Wednesday, December 1, 2010

peraturan naik lif

masih lagi pasal lif. aku nak remind kat semua orang yg naik lif termasuk diri sendiri, especially utk 3 orang yg berikut:


1. yg tengah tunggu nak masuk lif:

sile berdiri kat tepi2 sikit dekat2 ngan dinding. sama gak utk orang yg nak tunggu lrt. janganla meluru masuk bile pintu terbukak. kalo lif kosong takpela. kalo lif ade orang, bagila orang kuar dulu. kalo ko dah masuk, pastu lif penuh, camne orang kat dalam tu nak kuar?


2. yg kat dalam lif, berdiri depan pintu:

kalau anda sedang memblok pintu lif, bile lif berenti kat tingkat yg korang tak turun, buat2la pandang belakang dengan muke ala2 concern kalau2 ade yg nak kuar tapi takleh nak lalu. silelah berlakon baik sekali-sekala walaupun muke ganas cam nasir bilal khan. kalau ada yg nak kuar n lif penuh, silelah kuar dari lif (atau lrt) sekejap n masuk balik bile orang yg nak kuar tu dah kuar. kalau nak jadi lebih baik, biar je orang lain yg nak masuk tu masuk lif sampai penuh, pastu korang tunggulah lif lain. barulah lebih afdhol. ;-)


3. yg berdiri dekat ngan butang lif:

silelah sedar bahawa anda bertanggungjawab sebagai ketua pasukan ahli-ahli dalam lif tersebut. silelah tekan butang utk bukak pintu lif kalau penumpang lif masih belum abis masuk dalam lif. rase bengang sungguh kalau kite tengah masuk beramai2 ke dalam lif, sekali bile sampai kat pintu je, gedegang pintu lif langgar bahu, pastu org yg berdiri dekat buttons tu boleh buat bodo aje. bayangkan kalo budak kecik yg kene, kesian ok.

5 comments:

Unknown said...

*sgt like*
itulah, kdg2 kita ingat mende2 ni semuanya common senses, tapi ada jugak yg keras hati & keras kepala takleh nak pikir sendiri...

Soulie said...

ekeke betol2! simple things but ramai yang ignorant

chucky said...

masih ramai yg degil.

Che Kay said...

ko tension naik lip kat tempatkerja ko kah?

suez said...

azq:
thanks sbb sgt like. :-)

soul:
kan?

caki:
ala bukan susah pon.

chekay:
lip tempat kerja aku 3 tingkat je, tak sempat nak penuh. selalunye naik sensorang je. boring betul.

Related Posts with Thumbnails