Sunday, August 31, 2008

jalan2 cari makan: rasa - the coast - ikea

happy birthday to my hasben!

n hepi bethday to malaysia too.
arini kite nak mkn lagi. tapi cam kebetulan lak, esok nak puasa, 2 weekend ni asik makan byk aje.

nak mkn kat mane ek arini?

mkn kat the coast pun ok gak kan?


ok gak tu mama! syamiel sokong!


nak gi mkn kat the coast. tapi tutup lagi. aik...kul 12pm lom bukak lagi?? staff dia kat situ ckp kul 12.45 baru bukak.

so jalan2 dulu gi rasa. makan waffle kat situ.


1pm, kite pun gi the coast. yey.




hurm...takde org pun??




cheese nachos



buffalo wings



volcano ribeye steak kot?


macho chicken


food kat sini, erm...3.5 star kot.

pastu kite gi ikea plak. sbb ade kawan jb datang dari jb teringin nak mkn meatballs kat situ. diorg ni pengantin baru. tapi dua2 order makan tak byk pun. kitorang yg lebih byk mkn. hehehe....


wajib makan: daim cake


meatballs. yummy!

Friday, August 29, 2008

wedding invitation

dia artis glamer. mesti byk duit. tapi kad kawen simple gile. sekati ko la kan.

tapi yg menarik kat gambar bawah ni. dah siapkan wishlist utk wedding gifts. so kite boleh pegi ke metrojaya midvalley utk pilih hadiah yg dia nak. kitorg dulu pun ingat nak buat camni. tapi segan la plak, melayu nyer culture mane buat camtu. nanti makcik pakcik kata apa lak. tapi sebenarnya bagus tau. so takdela kite dapat sampai 7 bijik toaster (pengalaman seorg kawan). so nanti korang nak kawen, buat la camni. takpe...makcik pakcik tak marah kot. kalo diorg marah, korang ckp la, "maya karin buat camtu tu boleh aje?"

Sunday, August 24, 2008

jalan2 cari makan - pavillion

huhu sejak peknen sampaila dah dpt syamiel, mmg jarang berjalan sgt (ye la tu).

so tak pernah lagi pegi pavillion. masya allah....
ni baru nak pegi.

target arini ialah makan puas2.

char kuey teow - RM7. sangat sedap.

oyster omelette- sgt sedap juga


peanut butter toast - ini gambar curik kat blog org lain. laju sgt makan sampai lupa nak amik gambar.


pastu makan cakoi lak. lupa nak amik gambar juge.

kenyang.

food republic ialah food court yg sgt best (ye, saya lambat. mesti semua org dah lama tahu).

Saturday, August 23, 2008

selepas 4 bulan setengah


setelah asyik baring aje selama 4 bulan setengah, akhirnya syamiel sudah buleh meniarap! yey!

Saturday, August 16, 2008

kurniawan alumni gathering

lama tak jumpa kawan2 kurniawan.

dulu kitorg buat matrikulasi kpm kat sini.

kalau kat matrik kolej lain, semua cam skema sikit especially yg kat melaka (matrik kolej paling besar).

tapi kat kurniawan ni, tak rase cam kolej utk stadi pun. ni kolej utk bergumbira!!!

kat sini byk belajar macam2. mende baik ade, mende tak baik pun ada. >:) tapi bukanla tak baik sgt pun, setakat kene tangkap balik kolej selepas curfew kul 12 aje. elee...lepak mapley depan kolej pun takleh ke.

gathering ni ustat talhah yg plan kan. ustat ni mmg mastermind utk ape2 aktiviti kolej kitorg sampaila lepas abis kolej ni. tapi dah lama gak kitorg tak buat gathering. since 2002 kot. semua senyap sepi.

mase ustat buat ucapan, dia ade gak ckp "nak buat gathering ni bukan leh tau kene buat setaun sekali ke ape ke. nak buat gathering ni kene tunggu wahyu. kalau wahyu dtg, tetibe aje terus buat. kebetulan last year, suhana ada contact saya, jemput datang wedding dia ngan jb. pastu saya dgn budak2 kat wedding suhana jb tu gerak lak gi wedding azroy. pastu sy dah selalu jumpa balik budak2 kolej." huhuhu so macam tau la siapa yg buatkan ustat berjaya jumpa balik kitorg kan....hehehe....

