Sunday, May 9, 2010

Makan mihun buat badan menggigil?




aku tak pasti teori ni betul ke tak utk semua orang. tapi utk diri aku, teori ini sangat betul.

aku mule sedar tahun 2006 kot. mase kat mmsc, aku suke benor makan mihun 7e. sedap oo. tipu, bukanla sedap sgt, tapi mihun dia simple dan boleh diterima tekak. dia ade tulis kat bahan-bahan: mihun, cili, bawang, ikan empat segi. wondering ape yg dimaksudkan dengan ikan empat segi? jawapannya ialah ‘fishcake’. Bile dipotong-potong, dia jadik ikan empat segi. Heheh.

tapi yg aku pasan, lepas makan mihun tu, badan cam menggigil kelaparan especially kat tangan.

so aku buat kesimpulan, aku takleh makan mihun 7eleven.

tapi rupenye aku silap, lepas aku makan ape2 jenis mihun pun, aku akan menggigil2 jugak. ala…tak best la camni. dah la aku rajin goreng mihun kat umah. yer laa…mihun kan senang je nak goreng. Lagi senang kalo gune perencah mihun goreng. ;-)

macam kes baru2 ni, aku mmg cam demam la kan. so badan tak sihat (kalo dah demam, memang la badan tak sihat kan? dush). pastu hari tu aku bekfes nasik lemak, tengahari lak makan mihun je. 4pm petang tu terus menggigil tak hengat. pegang mouse pun leh berlaga2 ngan meja gile kuat. Efek allergy aku makin teruk kot kalau demam.

semalam pun sama. 8.15 am, aku pegi food court nak makan bekfes. niat di hati nak makan bekfes nasik lemak paru. tetibe ternampak mihun singapore cam sedap je. tukar plan, aku makan mihun kat situ. tapi utk langkah keselamatan, aku tapau nasik lemak paru. Tepat kul 11 pagi, aku mule cam gigil. selamat belasah nasik lemak paru plak tepat 11.45am. heheh.

aku try gak gugel ade ke orang lain yg bermasalah cam aku ni. setakat ni baru jumpe sorang la. tapi aku rase dia tak sedar kot yg mihun tu jadi penyebab gigil dia.

ade tak orang lain yg sama cam aku??

ps: tapi kalo aku melawat umah korang, janganla segan silu nak goreng mihun plak. aku boleh je makan. tapi kene makan mende lain pulak la lepas tu utk cover kelaparan yg menggigil. so, sile sediakan mihun + sepegeti + karipap + lasagna + bubur gandum + air ribena. Sekian timekasih.

Thursday, May 6, 2010

facebook friend requests

bila dapat friend request:
1. check siapa. org kenal? ok approve.
2. org tak kenal? klik kat send new message: tanya ni siapa. ayat kene sopan.
3. dia reply? ok org kenal, approve.
4. dia reply? org tak kenal, nak promote barang, atau orgnye agak scary je, ignore.
5. dia reply? org tak kenal, tapi ayat baik aje. cth: "saya dari xxx. saja nak tambah kawan. boleh kan?" kadang tu siap explain dia keje mane tinggal mana, pastu siap puji syamiel comel lagi.

ok utk org ke-5 ni biasenye aku tak sampai ati nak terus ignore, tapi akan terbiar kat friend request list sampai skrg. ape patut buat ek?

Wednesday, May 5, 2010

3rd anniversary

happy 3rd anniversary awak!

ps: segan nak tulis panjang2 kasik org baca. kita cerita offline je la ek awak. ;-)

Tuesday, May 4, 2010

sue layan drama petang?

ok sebelum ni aku cam pelik2 tengok orang2 yg tengok cite drama 6.30 pm ni. korang ni sempat ke nak sampai rumah utk tengok citer2 camtu?

tetttt. (bunyi buzzer)

utk kali pertama dalam sejarah, aku pun dah jadik golongan yg nak kene balik keje awal, utk duduk depan tv kul 6.30pm. apekah?

kuat jugak pengaruh citer adamaya ni.


aku suke sebab
1. jalan citer yg lain dari lain. tak berapa boleh nak jangka wat will hepen next.

2. pelakon yg best. aku rase supporting actor dia lagi bagus dari pelakon utama. especially mamat nih (tapi dia bukan supporting actor):

muke annoying gile

oh ye. mak aku cakap mamat ni tiga pupu ngan aku. sikit lagi nak jadi kupu-kupu. huhu.

3. sebab ketiga, ntah aku taktau kenapa. dah termelekat, kene la follow kan.

Monday, May 3, 2010

labour day

selamat (belated) hari pekerja kepada pekerja-pekerja yg rajin bekerja walaupun arini saya bercuti dan tidak bekerja.

apresiasi kepada pekerja2 di sekeliling saya:
- kepada anak2 buah saya, jasa korang menyapot tugas2ku amat dihargai. n syukur gak sbb ade anak2 buah yg cool n proactive.
- kepada bos2 yg di atas, saye bersyukur gak sbb buat masa ni, immediate boss & yg di atas immediate boss pun very supportive n caring. cewah. (i mean, bosses yg sekarang ni, yg 5 bulan lepas tidak dikira.)
- kepada all colleagues, thanks!

ps: antara kerjaya yg paling dikagumi: nurse. rasenya paling mencabar kot. kene buat keje yg susah and at the same time kene layan patient dgn baik. bukan sumer org leh jadi nurse. korang memang hebat! (dan juga babysitter, yg baik sahaja).

Related Posts with Thumbnails