Tuesday, December 28, 2010

2011 lebih menyelerakan

mulai sekarang, saper2 yg singgah kat tempat aku, tentu akan lapar subway:




tiap2 bulan ada promo coupon. woohoo.


nak dptkan kalendar nih? sila makan kat subway sekurang2nye rm25. cepat2 sementara stok masih ada!

Monday, December 13, 2010

the grato n pengaruh blog

kejadian ini telah berlaku pada ari rabu lepas, 8 disember. ayahsyamiel tetibe kata nak makan kat bangi. aku pun tanyela kedai mana. biasa kalau dah plan nak makan mana tu maknenye mesti dah bace kat blog sape2 la tu.

ayahsyamiel nak mkn western food kat bangi. kdai mane? dia kata ade satu restoran western ni murah n sedap. mengikut blog yg dia bace lah. aku pun terus la jomm. pantang dengar kedai makan yg murah dan sedap. mesti nak terus pegi. kalau sedap tapi mahal, nak gi jugak tapi kene tunggu ade bajet. huhu.

ok aku sebenanye malas nak citer pasal restoran ngan makanan dia. korang bace sendiri lah kat sini.

dah baca? dimaklumkan bahawa entry si viruspadu tu bertarikh 8 disember jugak.

sesampainye kitorang kat the grato tu, macam terkejut gak, laa macam gerai warung je rupenye. ingatkan kedai restoran yg saiz standard tu. tapi takde hal, dah datang sini, kene gak singgah.

pasal food dia lak (eh bukan ke tadi aku malas nak citer pasal restoran ngan food dia?), ha takpe sambung je. food dia, not bad, seperti yg viruspadu cakap jugak, brown sauce ngan black pepper sauce dia boleh tahan sedap. syamiel pun suke.

tapi yg bestnye ialah, mase sampai2 je kedai tu, aku terjumpa zura, kawan baik mase skola menengah dulu. sampai skrg pun kwn baik, tp memasing cam bz ngan komitmen memasing, kan zura kan?

dah alang2 jumpe kawan baik, aku pun lepak kat meja dia jap. dia datang ngan kwn2 opis dia. lepas borak2 gossip sikit, zura tanya:
zura: eh awak memang biasa datang sini ke?
aku: taklah. ni first time? awak?
zura: kita pun first time. kite datang sbb bace blog orang.
aku: alamak, mcm same je? blog sape?
zura: viruspadu.
aku: hmmm samelaa.
(tolong jgn gelakkan penggunaan 'kite-awak' antara kami. kalau ngan kawan skolah, mmg la camtu kan? :-P )

pastu aku rase macam makin ramai yg datang kedai tu. n mostly nampak cam first time datang sbb muke cam blur2 sikit tengok menu & tengok environment.

kakak yg amik order pun dah salah amik order aku n terbagi menu yg org len order. aku malas nak komplen, makan je la. dimaafkan la sbb dia tak biasa dapat ramai gile customer kot.

mesti owner the grato tu pelik nape 8hb tu tetibe ramai customer baru yg datang. huhu.

Sunday, December 12, 2010

ini betul2 retro: moonshadow by cat stevens

tetibe entah camane, teringat dolu2 aku pernah pinjam kaset kawan, kaset cat stevens. dalam byk2 lagu dalam tu, moonshadow paling aku suke.

alhamdulillah cat stevens dah masuk islam pun dgn nama yusuf islam (lagu yusuf islam lagi best dari maher zain tau). tapi bile bukak comments kat youtube tu, ramai gak kutuk dia sebab masuk islam. lantak korangla, bak kata surah al-kafirun: "wa laa antum 'a biduu namaa a'bud".

tapi best jugak lagu yusuf islam ni dolu2 mase tahun 70-an. dulu mase baru kenal yusuf islam, aku ingatkan dia rock star zaman dulu ala2 metallica camtu ke. rupenye tak. huhu.


Friday, December 10, 2010

congrats soul n suzie

nak congratulate my two frens yg baru selamat melahirkan baby comel baru2 ni:
1. soul - 30/10/2010 - first baby.
sori lambat plak apdet. padehal dah wish kat fb. naqeeb ko kiut!
2. suzie - 7/12/2010 or 1 muharram 1432 (eh kalau dah malam, dikira 2 muharram dah ke ek?)
congrats dapat 2nd baby boy lagik. muhd afiq ezz eddin. byknye nama. bile nak upload gambar ke fb/blog? mesti comel kan?

list of december babies, coming very2 soon:
- atune's (semoge selamat deliver bebeh)
- rita's (adakah birthday adik aniq = birthday ngan abang dia = birthday aku ?)
- zaff's (duedate awak same ngan birthday kite lah)
- kakak aku (syamiel nak dpt kazen baru!)
- kuizikel (eh aku sebenanye taktau ko patutnye bersalin bile. december kot?)

semoga korang pun selamat melahirkan baby yg comell2. ;-)

Tuesday, December 7, 2010

this is retro lagi: december

entry publish semula: a long december by counting crows. padahal taun lepas dah letak tapi sekati la nak letak lagi.



mungkin akan publish lagi utk december2 yg akan datang. ;-)

Wednesday, December 1, 2010

peraturan naik lif

masih lagi pasal lif. aku nak remind kat semua orang yg naik lif termasuk diri sendiri, especially utk 3 orang yg berikut:


1. yg tengah tunggu nak masuk lif:

sile berdiri kat tepi2 sikit dekat2 ngan dinding. sama gak utk orang yg nak tunggu lrt. janganla meluru masuk bile pintu terbukak. kalo lif kosong takpela. kalo lif ade orang, bagila orang kuar dulu. kalo ko dah masuk, pastu lif penuh, camne orang kat dalam tu nak kuar?


2. yg kat dalam lif, berdiri depan pintu:

kalau anda sedang memblok pintu lif, bile lif berenti kat tingkat yg korang tak turun, buat2la pandang belakang dengan muke ala2 concern kalau2 ade yg nak kuar tapi takleh nak lalu. silelah berlakon baik sekali-sekala walaupun muke ganas cam nasir bilal khan. kalau ada yg nak kuar n lif penuh, silelah kuar dari lif (atau lrt) sekejap n masuk balik bile orang yg nak kuar tu dah kuar. kalau nak jadi lebih baik, biar je orang lain yg nak masuk tu masuk lif sampai penuh, pastu korang tunggulah lif lain. barulah lebih afdhol. ;-)


3. yg berdiri dekat ngan butang lif:

silelah sedar bahawa anda bertanggungjawab sebagai ketua pasukan ahli-ahli dalam lif tersebut. silelah tekan butang utk bukak pintu lif kalau penumpang lif masih belum abis masuk dalam lif. rase bengang sungguh kalau kite tengah masuk beramai2 ke dalam lif, sekali bile sampai kat pintu je, gedegang pintu lif langgar bahu, pastu org yg berdiri dekat buttons tu boleh buat bodo aje. bayangkan kalo budak kecik yg kene, kesian ok.
Related Posts with Thumbnails