Sunday, February 28, 2010

aquaria 2010


Ok kitorang pun tak faham kenape nak pegi aquaria time cuti panjang CNY. Bukan taktau yg orang luar kl mesti nak datang waktu cenggini. padehal kitorang duduk cheras, achik duduk Gombak. Anytime boleh pegi. Tapi mebi sebab takde plan nak gi mane2 mase cuti CNY tu kot. Tu pasal sanggup bersesak2 ngan orang dari luar kl. Huhu.

Hurm…aquaria ni dah lame dah ada, tapi tak berkesempatan je nak pegi. dulu2 mase mude2 pernah gak datang opis aquaria ni ngan jajad, sbb nak antar proposal buat kiosk. Tapi tak dapat buat pon. Huhu.

Sebenanye lagi teringin nak ajak hadif (kazen syamiel) pegi zoo. Tapi hadif blom beli stroller. Pegi aquaria je lah. Pinjam stroller lama syamiel. Oh ye, syamiel dah beli stroller baru. Yey.

Komen psl aquaria: sempit. Ok mebi salah kitorang sbb pegi time ramai orang. Tapi dia patut boleh expect bile time cuti2 camni sure ramai yg datang. N lagi satu, takde lif kat dalam aquaria. So everytime kene turun2 or naik2, kitorang yg bawak stroller ni akan dibawa masuk lif oleh staff aquaria, tapi lif tu akan keluar dari tempat berbayar. So sebenanye kawasan dalam tu boleh diakses dari luar (tempat sebelum bayar), sbb tu staff aquaria tu kene temankan kite, kalo tak, orang dari luar boleh je masuk dalam tanpa bayar. huhu leh try masuk free lain kali nih. >:)

Yg best psl aquaria: erm…syiok tengok stingrays, sharks, etc yg besar2 punya kat tepi2 kita. Tapi sebenanye jangan tertipu. Cermin tu sebenanye zoom 30%. So sebenanye binatang2 tu takdela sebesar yg disangka. Memula pelik gak bile tengok divers (ada 2 orang diver bagi makan ikan2 ni) tu, macam pelik kenapa size 2 orang tu macam besar berbanding kite. Tu yg musykil. Rupenye dibesarkan 30%. Tapi ok la dibesarkan. Barula ada wow factor kat situ. Kite cam kagum je tengok ikan besar gile. Huhu.

Thursday, February 18, 2010

info sharing: YKK zipper

setiap kali anda memakai pakaian yg ade zip, pernah tak perasan label ape yg ditulis kat zip tu??

kalau tak pernah check, sila check sekarang. pastikan takde org di sekeliling anda, kang ade yg menjerit lak kang ingat anda sedang membuka pakaian di khalayak ramai.

aku nyer own experiment, lebih kurang 80% zip pakaian tulis label YKK. kecuali kalo levi's, dia tulis logo levi's. sebelum ni aku mcm tak amik kesah sangat pasal YKK ni. tapi bile dah tengok kebanyakan pakaian gune YKK, tak kesah la branded mahupun cap ayam, hurm terpikir gak, mesti kaye ek YKK ni, kirenye dia monopoly dunia perzipan antarabangsa la kot?


malas nak google? ok saya pastekan hasil perwikian saya kat sini:

The YKK Group (YKKグループ Waikeikei Gurūpu?) is a Japanese group of manufacturing companies. As the world's largest zipper manufacturer, YKK Group is most famous for making zippers. However it also manufactures other fastening products, architectural products, and industrial machinery.

The initials YKK stand for Yoshida Kogyo Co., Ltd. corporation (吉田工業株式会社 Yoshida Kōgyō Kabushikigaisha?).

