Monday, February 4, 2013

people who just don't respect strangers

situasi di surau klcc:

aku duduk kat dinding hujung yg pada aku paling ada privasi sekali. aku pun keluarkan segala gadget dalam bagpack kesayanganku lalu aku pun buat aktiviti milk expressing menggunakan medela freestyle aku. ye. syazwan dah 1 tahun 8 bulan dan masih menerima susu fresh dari mama.

dalam aku dok menjalankan operasi sambil menscrolldown news feed kat fesbuk, tiba2 sorang perempuan yg duduk sebelah aku (Puan A) panggil aku..

Puan A: kak, boleh tolong tengokkan anak saya tak? saya nak semayang jap.

aku tengok dia tgh pangku baby yg tgh tido. umur dlm 8-9 bulan camtu. risau gak nak jaga anak org tak dikenali ni. tapi aku paham la situasi dia bila betul2 takde pilihan camtu.

aku: erm. boleh. (senyum)

dia pun cuba letak baby dia kat atas kain lapik. tetiba baby tu terjaga. dia pun bagi susu kat anak dia jap.

aku: err...baby awak ni nak kat orang tak?
Puan A: ermm biasanya dia tak berapa nak kat orang. 

ok aku cuak. hurm tawakal je lah. aku pun offkan medela freestyle aku utk bersedia menjaga anak orang ni.
dia cuba tidurkan baby dia. tapi takmo tido. so dia pun bagi aku dukung baby dia.

aku dukung baby tu, n mak dia pun pegi amik wudhu'. seperti dijangka, baby tu melalak. boleh tahan gak suara dia. ok aku panik. dodoi la, tunjuk video kat handphone la, semua tak jalan. terasa nak bawak budak ni gi jalan2 kat luar surau ni (dalam suria klcc), tapi gila kau, nak bawak anak orang camtu je. kang tak pasal2 kena tuduh kidnap anak orang. aku mula terbayang muka aku keluar harian metro dengan tajuk 'Awas Penculik Budak di KLCC'. pastu kelihatan gambar blur dari cctv. konfem kawan2 aku kenal tu aku.

ok kalau aku bawak budak ni keluar dari surau ni, takkan aku nak biarkan medela freestyle aku terbiar je kat situ. buatnya kene curik. jenuh nak kumpul duit beli medela freestyle yg baru.

aku cuak. ramai muslimah yg tengah solat. aku plak skrg rasa bersalah ngan diorang.

dalam aku dok cuba tenangkan budak yg melalak tu, ada sorang makcik yg tengah pakai telekung semayang datang kat aku n cakap:

makcik poyo: dik, bawak la budak tu keluar, orang nak semayang ni!

aku: ye kak, tapi saya bukan mak dia. saya tengah tunggu mak dia amik wudhu. (itu je yg terkeluar dari mulut aku)

makcik poyo: ye lah, tapi bawak la budak ni keluar, ganggu orang nak semayang!

aku: TAKKAN SAYA NAK BAWAK ANAK ORANG NI KELUAR DARI SINI CAMTU JE? CUBA KALAU MAKCIK JADI MAK DIA, BAGI ORANG JAGA ANAK KAT SURAU, TETIBA ORANG TU BAWAK KELUAR2 DALAM KLCC NI, TAK RISAU KE? ENTAH2 SAYA KIDNAP ANAK DIA NI KE? PASTU KALAU SAYA KELUAR, DENGAN MEDELA FREESTYLE SAYA YG TERTINGGAL KAT SITU TU, KALAU HILANG KE, KALAU MAKCIK CURIK NAK PEGI JUAL KAT MUDAH.MY KE? MAKCIK NAK GANTI BALIK KE? MAKCIK NI KALAU NAK SALAHKAN ORANG, CUBA FIKIR SIKIT APA MASALAH ORANG TU. MAKCIK INGAT MAKCIK SORANG JE ADA MASALAH? IKAN SARDIN PUN ADA MASALAH TAU!

