Friday, December 21, 2012

31st

~ another year older.

~ sejak 3-4 tahun kebelakangan ni, aktiviti utama masa birthday ialah mereply posts dari kawan2 kat wall fesbuk aku. walaupun aku tau kebanyakan dari diorang wish sebab dah terbaca notification je, tapi timakasih gak la diucapkan. sbb aku pon bukan ingat besday semua org. aku pon selalu wish sebab terbaca notification je jugak. hehe.

~ tapi kali ni, apsal tah aku gatal plak nak hidekan birthdate aku kat fesbuk. saje nak tengok siapa yg betul2 boleh wish tanpa tengok auto notification fb. pemenangnya ialah mr fly. yg lain2 tu pun pemenang gak, you know who you are.  ;-)


~ kat opis plak, ada gak komplot membeli kek secara senyap2. macam boleh agak jugak sbb tiba2 wawa, didi & kak kay MIA. timakasih korang.


sue comot? aku saspek staff secret recipe tu tersilap baca note dari diorang.

~ ok seperais kedua ni aku tak agak. boleh pulak diorang ni pegi beli satu slice kek + icing yg punya banyak. dengan tujuan nak mencomotkan birthday girl (girl ker?). hahaha. 

~ mana boleh aku je comot sorang2 kan? haruslah semua dicomotkan juga. barulah kawan. :-P


ketawa bersamaa...comot pun bersamaa....

~ balik keje n lepas syamiel ngaji, gi dinner kat @grills bangi.

eh sama plak semua pakai baju plain

~ food kat @grills ni sedap jugak. budak berdua tu pun makan tak berenti. rib eye steak dia sedap jugak. kalau2 tak cukup fulus nak gi tony roma's, bolehla datang sini. ;-)


steak yg sedap. lebih sedap bila ada org tolong potongkan. hehe....

ps: genap 3 minggu pemergian bapa tersayang. al-fatihah.

Tuesday, December 18, 2012

berjumpa dengan negarawan

dia sekarang bukan lagi big boss aku dalam tempat aku keje sekarang. so aku ingatkan aku tak akan ada peluang lagi untuk ada dalam majlis yg ada dia. kalau ada pun, mungkin dengan big boss yg sekarang. tapi buat masa ni, aku belum rasa teruja nak jumpa big boss yg sekarang (eh, bukan pernah jumpa ke masa sekolah dulu?)

entah camane, ada plak satu majlis bicara eksklusif dengan tun. hanya beberapa org je yg terpilih dari setiap tempat kerja kami. luckily, i'm one of them. teruja sangat okeh. kali terakhir aku jumpa tun adalah pada tahun 1987 kot masa aku masih berlari2 anak kat Yaohan The Mall n tetibe tun berdiri depan aku.

aku mmg kagum sangat2 ngan tun. umur tun 86 tahun. diulangi 86 tahun. tapi boleh bercakap hampir 2 jam (1 jam speech tanpa teks + 1 jam soaljawab). speech beliau penuh dengan fakta sampaikan beberapa nama yg disebut, kitorang tak kenal pun namanya (gugel saja tak cukup suez, sila membaca banyak lagi). pastu 1 jam soaljawab tu, tun memang boleh menjawab semua soalan dengan jawapan yg mengagumkan.

utk sesi soaljawab tu, punyelah berebut mikrofon, menyesal aku tak prepare soalan awal2, kalau dah ada soalan awal lagi, mungkin aku dah ready utk berebut mikrofon. tapi bila dah start sesi tu, barulah tergagau-gagau dok whatsapp kat group opis, mintak idea utk bagi soalan2 bernas pada tun. lepas dapat soalan bernas dari bos aku, dah readylah nak berebut mic. tiba2 nampak punyelah ramai dah dok queue. maka soalan pun disimpan je lahh. haha.

