Wednesday, December 31, 2008

additional: 2008

tetibe teringat lagi satu mende pasal 2008 yg lepas, iaitu...

mesti tgv & gsc nyer statistik ada turun sikit last year, sbb mamasyamiel ngan ayahsyamiel buat rekod tak tengok wayang langsung sepanjang 2008.

last wayang ialah national treasure 2, kitorg tengok pd 31 december 2007. time tu pun bawak perut masuk cinema. huhuhu....

pasni ade kawan2 volunteer nak babysit syamiel dalam 2-3 jam? supaye kitorg tak buat rekod yg sama utk 2009 pulak.

selamat 1430 / hepi 2009

nak flashbek balik things yg tejadik kat aku sepanjang taun 1429/2008 ni:

1. aku balik keje kat opis sendiri sbb 4 bulan sebelum tu tercampak ke mara. tapi best gak dicampak ke sana. takdela asik dengar org komplen gaji takde.

2. aku benti keje kat mmsc. ni kompeni paling lama aku keje tu. tapi takde la lama mane pon. 2 taun 6 bulan je.

3. aku start membelog. ingatkan aku tak rajen apdet. rupenye memang aku tak rajen pon.

4. mule2 aku start membelog cakap omputih, konon2 supaye org amerika, mexico, finland, jerman, saudi, semua leh faham ape aku tulis. last2 aku tukar cakap melayu. lagi senang.

5. dulu2 mase belajar2 chatting aku ade online friend org mexico. nama dia juan carlos (mcm nama menyamar jek). dia suh aku jadi tour guide dia bila dia datang mesia. tapi dah lost contact. email hotmail aku pun dah tak wujud. pepandai la ko beli map ataupun gugelmap.

6. perkara nombo 5 tidak terjadi dalam tahun 2008. aku pun dah tak ingat taun bile.

7. aku tuka keje ke tempat sekarang ni. alhamdulillah takde poblem gaji tak on time lagi. tapi ade problem duit gaji asik abes tak on time.

8. aku dah jadik mak budak.

9. ari2 tengok syamiel membesar & mencomel. sgt sweet.

10. first time paspot aku dapat cop antarabangsa.

ade byk lagi mende terjadik tapi takleh nak tulis skrg sbb dah nak kene balik. opismate pun nampaknye sumer dah balik awal. nak selebret nu year kat klcc kot. ade lagi ke org gi selebret kat klcc? dulu2 mase zaman mude2 pegi jugakla ke klcc nak selebret Y2K. konon2 hepening la, tapi he-pening ade la. tak caya tanya suya & ayahsyamiel.

ok jumpe lagi di taun baru.

Thursday, December 25, 2008

zainals' family day

sepanjang 27 tahun bersama ngan family ni, inilaa first time kitorg buat family day. dulu2 mase kecik selalu gak every year pegi pd tapi itu ikut company bapak punye family day.

walaupun agak kelam kabut n sekejap je, sbb nak kejarkan ini je mase semua adik-badik ade kat kl. sbb 1st jan ni abang da nak balik pejaten jakarta. tapi still tak cukup korum gak sbb kaknoli tgh wat aji. tapi yg dtg pun ade yg tak dpt join aktiviti sbb demam (ngah & kaknin. bz sgt ngan wedding azidi kot), so diorg duduk bilik je, family photo pun tak dpt kumpul sumer gak. memang susah nk kumpul sume skali.

yg byk jadik mastermind utk family day ni ialah, my 3rd brudder, yang.
pasni nak buat lagi...yeay.

dinner kat sepang gold coast. anak2 ateh panggil kerang tu 'siput'



selebret birthday family member yg lahir december - january


mereka nampak comel aje dlm gambar ini

mereka ini pun nmpk sgt comel dlm gambar ini




ramai cam hari sukan sekolah. dah besor dah family zainal & munah nih


"weih gigi palsu mane ade dalam list treasure hunt nih!" (family suhana menang game ni. semua sbb ayahsyamiel berjaye jumpe duit 5 sen tahun 1994. rupenye item itu paling tinggi markah)

beramai2. tapi bukan semua. ade 3-4 org tgh tidur kat bilik.


lepas check-out, kite pegi makan kat tepi laut pulak. sini lagi puas n sedap.

