first of all, saye nak mintak maaf banyak2 kat kawan saye yg punye kad jemputan ni. bukan saye tak hargai awak jemput saye datang. hargai sangat2. thanks a lot sbb menjemput.
tapi kan, saye ade sikit rase terganggu ngan kad jemputan ni. daripada saye simpan gangguan tu dlm diri saye ngan ayahsyamiel je, baik saye luahkan dgn kawan2. semoga menjadik iktibar kepada kite semua. especially kepada org yg tgh dok design kad kawen sendiri atau nak gi tempah kad kawen atau nak designkan utk kawan.
kad dah cantik dah. ala2 kiut. tapi kenapa eja macam tu? (nak eja salah atau rojak, kat blog aje dibolehkan ye)
1. salah eja kat bagi salam. takut plak kalo jadi maksud lain.2. benda besar yg selaluuu sangat org buat sekarang ni. aku pun tak pasti sebenarnye org lain ok ke tak pasal mende ni. tapi utk aku n family n few friends, agak janggal dan agak pelik utk letak org yg dah takde tu yg menjemput kita. ye, mmg kami faham awak sayangkan arwah bapa awak. tapi lebih sopan kalau awak sedekah al-fatihah pada arwah. ataupun buat macam ade sorang kawan saye (blogger kat list sebelah gak - wedding dia january lepas). kawan saye tu tulis 'al-fatihah kepada ibu bapa (nama arwah bapak dia) & (nama arwah mak dia), then baru sambung tulis nama kakak dia yg menjemput ke wedding dia'. lebih proper bukan?
3. kat bawah tu ade eja 'bertahtakan'. patutnya 'bertakhtakan' kan? tapi yg ni takpela, leh pejam sebelah mata je.

ni canggeh ni. first time jumpe kad jemputan kawen melayu yg ada dwibahasa. cakap melayu ngan cakap omputeh. sebelum ni aku pernah gak tengok, tapi itu maya karin. dia mmg kawen ngan mat saleh. tapi yg ni dua2 pengantin melayu. takpela...mebi dia ramai kawan ngan mat saleh.
1. Mr. & Mrs. Allahyarham ali bin abu. <- aku tak pernah tengok ade penggunaan camni. tak sure betul ke tak. tapi bunyinye macam bapak ngan mak dia dua2 dah takde. isy. (makcik, saya doakan makcik panjang umur)
1. anda konfius sbb ada dua map? map atas macam tunjuk ke rumah pengantin pompuan, tapi map bawah? nak suh org pegi petronas/esso utk isi minyak? ooo...setelah diteliti, baru faham. rupenye map bawah tu bersambung ke atas tapi tak nampak yg dia bersambung. mungkin kene buat connector (for example, map bawah tu pegi ke 'X'. pastu map atas tu start dari 'X'. kalau siapa2 yang biase buat flowchart, faham kot).
2. oh ye, sebelum sampai ke lokasi majlis, pegi ke hospital sekejap then baru pegi ke lokasi majlis.
3. yg mana betul? kindergarden/kindergarten? rehibilitation/rehabilitation? (first time juge jumpa map yg tulis english)
biasela tu, tgh bz2 nak prepare utk majlis, mmg tak cukup masa. setakat 1-2 error dalam kad jemputan tu boleh diterima lagi la. tapi jgnla byk sgt. kesimpulannya, sile2lah qc betul2 kad jemputan anda sebelum jadik camni. kpd kawan saye yg dlm kad jemputan ni, insya allah kite berjumpa di wedding awak. tapi rase cam takleh pegi sbb ade kursus. ape2pon, selamat pengantin baru baru my fren!
ayahsyamiel lak order vietnamese beef noodle soup.