pastu tun pun berjalan keluar dari dewan. sebelum2 ni, aku tak pernah heran nak pegi dekat apetah lagi nak salam ngan org2 besar. 2-3 kali pegi event yg ada sultan turun pun, kawan2 ajak pegi salam, aku biar je diorang pegi. tapi entah kenapa kali ni aku join sama. mebi sebab teruja kot. takpe ke salam ngan dia? anggap salam ngan atok2 la kan....

a few gambar menggediks di picc:


kerana teruja, haruslah menjadi org terawal masuk dewan




teruja


muka-muka excited. nampak tak punyela ramai manusia kat belakang tuhh


huhu

 ps: kejadian adalah pada 2 bulan lepas. baru terasa nak update.

Monday, December 10, 2012

bapakku 1937-2012

1950s/1960s



2001


1983

2008


bapa yg mencari nafkah utk menyekolahkan kami 8 beradik sampai dah besar panjang sekarang,

bapa yg menjadi kawan berborak kami semua,

bapa yg menjadi driver kami ke sekolah, ke universiti, ke klinik, ke ofis, dan macam2 tempat lagi,

bapa yg menjadi peneman tengok bola tengah2 malam (dia enjoy the game. takde favourite team. asalkan bukan MU dan selangor. hehe)

bapa yg fotogedik macam anaknya (ye anak2 yg suka bergambor ni tahu kami ikut gen siapa. sbb mak kami camera shy)

bapa yg akan explain macam2 benda pada anak ini semasa menonton buletin utama/warta berita/dunia jam 10,

bapa yg menghulurkan tangannya sebagai wali semasa menikahkan anaknya yg bongsu ini,

atok yg rajin menjaga cucu-cucunya yg 24 orang ini,

bapa yg banyak mengajar kami erti kehidupan,

bapa yg terlampau banyak jasanya kepada kami,

kini telah pergi selamanya meninggalkan kami anak2 yg akan membalas jasa dengan mendoakan kebahagiaannya di sana.

al-fatihah kepada bapa tersayang, 1937 - 28 November 2012.

Tuesday, November 27, 2012

World Diabetes Day Walk 2012

dah beberapa kali gak budak2 opis ni join aktiviti walkathon ni almost every week. selalu rasa nak join tapi tak berkesempatan. baju lawa2 plak (free lak tu. tu yg penting. heheh)

so kali ni ada walk sempena world diabetes day on 14 november 2012. tapi aktiviti walk ni pada 4 nov 2012.

cam biasa, bersemangat waja nak join walk ni, siap beli 2 pasang kasut baru lagik. hahaha. dengan harapan lepas2 ni bersemangat nak join walkathon2 lain plak.


warming up session




sungguh senang nak kenal hasben azwan. tinggi dan berseluar bunga. hehe.



ini baru sikit


eh tetibe syazwan glamer dalam blog budak ni: hazirahramli


sehingga entry ini ditulis, aku tak dengar berita lak ada aktiviti walkathon lain. so walking shoes baru aku tu kene simpan utk aktiviti tahun depan je la ek. duhh....

Monday, November 12, 2012

brilliant billboard advertising

selepas aku apdet psl iklan billboard yg tidak difahami, baru aku tau rupanya ada yg mengklasifikasikan iklan2 yg aku tak faham tu sebenarnya adalah dalam kategori brilliant advertising. wow. kini saya sedar bahawa saya sungguh tidak brilliant kerana tidak berjaya memahami maksud iklan2 itu.

citarasa org berbeza. pada saya pulak, ini contoh2 brilliant billboard advertising:

builds strong teeth


life's too short for the wrong job



refresh on the c*******side of life



two most common fears: clowns and heights



get a career you'll never want to leave


always the right way


extremely sharp


(hot wheels)


she's tired of waiting


yg ni kat malaysia: simple, catchy dan difahami kan?