tapi nak dpt contact ustat aritu punye la susah. tanya kawan2 kolej, semua dah takde number hp dia. number last yg kita ada, dah tak pakai. tapi tak kira, nak jemput gak ustat dtg wedding kitorg. so dgn semangat waja nye, pegila google nama ustat talhah. 'mohd talhah mohd *****'. rasenye last dengar cerita, dia kat ukm. pastu selepas google beberapa kali, dapat la contact number staff ukm dengan nama mohd talhah mohd ***** tu. aku pun call lah.

sz: assalamualaikum...
talhah ukm: waalaikumussalam
sz: boleh tumpang tanya, ini ustaz talhah yg pernah jadi lecturer kat kurniawan tu ke?
talhah ukm: salah org ni kot, saya tak pernah jadi ustat.
sz: oo ye ke, sori ye ganggu. terima kasih.
(alamak malunye)

lepas tu, google lagi, carik kat yellowpages lak, jumpa no fon umah, nama sama, alamat kat bangi. so call lah rumah tu malam. sbb siang mesti gi keje kan.

sz: assalamualaikum...boleh saya cakap dgn en. talhah?
talhah bangi: waalaikumussalam, ye saya.
sz: boleh tumpang tanya, ini ustaz talhah yg pernah jadi lecturer kat kurniawan tu ke?
talhah bangi: awak ni yang call saya kat ofis tadi ke?
(rasa nak hang up aje fon tu. muke dah merah. sambil menutup mata, gua pun ckp)
sz: oh ni en talhah yg tadi tu jugak ye. sorila ye. terima kasih.
(sib baik tak nampak muka. kalau jumpa face-to-face, dah terjun bangunan agaknye)

2-3 hari lepas tu, bukak email. oh ye, lupa nak cerita, sebelum dapat no fon talhah tu, jumpa gak email address dia, so antar lah email dgn soalan yg sama. dapat reply dari dia "semoga awak dapat jumpa org yg awak carik ni ye"

tapi skg saye dah dpt jumpa!

eh lupe nak cerita, aku dapat contact number dia akhirnya sebelum wedding tu sbb dok carik namecard ade sorg bes fren ustat gak, abg zairul. dia pernah bagi mase pernah terserempak dia dulu. call dia, pastu dia pun bagi no ustat.

so mission utk menjemput ustat dtg ke wedding kitorg pun berjaya.

eh tadi sebenanye nak cite pasal gathering kan?

so camtu lah. gathering ok2 je. biasa2 je. tapi tak best sgt sbb geng tak ramai dpt datang.

tapi suya tak dpt datang sbb dia bz ngan tahlil arwah pakcik jumawi.

gath ni kat puri pujangga, ukm. ustat talhah ni mmg sygkan ukm dia. food kat situ, hurmm....tak berapa best kot. sori ustat. hehehe....

ni la ustat talhah



yg kat belakang tu buah. dia dapat nama 'buah' tu pun kat kurniawan. nama my hubby 'jb' pun dpt kat kurniawan gak.
 


guys



mereka sangat vogue. saya sangat gemok.

Thursday, August 14, 2008

takziah to suriya jumawi n family

bapa kepada our best fren, suriya, iaitu uncle jumawi telah meninggalkan kita pada jam 8.32pm. malam jumaat, waktu yg baik.

to suya, sabar byk2. n selalulah sedekahkan ayat quran to both your late mom n dad. it's the best gift a daughter can give.

Monday, August 11, 2008

indonesia day 4

abiskan packing, jam 8 pagi, dah kene siap2. oh ye, humaira ade surprise utk syamiel.


humaira bagi kat syamiel adiah from pak anjang's family, towel set yg telah dicustomized dgn nama syamiel printed on the towels. thanks!


bekfes yg kaknurul buat, mi goreng, sedap! tak sama ngan mi goreng mesia. thanks!

jam 8 lebih, pak erry bawak kitorg ke airport. hurm sekejapnya kat sini....

nanti syamiel datang lagi ke sini ye....

jam 10 lebih, sampai ke airport. sempat singgah kedai souvenir utk beli souvenir utk family di kl. terpaksa beli kat airport lah sbb kedai lain2 kat luar tu takut sikit nak pegi. hehe....

atuk tak sabar nak jumpe opah




kitorg bertolak pulang jam 11.10am indonesia time.


lepas 2 jam, sampaila ke klia. nanti kita pergi lagi ya!



