Thursday, September 17, 2009

disebabkan org suke tanye soalan yg same....

malas la nak menjawab soalan yg satu ni. soalan ni dah cam soalan femes utk minggu ini yg aku selalu ditanye. tapi aku rase bukan aku sorang saje yg ditanya soalan camni. org lain pun same jugak. padehal bukan ade sebab sgt pun nak tanye. jadik 'ice-breaking question' pun ade gak. tengah2 makan beramai2, suasana sunyi, taktau ape nak borak ngan org sebelah, ha inila soalan paling senang utk start borak.

RAYA NI BALIK MANA?

utk mengelakkan para peminat bertanyakan soalan yg sama berulang kali, n aku pon malas nak bagi jawapan yg sama. so baik aku bagi report siap2 kat sini. Sejak 2007 sampai skrg, inilah plan raya kami:


Legend:
A: Rumah makbapak aku kat cheras, kl. (A juga merangkumi umah pakcikmakcik aku lagi dan pakcikmakcik ayahsyamiel lagi serta rumah kawan2.)
B: Rumah atuknenek ayahsyamiel kat gemencheh, negeri sembilan.
C: Rumah mak-mak sedare dan bapak-bapak sedara aku kat perak.
D: Rumah ibuayah ayahsyamiel kat jb.

  • Dari rumah kitorang, bergerak ke lokasi A. nak jalan kaki pun boleh.
  • Pagi raya pertama beraya di lokasi A.
  • Tengahari raya pertama bergerak seperti arrow 1 menuju ke B. sampai ke B dalam kul 3, insya allah.
  • Dari B, balik ke A seperti arrow 2. tapi tak sure sama ada raya kedua atau ketiga.
  • Ketika di A, akan berjalan2 di sekitar A (rumah sedara-mara dan adik-beradik).
  • Dari A, menuju ke C spt arrow 3. tarikh tak sure bila tapi masih dlm minggu cuti.
  • Dari C, balik ke A spt arrow 4. tarikh tak sure tapi masih dlm minggu cuti.
  • Dari A, menuju ke D spt arrow 5. tarikh tak sure tapi masih dlm minggu cuti.
  • Dari D, balik ke A spt arrow 6. tarikh tak sure tapi masih dlm minggu cuti.
  • Sampai semula ke A, akan berjalan2 lagi dalam arrow 7, 8, 9, 10, 11 dan seterusnya (arrow tiada dalam gambar) untuk beraya di umah sedare-mare dan kawan2 yg sudi menjemput ke open house. ini dapat menambahkan collection duit raye syamiel dan mamaayahsyamiel (kalo ade org sudi bagi).

*Tertakluk kepada perubahan. Manusia hanya merancang, tuhan yang menentukan.

so, pasni kalo org tanye2 aku lagi soalan yg same ni, aku akan suruh bukak blog aku n stadi sendiri sbb aku malas nak cite panjang lebar.

sekian, timekasih.

4 comments:

KaY FaiZaL said...

hahahahaha soalan yang baru aku tanya ayahsyamiel semalam. hahahha

suhanazainal said...

kay:
err...same tak jawapan dia ngan jawapan aku? huhu....

@tune® said...

raya blk mane?
oops

chucky said...

tiap2 taun?adoyaii,penat kalau aku

Related Posts with Thumbnails