YKK claims to be the first zipper company to promote environmental protection measures. YKK developed a line of "environmentally friendly zippers", following the company's philosophy "The Cycle of Goodness" which means that one prospers when the person renders benefit to others.


sekian saja info sharing saya untuk hari ini. timakasih. ;-)

Wednesday, February 17, 2010

epik anakanda nujum diraja

2-3 bulan lepas, kalau orang tanya kat aku, cerita melayu apa yg paling aku layan sekali kat tv sekarang ni, aku akan termenung sekejap. semua cite2 yg kawan opis ceritakan mase lunch, almost semuanye aku tak tengok.

biasenye orang tengok cite2 ari kamis malam jumaat, slot cite hantu. pernah gak try tengok, tapi tak berjaya nak minat tengok. so tinggal je la. lagi satu, cam tak paham, kenapala asal malam jumaat je, org nak kaitkan ngan mende2 seram??

kawan2 jugak suke tengok cite ari jumaat malam sabtu. gile kecoh sana-sini org tengok cite ni. asal jumaat je, ramai je tulis status kat fesbuk pasal tak sabar nak tengok drama ni. aku pernah gak tertengok sekali. tak mampu nak minat gak. so, tak tengok jugak.

kirenye last sekali cite melayu yg aku follow sampai abes ialah cite sindarela. tahun 2008. start tengok pon mase kat hospital mase syamiel nak lahir. terus follow sampai abes. 2-3 bulan lepas tu la kot.

susah sebenanye nak suke tengok drama/series melayu ni. bukannye nak jadi poyo tak suke tengok cite bangsa sendiri, tapi kebanyakan (aku tulis kebanyakan ok, bukan semua) cite melayu ni balik2 mende yg sama, kalau yg jahat tu, mesti jahat giler, hati busuk tak ingat, pastu kalau syarikat korporat, mesti bos dia ada title tan sri, dato, etc., kalau orang kampung, mesti lepak kat warung kopi, kalau orang miskin yg bernasib malang, mesti malang datang bertimpa-timpa, wajib pastikan malangnye org tu sampai kene cuba pastikan penonton menangis2 n benci kat orang jahat yg buat dia jadi camtu.

sampaila hujung 2009, aku takde cite melayu yg aku rajin tengok dah, sampaila 'belalang: epik anakanda nujum diraja' start tayang kat astro ceria. mule2 teringin nak tengok sbb hadziq tu kiut. tapi bile dah tengok, hurm...best cite ni. lain dari cite melayu yg lain.


kirenye org2 yg buat cite ni adelah golongan2 out-of-the-box thinker la. sebab dlm cite ni, belalang ni cuba utk setelkan segala masalah2 dalam cerita2 lagenda melayu, cthnye, macamane nak setelkan masalah si tanggang yg taknak ngaku mak sendiri, betapa sebenanye bagus utk jadi org yg kuat berangan macam mat jenin tapi kene pandai la gunakan angan2 tu kpd bende yg logik dan acceptable, macamane nak pastikan mak pekan tak masuk dalam batu belah batu bertangkup (mase tengok cite batu belah ni dulu2 pon, aku pelik kenapa lembab sangat mak dia ni, baru kempunan sikit je terus nak gi masuk dalam batu belah?), n macam2 problem lagilah dia cube setelkan. congrats to opie zami n the team sbb cite yg dia direct ni mmg best. congrats gak kpd adlin aman ramlie sbb skrip pun bagus.

theme song dia pun sedap. first time aku suke lagu yg mawi nyanyi. sebab biasenye, mawi ni suara sedap tapi lagu tahpape. syamiel pun suke. kudos to pencipta lagu n penyanyinye serta backup singers yg comel. anak2 afdlin shauki kot.

kepada yg tak sempat nak tengok cite ni, silelah bukak astro ceria ek. ;-)


Tuesday, February 9, 2010

Road Trip Semenanjung Malaysia

Pheww! Penat. Tapi seronok!

Bukan selalu leh buat camni. Konklusinye, ni list negeri-negeri yg kitorg jalan dalam mase 5 hari:
1. Selangor (of course la kene lalu Selangor kalau nak kuar dari kl)
2. Pahang
3. Terengganu
4. Kelantan
5. Perak
6. Kedah
7. Penang
8. KL (ni pun of course la jugak. Sbb kene balik umah)



utk bajet plak,
total utk kelima-lima hari perjalanan ialah …….