Sunday, November 11, 2012

dejavu - shahanshah

saya suka lagu ini. lama tunggu video clip tak muncul2 pun. entah siapa tah shahanshah ni pun aku tak berjaya gugel. tapi aku suke lagu ni. video statik pun jadilah....



tapi ramai lak kata lagu ni ciplak lagu i don't love you by my chemical romance. ermm aku rasa cam tak sama tapi adala iras2 sikit. hehe. tapi patutla aku suke lagu ni, ada bunyi2 cam my chemical romance ghopenye. hehe...

Tuesday, October 23, 2012

iklan billboard yg tidak difahami lagi

dulu aku pernah buat entry pasal iklan yang confusing:



"Bersama menyambut ULANG TAHUN KE-50 di tahun 2039"

Memula aku ingatkan, mmg iklan ni poyo gile. pastu aku pikir positif, mungkin typo. dah print banyak, terpaksa gak gantung. positif sue, positif. 

tapi tak puas ati gak.

Berikutan dari ketakpuasan hati aku, aku pun tanyala kat sorang kawan aku ni, shila (bukan nama sebenar). dia ni mmg selalu promote kat aku mende ni. here goes the conversation:

aku: shila, nak tanya satu soalan boleh? dah lama saya nak tau jawapannya.
shila: ok. apa soalannya?
aku: kenapa iklan billboard z*****n tulis 'bersama menyambut ulangtahun ke-50 z*****n pada tahun 2039? konfius ar...
shila: apa yg su konfius?
aku: shila tak konfius ke? seolah2 wish kat budak umur 23 tahun "hi, happy birthday ke-50 pada tahun 2039 nanti"
shila: itu visi z*****n..tetap akan brdiri teguh sehingga mencapai ulangtahun ke-50...melambangkan keazaman dan keteguhan syarikat...rasanya tak semua syarikat di luar sana yg berani tuk menyatakan secara terbuka kepada semua visi atau matlamat syarikat...hanya sykt yg utuh shj. hebat kan?
aku: ermm 'hebat'....
aku masih lagi konfius sampai sekarang. kenapa kitorang rasa iklan tu kelakar? kenapa ko tak rasa kelakar ekkk? kenapa? kenapaa?


********************************************************************************


ok ni satu lagi iklan billboard yg buat aku konfius jugak:


 Our cables are a bit expensive
(dan tunjuk gambar pompuan yg aku taktau la nak kata seksi ke tak)

Smart Cable (M) Sdn Bhd adalah company yg mengeluarkan cables (eco-friendly PVC insulated non-sheated cables)

so apekah kaitan antara pvc cables, pastu gambar camtu, pastu mengaku cables dia agak mahal?

tolonggg...tak pahammm...!


Monday, September 3, 2012

merdeka birthday: janji dimenangi

31 ogos = hari merdeka = birthday encik jebi

kalau birthday family member, mesti kena makan best sikit. tapi entah kenapa, kebizian sangat takde idea nak carik tempat makan mana yg best.

pastu main antar je msg kat whatsapp group opismet, minta suggestion. farrah suggest little white cafe kat bandar baru bangi. dia sendiri pun tak pernah pegi. ok lepas gugel sikit2, erm macam bolehlah nak try.

nampak cantik. english style concept.



ayah blackberry juice: sedapp
mama orange + peach juice: seddapp
syamiel milo ais. hehe.



 mashed potato utk syazwan. sedap juga.



roasted chicken. not bad.



beef lasagna. ni sedap. kalau malas nak ke dave's deli, sini pun best.




feveret kitorang kat sini: pancake dia. gebu n dia tak guna honey tapi dia letak maple syrup. sampai tak sempat nak amik gambar ok. sampai esoknya rasa nak gi bekfes pancake saje kat sini tapi tak pegi pun. hehe.


pandai syamiel berlakon. ni real chocolate cake. okla cuma cake dia kering sikit.



deko dalam kedai cantek.


ok kitorang suka little white cafe. lenkali bleh datang lagi. thanks farrah for your suggestion!


