yang suka. Semua itu lumrah. Aku pun tak mengharap semua orang suka artikel aku. Mungkin ada orang akan cakap aku bajet warak. Tapi takpe. Siapa daya menyekat judgementasi manusia?
Artikel ini terwujud sebab aku selalu perhatikan orang yang berkahwin punya persiapan lebih 'grand' kearah material semata-mata. Pelamin mahal. Majlis grand. Itu ini bla bla bla. Tapi persediaan rohani, ciput je. Kadang-kadang lupa lansung. Aku bukan mengata orang la. Tapi aku dulu pun sama. Bukak blog persediaan berkahwin "Misi Lima April" tapi semua cerita pasal persiapan majlis kahwin semata-mata. Macam mana nak buat majlis dengan bajet yang ada. Macammana nak DIY itu ini lah.
Pengisisan dalam diri - ziro point, noks.
Jadi, jangan jadi macam aku yang dulu.
Memang orang akan cakap dengan poyonya "itu lah guna memilih sebelum berkahwin..pilih elok-elok calon, laki baik untuk pempuan baik apa jadah," Tapi bagi yang dah ada calon, dan tak tahu kejutan demi kejutan yang bakal berlaku, mungkin boleh teruskan membaca. Kalau rajin.
Pertama sekali, aku nak kamu tahu ialah Alam Perkahwinan ni adalah alam duniawi yang sangat berbeza. Berbeza dengan alam sebelum berkahwin. Dan yang paling penting, setiap alam perkahwinan dengan alam perkahwinan yang lain, juga berbeza. Alam perkahwinan Abu dan Minah, tak sama dengan alam perkahwinan Ali dan Zaiton. Walau kadang kita dengar kes macam lebih kurang sama je,
tapi situasi tetap berbeza.
Okay noks, lets begin.
1) Taqwa / Agama
Solat. Benda ni mesti kena ada. Aku pernah rasa bagaimana kehidupan dalam rumahtangga yang tidak ada tiang. Atau tiang tak cukup. Rumahtangga jadi panas. Bayangkan korang bina masjid. Hidup dalam masjid tapi tak solat. Setan memang senang hasut orang tak solat ni. Nak-nak kalau memang ada sifat ego, baran yang dah sedia menjadi perwatakan. Benda kecik pun nak di bangkit. Pasal habuk pun boleh bertengkar beriya-iya. Atau mungkin tak bertengkar, tapi hati tu mudah rasa benci- walau dalam diam.
Kalau dapat isteri tak solat, suami jangan rasa down sangat. Itu lah gunanya peranan suami. Didik isteri. Kalau dapat suami tak solat pun sama. Jangan rasa dewi sangat. Tangani situasi dengan bijak. Jangan ego, jangan riak, jangan menerakakan suami sendiri. Bab-bab solat ni benda sensetif kau nak tegur. Nak-nak kalau dia suami. Mungkin kau boleh ajak dia imamkan kau ke. Sekali ajak tanak, ajak kali kedua, ketiga dan seterusnya. Takpe. Melentur buluh tua memang susah sikit. Susah. Tak bermakna tak boleh langsung. Kalau dua-dua tak solat, berusahalah ke arahnya.
Once bila dah amalkan solat jemaah sama-sama, ya Rab, tenangnya suasana. Isteri akan rasa tunduk patuh dengan suami walau setinggi mana pun pangkat duniawi si isteri..suami pun ikhlas dan gagah memimpin sebagai seorang imam. Aku tak tau nak gambarkan perasaan tu macam mana. But i found one of my inner peace dengan solat jemaah sama-sama. *bergenang air mata*
Aku faham, zaman sekarang, akhir zaman, kita memang susah nak patuh dengan suruhan Agama. Kadang-kadang kau cuba nak jadi baik. Tapi ada je benda berbisik-bisik dalam hati. Nama pun manusia. Kita berperang dengan macam-macam hal. Kadang-kadang kita cuba untuk buat segala benda kerana Allah. Tapi dan-dan ada je syaiton pesongkan hati kita. Bab ni aku tak reti nak ulas. Aku pun still lemah. Bab-bab niat ni kau tak boleh nak judge lansung. Allah je tahu.
