Monday, October 31, 2011

weekend malas2 menjadi weekend yg busy

sabtu 15 okt - takde aktiviti sgt. bukak hotel reservation, ingat nak gi short holiday. dah target satu location, ada tarikh yg ok. dalam dok pikir punya pikir, tetibe tarikh tu dah tak available online dah. hurm. tangguh je la plan holiday kite.

so jalan2 je kite ke kajang-bangi.


memule kite gi melawat luxury hillpark.


syamiel lapar. nak gi makan mane ek yg syamiel suke?

kite pegi ice room!

baru tau rupenye kat ice room ni ade jual main course jugak. ingatkan jual shaved ice jek. so makanla kami kat situ. ok mari share sikit shaved ice kat situ:





mango pomelo snow ice - rm7.90
sedap especially bila tergigit biji selasih kat dalam tu.





fresh strawberry fruit snow ice - rm8.90
sedapp. tapi ade rase durian sikit. aku saspek fruit ice dia masa kat freezer tu letak sebelah2 ngan durian flavour. tu pasal bau dia tercampur.





soya with bubble jelly kot nama dia. ini sedap. sampaikan dah nak abes baru teringat nak amek gambar.





syamiel tetibe dapat kawan baru. menjerit2 dok main berdua. mak bapak budak tu pun pening. huhu.




lepas ice room, dah dekat kul 9pm dok pusing bangi lagi, tetibe dpt fon call dari my bro. offer bilik kat gold coast morib. offer tu utk malam tu saja pulak tu. hurm...petang esok ada event nak pegi. sempat ke ni? tanya encik jebi, ON je jawapannya.

so balik umah, kelam kelibut packing.

kul 10.30 gerak ke morib.

sampai morib jam 12 tengah malam. huhu.

gold coast morib tu ok gak. dia building sebijik je, takde pon water chalet cam sepang gold coast. tapi hotel dia baru, so cam selesa. tapi fridge belum ada ye. agak kesusahan utk aku letak chilled EBM utk bekal syazwan esok. tapi yg bestnye adalah kat setiap bilik ada jacuzzi sendirik.




gembira ye masuk jacuzzi



walaupun sekejap gile dok hotel ni, tapi ok gak sbb ada water theme park. first time ni syamiel masuk water theme park. tapi tak meriah sbb mama tak ikut. mama dok bilik je sbb syazwan macam demam sket. so syamiel ngan ayah je n kazen2. gambar kat theme park takde sbb mama tak turun.

gerak dari gold coast morib, bergegas ke shah alam convention centre utk event yg kene diattend. mama sorang je yg pegi sbb kids not allowed. cerita pasal event tu akan disambung kat sini.




walaupun kids not allowed, tetibe masa ujung2 event, syamiel dapat masuk n merasa tiup hon. huhu.

Wednesday, October 26, 2011

this is retro: basket case

lagu yg membuatkan aku melekat ngan green day sejak mula2 pinjam kaset dookie dari kawan pada 1995. huhu. omg skrg dah 2011 so kite dah layan green day selama 16 tahun! rasa tua okeh!


Thursday, October 20, 2011

masih lagi pasal JB

on the way ke opis pagi nih....

wahaha aku suke tengok advertisement kat teksi nih:



adik bieber...jangan nanges ek....

Tuesday, October 4, 2011

fbi

huh...last apdet adelah pada 26 aug. sekarang sudah 4 oct. dah sebulan lebih tak apdet blog okeh. buat pertama kalinye aku dah skip satu bulan mengapdet. sejak mule berbelog since feb 2008, dalam tiap bulan mesti ade entry at least 1. huhu. kesan menjadik supermom sudah mula terasa. tapi pelik gak, apsal bile jadi makbudak yg busy je, kita kene ngaku supermom? superdad ade tak ramai nak ngaku? ade? ok bagus. tapi aku rase aku tak super pon. kalau tak caya, tanya ayahsyamiel. huhu.

eh sebenarnye tujuan aku tulis entry ni ialah utk announce yg ayahsyamiel takkan dipanggil ayahsyamiel dalam belog ni. walaupun dia tetap ayahsyamiel, tapi dia ayahsyazwan juga. supaya aku tak penat menaip panjang2 tiap kali nak addresskan beliau sebagai 'ayahsyamieldansyazwan', baik aku bagi nama lain. kalau ada adik lain lagi nanti (jgn sebok nak tanya bila ye), lagi byk masa digunakan utk taip nama ayahsyamieldansyazwan je.