then, buat pertama kalinya, kitorang telah terpegi ke sambutan kemerdekaan kat bukit jalil.

ok gak buat sambutan malam2 camni. kalau yg siang2 tu, panas.

lagipun dapat gak menyuntik semangat patriotik pada syamiel & syazwan.

and boleh cuba try nasib kot2 dapat lucky draw. gile best adiah dia, kereta 2 bijik tu!



mereka seronok dapat bendera 


believe it or not, dah 14 tahun stadium ni wujud n dekat je ngan umah aku, tapi ini first time masuk stadium ni. well stadium hoki je yg aku pernah masuk masa komanwel 98 dulu. masa tu asyik usha keevan raj. heheh.



happy


yuna in the house y'all! 

sebelum yuna, faizal tahir pun ada. ok kami hilang suara sebab sebok nak nyanyi sama2 ngan FT ngan yuna.


hehe first time dtg stadium nasional, sampai turun tengah2 stadium....


yg tak bestnya, nama takde pun dalam list pemenang lucky draw, tapi ok la, dapat memenangi hati anak2. diorang memang seronok sangat.  ;-)

happy birthday encik jebi.

Friday, August 10, 2012

bidor - taiping - cendol pulut panggang

seperti biasa, aku akan mengapdet cerita2 basi utk bacaan blog2 reader semua. heheh....

ini cerita bulan jun. anak buah aku kawen. tapi ini bukan anak buah yang anak kepada abang aku. kitorang takde talian darah. ini anak buah di opis.

majlis dibuat di bidor. dah lama tak turun perak. eh ke naik perak?


awak sangat santek ye puan ida....
(iklan jap, ida makan berrygen dalam tempoh 2 bulan sebelum wedding dia)


lepas bidor, kita naik atas lagi, kita carik hotel kat taiping plak. sebab syamiel asik mintak nak gi zoo. takkan nak gi zoo negara plak, baru je pegi masa CNY aritu.

 ate ke zoo tepen (taiping) le teman....
gembira ye awak


kitorang pegi night safari. aku tak faham. sefaham aku la, safari maksudnya ialah satu tempat luas yg byk binatang yg bebas, takde pagar2 dah dalam tu. visitor akan duduk dalam trak ke jip ke yg pusing2 dalam tu sambil tengok2 singa etc., tapi rupenya kat sini, zoo tu adalah nama ketika siang, n bila malam, tempat yg sama juga akan dipanggil night safari. whateverr.

dah pegi pun time cuti sekolah (sbb cuti sekolah la byk wedding). so terpaksa beratur panjang nak naik mini train/tram. syazwan agak happy sebab sebok dok pegang orang depan belakang yg beratur sama. tapi bila naik train/tram je, terus tido. that's why baby masuk zoo free takyah bayor. huhu.

syok gak masuk zoo/safari memalam. memang binatang agak aktif. cuma gelap n tak nampak sgt. ada sign tulis jgn suluh flashlight. tapi ramai gak yg pakai. hisy tak ikut peraturan sungguh! kang binatang mengamuk kang cemana?


peminat zoo




tetibe suka kat gambar ni


esoknya pulak, pusing2 taiping. carik cendol no! (eh org tepen cakap bunyik cam org kedah/penang gak kan?)
kami pegi makan cendol pulut + rojak mamak. tapi memandangkan entry ni cerita lama, maka aku pun lupa dah nama kedai. antara dua nama la, Bismillah ataupun Ansari. Yg speselnya cendol pulut kat sini ialah, pulutnya tu dipanggang dulu. so rasa dia memang bestlah!

sedapnye bila tergigit pulut panggang kat dlm cendol nih.

tapi jangan lak bayangkan pulut panggang yg ada inti kelapa n bungkus daun tu kat dalam cendol. cuba bayangkan pulut kosong yang dipanggang then masuk dalam cendol. setapp.

ok sapa suruh lambat apdet. pastu skrg terapdet pasal makanan di bulan puasa. nanti caki marah aku lagi. haha.

