Tuesday, February 24, 2009

suatu malam di miri

aku bukannye berada di miri skrg ni. tapi dalam bulan oktober 2008, aku ade gi sane. kalo org yg dah folo blog ni sejak dulu, ade la bace kot entry aku mase kat sana.

aku gi miri berdua ngan kasturi. kasturi ni kalo isi borang kat column 'race' tu, kirenye jawapan dia samalah ngan jawapan rajakumar, harichandran, dan juge meenalakshmi.

ok aku sebilik ngan dia. boleh je nak masuk bilik asing2 tapi aku cam penakut sket so tak kesah je sebilik ngan dia. ayahsyamiel mase kat hostel dulu setahun lebih boleh je sebilik ngan siva dan murale.

ok sambung balik pasal suatu malam di miri. malam tu cam dah letih la lepas seharian lepak kat pameran. so selepas mandi-manda (bukan mandi bersama2 ngan dia), kami pun merelaxkan diri di katil masing2.

tv terpasang. cenel ape tah tapi macam astro nyer cenel la. discovery kot aku bukak. tapi aku tak tengok sbb mcm tgh tekan2 henset atau apdet blog kot? ntah aku pun dah tak ingat aku buat ape mase tu tapi aku tak tengok tv. cume aku yg bukak cenel tu tapi aku tak tengok.

kasturi: u tengok cerita ni tak?
sz: tak. u nak tukar cite lain, tukar je. i tak tengok.

kasturi pun mengambil remote control di meja lalu tekan2 sambil memilih cenel utk ditengok.

kasturi berenti menekan apabila sampai di cenel tv1. ke tv2 ek? aku pun tak sure.

yg aku pasti, aku rasa deja-vu dengan kejadian ini. kejadian ini selalu berlaku di rumah parents aku jika aku tidur di rumah mereka. biasenye mak aku yg akan bukak cenel tu pada hari sabtu jam 11.30 malam.

ok sambung dialog aku dan kasturi tadi:

kasturi: i suka tengok ustaz ini. bagus sangat kan dia?

ye aku kenal ustat ni. ustat farid ravi abdullah. rancangan 'tilawah interaktif'. aku berasa insaf. selalunye bile aku bertukar2 cenel, aku tak berenti pun kecuali bile mak aku yg suh berenti di cenel itu. tapi aku berasa kagum dan insaf bila orang yg agama lain pun sanggup berenti utk tengok cenel ni.

sambung dialog:

sz: a'ah ustat ni bagus.

(kat dlm tv tgh tunjuk caller sedang membaca surah utk minggu itu. bayangkan kasturi leh dok tengok n dengar je caller tu tgh bace quran. kemudian ustat farid ravi abdullah buat summary semua kesalahan tajwid yg caller tu buat tadi.)

sambung dialog:

kasturi: bagus kan ustaz ni. sangat teliti. semua kesalahan dia boleh jumpa.

sz: hurm...a'ah.

(di dalam hati, aku sedang menangis keinsafan)

3 comments:

jellynajal said...

skang insaf tak?

suez said...

jellyna:
insaf...masih insaf. tapi aku asik lupe je nak tengok cite tu setiap sabtu malam. tapi malam tadi aku tak lupe plak nak tengok 8tv kul 10.30 mlm. tapi semalam ari selasa kan bukan ari sabtu....

suya said...

briyani insaf..hihi
ishh segan aku ngan kasturi ni...aku pon tak nengok cite tuu....

Related Posts with Thumbnails