Sunday, August 10, 2008

indonesia day 3

hari ni, kite pegi tanah abang n kalau sempat, nak ke safari.

sampai ke tanah abang, dah kul 11 kot. lambat sampai sbb jem sgt. mmg normal la kat sini jem kat mana2 saje.

ramai tul org kat sini. org2 sini kejenye shopping aje ke? hehehe.

building tanah abang ni tinggi jugak. ade dlm 10 tingkat kot. sib baik ada kak nurul n abg. so tau la mane nak dituju.

shopping telekung semayang. kaknurul dah ade kedai feveret. huuh senang la sikit. mamat tu pun dah kenal dia. tapi sekarang harga udah naik. nak belikan telekung yg yani(ofismate) pesan pun tak dapat sbb over budget. baju kebaya cotton + silk yg dila mara pesan pun tak dpt. sorry guys. :-(

kat sini problem utama kitorg (selain jem, serabut, etc) ialah nak BAYAR. bayar apa2 ajelah, makan ke, beli barang ke. susah ar nak kira duit beribu-ribu, beratus ribu. tiap kali kuarkan duit kertas tu, kene kira dulu ade berapa nombor kosong atas kertas tu.nampak cam senang, tapi susah sebenanye.

naik tingkat 8. abang(nazrin), apak n ayahsyamiel n syamiel dah tunggu kat food court situ sbb pening dah ramai sgt org. kitorg lepak2 sambil pak nazrin pegi tapau a&w. org seni sebut a&w tu 'awe'. kalau first time dengar, mesti ingat 'kedai org kelantan mana plak nie'.

then pusing2 jakarta, pegi monas (monumen nasional) amik gambar sikit. tapi tak byk gambar sgt sbb kebanyakan gambar diambil dari dlm kete je.


balik umah abg dulu. anak2 abg dah excited ni nak gi safari. tapi jam dah kul 2pm.


abg ajak gi mkn kat restoran nasi padang. tak sempat dah ni nak gi safari.

sesampai ke restoran, hazman ckp "this is not the zoo, i don't want to go". sian dia. bebetul ingat nak gi safari. tapi bila hazmi kuar keta. dia kuar je jugak.


makan nasi padang...byk tul lauk dia letak atas meja. akak dah termakan lidah lembu. lepas makan baru dia tau tu lidah lembu. sib baik mamasyamiel makan lambat sbb syamiel nangis tadi. kalo tak, sure dah belasah gak lidah lembu tu. hehehe....

then hazman tanya ayah dia "ayah, when will we go to the zoo?", ayah dia balas "we're not going, because everybody is tired", hazman replied "i'm not tired...?" adegan seterusnya akan membuat kita terharu sbb hazman nangis kesedihan sbb tak dpt gi safari. tapi bukan hazman aje(ekceli hazman dah pegi tiga kali), kitorg lagi sedih sbb tak sempat pegi ni. sekejap sgt holiday kat indon nih. takpe, lain kali kita datang lagi lama sket.

pastu balik umah, it's lepak2 time. abg kene pujuk the kids sbb tak dpt pegi safari, so diorg gi swimming kat pool rumah, kitorg pun lepak2 sama tapi tak swimming pun. letih.

masa diorg swimming, kitorg pun sibuk bergambar. kat tepi swimming pool.



masa ni syamiel seronok je walaupun berbaring sbb view nyer cantik. nampak langit biru n ade pokok kelapak.

malam, makan lagi. kali ni abg n kak nurul beli ikan bakar n ikan goreng. ikan ape ek? talapia eh?
tgh malam, packing time. :-( esok pagi nak balik kl. apak dah rindu banget kat mak. hehe ;-)

Saturday, August 9, 2008

indonesia day 2

pagi2 lagi, kami bertolak ke tangkuban parahu, kawah gunung berapi kat bandung. lama gak perjalanan nak ke sana. rasa cam tak la jauh sangat, tapi traffic jam yg byk. dlm 2 jam gak la baru sampai. kitorang pegi berenam, mamasyamiel, ayahsyamiel, acik syamiel, pakcik syamiel, syamiel, sama pak alwi (supir).

