Wednesday, December 31, 2008

additional: 2008

tetibe teringat lagi satu mende pasal 2008 yg lepas, iaitu...

mesti tgv & gsc nyer statistik ada turun sikit last year, sbb mamasyamiel ngan ayahsyamiel buat rekod tak tengok wayang langsung sepanjang 2008.

last wayang ialah national treasure 2, kitorg tengok pd 31 december 2007. time tu pun bawak perut masuk cinema. huhuhu....

pasni ade kawan2 volunteer nak babysit syamiel dalam 2-3 jam? supaye kitorg tak buat rekod yg sama utk 2009 pulak.

selamat 1430 / hepi 2009

nak flashbek balik things yg tejadik kat aku sepanjang taun 1429/2008 ni:

1. aku balik keje kat opis sendiri sbb 4 bulan sebelum tu tercampak ke mara. tapi best gak dicampak ke sana. takdela asik dengar org komplen gaji takde.

2. aku benti keje kat mmsc. ni kompeni paling lama aku keje tu. tapi takde la lama mane pon. 2 taun 6 bulan je.

3. aku start membelog. ingatkan aku tak rajen apdet. rupenye memang aku tak rajen pon.

4. mule2 aku start membelog cakap omputih, konon2 supaye org amerika, mexico, finland, jerman, saudi, semua leh faham ape aku tulis. last2 aku tukar cakap melayu. lagi senang.

5. dulu2 mase belajar2 chatting aku ade online friend org mexico. nama dia juan carlos (mcm nama menyamar jek). dia suh aku jadi tour guide dia bila dia datang mesia. tapi dah lost contact. email hotmail aku pun dah tak wujud. pepandai la ko beli map ataupun gugelmap.

6. perkara nombo 5 tidak terjadi dalam tahun 2008. aku pun dah tak ingat taun bile.

7. aku tuka keje ke tempat sekarang ni. alhamdulillah takde poblem gaji tak on time lagi. tapi ade problem duit gaji asik abes tak on time.

8. aku dah jadik mak budak.

9. ari2 tengok syamiel membesar & mencomel. sgt sweet.

10. first time paspot aku dapat cop antarabangsa.

ade byk lagi mende terjadik tapi takleh nak tulis skrg sbb dah nak kene balik. opismate pun nampaknye sumer dah balik awal. nak selebret nu year kat klcc kot. ade lagi ke org gi selebret kat klcc? dulu2 mase zaman mude2 pegi jugakla ke klcc nak selebret Y2K. konon2 hepening la, tapi he-pening ade la. tak caya tanya suya & ayahsyamiel.

ok jumpe lagi di taun baru.

Thursday, December 25, 2008

zainals' family day

sepanjang 27 tahun bersama ngan family ni, inilaa first time kitorg buat family day. dulu2 mase kecik selalu gak every year pegi pd tapi itu ikut company bapak punye family day.

walaupun agak kelam kabut n sekejap je, sbb nak kejarkan ini je mase semua adik-badik ade kat kl. sbb 1st jan ni abang da nak balik pejaten jakarta. tapi still tak cukup korum gak sbb kaknoli tgh wat aji. tapi yg dtg pun ade yg tak dpt join aktiviti sbb demam (ngah & kaknin. bz sgt ngan wedding azidi kot), so diorg duduk bilik je, family photo pun tak dpt kumpul sumer gak. memang susah nk kumpul sume skali.

yg byk jadik mastermind utk family day ni ialah, my 3rd brudder, yang.
pasni nak buat lagi...yeay.

dinner kat sepang gold coast. anak2 ateh panggil kerang tu 'siput'



selebret birthday family member yg lahir december - january


mereka nampak comel aje dlm gambar ini

mereka ini pun nmpk sgt comel dlm gambar ini




ramai cam hari sukan sekolah. dah besor dah family zainal & munah nih


"weih gigi palsu mane ade dalam list treasure hunt nih!" (family suhana menang game ni. semua sbb ayahsyamiel berjaye jumpe duit 5 sen tahun 1994. rupenye item itu paling tinggi markah)

beramai2. tapi bukan semua. ade 3-4 org tgh tidur kat bilik.


lepas check-out, kite pegi makan kat tepi laut pulak. sini lagi puas n sedap.

