Sunday, May 9, 2010

Makan mihun buat badan menggigil?




aku tak pasti teori ni betul ke tak utk semua orang. tapi utk diri aku, teori ini sangat betul.

aku mule sedar tahun 2006 kot. mase kat mmsc, aku suke benor makan mihun 7e. sedap oo. tipu, bukanla sedap sgt, tapi mihun dia simple dan boleh diterima tekak. dia ade tulis kat bahan-bahan: mihun, cili, bawang, ikan empat segi. wondering ape yg dimaksudkan dengan ikan empat segi? jawapannya ialah ‘fishcake’. Bile dipotong-potong, dia jadik ikan empat segi. Heheh.

tapi yg aku pasan, lepas makan mihun tu, badan cam menggigil kelaparan especially kat tangan.

so aku buat kesimpulan, aku takleh makan mihun 7eleven.

tapi rupenye aku silap, lepas aku makan ape2 jenis mihun pun, aku akan menggigil2 jugak. ala…tak best la camni. dah la aku rajin goreng mihun kat umah. yer laa…mihun kan senang je nak goreng. Lagi senang kalo gune perencah mihun goreng. ;-)

macam kes baru2 ni, aku mmg cam demam la kan. so badan tak sihat (kalo dah demam, memang la badan tak sihat kan? dush). pastu hari tu aku bekfes nasik lemak, tengahari lak makan mihun je. 4pm petang tu terus menggigil tak hengat. pegang mouse pun leh berlaga2 ngan meja gile kuat. Efek allergy aku makin teruk kot kalau demam.

semalam pun sama. 8.15 am, aku pegi food court nak makan bekfes. niat di hati nak makan bekfes nasik lemak paru. tetibe ternampak mihun singapore cam sedap je. tukar plan, aku makan mihun kat situ. tapi utk langkah keselamatan, aku tapau nasik lemak paru. Tepat kul 11 pagi, aku mule cam gigil. selamat belasah nasik lemak paru plak tepat 11.45am. heheh.

aku try gak gugel ade ke orang lain yg bermasalah cam aku ni. setakat ni baru jumpe sorang la. tapi aku rase dia tak sedar kot yg mihun tu jadi penyebab gigil dia.

ade tak orang lain yg sama cam aku??

ps: tapi kalo aku melawat umah korang, janganla segan silu nak goreng mihun plak. aku boleh je makan. tapi kene makan mende lain pulak la lepas tu utk cover kelaparan yg menggigil. so, sile sediakan mihun + sepegeti + karipap + lasagna + bubur gandum + air ribena. Sekian timekasih.

13 comments:

Lynn Nasir said...

hahaha..lawak plak aku baca ni. kiranya nak bgtau yg ko akan kelaparan teruk la lepas mkn bihun? aku pun suka mkn bihun, dan aku mmg dah lama tau yg bihun takkan buat aku kenyang mcm nasi. sure aku ulang mkn selang2-3jam pastu. krok-krek-krok-krek bunyi perut aku. sbb tu aku leh abeskan sebungkus bihun sensorg. hohoho!

suez said...

lynnasir:
maksud ko sebungkus mihun mentah tu? terer!

Lynn Nasir said...

haha...mentah dan masak, tiada beza ^^

abahgirls said...

same scenario...
bukan bihun, tapi roti canai..:P

suez said...

lynn nasir:
eh maksud aku yg mase mentah tu dia sebungkus besar harga RM2 tu ko leh goreng n makan sorang? hebat.

abahgirls:
oo ade gak ek. tetibe terpikir, roti canai skrg makin nipis kan?

r.i.t.a said...

sunggoh pelik simptom elegik ko... tp aku pom rase klu mkn bihun, perut aku cpt rase lapa...

sbb tu klu kt umah aku goreng bihun, aku akan goreng utk satu kg mkn...sbb kompem aku akan lapa byk kali...

suez said...

ibuaniq:
tetibe macam boleh conclude bahawa sebenarnye bukan aku yg elejik tapi sebenarnye mmg mihun yg cepat buat kita lapar. tapi efek kat aku kuat sikit kot sbb gigil dia lain macam.

jellynajal said...

memang ada penyakit macam ni, aku ngan zeri lak tak bole makan roti canai, sampai petang jer tangan menggigil, sama kes mcm ko bile makan mihun.. cuma yg berbeza skang ni, jenis makanan kita. haha

suez said...

jal: kite nyer allergy sumer cam makanan2 1malaysia je. caner ni?

kak lia said...

akak rasa meehoon paling sikit kalori dia dan karbo dia, so badan perlu tenaga, karbo sikit nak jadikan dia tenaga... 1 pinggan meehoon baru 10karbo..... so, kena la ada makanan lain inbetween

Che Kay said...

erm kena check database makanan malaysia ni. hehehe (nanti aku try tgk buku nutrition compostion malaysian food). aku rasa ko mungkin selalu makan makanan berat (kata org kita) yang ala=ala berkalori tinggi. So bila dah hadam dalam perut, kalori yang banyak itu dapat menampung tenaga yang ko selalu pakai.

mungkin bihun tidak mempunyai bilangan kalori yang ko perlu. so lepas kena hadam, dengan begitu cepat badan ko menggunakan kalori yang terhad utk kegunaan badan. Bila kalori tak cukup selalunya badan akan menunjukkan isyarat2 perlu makan.

Aku ada jugak jadi gigil2 ni. Dan ada tanda yang aku perasan tangan aku gigil. Bila benda ni jadi aku tau la tu aku perlu makan. hehehe.
Selalunya aku simpan stok biskut dekat drawer aku. selalunya biskut yang high fiber. so aku nak suggest ko makanlah biskut iko.

Biskut high fiber elok dijadikan snek di antara waktu makan. Sebagai contoh di antara waktu breakfast dan makan tengah hari atau di antara waktu makan tengah hari dan makan malam. Btw fiber elok sebab dia lambat dihadamkan dalam perut. so fiber stay lebih lama dalam perut dan membuatkan perut rasa kenyang.

satu lagi sue, kite pon umur dah meningkat, so jaga2 la cara pemakanan. Jangan lupa kerap2 buat pemeriksaan kesihatan walaupun yang simple macam paras glukos, paras kolestrol dan tekanan darah. masa muda2 lain, boleh terjah semua benda. lain kena jaga2. huhu

p/s: erm nasik lemak memang la buat rasa kenyang perut lebih lama sebab % fat dan % carbo. Kalau compare dengan bihun kandungannya lebih kurang. dan satu lagi aku rasa sungguh panjang aku komen! haahahaha

suez said...

liya71 (hi!):
maksudnye kene mkn lebih byk ek? huhuhu...thanks.

kaykay:
mak ai, panjang gile. sungguh rajin menaip. thanks. aku memang ade stok beskot iko pon. dan juga oat krunch, iko pun ade dua jenis. huhu.
tang umur meningkat tu, aku rase metabolisme pun makin menurun teruk ni. macam berat naik selambe aje sekarang ni. :-(
thanks. aku rase aku skrg ni ko pemegang rekod komen terpanjang kat blog aku. hehe.

Che Kay said...

hehehehehehe. tak sengaja la sue. excited nak komen. nanti ko cari la pegawai zat makanan ye...

Related Posts with Thumbnails