ok aku tipu. ayat kat atas tu cuma duduk dalam hati aku je. tak terkeluar kat mulut aku. dialog sebenar seperti berikut:

aku: (speechless) (ye. seperti biasa, aku tak reti reply back on the spot)

kemudian mak baby tu yg dah sudah amik wudhu' pun terus datang n amik anak dia. antara sebab aku tak balas balik makcik tu tadi ialah sebab aku dah nampak yg mak budak tu dah nak datang kat aku. aku taknakla dia rasa bersalah sbb disebabkan dia, aku terbergaduh plak dengan sorang makcik.

ye sampai sekarang aku masih rasa tak puas ati. niat aku nak tolong orang dalam kesusahan tetiba berakhir dengan aku dok menyumpah2 makcik tu yg suka2 je nak blame aku. 

pada aku, golongan macam makcik ni pengecut. dia konfiden nak marah2 org yg tak dikenali tu depan orang sebab dia cuma kenal n jumpa orang tu masa tu saja. pasni tak jumpa dah. lagipun masa tu, makcik tu nampak suci sebab tengah nak semayang. saya nampak jahat sebab pegang budak yg tengah menangis dalam surau.

aku rasa perangai makcik tu banyak gak dalam masyarakat kita. mentaliti yg 'orang tak dikenali tu buat mende tak betul, n kita patut betulkan dia, tak kisah lah nak malukan dia depan orang ramai ke'. sikap 'just blame that stranger'. entahlah. please people. ramai yg suka sgt tunjuk sikap lack of respects towards strangers.

respek. relaks. respon. ye aku kurang skill respon.


Friday, January 18, 2013

nak tah*?

oleh kerana kekunci U dan I duduk sebelah2 dalam qwerty keyboard, maka jadilah typo terhebat minggu ini. wakakakaka....


Friday, December 21, 2012

31st

~ another year older.

~ sejak 3-4 tahun kebelakangan ni, aktiviti utama masa birthday ialah mereply posts dari kawan2 kat wall fesbuk aku. walaupun aku tau kebanyakan dari diorang wish sebab dah terbaca notification je, tapi timakasih gak la diucapkan. sbb aku pon bukan ingat besday semua org. aku pon selalu wish sebab terbaca notification je jugak. hehe.

~ tapi kali ni, apsal tah aku gatal plak nak hidekan birthdate aku kat fesbuk. saje nak tengok siapa yg betul2 boleh wish tanpa tengok auto notification fb. pemenangnya ialah mr fly. yg lain2 tu pun pemenang gak, you know who you are.  ;-)


~ kat opis plak, ada gak komplot membeli kek secara senyap2. macam boleh agak jugak sbb tiba2 wawa, didi & kak kay MIA. timakasih korang.


sue comot? aku saspek staff secret recipe tu tersilap baca note dari diorang.

~ ok seperais kedua ni aku tak agak. boleh pulak diorang ni pegi beli satu slice kek + icing yg punya banyak. dengan tujuan nak mencomotkan birthday girl (girl ker?). hahaha. 

~ mana boleh aku je comot sorang2 kan? haruslah semua dicomotkan juga. barulah kawan. :-P


ketawa bersamaa...comot pun bersamaa....

~ balik keje n lepas syamiel ngaji, gi dinner kat @grills bangi.

eh sama plak semua pakai baju plain

~ food kat @grills ni sedap jugak. budak berdua tu pun makan tak berenti. rib eye steak dia sedap jugak. kalau2 tak cukup fulus nak gi tony roma's, bolehla datang sini. ;-)


steak yg sedap. lebih sedap bila ada org tolong potongkan. hehe....

ps: genap 3 minggu pemergian bapa tersayang. al-fatihah.