sepanjang jalan tu, kena naik bukit2 sikit. jalan batu2 lak tu. tapi view cantek.
abang n kaknurul dah pesan awal2 kat kitorg, jgn layan kalau kat tangkuban parahu tu nanti ade org approach nak jual barang. even jgn buat eye contact pun dgn diorg. sbb once kite start beli ngan sorg, nanti lagi ramai org berkerumun nak jual barang ngan kita. memang betul, sampai2 aje, dah ade yg menunggu tepi pintu kereta nak suh kite beli barang. pastu ikut aje sampai la kite bergambar ke ape ke. isy kacau tul lah.

kat sini taklah sejuk sgt. sejuk sikit je. maybe sbb kitorg sampai tepat tghari kot.

lepas cepat2 amik gambar kat situ. kitorg pun blah sbb tak tahan ngan org2 yg dok folo kitorg suh beli key chain la, topi la. ekceli barang2 tu nmpk menarik gak utk dibeli, mcm murah aje. tapi cara diorg jual tu buat kita jadi takut nak beli. cube kalao korang ni duduk satu tempat n letak barang2 tu baik2, mesti kitorg berminat nak beli. so satu keje lak nanti kene carik souvenir kat tempat lain.

turun dari tangkuban, next destination is factory outlets at bandung!!! inilah destination yg memang kitorg tak sabar2 nak pegi selama ni. asik dengar org cerita aje pasal semua branded stuff kat sini.

dalam 1 jam dari tangkuban, sampai gak la ke rumah mode. pronounced as 'roo-mah mo-de', bukan 'roo-mah mod' tau! macam 'rumah mak uda' plak. rumah mak uda syamiel kat taman tun perak. kalau rumah mak uda mama syamiel plak kat tmn sri sentosa. rumah mak uda ayah syamiel kat mane ek? err...nanti kite check ye.

sesampai ke rumah mode, abg sama kaknurul n hazmi n hazman n humaira dah tunggu kitorg at situ. ape2pon, kene mkn dulu sbb kitorg lapa gile. ade gerai nasik padang. belasah aje la kan. amik nasik sama lauk ayam penyet, tempe, ikan bilis, telur pindang. air lak es bandung. ingatkan cam sirap bandung, rupenye cam abc. dahla mama syamiel mintak es bandung tanpa es (ais) nya. so jadikla cam abc tanpa ais, cair je. ayah syamiel lak order air cincau hijau. total 82,000 rupiah. dalam RM30 gak. hmm mahal gak mkn kat rumah mode nih. makanan tu so-so je lah. air plak rase pelik. es bandung tu ade campur tapai ubi. dah la mama syamiel masih kene pantang tapai2 ni. dah kunyah n dah rase pelik n dah telan, baru tau itu tapai ubi. hmm...halal ajelah.

masuk ke rumah mode, hmm penuh manusia. ramainye macam mase mng buat sale kot. tapi yg bestnye, kiri kanan dengar org cakap melayu malaysia. huhu feel at home lah kejap! hehehe....

dalam ramai2 tu puas gak la pusing semua baju2 n jeans kat situ. hurm...pening gak nak lalu kat ramai2 org ni. tengok2 baju, hurm...takde yg berkenan lah. cam biasalah, kalau yg minat tu, cam kecik, cam nipis, cam pendek lah. jeans byk gak, ade burberry, ck, etc. tapi nmpk cam kecik2 je. malas lak nak try kat fitting room dgn membawak syamiel, pastu org beratur kat fitting room pun ramai. masa pun pendek je nih. so kitorg tak pandang jeans dah. tengok baju2 aje. mama syamiel pun angkat je lah satu t-shirt yg nampk besar n ok2 je.

ayah pusing kat tempat baju laki lak, takde yg kene ngan taste gak. gi lak tempat babies clothing, angkat gak la selai bodysuit carter's & jaket nike utk syamiel.

