entry ni khas utk orang yg rabun macam aku. anda tidak rabun? kalau anda terus tutup window ni pun boleh, nak terus baca pun boleh.
berapa kali korang tukar spek? setahun sekali? 2 tahun sekali? kalau cam aku, tak spesifik. bergantung kepada sampai bile spek tu bertahan. biasenye setahun dua tahun gak la. tapi rekod paling lama ialah 4 tahun (2004-2010). sebabnye: frame dia ok je mantop takde longgar ataupun patah walaupun byk kali aku bwk spek tu tido dari malam sampai ke pagi. supaye kalau aku mimpi nanti takdela rabun, nampak clear sikit ape terjadik dlm mimpi tu. aku ni kuat gak mimpi. almost every nite aku akan mimpi macam2 cerita. aku pernah plan everytime aku bangun tido je, aku nak tulis ape yg aku mimpi, senang aku nak refer balik, sebab cam sayang je lepas 1-2 hari, biasanye aku akan lupa mimpi tu. penat je mimpi, tapi lupa. so mase kat U dulu, aku rajin gak buat, bila bangun tido je tulis ape mende yg aku mimpi, tapi lama2 terus jadi malas. sampaila sekarang. biar je la aku lupe ape yg aku mimpi tu. sori terkeluar tajuk.
ok balik balik ke cerita pasal rabun dan spek. Memandangkan aku baru buat spek baru pada 2010 ni, aku sebenanye nak cite pengalaman aku buat spek n nak promote kedai yg aku buat spek tu.
memandangkan aku punye spek dah 4 tahun tak bertukar, rupe dia memang elok tiptop lagi, tapi power dia aku rasa dah tak ok ngan mata aku. Sebab orang asik tegur aku bila time meeting, aku akan mengecik2kan mata nak baca ape yg tertulis kat slide kat depan nun. Diorang cam pelik n kata “aik, Pakai spek pun tak nampak gak?”. Aku pun jawab “ehh suka hati aku la nak nampak ke tak, ko sebok apesal?”, dalam hati.
Maka satu hari, kami sekeluarge pun pergi ke the mines utk misi menukar spek baru. Target kali ni, kedai spek biase2 aje. Tak plan nak gi England optical ataupun focus point, sebab biasenye harga lens kat situ lebih mahal extra rm50-rm100 dari kedai biase2. Masa stadi ataupun bujang dulu, bolehla gi situ ngan duit ptptn. Sekarang ni beli diapers ngan susu syamiel lebih penting dari itu semua. Tapi entah cemane, terlalu jugak depan England optical, ada tulis “Buat Cermin Mata, RM180 sahaja”. Terberenti sekejap. Betul ke ni? Sementara kitorang berenti, ada one Chinese guy datang n cakap “mari2 masuk sini buat cermin mata sini, saya bos sini, saya boleh bagi diskaun banyak untuk u. biar sampai staff saya tak dapat komisen pun tak apa”. Cam menarik je.
Jalan2 sikit, ok 180 tu utk spek jenis yg kat depan tu je, takde brand sgt. Masuk dalam sikit, macam minat lak kat morgan. Lepas check mata semua, dia kata RM280. Mintak kurang lagi, dapatla RM250. Aku rasa cam agak murah gak, tapi dia kata tu lens yg murah sikit, yg tebal. Kalau nak hi-index, kene tambah rm100. Memandangkan aku dah over budget, tebal pun tebal la. kitorang pun balik.
Lepas spek siap, aku pun pakai, mula2 rasa tak biasa sebab cam tebal. Tapi yg paling aku pelik, aku masih tak leh nampak clear gak slide kat depan. Signboard atas jalan pun ayahsyamiel dah lama boleh baca then baru aku boleh baca. Macam buat penat je tukar spek kan? Tapi redha je la. Aku tak pernah lak berani nak tukar lens lain. Kang kene charge lagi mahal lak. Aritu dia dah offer tambah 100 kepada hi-index, aku yg taknak. Ni kalau kene buat baru, mungkin kene bayar 180 lagi kot.