Wednesday, December 24, 2008

gian karok

tibe2 rase gian nak berkarok.

mebi sebab hujan dah lame tak turun.

skrg kat opis baru ni takde (belum ada/belum create) geng karok.

tringat zaman kat opis lama.

dulu2 ngan jajad. tapi setakat kat studio opis aje.

pastu kat mmsc la. setakat kat mines pun bolela. bilik bole masuk 6-7 orang.
selalu pegi ngan cdot (minah ni kalo nyanyi serius rase cam dengar radio, dia boleh nyanyi lagu anuar zain dengan sangat powerful. kalo nanti anuar zain ajak duet, jgn lupa jemput aku jadi backup singer pon jadilaa), fiffy, adda, n few others.
waktu standard: masuk waktu jumaat. kadang2 lunchtime ari kamis pun pegi gak. pastu masuk opis pukul 3. pastu kantoi ngan big boss yg taklah big sgt saiznye. >:)

pastu kene keje kat tempat client kat mara. geng baru plak.
location: redbox sogo. bilik 6-7 org gak. leh dpt makan mihun goreng sedap pastu leh refill air ngan kepek2 kat luar.
waktu standard masih waktu jumaat.
ahli-ahli karok: jal, roha, dila mara (suara sebijik amy mastura). and penampilan istimewa mak mentua jal. rock sungguh auntie nih. dia la yg selalu dtg awal utk booking bilik.
nyanyian beramai2 paling best: lagu zombie - cranberries.

eh, sebelum tu mase outstation ke terengganu pun kitorg rajin karok. itu ajela aktiviti riadah paling sehat sekali di sane. geng2 karok: roha & cdot dan juge mereka-mereka yang menetap kat terengganu (memang takde kata ganda 'mereka-mereka' sbb 'mereka' tu dah ramai, tapi aku tengok kat tv makin berleluasa org guna ayat ni, especially afdlin shauki) . bilik karok kat sana lagi besar, leh muat 12 org kot, tp tak secantik kat kl la. tapi nama tempat tu 'pusat latihan vokal'. nampak lebih sopan kot.

jom karok!

Monday, December 22, 2008

berjalan ke pantry sebelah

dept kitorg takde pantry.

so kene masuk dept sebelah punye pantry kalo nak basuh tangan.

masuk2, tengok diorg tgh makan. bau megi kari punyela kuat. sedapp.

sz: wah makan megi.....
akak dept sebelah: megi la, duit bonus dah buat beli buku anak
akak 2: ye la, yuran dah berapa, buku lagi, buku rujukan lagi. yuran upsr rm300 lebih.

bia betul yuran upsr 300 lebih! aku dulu upsr rm5 aje. baru 15 tahun lepas je.

tingat zaman nak upsr dulu. aku mintak rm5 kat bapak buat bayo yuran upsr. pastu abang aku no 3 dengar pastu bagi duit rm5 pastu cakap "nah, yang (kitorg panggil dia yang) bayarkan. kalau ko tak jadik doktor, bayar balik."

huhu skrg aku cumelah pegawai cabuk. tak amik medik pun. caner nak amik, bio tak dpt kredit.

tapi aku belum bayo lagi rm5 abg aku tu. aritu aku ingat nak bayar balik. tapi terpikir balik, kalo aku buat phd, aku tak perlu bayo kan....

tapi bile tu....

hum....

nak berangan sat....

Friday, December 19, 2008

birthday cakes


18 december kat opis. sedap kek nih.


21 dec 2008 - kat umah. celebrate bersame hazman.


aman & acu



aman & acu lagi



ini celebrate jam 1am 25 dec 2008 kat bagan lalang. waktu family day. konon nak tulis nama semua family member yg lahir dec-jan. tapi siyes tak paham ape yg ditulis atas kek.

celebrating befdei with my in-laws

semakin tua, birthdays semakin tak rasa pape je, kan?

tak seseronok macam mase kecik2 dulu.

rasa sangat biasa.

kali ni mertua2 datang kl.

yeay syamiel dpt jumpe atuk n wan yg dia jarang2 dapat jumpe.

wan syamiel tak pernah pegi ikea. kat jb takde.

so kita bawak jalan ke situ.

makan kat pasar ikan man & hattan.


kenapa eja 'ingapore' ek?

Tuesday, December 16, 2008

nice try


boleh minta somebody else tolong baling kasut sekali lagi. this time, takmo sipi2, kasi kena tepat terus.

Monday, December 15, 2008

takziah to farhad & family

takziah to farhad atas pemergian bapanya.

semoga roh arwah dicucuri rahmat. aminn....