Wednesday, December 24, 2008

gian karok

tibe2 rase gian nak berkarok.

mebi sebab hujan dah lame tak turun.

skrg kat opis baru ni takde (belum ada/belum create) geng karok.

tringat zaman kat opis lama.

dulu2 ngan jajad. tapi setakat kat studio opis aje.

pastu kat mmsc la. setakat kat mines pun bolela. bilik bole masuk 6-7 orang.
selalu pegi ngan cdot (minah ni kalo nyanyi serius rase cam dengar radio, dia boleh nyanyi lagu anuar zain dengan sangat powerful. kalo nanti anuar zain ajak duet, jgn lupa jemput aku jadi backup singer pon jadilaa), fiffy, adda, n few others.
waktu standard: masuk waktu jumaat. kadang2 lunchtime ari kamis pun pegi gak. pastu masuk opis pukul 3. pastu kantoi ngan big boss yg taklah big sgt saiznye. >:)

pastu kene keje kat tempat client kat mara. geng baru plak.
location: redbox sogo. bilik 6-7 org gak. leh dpt makan mihun goreng sedap pastu leh refill air ngan kepek2 kat luar.
waktu standard masih waktu jumaat.
ahli-ahli karok: jal, roha, dila mara (suara sebijik amy mastura). and penampilan istimewa mak mentua jal. rock sungguh auntie nih. dia la yg selalu dtg awal utk booking bilik.
nyanyian beramai2 paling best: lagu zombie - cranberries.

eh, sebelum tu mase outstation ke terengganu pun kitorg rajin karok. itu ajela aktiviti riadah paling sehat sekali di sane. geng2 karok: roha & cdot dan juge mereka-mereka yang menetap kat terengganu (memang takde kata ganda 'mereka-mereka' sbb 'mereka' tu dah ramai, tapi aku tengok kat tv makin berleluasa org guna ayat ni, especially afdlin shauki) . bilik karok kat sana lagi besar, leh muat 12 org kot, tp tak secantik kat kl la. tapi nama tempat tu 'pusat latihan vokal'. nampak lebih sopan kot.

jom karok!

Monday, December 22, 2008

berjalan ke pantry sebelah

dept kitorg takde pantry.

so kene masuk dept sebelah punye pantry kalo nak basuh tangan.

masuk2, tengok diorg tgh makan. bau megi kari punyela kuat. sedapp.

sz: wah makan megi.....
akak dept sebelah: megi la, duit bonus dah buat beli buku anak
akak 2: ye la, yuran dah berapa, buku lagi, buku rujukan lagi. yuran upsr rm300 lebih.

bia betul yuran upsr 300 lebih! aku dulu upsr rm5 aje. baru 15 tahun lepas je.

tingat zaman nak upsr dulu. aku mintak rm5 kat bapak buat bayo yuran upsr. pastu abang aku no 3 dengar pastu bagi duit rm5 pastu cakap "nah, yang (kitorg panggil dia yang) bayarkan. kalau ko tak jadik doktor, bayar balik."

huhu skrg aku cumelah pegawai cabuk. tak amik medik pun. caner nak amik, bio tak dpt kredit.

tapi aku belum bayo lagi rm5 abg aku tu. aritu aku ingat nak bayar balik. tapi terpikir balik, kalo aku buat phd, aku tak perlu bayo kan....

tapi bile tu....

hum....

nak berangan sat....

Friday, December 19, 2008

birthday cakes


18 december kat opis. sedap kek nih.


21 dec 2008 - kat umah. celebrate bersame hazman.


aman & acu



aman & acu lagi



ini celebrate jam 1am 25 dec 2008 kat bagan lalang. waktu family day. konon nak tulis nama semua family member yg lahir dec-jan. tapi siyes tak paham ape yg ditulis atas kek.

celebrating befdei with my in-laws

semakin tua, birthdays semakin tak rasa pape je, kan?

tak seseronok macam mase kecik2 dulu.

rasa sangat biasa.

kali ni mertua2 datang kl.

yeay syamiel dpt jumpe atuk n wan yg dia jarang2 dapat jumpe.

wan syamiel tak pernah pegi ikea. kat jb takde.

so kita bawak jalan ke situ.

makan kat pasar ikan man & hattan.


kenapa eja 'ingapore' ek?

Tuesday, December 16, 2008

nice try


boleh minta somebody else tolong baling kasut sekali lagi. this time, takmo sipi2, kasi kena tepat terus.

Monday, December 15, 2008

takziah to farhad & family

takziah to farhad atas pemergian bapanya.

semoga roh arwah dicucuri rahmat. aminn....