ok sekarang kite panggil dia as 'encik jebi' pronounced as 'en-chick jay-bee'. mungkin akan bertukar panggilan lagi, entah kan, tengokla caner.

kdg2 diorang ni ade gak buat gua jeles


kepada encik jebi, happy belated birthday pada 31 0gos lepas. adus, memang lama betul tak apdet belog.

ps: kepada abahgirls yg bertanya dalam comment kat entry ni, so jawapannya tidak. nama ayahsyamiel dlm blog tidak dikekalkan. tapi tidak pula gunakan nama ayahboys. ;-)

Friday, August 26, 2011

my new bff - medela freestyle

sebenarnye dah lama nak cite tapi mcm segan. lagipun dah ramai cite kat blog diorang. tapi tetap nak cite jugak.

sebelum syazwan lahir lagi, dah bersemangat beli medela freestyle ni. sbb macam pump paling 'in' jek skrg nih.

gambar pinjam dari blog org lain


beli online tapi memandangkan masa tu aku tak biasa beli brg online n aku jenis lebih selesa tengok dulu barang then baru amik, so kitorang sanggup pegi puncak alam nak jumpa Aja. rupe2nye puncak alam tu dekat kuala selangor ek...huhu. memula bayangkan cam dekat shah alam jek. takpe merasa pusing2 situ.

sebenarnye nak cite ape ek? ok medela fs ni mmg dah jadik bff aku gak la skrg nih. dalam usaha nak buat stok byk2 sebelum start keje.

kali ni juge adelah first time aku nak exclusive bf. sebelum ni mase ngan syamiel, tak exclusive sbb campur formula. tapi dapat jugak bagi direct sampai 2 tahun 8 bulan. kali ni macam prepared sikit la. tapi walaupun konon dah ready, sebenarnye bykk lagi yg kene digugel tau. berapa oz nak simpan kat each botol? berapa botol kena bagi kat nursery? berapa lama ebm tahan? nak kene beli deep freezer ke tak? nak simpan kat botol ke bekas biasa? harga setiap botol berapa? mana nak carik yg murah? semua kene digugel n ditanya pd kawan2. sib baik la ade kawan2 yg ade experience yg byk menolong: wawa, suzie, rita, safura, ilyana dll.

n masa buat stok utk syamiel dulu, kat opis lama, dudukla dalam surau sorang2. pastu cam segan bila ada org masuk nak semayang. takde geng. tapi sekarang best, dlm unit aku je, ada 4 org pengguna medela fs.

berempat lebih baik


sebenarnya kan, gambar kat atas la jadik penyebab aku tulis entry ni. lepas je amik gambar ni, aku terus send mms kat Aja, owner online shop yg kitorang beli dengan ni. pastu hari ni dia siap masukkan gambar ni kat entry dia. hehehe....

pandai Aja teka siapa yg ada dlm gambar tu: wawa (ye aja, betul najwa is one of us), pn taro (ye aja betul lagi, mukhtaroh pun ada) n suzie (aja, yg sorang lagi tu suzie).

oh ye, aja jugak ada bagi seperais kat aku tapi takleh cite kat sini. thanks aja!

sebelum ni ingatkan bila exclusive bf ni dpt jimat byk RM sbb takyah beli formula, tapi bila dikira balik, sama jek - nak kena beli pump, storage bottle byk2, deep freezer, bottle warmer, nursing cover, etc etc. siap kena komitmen masa n tenaga lebih lagi nak buat stok. tapi ape sangatlah RM n masa tu kalau nak dicomparekan dgn kebaikan bf berbanding formula kan. pastu bila dapat eye contact ngan baby masa bf dia. bila dia pandang kita dgn muka comel sgt. PRICELESS.

hehe sebelum ni bile baca blog orglain tulis pasal bf, kdg2 rasa cam ala2 poyo especially yg dok mengutuk org yg bagi formula. ala semua org ada problem masing2 kan, so jgnla kutuk. tapi bukan semua poyo, kebanyakannya lebih kepada bagi semangat. yg selalu aku baca utk bagi semangat ialah rita nyer blog lah sbb dia kwn aku. hehe. tapi sekarang baru rasa perlunya entry2 gini utk bagi semangat kat diri sendiri n bagi semangat kat org lain. sbb penting sangat ada semangat ni. kalau hilang, jawabnye stop camtu je la.

ps: semoga semangat utk exclusive bf tak hilang n semoga dipermudahkan semuanya utk aku n kawan2 semua. aminnn.

Related Posts with Thumbnails