Sunday, December 14, 2008

double wedding @ klang

huhu dah lame tak tengok penganten bersanding 4 org.

dalam family, my first & 2nd bro (1990).

last year, atique's wedding kat melaka. sanding ngan adik dia.

me & my sister's wedding sama taun, 2007, tapi tak sekali. takmola, nanti pelamin runtuh. semua besor2.


ini wedding adik-adik ipar kepada my bro, azlan a.k.a. ateh.

ateh cuba membuktikan dia lebih hensem dari mufti perak :p

Saturday, December 13, 2008

aktiviti ari sabtu

pagi: miting kat data centre heitech padu, bkt jelutong shah alam.



tghari: dila's wedding kat melawati.

hihi dila da tawen....






petang: jal's house warming @ kajang.


gambar dicurik dari blog jal.






malam: fatin's khatam quran @ klang.



kat belakang tu pelamin utk fatin's uncles' double wedding




terer la awak dajah 4 dah khatam! syamiel pon nak ikut cam kakak fatin.

Tuesday, December 9, 2008

shopping - a great therapy!

kami bercuti pada ari raye aidiladha yg ke-2.

antar syamiel ke nursery, pastu...it's soping time!

syamiel dpt 5 pasang baju tidur baru
ayah syamiel dapat byk baju baru jugak
mama syamiel plan nak carik selipar ipanema baru. tapi terbeli yg ni pulak. saje nak test kasut selesa ni masih selesa ke bila tinggi dia 3 inci? huhuhu....

Friday, December 5, 2008

who cares - sue's version

baru pas baca kak ain's entry pasal a nice stranger who offered an umbrella to her.

it reminded me of one situation happened to me about 2 years ago, kot.

dah apply cuti, isnin. sbb nak turun jb, fitting baju nak kawen. so sabtu turun jb, plan nak balik kl isnin la sbb cuti dah approved.

tapi bos suh dtg opis ari ahad. no choice, kene balik kl jugak. oh ye, pegi jb naik keta. tapi balik kl terpakse balik sorg sbb mase tu belum pandai nak drive long-distance lagik. pastu fiance mase tu takleh ikut balik jugak sbb ahad tu dia kene bawak best fren dia bertunang.

huh balik kl naik bas? demi kerja, boleh je lah.

sampai kl, kene naik LRT gi bank negara. nak naik komuter dari situ ke seri kembangan.

dah lama tak naik public transport nih. sekali naik tiga jenis terus.

mase kat komuter, biasala kelam kabut sikit, so tak reti2 nak sediakan duit kecik dulu. kan dah lama tak naik pablik transport.

so nak la bayar komuter ngan note RM50. pastu org jaga kaunter tu kata dia takde pecah. pastu suruh tunggu sampai dia ada duit pecah.

kat belakang q panjang. so bagila way kat diorg potong q sampai org tu dpt duit tukar. rase nak tanya abg tu 'agak2 taun depan awk boleh dapat kumpul tak duit balance tuk saye nih?'

so berdiri je la tepi kaunter tu dgn poyonye. nak beli jajan/gula2 kat situ, takde org jual2 plak.

tetibe ade sorg pompuan umur about 20s kot tanye "awak nak saye bayarkan guna duit saya tak?" aku mcm terkejut la kan. dlm ati ckp 'laa ade lagi org baik camni kat dunia ni'. tgh terkejut lagi, aku pun jwb "takpe ke?". dia kata takpe n terus bayarkan rm2 kat kaunter.

pastu kitorg jalan same2 tunggu tren. tak ingat dah borak pasal apa. rasenye ade mintak fon number dia sbb nak bayar balik tp dia kata takpe.

kepada awak itu, saye suke org cam awak. & jika saye berada dlm kasut awk, saya pun akan offer bantuan kat org lain mcm yg awk buat kat saya.

Wednesday, December 3, 2008

new layout

sangat kekok menggunakan blog sendiri.

nak sign in pun tak jumpe kat mane.

kene masuk blogger dulu baru leh sign in.

alamak shoutbox ilang pulak.

abis ilang msg2 yg kwn dok antar byk2 (byk ke?)

pastu list of links takleh sort by last blog updated.

alaa susahla nak tau kawan mane paling baru apdet blog.

ermm mesti ade care nih.

kene godek2 lagi.

ah guna stendet layout kan senang.

tapi cam kiut je yg ni.

try je ah dulu.
Related Posts with Thumbnails