Sunday, February 28, 2010

aquaria 2010


Ok kitorang pun tak faham kenape nak pegi aquaria time cuti panjang CNY. Bukan taktau yg orang luar kl mesti nak datang waktu cenggini. padehal kitorang duduk cheras, achik duduk Gombak. Anytime boleh pegi. Tapi mebi sebab takde plan nak gi mane2 mase cuti CNY tu kot. Tu pasal sanggup bersesak2 ngan orang dari luar kl. Huhu.

Hurm…aquaria ni dah lame dah ada, tapi tak berkesempatan je nak pegi. dulu2 mase mude2 pernah gak datang opis aquaria ni ngan jajad, sbb nak antar proposal buat kiosk. Tapi tak dapat buat pon. Huhu.

Sebenanye lagi teringin nak ajak hadif (kazen syamiel) pegi zoo. Tapi hadif blom beli stroller. Pegi aquaria je lah. Pinjam stroller lama syamiel. Oh ye, syamiel dah beli stroller baru. Yey.

Komen psl aquaria: sempit. Ok mebi salah kitorang sbb pegi time ramai orang. Tapi dia patut boleh expect bile time cuti2 camni sure ramai yg datang. N lagi satu, takde lif kat dalam aquaria. So everytime kene turun2 or naik2, kitorang yg bawak stroller ni akan dibawa masuk lif oleh staff aquaria, tapi lif tu akan keluar dari tempat berbayar. So sebenanye kawasan dalam tu boleh diakses dari luar (tempat sebelum bayar), sbb tu staff aquaria tu kene temankan kite, kalo tak, orang dari luar boleh je masuk dalam tanpa bayar. huhu leh try masuk free lain kali nih. >:)

Yg best psl aquaria: erm…syiok tengok stingrays, sharks, etc yg besar2 punya kat tepi2 kita. Tapi sebenanye jangan tertipu. Cermin tu sebenanye zoom 30%. So sebenanye binatang2 tu takdela sebesar yg disangka. Memula pelik gak bile tengok divers (ada 2 orang diver bagi makan ikan2 ni) tu, macam pelik kenapa size 2 orang tu macam besar berbanding kite. Tu yg musykil. Rupenye dibesarkan 30%. Tapi ok la dibesarkan. Barula ada wow factor kat situ. Kite cam kagum je tengok ikan besar gile. Huhu.

2 comments:

Lynn Nasir said...

dah pi aritu, hehe..lemas sket masa kat dalam 'akuarium terowong' tu. kami je org tempatan rasanya, yg lain semer mat saleh.

ooo...zoom 30% eks :(

suez said...

lynn nasir (nuron adlina):
wahh besnye...ko cam pegi obesi la ek mase tu? aku cume dipenuhi org mesia je. tapi sanggup masuk terowong u dua kali. ;-)

Related Posts with Thumbnails