Monday, March 15, 2010

birthday tag

aku sebenanye tak faham tag ni sebenanye birthday tag ke bukan. nina yg tag aku kat sini. Sebab tajuk nina ade perkataan birthday n gambar yg dia pakai pun gambar birthday. Belasah je la.

1) Adakah anda rasa anda hot?
==>Gua memang hot babe. Pengakuan over-confident yang sungguh ikhlas.


2) Upload gambar kegemaran anda



3) Cerita pasal gambar?
==>macam entry nina, gambar ni pun mase selebret birthday kat mmsc, tapi ni bukan selebret besday aku. kalo nak tengok gambar mase selebret besday aku, refer je kat entry nina (sampai 3 kali aku link entry dia tu. huhu). mase ni, selebret besday utk orang2 bulan august september november kot? mase ni tahun 2006. zaman paling syiok keje kat mmsc. kenapa aku suke gambar ni? sebab aku kelihatan poyo sangat. padehal orang lain sebok amek makanan. hehe....

4) Bila kali terakhir anda makan pizza?
==>Bulan lepas. Sama cam lina, kat San Fransisco Pizza gak. 19 februari lepas. Tapi aku tak minat sangat la pizza dia. Ayahsyamiel minat. nak aplod gambar boleh?

pizza san francisco special


5) Lagu terakhir yang anda dengar?
==>lagu kantoi by zee avi. bukan dari radio, tapi aku yg tengah nyanyi sorang2, tetibe kuar soalan ni. ni pun jawapan ikhlas gak nih.


6) Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
==>masih lagi dok nyanyi lagu kantoi.


7) Selain nama sendiri anda dipanggil nama apa?
==>selain nama dalam ic, orang panggil, su, suez, ana, hanz. Mase kecik, panggil nana tapi bile dah besar, aku stop guna nama nana sbb aku rasa nama tu gedik. Sori ye kepada nana-nana di luar sana. Hehe….


8) Tag lagi 6 orang
1. suya
2. caki
3. kaykay
4. jellyna
5. atun
6. roha
(semua nama kat atas adalah ikut list top commentators, kecuali nina ngan amdi, sebab korang dah ditag dlm tag ni).

9) Siapakah orang no.1 pada anda?
==>kawan matrik yg selalu buat keje gile bersama2. Dia pon hot babe jugak selain dari aku. Another pengakuan ikhlas dari saya.

10) Kata sesuatu mengenai orang no.5?
==>dia kawan kepada suya. Entah cemane, dah jadik kawan aku jugak. network of friends.

11) No.3 ada hubungan dengan siapa?
==>no 3 ada hubungan dengan aku. Pengakuan ikhlas nih. Hubungan sebagai kawann.

12) Bagaimana pula orang no.4?
==>dia ade hubungan dengan zeri, laki dia. ngan aku pon dia ada hubungan gak, sama hubungan ngan hubungan orang no. 3 ngan aku. (ha pening tak pening tak?)

13) Pesanan kepada orang no.6?
==>kalau beli tudung kat ariani tu, belikanla aku dalam sehelai dua. Oh ye, roha ni pun hot babe jugak (nak mintak barang free kenela puji dulu).

14) Apa kelebihan yang anda nampak pada orang no.2 ini?
==>aku sebenanye dah lama nak cakap tapi malu. Kire pengakuan ikhlas lagi la ni. Aku rase muke caki ni macam rina omar yg host 8tv quickie tu. err ni kire kelebihan ke ek? Kalau ini tak dikira kelebihan, ha ade satu lagi kelebihan: si caki ni ade kembar bernama atun (orang no. 5). Korang ade ker? Kire kelebihan ar tu.


whoaa...dah lama tak buat tag. rasenye ade banyak hutang2 tag yg lain tapi aku dah tak ingat kat entry kawan2 aku yg mana. try carik pon macam tak jumpe jek? tengokla nanti2 aku try godek balik. ;-)

3 comments:

Lynn Nasir said...

hehe..comelnye kawan aku ni..

chucky said...

nnt aku buat

suhanazainal said...

lynn nasir: ape yg comelnye? ha ni ko dah komen ni, aku nak tag ko sekali ah. sile buat kalo free.

chucky: ok. eh taknak komen ke pasal rina omar tu? hehe....

Related Posts with Thumbnails