Sunday, December 14, 2008

double wedding @ klang

huhu dah lame tak tengok penganten bersanding 4 org.

dalam family, my first & 2nd bro (1990).

last year, atique's wedding kat melaka. sanding ngan adik dia.

me & my sister's wedding sama taun, 2007, tapi tak sekali. takmola, nanti pelamin runtuh. semua besor2.


ini wedding adik-adik ipar kepada my bro, azlan a.k.a. ateh.

ateh cuba membuktikan dia lebih hensem dari mufti perak :p

Saturday, December 13, 2008

aktiviti ari sabtu

pagi: miting kat data centre heitech padu, bkt jelutong shah alam.



tghari: dila's wedding kat melawati.

hihi dila da tawen....






petang: jal's house warming @ kajang.


gambar dicurik dari blog jal.






malam: fatin's khatam quran @ klang.



kat belakang tu pelamin utk fatin's uncles' double wedding




terer la awak dajah 4 dah khatam! syamiel pon nak ikut cam kakak fatin.

Tuesday, December 9, 2008

shopping - a great therapy!

kami bercuti pada ari raye aidiladha yg ke-2.

antar syamiel ke nursery, pastu...it's soping time!

syamiel dpt 5 pasang baju tidur baru
ayah syamiel dapat byk baju baru jugak
mama syamiel plan nak carik selipar ipanema baru. tapi terbeli yg ni pulak. saje nak test kasut selesa ni masih selesa ke bila tinggi dia 3 inci? huhuhu....

Friday, December 5, 2008

who cares - sue's version

baru pas baca kak ain's entry pasal a nice stranger who offered an umbrella to her.

it reminded me of one situation happened to me about 2 years ago, kot.

dah apply cuti, isnin. sbb nak turun jb, fitting baju nak kawen. so sabtu turun jb, plan nak balik kl isnin la sbb cuti dah approved.

tapi bos suh dtg opis ari ahad. no choice, kene balik kl jugak. oh ye, pegi jb naik keta. tapi balik kl terpakse balik sorg sbb mase tu belum pandai nak drive long-distance lagik. pastu fiance mase tu takleh ikut balik jugak sbb ahad tu dia kene bawak best fren dia bertunang.

huh balik kl naik bas? demi kerja, boleh je lah.

sampai kl, kene naik LRT gi bank negara. nak naik komuter dari situ ke seri kembangan.

dah lama tak naik public transport nih. sekali naik tiga jenis terus.

mase kat komuter, biasala kelam kabut sikit, so tak reti2 nak sediakan duit kecik dulu. kan dah lama tak naik pablik transport.

so nak la bayar komuter ngan note RM50. pastu org jaga kaunter tu kata dia takde pecah. pastu suruh tunggu sampai dia ada duit pecah.

kat belakang q panjang. so bagila way kat diorg potong q sampai org tu dpt duit tukar. rase nak tanya abg tu 'agak2 taun depan awk boleh dapat kumpul tak duit balance tuk saye nih?'

so berdiri je la tepi kaunter tu dgn poyonye. nak beli jajan/gula2 kat situ, takde org jual2 plak.

tetibe ade sorg pompuan umur about 20s kot tanye "awak nak saye bayarkan guna duit saya tak?" aku mcm terkejut la kan. dlm ati ckp 'laa ade lagi org baik camni kat dunia ni'. tgh terkejut lagi, aku pun jwb "takpe ke?". dia kata takpe n terus bayarkan rm2 kat kaunter.

pastu kitorg jalan same2 tunggu tren. tak ingat dah borak pasal apa. rasenye ade mintak fon number dia sbb nak bayar balik tp dia kata takpe.

kepada awak itu, saye suke org cam awak. & jika saye berada dlm kasut awk, saya pun akan offer bantuan kat org lain mcm yg awk buat kat saya.

Wednesday, December 3, 2008

new layout

sangat kekok menggunakan blog sendiri.

nak sign in pun tak jumpe kat mane.

kene masuk blogger dulu baru leh sign in.

alamak shoutbox ilang pulak.

abis ilang msg2 yg kwn dok antar byk2 (byk ke?)

pastu list of links takleh sort by last blog updated.

alaa susahla nak tau kawan mane paling baru apdet blog.

ermm mesti ade care nih.

kene godek2 lagi.

ah guna stendet layout kan senang.

tapi cam kiut je yg ni.

try je ah dulu.