1 month later, bapak aku lak nak buat spek. Pegi England optical mines lagi. Bapak aku cakap nak spek yg multifocal (ada utk baca jaun n dekat) tapi taknak yg mcm ada yg bentuk poket tu. So dia nampak cam spek biase je tapi sebenarnye multifocal. RM430. Lepas check mata, staff yg buat check mata utk bapak aku tu diskas something ngan bos dia. Then bos dia lak panggil aku. Aku dah cuak. Alamak, kene pakai lens yg lagi mahal ke? Rupenye dia bgtau aku yg berdasarkan pengalaman dia, kebanyakan org tua yg dah biasa pakai multifocal berpoket tu, dia susah nak biasakan diri dgn multifocal without pocket tu. dia takut kalau nanti bapak aku terjatuh ke apa ke. So aku setuju je la pakai yg berpoket. Ingatkan lagi mahal, rupenye lagi murah, so total RM370. je.
Kebetulan dah masuk kedai tu, aku bgtau la pasal spek aku ni yg aku rasa tak berapa clear sangat n agak pening2 walaupun dah pakai sebulan (kalau pening2 dalam seminggu tu biasala). Then bos dia suh staff yg tadi tu bwk aku check mata lagi. Staff yg kali ni tak sama ngan yg check aku mase sebulan lepas tu. kalau nak kenal dia yg mana, dia rendah2, gelap sikit, muka cam melayu kot, tapi cakap English slang gile, sampai aku pun terikut2 kene cakap slang ngan dia.
Lepas check mata ngan mamat slang tadi, aku rasa beza gak cara dia check, lagi detail n lagi lama. N rasanya power yg last sekali dia bagi aku pakai tu mmg sangat clear.
Keluar dari bilik eye testing, bos dia tanya kat staff dia, camana, power kena tambah atau kurang? Mamat slang tu cakap “much much higher”. Oo patutlaa aku masih lagi tak nampak. Rupenya power mata aku sepatutnya lebih 100 daripada yg dia bagi tu (alamak apsal tinggi sangat nih? Mesti sebab selalu ngadap facebook nih. Hehe).
Pastu bos dia lak bgtau, kalau power tinggi sangat cam aku skrg, mmg kene sangat2 amik hi-index. Sbb konfem tebal. Even hi-index pun agak tebal. Aku dah terbayangkan yg aku kene bayar lagi rm180. Rupenye2 bos dia kata aku kene bayar 100 je, just utk perbezaan tukar ke hi-index. Wah…bagusnyee! Tibe2 masa diorang nak tukar lens aku, staff dia lak kata takde stok. Yg ada cume yg super nipis punye hi-index. Nak taknak, bos dia explain kat aku. Yg super nipis je ada. Harga 300. Aku ingatkan kene charge lebih lagi, tapi bos dia kata takyah bayar lebih lagi, 100 je cukup, sebab memang staff dia yg buat salah bagi power yg salah utk aku ari tu.
So kesimpulannya aku hanya bayar rm350 utk:
1. Frame morgan harga rm170
2. Lens tebal harga rm80
3. Lens super nipis hi-index harga rrm300.
Lepas tu dia offer lak kat ayahsyamiel utk buat spek kat situ, kira family package. Dia kata dia bagi frame FOC. Lens je bayar. Best kan? Tapi ayahsyamiel kata next time lah. Then bos dia pun bgtau staff dia, “remember aa…next time when this guy come here, give this guy free frame because I’ve promised him”.
gambar hiasan: bukan england optical mines So aku memang nak suggest England optical mines ni kat kengkawan, sebab:
1: staff sini akan berterus-terang pasal ape yg patut customer pakai, walaupun akan mengurangkan lagi harga beli. (kes bapak aku: yg dia suggest pakai pocket lens je)
2: boleh tawar harga rendah
3: bertanggungjawab sepenuhnya atas kesilapan staff dia
4: tak charge lebih2. Kalau dah silap staff dia, sanggup rugi.
5: mempunyai staff yg bercakap gile slang tak hengat (oh ye, mase aku datang utk collect spek bapak aku, elok pulak dia reti cakap melayu! Penat aku cakap slang2 ngan dia gak). tapi ini kelebihan ke? entah.
6: nak bagi free frame kat ayahsyamiel.
7: sebab they provide after-sales service yg tiptop.
Tapi taktau la kalo aku dah kene tipu je ngan owner kedai. Huhu. Tak kesahla, janji aku puas ati. Tapi kalo korang dah pegi tapi tak puas ati, saye tidak bertanggungjawab ye. Timakasih.
Tetibe aku dah tertulis entry yg sangat panjang! Sori. Hehehe….