Thursday, December 31, 2009

hurm...

ape yg terjadik sepanjang 2009? hurm...nothing much. tapi paling penting dapat tengok syamiel membesar dengan sihat, eh tapi bukan syamiel je yg membesar, mama n ayah pun membesar jugak. huhu.
jom tengok bunga api malam ni!

Wednesday, December 30, 2009

sekali dengar macam evanescence

wei yuna, apsal suara ko sedap sangat ha?

Tuesday, December 29, 2009

a long december

sempena bulan december yg berbahagia ini...mari layan lagu feveret zaman sekolah...lame gile tak dengar lagu ni...counting crows rocks...!




maybe this year will be better than the last....

Sunday, December 27, 2009

iklan ntahapehape

Top 5 iklan2 mesia yang paling ntahapehape:



Iklan tahpape 5: carrie junior

dalam iklan ni, anak norish karman asyik tanya kat mak dia bile dia boleh pegi mandi dengan carrie junior sambil buat gaya comel. padehal tak comel pun sbb budak tu dah besar. kalau yg berlakon iklan tu, budak umur 3-4 tahun, comel la jugak.



Iklan tahpape 4: ribena lemon

1. Kenapa iklan ribena perlu pakai lagu Hindustan?

2. Ade scene buah blackcurrent tengah dating ngan buah lemon, sambil minum ribena lemon. As if diorg tengah minum diri sendiri. Huhu.



iklan tahpape 3: supor cookware

Dalam iklan ni, makanan yg dimasak dalam kuali bukan brand supor asyik rentung aje. sebagai solution, si tukang masak terpaksa panjat bangku semata2 nak jauhkan kuali daripada api.

1. tak reti nak perlahankan api ker?



Iklan tahpape 2: 1malaysia

scene kat sekolah:

Cikgu masuk kelas, pastu bgtau kat semua murid2 supaya esoknya, semua kene pakai pakaian yang melambangkan budaya bangsa.

pastu 4 org budak dok diskas tatau nak pakai baju apa (kamon adik2…takkan korang tatau baju ape nak pakai?)

Next scene, 4 org budak ni kat umah memasing sibuk pakai baju ikut kaum masing (haa ade pon baju raye…).

esoknye kat sekolah, cikgu masuk kelas pastu panggil 4 org budak tadi saje ke depan kelas, pastu cakap “cikgu bangga dengan kamu berempat”.

1. Punyela ramai students dalam kelas tu, takkan yg lelain tu tak pakai baju macam diorg pakai?

2. Biasenye bile cikgu suruh pakai camtu gi sekolah, sure semue excited nak pakai baju raye memasing. Saper yg terlupe atau takde baju yg boleh dipakai, silap2 boleh ponteng sekolah sbb malu.

3. Cikgu pun beriye bangga ngan 4 org budak tu je, tanyela dulu yg lelain tu kenapa tak pakai, tak pay attention dlm kelas ke, atau memang tak mampu nak beli baju budaya masing2 ke. sian diorg.



Iklan tahpape 1: Bank Rakyat

Tetamu: assalamualaikum

Tuan rumah: waalaikumussalam. Masuklah….

Tetamu: wah, tengah layari internet yea…? (cara tanye tu macam satu kesalahan je kalau tgh surfing)

Tuan rumah: taklah. Saya tengah layari i-rakyat. Macam2 boleh buat, pindahkan wang, semak baki dan lain-lain.

Tetamu: wah hebatnya bank rakyat ni, saya mesti pilih!

1. Lek aa…maybank2u dah lama wujud. Jgnla pelik sgt kalau bank rakyat dah ade internet banking.

2. Tuan rumah jawab “taklah” mase tetamu tanya tengah layari internet ke. Bistu i-rakyat tu bukan guna internet kee?

Saturday, December 26, 2009

papparich

papparich baru kat bandar tun hussein onn, dekat ngan carrefour. basically (cewah basically tu), sama je cam kopitiam lain, ade dua mende yg lain sikit:


nak order? just press that button. siap kuar nombor kat skrin. cam kat klinik plak. hehe.


soymilk with sesame seed ice cream. rasa agak pelik, tapi as a sesame seed lover, rasa cam ok gak.