Tuesday, December 18, 2012

berjumpa dengan negarawan

dia sekarang bukan lagi big boss aku dalam tempat aku keje sekarang. so aku ingatkan aku tak akan ada peluang lagi untuk ada dalam majlis yg ada dia. kalau ada pun, mungkin dengan big boss yg sekarang. tapi buat masa ni, aku belum rasa teruja nak jumpa big boss yg sekarang (eh, bukan pernah jumpa ke masa sekolah dulu?)

entah camane, ada plak satu majlis bicara eksklusif dengan tun. hanya beberapa org je yg terpilih dari setiap tempat kerja kami. luckily, i'm one of them. teruja sangat okeh. kali terakhir aku jumpa tun adalah pada tahun 1987 kot masa aku masih berlari2 anak kat Yaohan The Mall n tetibe tun berdiri depan aku.

aku mmg kagum sangat2 ngan tun. umur tun 86 tahun. diulangi 86 tahun. tapi boleh bercakap hampir 2 jam (1 jam speech tanpa teks + 1 jam soaljawab). speech beliau penuh dengan fakta sampaikan beberapa nama yg disebut, kitorang tak kenal pun namanya (gugel saja tak cukup suez, sila membaca banyak lagi). pastu 1 jam soaljawab tu, tun memang boleh menjawab semua soalan dengan jawapan yg mengagumkan.

utk sesi soaljawab tu, punyelah berebut mikrofon, menyesal aku tak prepare soalan awal2, kalau dah ada soalan awal lagi, mungkin aku dah ready utk berebut mikrofon. tapi bila dah start sesi tu, barulah tergagau-gagau dok whatsapp kat group opis, mintak idea utk bagi soalan2 bernas pada tun. lepas dapat soalan bernas dari bos aku, dah readylah nak berebut mic. tiba2 nampak punyelah ramai dah dok queue. maka soalan pun disimpan je lahh. haha.

pastu tun pun berjalan keluar dari dewan. sebelum2 ni, aku tak pernah heran nak pegi dekat apetah lagi nak salam ngan org2 besar. 2-3 kali pegi event yg ada sultan turun pun, kawan2 ajak pegi salam, aku biar je diorang pegi. tapi entah kenapa kali ni aku join sama. mebi sebab teruja kot. takpe ke salam ngan dia? anggap salam ngan atok2 la kan....

a few gambar menggediks di picc:


kerana teruja, haruslah menjadi org terawal masuk dewan




teruja


muka-muka excited. nampak tak punyela ramai manusia kat belakang tuhh


huhu

 ps: kejadian adalah pada 2 bulan lepas. baru terasa nak update.

Monday, December 10, 2012

bapakku 1937-2012

1950s/1960s



2001


1983

2008


bapa yg mencari nafkah utk menyekolahkan kami 8 beradik sampai dah besar panjang sekarang,

bapa yg menjadi kawan berborak kami semua,

bapa yg menjadi driver kami ke sekolah, ke universiti, ke klinik, ke ofis, dan macam2 tempat lagi,

bapa yg menjadi peneman tengok bola tengah2 malam (dia enjoy the game. takde favourite team. asalkan bukan MU dan selangor. hehe)

bapa yg fotogedik macam anaknya (ye anak2 yg suka bergambor ni tahu kami ikut gen siapa. sbb mak kami camera shy)

bapa yg akan explain macam2 benda pada anak ini semasa menonton buletin utama/warta berita/dunia jam 10,

bapa yg menghulurkan tangannya sebagai wali semasa menikahkan anaknya yg bongsu ini,

atok yg rajin menjaga cucu-cucunya yg 24 orang ini,

bapa yg banyak mengajar kami erti kehidupan,

bapa yg terlampau banyak jasanya kepada kami,

kini telah pergi selamanya meninggalkan kami anak2 yg akan membalas jasa dengan mendoakan kebahagiaannya di sana.

al-fatihah kepada bapa tersayang, 1937 - 28 November 2012.

Related Posts with Thumbnails