Monday, July 9, 2012

entry plagiat: Checklist Rawak Yang Perlu Diambil Kira Sebelum Berkahwin (Bahagian 1)

hai. dah lama aku tak hapdet blog. tak sempat ar. banyak sebenarnya mende nak cite. tapi nantilah bila2 free aku apdet betul2.

kali ni, buat pertama kalinya aku nak letak entry copy-paste dari noe (http://perempuanjomblo.blogspot.com/). aku minat ngan blog si noe nih. kadang2 aku rasa apa yg dia tulis tu sama sebijik macam apa yg aku cuba nak sampaikan tapi aku tak berjaya nak interpretasikan dalam perkataan. huhu.

jadi dengan rasminya ayat2 di bawah adalah kopipes dari noe. timekasih noe. oh ye, lupa nak bagi ayat stendet org2 kat fb: "mohon izin share ye noe".

Checklist Rawak Yang Perlu Diambil Kira Sebelum Berkahwin (Bahagian 1)

Sebenarnya panjang aku fikir sebelum aku mulakan nukilan yang satu ini. Takut-takut kalau menyinggung hati pembaca. Takut-takut kalau menimbulkan fitnah yang bukan-bukan. Tapi hakikatnya, aku cuba sedaya upaya untuk beri pendekatan yang sewajarnya, ikut cara aku sendiri. Mungkin ada yang suka, mungkin tak ada yang suka. Semua itu lumrah. Aku pun tak mengharap semua orang suka artikel aku. Mungkin ada orang akan cakap aku bajet warak. Tapi takpe. Siapa daya menyekat judgementasi manusia?

Artikel ini terwujud sebab aku selalu perhatikan orang yang berkahwin punya persiapan lebih 'grand' kearah material semata-mata. Pelamin mahal. Majlis grand. Itu ini bla bla bla. Tapi persediaan rohani, ciput je. Kadang-kadang lupa lansung. Aku bukan mengata orang la. Tapi aku dulu pun sama. Bukak blog persediaan berkahwin "Misi Lima April" tapi semua cerita pasal persiapan majlis kahwin semata-mata. Macam mana nak buat majlis dengan bajet yang ada. Macammana nak DIY itu ini lah.

Pengisisan dalam diri - ziro point, noks.

Jadi, jangan jadi macam aku yang dulu.

Memang orang akan cakap dengan poyonya "itu lah guna memilih sebelum berkahwin..pilih elok-elok calon, laki baik untuk pempuan baik apa jadah," Tapi bagi yang dah ada calon, dan tak tahu kejutan demi kejutan yang bakal berlaku, mungkin boleh teruskan membaca. Kalau rajin.

Pertama sekali, aku nak kamu tahu ialah Alam Perkahwinan ni adalah alam duniawi yang sangat berbeza. Berbeza dengan alam sebelum berkahwin. Dan yang paling penting, setiap alam perkahwinan dengan alam perkahwinan yang lain, juga berbeza. Alam perkahwinan Abu dan Minah, tak sama dengan alam perkahwinan Ali dan Zaiton. Walau kadang kita dengar kes macam lebih kurang sama je,

tapi situasi tetap berbeza.

Okay noks, lets begin.

1) Taqwa / Agama

Solat. Benda ni mesti kena ada. Aku pernah rasa bagaimana kehidupan dalam rumahtangga yang tidak ada tiang. Atau tiang tak cukup. Rumahtangga jadi panas. Bayangkan korang bina masjid. Hidup dalam masjid tapi tak solat. Setan memang senang hasut orang tak solat ni. Nak-nak kalau memang ada sifat ego, baran yang dah sedia menjadi perwatakan. Benda kecik pun nak di bangkit. Pasal habuk pun boleh bertengkar beriya-iya. Atau mungkin tak bertengkar, tapi hati tu mudah rasa benci- walau dalam diam.