Friday, December 25, 2009

pindah sistem

pindah.

kalau pindah orang, takla susah sangat. tapi kalau pindah sistem, agak leceh n perlukan cooperation dari byk team. sempena maal hijrah lepas, sistem kitorg pun berpindah ke data centre baru. mmg penat. just imagine, baru balik dari opis, sampai umah kul 8, then bangun tido kul 12.30am semate2 nak pegi checkpoint meeting kul 1pagi. pastu balik umah balik, then kul 6 pagi kene ade kat opis balik (padan muke, sape suruh dok umah jauh dari opis?).


konon2 tengah pantau progress. :P



asik gelak2 je (photo dicurik dari blog nik)


macam tetibe gambar ni ok plak. padahal amik sambil bergerak (ku azlin tengah dok reverse takmo bagi amik gambo dia)



kalau aku kumpul duit gaji sampai pencen, agak2 mampu tak beli mainframe nih?


thanks to my team (macam team bola je) yg byk tolong mase ni! apa yg penting? kerjasama!

Thursday, December 24, 2009

berjumpa kaykay di kk

ini cerita lama. 22-24 november. tapi baru sekarang update. sejak 2006, aku dah jejak kaki kat semua negeri dalam mesia kecuali sabah. entah bile tah nak pegi. tetibe kene datang sini. kire bolehla tu.


pukul 6 malam kat kk.



best gak kayu ni



serius cuak tengok budak2 ni rilek je main2 dekat atas bot. dah la tak pakai lifejacket. terer berenang kot.



sempat lepak ngan kk kat lobi hotel le meridien.

Wednesday, December 23, 2009

cheng ho

sabtu lepas, kitorg pegi makan di cheng ho: chinese islamic seafood restaurant, owned by amy search. dah lame dah teringin nak gi, tapi tak sempat2 nak pegi.


merah: kaler yg membuatkan kelaparan meningkat


lemon boneless chicken


must try: salted egg crab. sedapp.


bersemangat makan siap tambah nasik.


kitorg order red ruby. tapi yg sampai, red bean paste. takpela, bunyi lebih kurang sama.


Tuesday, December 22, 2009

doa birthday girl memang mujarab

let these photos tell the story-mory:


inbox: 12.22pm


outbox: 12.25pm


inbox: 4.31pm


hurm...tahun depan nak doa ape ek? huhu....

ps: thanks jugek kepada pengewish-pengewish thru sms yg lain - suya, jenjobs, jusco, kakak aku, abang aku, ku azlin, diddy, n zura. kalo kat facebook, aku dah reply every single post yg korang bagi. thanks. eh lupe, congrats fly!

Saturday, December 19, 2009

hari tu

Pagi jumaat. Cam biase, Pn. M bangun awal. Nak siapkan breakfast man, alias, lan ngan nazrin nak gi sekolah. Ngan utk bapaknye yg nak gi keje. "Nin ngan kamarul breakfast ape agaknye kat mrsm tu ek?" kata Pn. M dalam ati. Tetibe Pn. M teringat, skrg ni kan bulan 12, tengah cuti sekolah, caner leh lupe ni? Biasela, org peknen mmg selalu lupe. So blehla sambung tido dalam setengah jam lg ke.

Baru Pn. M nak lelap balik, anak bongsunye ina (time ni bongsu le) lak dah bangun pastu mintak nak minum air. Awal lak dia bangun, semalam tido awal, penat main bola ngan abg2nye.

Tengah Pn. M nak bangun amik air, tetibe perut rase sakit. "Mcm kenal je ape maksud sakit camni." Terus diinform kesakitan itu pada En. Z.

Dipendekkan cerita, sampaila En. Z n Pn. M ke hospital bersalin kuala lumpur. "Kalau few years back, nama hospital ni lain, 'hospital beranak kuala lumpur', baru tukar nama kot" kata En. Z dlm ati.

Dipendekkan cerita lagi, selepas 16 jam masuk hospital, Pn. M selamat melahirkan babygirl yg super comel. Yehaa! Mereka berdua serta 7 anak2 berasa gumbira kerana sekarang, family members sudah jadik 10 orang!

ps: kebanyakan cerita2 di atas adalah rekaan semata2 sebab penulis tak cukup berani nak tanya Pn. M tentang mende2 camtu.

Happy 28th birthday to me.

Friday, December 18, 2009

our new pride n joy



- syamiel dah ade kwn baru....

- before ni cume reti bwk kelisa yg engineered for fun. skrg kene serius sikit. dan rase cam orang dewasa. :P

- sejarah menunjukkan kami hanya beli kete SE. :P

Tuesday, December 15, 2009

huhu

masih lagi bz. tapi saje nak apdet gambar baru. masih pose stendet.




yey dah pindah opis. nak pindah sistem lak. bzzz....

Friday, December 4, 2009

super busy

besar kemungkinan blog ini akan diabaikan sepanjang december ini kerana saya akan menjadi sangat bizi.

tapi tataula kalau tetibe sempat lak nak apdet.

apepun, happy december to everyone.
Related Posts with Thumbnails