RM838.90

So kirenye mission accomplished lah. Sbb bajet asal RM1200. tapi lepas terover bajet kat soping, kene revise balik bajet, dan boleh curik2 sikit bajet dari allocation kat tempat lain. ;-)

Jadi kepada anda semua, alhamdulillah kami berjaya buktikan bahawa dengan kurang RM1000, kami boleh pergi melancong ke hampir semua negeri di semanjung Malaysia. Anda juga pasti boleh!

Sunday, February 7, 2010

Destinasi Mana? Day 5:

Huarghhh….penatnye travel tiap2 ari. Tapi seronok!

Bekfes kat naza hotel ni best! Tapi lupe lak nak puji, hotel sutera inn prima kat kelantan pun not bad gak bekfes dia. tak byk pilihan, tapi sedap. kat naza ni plak, pilihan byk dan sedap.


Muke kekenyangan lepas bekfes.



Arini pegi melawat taman kota lama lak.



Kat dalam ni ade Fort Cornwallis.



Syamiel tak berminat kat francis light. Tido lagi best.



Apsal tah nyenyak plak dia kat Fort Cornwallis ni.


Panasnye!



Jom pekena cendol kat penang!



Next, jom kuar dari ini pulau! Seperti yg biase org buat, kalau datang penang lalu jambatan, kalo nak balik dari penang, naik feri.



Muke2 excited naik feri.




On the way balik, kitorang mencarik lunch. Kat mane? Sanggup keluar tol kat taiping, semata2 mencarik mee udang kuala sepetang yg sangat femes tu. Sejak 2006 lagi dah teringin nak datang terai tapi tak dapat2.




akhirnye sampai juge. Sob sob. terharu.



Sekali betul daa. Bilangan udang mengalahkan bilangan mee. Hehe. RM10.



Nasi goreng udang pon penuh dgn udang jek. RM10.




Order satu pinggan mee udang + nasik goreng udang, anda akan mampu menghadiahkan sepinggan kulit-kulit udang kembali kepade tuan kedai. Heheh.



Jom balik!



Lalu plus highway.


Akhirnye selamat sampai di kl pada tengah malamnye. Alhamdulllah. ;-)

Belanja utk arini (RM):
Fuel: 59.10
Meal: 44.60
Toll: 41.90
Hotel: 120.00
Fort Cornwallis: 6.00
Parking: 1.20
Total = 272.80

Friday, February 5, 2010

Destinasi Mana? Day 4:

Arini nak menyetelkan tempat2 open plak sbb semalam ujan lebat.


Kat padang merdeka, ke rumah kraftangan? ntah?



Kat gate cantek.



Kalau sebelum ni kite kat pantai timur, sekarang kite pegi pantai barat plak, lalu tasik temenggor. Huhu. First time nih kitorg bertiga nak lalu jalan ni. Excited.


Nmpk sign tu? Awas laluan gajah


View hutan/gunung-ganang kat sini…phew!



Dah masuk gerik. Oops blur plak gambar. Kamera cap ayam kan. eh salahkan kamera plak, padehal photographer yg tak expert. :P



Tasik temenggor. Sebelum pulau.



Ha tu kat tengah2 tasik tu ade pulau.



Tak. Kitorang tak duduk kat resort tu.



Singgah sat kat pulau banding.



Tasik temenggor. Selepas pulau.



Rahsia nak kasik syamiel duduk diam dalam car seat, bagi makan ngan minum cukup2. huhu. Tapi kekadang fail jugak.



cantekk



awas laluan rusa



cantek lagi



dan lagi



dah masuk kedah plak. Welcome to baling. Sila baling apa2 saje di sini.



Mama, jom pegi seberang sana plak!



Ok syamiel….ni kite dah masuk tol jambatan. Jambatan apa?



