Monday, December 13, 2010

the grato n pengaruh blog

kejadian ini telah berlaku pada ari rabu lepas, 8 disember. ayahsyamiel tetibe kata nak makan kat bangi. aku pun tanyela kedai mana. biasa kalau dah plan nak makan mana tu maknenye mesti dah bace kat blog sape2 la tu.

ayahsyamiel nak mkn western food kat bangi. kdai mane? dia kata ade satu restoran western ni murah n sedap. mengikut blog yg dia bace lah. aku pun terus la jomm. pantang dengar kedai makan yg murah dan sedap. mesti nak terus pegi. kalau sedap tapi mahal, nak gi jugak tapi kene tunggu ade bajet. huhu.

ok aku sebenanye malas nak citer pasal restoran ngan makanan dia. korang bace sendiri lah kat sini.

dah baca? dimaklumkan bahawa entry si viruspadu tu bertarikh 8 disember jugak.

sesampainye kitorang kat the grato tu, macam terkejut gak, laa macam gerai warung je rupenye. ingatkan kedai restoran yg saiz standard tu. tapi takde hal, dah datang sini, kene gak singgah.

pasal food dia lak (eh bukan ke tadi aku malas nak citer pasal restoran ngan food dia?), ha takpe sambung je. food dia, not bad, seperti yg viruspadu cakap jugak, brown sauce ngan black pepper sauce dia boleh tahan sedap. syamiel pun suke.

tapi yg bestnye ialah, mase sampai2 je kedai tu, aku terjumpa zura, kawan baik mase skola menengah dulu. sampai skrg pun kwn baik, tp memasing cam bz ngan komitmen memasing, kan zura kan?

dah alang2 jumpe kawan baik, aku pun lepak kat meja dia jap. dia datang ngan kwn2 opis dia. lepas borak2 gossip sikit, zura tanya:
zura: eh awak memang biasa datang sini ke?
aku: taklah. ni first time? awak?
zura: kita pun first time. kite datang sbb bace blog orang.
aku: alamak, mcm same je? blog sape?
zura: viruspadu.
aku: hmmm samelaa.
(tolong jgn gelakkan penggunaan 'kite-awak' antara kami. kalau ngan kawan skolah, mmg la camtu kan? :-P )

pastu aku rase macam makin ramai yg datang kedai tu. n mostly nampak cam first time datang sbb muke cam blur2 sikit tengok menu & tengok environment.

kakak yg amik order pun dah salah amik order aku n terbagi menu yg org len order. aku malas nak komplen, makan je la. dimaafkan la sbb dia tak biasa dapat ramai gile customer kot.

mesti owner the grato tu pelik nape 8hb tu tetibe ramai customer baru yg datang. huhu.

2 comments:

chucky said...

aku lapo la pulak.....
teringin nk g..tp....

suez said...

chucky:
tapi ape ki?

Related Posts with Thumbnails