abg n kaknurul pun dah shopping sikit, diorg nak balik jakarta dulu sbb abang ade keje nak kene buat. so tinggalla kitorg ngan akak n bro hidzir kat bandung ni sama pak erry(supir).
next destination, terminal tas. oh ye, sebelum abg balik, abg tanya la kitorg nak gi mana lagi. kitorg pun jawab la, terminal tas, for men, etc. abg siap tanya kitorg yg tempat2 tu jual apa. mesti abg pelik mane kitorg tau nama2 tempat ni. hehehe...thanks to google! hehehe....

sampai kat terminal tas, hurm beg2 kat sini semua tak berapa menarik lah. so tak beli beg. tapi beli purse utk akak, opah syamiel, wan syamiel, atuk jb syamiel & bro hidzir's mak. semua brand braun buffel. harga dalam rm60-rm80. so bukan lah murah sgt tapi takla sama ngan harga BB ori. walaupun imitation, material dia memang leather betul. packaging semua cam ori. kiranya kualiti hampir ori lah. ade family member yg pernah beli BB kat sini n masih elok, tak koyak n nampak baru walaupun dah 3-4 taun pakai. even mama syamiel punye purse BB yg ori pun dah koyak kat dalam poket syiling dia sbb dalam poket tu fabrik kain aje. tapi yg leather dia
elok lagilah.

ok, lepas terminal tas, akak n bro hidzir udah letih. tapi mama syamiel n ayah syamiel nak gi for men kat sebelah ni je. so akak n bro hidzir pegang syamiel tunggu kitorg kat dlm keta dgn pak erry. oh ye, kitorg dah tukar supir. tadi pak alwi kan? skrg pak alwi dah bawak abg n kaknurul pulang ke jakarta.

masuk for men, ayah syamiel tak jumpe yg menarik juge. nak carik t-shirt seperti yg dipesan kawan2 nye pun tak jumpe. barang yg dipesan terlampau spesific so susah sikit le nak carik. sebelum for men, ade lagi satu kedai kitorg masuk, tapi dah lupa la nama dia. melayu kan mudah lupa. hehehe....

pastu ayah syamiel ajak masuk heritage plak. kat seberang jalan. hurm dah tak larat sgt ni, tapi disebabkan ayah syamiel belum beli apa2 lagi, so kite kene pegi jugak. heritage ni ok jugak, rasenye better dari rumah mode kot. besar, selesa n tak ramai org. baju pun byk. mamasyamiel amik satu t-shirt, n ayah syamiel jumpe dua kemeja gi opis.
pastu kitorg pun balik ke kereta. sempat beli pisang salai yg suzie (opismate mama syamiel)pesan. dan juga brownies kukus cap amanda. sedap gak. n murah gak dlm rm10 kot.


masuk kereta, ingat dah nak balik dah, tapi pak erry kata kita nak pegi kartika sari plak lepas ni. abang ade suruh dia bawak kite ke situ. pak erry kata biasanya sedara-mara datang sini akan ke kartika sari utk beli ole2 bandung. ok. pastu akak n bro hidzir's turn plak keluar gi beli. kartika sari ni pun nampak selesa gak tempatnye. sesuai utk membeli ole2 makanan. tapi kat sini takde jual ole2 souvenirs macam key chain ke ape ke. so nanti kene carik esok la kalau nak bli key chain etc.

singgah mcd drive-thru sbb lapar sgt. seperti yg telah ditulis oleh seorang blogger lain, betulla kat sini drive-thru service dia pelik sikit. kita order kat staff yg berdiri tepi jalan sambil pegang walkie talkie. pastu dia inform kat staff kat dlm restaurant thru walkie talkie dia pastu dia akan berlari gi amik order kita n datang balik bagi kita. hehehe.... sepanjang kat factory outlet tadi, tak sempat pun nak bergambar, cuma sempat amik gambar makanan kat rumah mode tu aje. :-(

pastu sampai la umah abg. dlm 2 jam lebih kot baru sampai. sempat gak la mama syamiel layan dari mula sampai abis dvd ratatouille dlm keta. syamiel tido sepanjang jalan ke jakarta. sesampai di jakarta, makan2, n tido. kepenatan. esok mahu berjalan lagi. ke tanah abang (kepada adik-beradik sekalian, abang (nazrin) takde beli tanah kat jakarta tau. 'tanah abang' tu is a shopping mall ala2 wisma yakin kat kl kot) dan mungkin ke safari kalau sempat.