Kalau dapat isteri tak solat, suami jangan rasa down sangat. Itu lah gunanya peranan suami. Didik isteri. Kalau dapat suami tak solat pun sama. Jangan rasa dewi sangat. Tangani situasi dengan bijak. Jangan ego, jangan riak, jangan menerakakan suami sendiri. Bab-bab solat ni benda sensetif kau nak tegur. Nak-nak kalau dia suami. Mungkin kau boleh ajak dia imamkan kau ke. Sekali ajak tanak, ajak kali kedua, ketiga dan seterusnya. Takpe. Melentur buluh tua memang susah sikit. Susah. Tak bermakna tak boleh langsung. Kalau dua-dua tak solat, berusahalah ke arahnya.

Once bila dah amalkan solat jemaah sama-sama, ya Rab, tenangnya suasana. Isteri akan rasa tunduk patuh dengan suami walau setinggi mana pun pangkat duniawi si isteri..suami pun ikhlas dan gagah memimpin sebagai seorang imam. Aku tak tau nak gambarkan perasaan tu macam mana. But i found one of my inner peace dengan solat jemaah sama-sama. *bergenang air mata*

Aku faham, zaman sekarang, akhir zaman, kita memang susah nak patuh dengan suruhan Agama. Kadang-kadang kau cuba nak jadi baik. Tapi ada je benda berbisik-bisik dalam hati. Nama pun manusia. Kita berperang dengan macam-macam hal. Kadang-kadang kita cuba untuk buat segala benda kerana Allah. Tapi dan-dan ada je syaiton pesongkan hati kita. Bab ni aku tak reti nak ulas. Aku pun still lemah. Bab-bab niat ni kau tak boleh nak judge lansung. Allah je tahu.

Tapi walau apa pun, berusahalah, menempatkan diri ke dalam Syurga-Nya, sekeluarga.

2) Jangan Berkira Soal Duit Sangat

Ini pun susah. Tapi bukan tak boleh. Tak semua pasangan beruntung dapat suami isteri yang sama-sama berkedudukan. Kadang ada isteri yang kurang. Dan kadang ada suami yang kurang. Pokoknya, suami mesti selalu ada usaha untuk menjadi penaung utama dalam keluarga. Mencari rezeki itu tetap tanggungjawab suami.

Walaupun begitu, memang ada individu yang akan berkira. Tidak kira lah isteri ke suami ke. Entah mungkin roots dia macam tu. Aku pernah cerita kan, tentang bagaimana suasana keluarga itu sendiri membentuk peribadi anak-anak. Kadang aku pernah nampak, nak beli puting anak yang berharga RM3-4 pun minta duit suami. Padahal kalau bercerita tentang gaji, pangkat, dia lah yang paling hebat. Tapi 2-3 ringgit pun nak kedekut. Konon semua belanjawan anak jatuh pada tangan suami.

Ada pulak kadang aku tengok bila suami tak ada duit, bini berhempas pulas membantu keluarga. Tapi bila tiba-tiba dia berduit, punya la berkira nak kasi si bini duit barang sekepuk dua. Konon nanti takut bini membazir. Padahal punya la jerih bini menanggung nafsu nak pakai beg baru time menanggung suami yang susah dulu.

Not good la like that. Duit tak boleh bawak mati kan.

Apalah sangat kalau kasi reward sikit kat isteri sendiri. Perempuan memang suka benda-benda materialisitik ni bang. Menggembirakan hati isteri kan nafkah batin yang dituntut. Ecewah.

Being me, aku benci nak bercakap pasal duit. Selagi aku ada duit, selagi aku mampu, aku henjutkan. Kalau tak ada, aku hidup macam tak ada. Aku benci kalau dengar orang (especially suami) mengeluh pasal duit. Bagi aku, bila dah berumah tangga, semua kena ada teamwork. Kau (suami) tak ada duit, aku bantu. Bila turn aku tengah sengkek, kau bantu aku.