Jambatan pulau pinang. Heheh.



Hi encik komtar.



Dok kat naza talyya hotel. Ok kali ni baru duduk hotel bayar sendiri. Sebelum ni asik gune voucher ajek. Bayar sendiri, walk in aje pun senang je dpt bilik.



Dah makin berani masuk pool.



Ngan hotel building


Malamnye, gi carik dinner plak. Pun taktau nak pegi mana. Dahla kat penang ni gps signal agak slow. Tepon opismet org penang, mintak sajesyen kedai mane leh dpt local food yg best. Dia sajes makan kat padang kota lama. Kitorang pon pegi. Tapi kat sini food court, kitorg taktau specific kedai mane yg best. Belasah je la. Kesimpulannye, tak dapat jumpe food yg betul2 best kat sini.


Pasembor. Biase2 je. Rase cam lagi minat rojak mamak biase kat kl.


Kerang rebus. Pun biase2 je. Cicah dia tak berape best. Best lagi kat bkt cheras.


Char kuey teow kat sini pon biase2 aje. Atau mmg kitorg yg salah pilih kedai. Ntah?



Night view @ tepi naza hotel penang


Belanja utk arini (RM):
Meal: 32.10
Toll: 10.20
Parking: 1.40
Total = 43.70

Esok kite nak pegi destinasi mana? Tunggu…. ;-)

Thursday, February 4, 2010

Destinasi Mana? Day 3:

Kalo dah sampai KB, org kate kene soping. Kitorg pun berjalan ke rantau panjang.

Byk gak jual2. tapi yg banyak, baju je. Kitorg tak target beli baju. Targetnye nak carik periuk kukus utk opahsyamiel. Sbb yg kat umah dah buruk. Sebelum ni dah survey kat kl, harga around RM90++.


Dapat gak angkat satu periuk kukus. Harga RM60.

terbeli jugak tempat baring depan tv yang boleh lipat2 tu. Harga RM45. bajet souvenir terlebih sudah. aiyak. kene review balik bajet nih.

Pastu pegi pasar besar siti khadijah. Biasenye kalo kat sini, wajibla amik gambar scenery dalam pasar dari atas. Nampak kuning je. Tapi ujan lebat plak. Kamera pun lupe nak bawak kuar kete. Huhu. Kat pasar ni, kitorg borong serunding & jajan sampai RM92.00. terlebih lagi bajet souvenir.


Tersinggah plak kedai batik. Terbeli satu pasang batik sutera plak. Ekceli bukannye minat sgt. Dahla mahal, pastu susah nak basuh, pastu kain dia manja lak takleh kasar2. tapi terpakse. Huhu.



Next, pantai cahaya bulan. Ermm….


Kat tepi laut PCB, makan ‘colek’. Lebih kurang cam rojak gak la.


Sekali-sekala tepi laut



Pastu tetibe terasa nak melawat umah orang. Nak melawat jiran mase kecik2 dulu. Bapak kepada Rozam, best fren mamasyamiel mase kecik2. mase matrik, tetibe jumpe balik kat kolej same. So berkawan gak la ngan ayahsyamiel. Sebelum pegi, sempat mintak alamat umah dari anak dia thru facebook. Dapat je reply, terus pegi. Tak sabo nak citer kat atoksyamiel. Sbb makbapak dia pon best fren makbapak aku gak.



Malamnye, makan kat restoran Sate Malaysia. Rupa kedai menarik. Siap ade wifi lagi. Tapi satenye biase2 je….jauh bezenye kalau dicompare ngan sate kajang.


Mesti kene letak gambar syamiel sengih. ;-)

Belanja utk arini (RM):
Fuel: 58.10
Meal: 40.00
Jajan: 5.00
Souvenir: 197 (periuk + tilam lipat depan tv + makanan)
Total = 300.10

Esok kite nak pegi destinasi mana? Tunggu…. ;-)
Related Posts with Thumbnails