Friday, August 8, 2008

indonesia day 1

pagi2 lagi, it's packing time. dah antar syamiel ke nursery siap2. flight ke jakarta kul 6pm ni. so by 3pm mesti dah kuar rumah.

ayah syamiel kene keje lak arini. dia kata jam 11am ni dia mesti kene balik keje sbb byk bende nak kene buat, duit pun lum tukar ke rupiah lagi nih.

12pm, ayah syamiel belom boleh balik. byk keje lak dia kata. bos suruh pegi sana sini katanya.

so mama syamiel n atuk syamiel kene gi amik syamiel dulu kat nursery.

1pm, ayah syamiel call. dia kat econsave alam damai, baru lepas pegi money changer. enjin takleh start plak. battery kong. sepanjang pakai wmn531, tak pernah takleh start enjin, waktu2 camni lak dia buat hal. padahal sikit lagi je nak sampai umah. dlm 2km je lagi. apak, ateh, n bro hidzir lak baru je kuar gi smyg jumaat.

so ayah syamiel smayang jumaat kat econsave je lah. tunggu rescue team datang bwk jumper.

2.30 pm, kumpul umah opah atuk, 3pm++, kuar rumah. ade 2 bros datang tolong antar kitorg ke airport, yang (kamarul) n ateh (azlan). thanks guys!

4.30 pm, sampai airport, lawak tengok apak tak abis2 cerita kat mak pasal apak dah ada duit beratus ribu. rupiah.


5.30 pm. boarding to our flight. MH725 Boeing 737. syamiel lahir 7.37am, his first airplane ride pun number 737 gak. hehehe....




departure - 6.10 pm. alhamdulillah syamiel tak nangis2 lak dlm flight.

tiba di soekarno hatta international airport jam 7.10pm waktu indonesia. tapi dah gelap macam kul 8pm kat mesia. jam diorg lambat sejam. tu yg tiap kali tengok jam mesti rase lega sbb awal lagi sejam dari jam kitorang.

toilet jakarta, bagus. kat pintu each toilet, just like what i wanted in kl's toilet, ada label menunjukkan itu sitting or squatting toilet. dah lama nak mende ni ade kat mesia, takdela kite dok beratur tapi taktau the toilet that we are beraturing to is what type of toilet. hehehe....

kuar dari airport, jumpe dah pak nazrin sama anak2nya, hazeim n hazmi. udah makin tinggi anak2 ini....


pastu masuk keta n balik umah abang kat pejaten, jakarta. sepanjang perjalanan, sambil tengok dvd ratatouille, nampak la bandar jakarta. penuh dgn manusia. suasana jalan tu memula nmpk cam jalan tun razak sbb kiri kanan byk building tinggi, pastu mcm kat jln bkt bintang lak, pastu tetibe rase cam kat kg baru. sbb dah masuk jalan kecik n sempit. n kene lalu celah2 rumah orang.

pastu sampai la umah pak nazrin...cantik banget.


kak nurul masak steamboat utk kite semua. wah best2!


udah borak2, semua pun masuk tidur. esok nak berjalan ke bandung.

Tuesday, August 5, 2008

what's your favourite gotcha?

our favourite gotcha by jj & rudy of hitz.fm:


this is how the conversation goes, as far as i remembered:

(a telephone conversation by rudy and his mechanic)

rudy: hey, my brake doesn't work!

mechanic: what??

rudy: my accelerator doesn't work as well!

mechanic: pull your hand brake now!

rudy: omg, (sfx: bang! dum! )

mechanic: what's that?

rudy: i just hit a car la bro!

mechanic: pull your hand brake now!

rudy: it doesn't work, man!

mechanic: ok, don't panic! open the door and jump! (but he sounds more panic than rudy)

rudy: what? u want me to jump out of the car??

mechanic: at 60km/h u won't die la! just jump!

rudy: no i won't! arrgghhh!! (sfx: booom! dush!) arrghhh!!!

mechanic: rudy! rudy! ruddey! aiyoyo! (and some words in tamil that we don't understand but it sounds very very funny. this is the part that we laughed out extremely loud)

rudy: GOTCHA!

we know that this is an old gotcha, but rudy & jj, please air it everyday, because this is the bestest gotcha ever!
Related Posts with Thumbnails