Jangan bebankan sesama sendiri dengan sengaja. Mula lah nanti rasa macam membela biawak hidup.

Semua orang pun tak suka tengok pasangan yang tak berusaha. Tak kisah lah, suami ke isteri ke. Kalau pun suami walau wajib tanggung isteri pun, tapi balik kerja rumah bersepah, duduk membongkang je, dengan tak masak pun menyakitkan mata jugak. Apatah lagi perasaan isteri yang balik rumah tengok suami pulak yang membongkang. Susah nya nak menanggung sabar macam tu. Kan?

Bab bab berkira duit ni, tak boleh sorang mula. Kalau sorang dah start berkira, maka berlawan-lawan lah. Penyudahnya, duit aku, aku punya, duit kau, kau punya. Sampai bila?

Aku tak pasti samada ini hanya pemerhatian aku pada skop yang kecil, atau benda ni betul-betul berlaku. Kebanyakkan perempuan yang aku kenal, especially sedara mara lah, yang mengambil keputusan untuk meninggalkan suami dengan alasan suaminya miskin, gaji tak banyak or bla bla, semua nya akan end up dengan lelaki yang lebih entah hapa-hapa. Dan bekas suami/tunang/bf mereka akan tiba-tiba menjadi kaya dan gemilang.

Dunno cemana boleh jadi lagu tu. Mungkin sebab...ye lah, rezeki di tangan Allah.

Tapi...korang pun (lelaki) takkan nak kena tinggal baru nak bangkit berusaha? ppfft.

Okay dah panjang sangat ni. Bersambung ke Bahagian 2.

Kthnkbye.


Ok noe. tengkiu. nanti kalau bahagian 2 tu best, aku kopipes lagi.






Thursday, May 24, 2012

small thing u can do to help the earth

it's gaji time!

pada hari gaji, maka kelihatan berduyun2 lah golongan celik IT masuk internet banking untuk menyetelkan hutang piutang yg kene bayor setiap bulan.

maka selepas mereka membuat transaksi, berduyun2 lah pula mereka ke printer untuk mengambil receipt transaksi yg telah diprint.

kalau seseorang tu buat online transaction katela 5 kali, satu utk bayar kete, pastu bayar rumah, pastu bayar tepon, pastu bayar duit tadika anak, pastu bayar kedit kad.

maka dia akan memerint (kata imbuhan utk mencetak bila dirojakkan) sebanyak 5 helai resit.

kalau dalam satu ofis tu ada 100 orang, maka sebanyak 500 helai digunakan utk print resit staff-staff yg bekerja di situ. maksudnya 1 ream A4 lah kan.
dalam setahun, 12 ream.

tu setahun utk satu ofis yg ada 100 orang. kalau ada 100 ofis? 1200 ream.

tu kalau sorang print 5 helai je, bistu camane dengan resit bayar insurans, transfer duit kutu kat ofismate (padahal duduk sebelah meja, boleh je tunjuk kat skrin monitor kan?), duit beli tupperware, duit renew roadtax, shopping online, dan macam2 duit lagi kene bayar.
maksudnya lebih banyak kertas digunakan utk print resit tu je.

memang penting pun utk kita print resit tu.


cuma marilah kita print hanya jika betul2 perlu saja. kalau tak perlu, marilah kita simpan resit dlm bentuk soft copy saja.


kalau tak perlu, tak payah lah print kat printer, tapi printlah kepada pdf format


saya guna PrimoPDF



semua dalam soft copy

pastu, silalah backup resit2 anda, ikut sukalah nak burn ke, nak email ke, janji senang nak carik.

saya mengaku kadang2 saya print jugak mende2 mengarut, tapi bila terasa ada kesedaran tu, tak jadilah nak print. ;-)


;-)
Related Posts with Thumbnails