Tapi walau apa pun, berusahalah, menempatkan diri ke dalam Syurga-Nya, sekeluarga.
2) Jangan Berkira Soal Duit Sangat
Ini pun susah. Tapi bukan tak boleh. Tak semua pasangan beruntung dapat suami isteri yang sama-sama berkedudukan. Kadang ada isteri yang kurang. Dan kadang ada suami yang kurang. Pokoknya, suami mesti selalu ada usaha untuk menjadi penaung utama dalam keluarga. Mencari rezeki itu tetap tanggungjawab suami.
Walaupun begitu, memang ada individu yang akan berkira. Tidak kira lah isteri ke suami ke. Entah mungkin roots dia macam tu. Aku pernah cerita kan, tentang bagaimana suasana keluarga itu sendiri membentuk peribadi anak-anak. Kadang aku pernah nampak, nak beli puting anak yang berharga RM3-4 pun minta duit suami. Padahal kalau bercerita tentang gaji, pangkat, dia lah yang paling hebat. Tapi 2-3 ringgit pun nak kedekut. Konon semua belanjawan anak jatuh pada tangan suami.
Ada pulak kadang aku tengok bila suami tak ada duit, bini berhempas pulas membantu keluarga. Tapi bila tiba-tiba dia berduit, punya la berkira nak kasi si bini duit barang sekepuk dua. Konon nanti takut bini membazir. Padahal punya la jerih bini menanggung nafsu nak pakai beg baru time menanggung suami yang susah dulu.
Not good la like that. Duit tak boleh bawak mati kan.
Apalah sangat kalau kasi reward sikit kat isteri sendiri. Perempuan memang suka benda-benda materialisitik ni bang. Menggembirakan hati isteri kan nafkah batin yang dituntut. Ecewah.
Being me, aku benci nak bercakap pasal duit. Selagi aku ada duit, selagi aku mampu, aku henjutkan. Kalau tak ada, aku hidup macam tak ada. Aku benci kalau dengar orang (especially suami) mengeluh pasal duit. Bagi aku, bila dah berumah tangga, semua kena ada teamwork. Kau (suami) tak ada duit, aku bantu. Bila turn aku tengah sengkek, kau bantu aku.
Jangan bebankan sesama sendiri dengan sengaja. Mula lah nanti rasa macam membela biawak hidup.
Semua orang pun tak suka tengok pasangan yang tak berusaha. Tak kisah lah, suami ke isteri ke. Kalau pun suami walau wajib tanggung isteri pun, tapi balik kerja rumah bersepah, duduk membongkang je, dengan tak masak pun menyakitkan mata jugak. Apatah lagi perasaan isteri yang balik rumah tengok suami pulak yang membongkang. Susah nya nak menanggung sabar macam tu. Kan?
Bab bab berkira duit ni, tak boleh sorang mula. Kalau sorang dah start berkira, maka berlawan-lawan lah. Penyudahnya, duit aku, aku punya, duit kau, kau punya. Sampai bila?
Aku tak pasti samada ini hanya pemerhatian aku pada skop yang kecil, atau benda ni betul-betul berlaku. Kebanyakkan perempuan yang aku kenal, especially sedara mara lah, yang mengambil keputusan untuk meninggalkan suami dengan alasan suaminya miskin, gaji tak banyak or bla bla, semua nya akan end up dengan lelaki yang lebih entah hapa-hapa. Dan bekas suami/tunang/bf mereka akan tiba-tiba menjadi kaya dan gemilang.
Dunno cemana boleh jadi lagu tu. Mungkin sebab...ye lah, rezeki di tangan Allah.
Tapi...korang pun (lelaki) takkan nak kena tinggal baru nak bangkit berusaha? ppfft.
Okay dah panjang sangat ni. Bersambung ke Bahagian 2.
Kthnkbye.
Ok noe. tengkiu. nanti kalau bahagian 2 tu best, aku kopipes lagi.
No comments:
Post a Comment