Friday, February 5, 2010

Destinasi Mana? Day 4:

Arini nak menyetelkan tempat2 open plak sbb semalam ujan lebat.


Kat padang merdeka, ke rumah kraftangan? ntah?



Kat gate cantek.



Kalau sebelum ni kite kat pantai timur, sekarang kite pegi pantai barat plak, lalu tasik temenggor. Huhu. First time nih kitorg bertiga nak lalu jalan ni. Excited.


Nmpk sign tu? Awas laluan gajah


View hutan/gunung-ganang kat sini…phew!



Dah masuk gerik. Oops blur plak gambar. Kamera cap ayam kan. eh salahkan kamera plak, padehal photographer yg tak expert. :P



Tasik temenggor. Sebelum pulau.



Ha tu kat tengah2 tasik tu ade pulau.



Tak. Kitorang tak duduk kat resort tu.



Singgah sat kat pulau banding.



Tasik temenggor. Selepas pulau.



Rahsia nak kasik syamiel duduk diam dalam car seat, bagi makan ngan minum cukup2. huhu. Tapi kekadang fail jugak.



cantekk



awas laluan rusa



cantek lagi



dan lagi



dah masuk kedah plak. Welcome to baling. Sila baling apa2 saje di sini.



Mama, jom pegi seberang sana plak!



Ok syamiel….ni kite dah masuk tol jambatan. Jambatan apa?



Jambatan pulau pinang. Heheh.



Hi encik komtar.



Dok kat naza talyya hotel. Ok kali ni baru duduk hotel bayar sendiri. Sebelum ni asik gune voucher ajek. Bayar sendiri, walk in aje pun senang je dpt bilik.



Dah makin berani masuk pool.



Ngan hotel building


Malamnye, gi carik dinner plak. Pun taktau nak pegi mana. Dahla kat penang ni gps signal agak slow. Tepon opismet org penang, mintak sajesyen kedai mane leh dpt local food yg best. Dia sajes makan kat padang kota lama. Kitorang pon pegi. Tapi kat sini food court, kitorg taktau specific kedai mane yg best. Belasah je la. Kesimpulannye, tak dapat jumpe food yg betul2 best kat sini.


Pasembor. Biase2 je. Rase cam lagi minat rojak mamak biase kat kl.


Kerang rebus. Pun biase2 je. Cicah dia tak berape best. Best lagi kat bkt cheras.


Char kuey teow kat sini pon biase2 aje. Atau mmg kitorg yg salah pilih kedai. Ntah?



Night view @ tepi naza hotel penang


Belanja utk arini (RM):
Meal: 32.10
Toll: 10.20
Parking: 1.40
Total = 43.70

Esok kite nak pegi destinasi mana? Tunggu…. ;-)

6 comments:

suya said...

whoaaa bes gilaaaa

Lynn Nasir said...

salam,

syoknye dapat b'cuti lama2 ye. bersiaran secara langsung gitu. hari2 aku baca. husband aku kata kat penang sedap pi makan sotong goreng tepung kat batu uban. affordable. kedai melayu. tak silap, ada meja beso yg ala jepun tu, dok bersila.

khairanimaisurah said...

giler kentang sue berjalan sakan... pusing satu semenanjung nih, jeles sih...ahaks

Che Kay said...

la datang penang tak habaq! aku dok ada kat penang ni. ka hangpa mai sini lama dah? hehehe

suez said...

suya:
whoaaa...ala ko pon selalu gi jejalan gak skrg ni kan?

lynn nasir:
salam.
alamak dah balik kl baru tau la. takpe2 next time gi penang aku gi carik sotong goreng tepung kat batu uban tu. thanks to DH ko.

nurilhami:
kentang pon tak giler cam ni kak kay. haha. ala pusing semenanjung malaysia je, sape2 pun buleh buat. kalo berani, pegila holiday kat semenanjung gaza.

chekay:
aku ada kat penang 27-28 january aritu. ko kat sabah lagi kan mase tu kan? kan?

Che Kay said...

iyer saya kat sabah lagi. 29/1 baru ada di penang

Related Posts with Thumbnails