Sunday, November 30, 2008

MMSC YEP2008

backdated entry lagi. huhu aritu malas nak tulis.



30 november 2008: mmsc alumni year-end-party 2008.

huhu cam weird plak tempat kerja pun ade alumni. mcm skolah plak. tapi maksud alumni ialah 'plural of alumnus'. maksud alumnus pulak ialah
1. a graduate or former student of a specific school, college, or university.
2. a former associate, employee, member, or the like.

so according to description #2 tu betullah kan boleh guna gak perkataan alumni utk kes ni. huhu....

thanks to myself (haha poyo tak) for the initiative to create the mmscians yahoogroup. alhamdulillah berjaya gak kumpul kawan2 from mmsc. yg tak pernah jumpe pun ada. once an mmscians, always an mmscians (seperti pernah ku dengar ayat ni, sori pyan, aku curik ayat skolah ko).

i have to admit, aku suke keje kat mmsc. walaupun mule2 dulu aku agak tak suke, tapi aku suke kawan2 kat situ. tp out of +-200 staff, skrg dah tinggal bape kerat je org kat situ kot.

ok, sambung cite pasal yep 2008. the idea to have a gathering ni dtg dari keerk. pastu fly masuk cerita. diorg berdua ni lah pegi carik location etc etc. pastu kak has tolong lagi with da food. suhana tlg sikit2 je.

on the day itself, walaupun agak kelam kabut sbb committee tak ramai, tapi kire ok lahh kan. what do u expect (ini ayat farhad mase kat mara), org semua bz. ramai bz ngan babies n kids lah. aku pun tak dpt tolong fly n kerk. antar wakil je lah tlg bakar bbq (thanks to ayah syamiel). n thanks to sharen jugak (wife kerk).

to people yg bwk makanan, thanks! (jal, muza, ita & fifi)'s baker's cottage cake mmg kelass, roha's cupcakes sgt comeil, sal's sandwiches sedap, yatie's cake tak sempat nak rasa, n macam-macam lagi.

to aleeya(anak fly), thanks sbb main ngan syamiel.

to fuza(wife pajoe), thanks sbb pegang syamiel masa mama dia bz.

n thanks pd semua yg dtg! lenkali kite buat lagi ek!

eh lupa lagi satu mende penting, mintak maaf atas segala kekurangan, keoveran, kesilapan & kesalahan ek....

without flash.


with flash. gambar tak cantek. cuaca gelap dah nak senja + kamera cap ayam.

Friday, November 28, 2008

thanks! but no thanks.


saye sangat terganggu dengan email2 sebegini.

btw thanks! cuma saye tak rajin nak masuk.

tapi saye tak salahkan kawan2 yg menyelect nama saye. itu menunjukkan mereke sayang saye (jal, i love u too). cuma bile semua org select dari semua nama dlm address book mereka, apekah inbox saye akan meletup? dan inbox kawan2 mereka yg lain juge?

kechiwa

disappointed 
/ˌdɪsəˈpɔɪntɪd/[dis-uh-poin-tid]
1. depressed or discouraged by the failure of one's hopes or expectations: a disappointed suitor.
2. Obsolete. inadequately appointed; ill-equipped.

Wednesday, November 26, 2008

no more rudy in the morning


starting this december... :-(
or is this just another gotcha joke? tapi jj kata tak.

Friday, November 21, 2008

abg aku ckp la kan...

aku ade ramai abg.

sorg abg aku ni kan, dia ade bagi tips la.

"kalo nak gi meeting ke presentation ke yg ade kemungkinan nak kena marah dgn bos, pakai baju kaler pink. sbb ade research kata baju kaler pink boleh buatkan org tak jadi nak marah kita."

aku tak sempat la plak nak google pasal research ni betul ke tak.

abg aku kata dia praktikkan la jugak. dia kata so far, kalo dia ade meeting ke, bila pakai baju pink, meeting smooth aje. tak kene mara pon. hehe nak imejin kejap abg aku yg besor n tinggi n gelap n botak n macho pastu pakai kemeja pink. so sweet. hehe....

so mari kita wat collection baju pink yek kawan2.

Thursday, November 20, 2008

bz bz bz

aku rindu nak apdet blog....

tapi tak sompek lahhh!

setakat ayat pendek2 gini sempatlah...

ok nak sambung keje.

Thursday, November 13, 2008

hiccups

penat la asik hiccup...

ade lam setengah jam lak tu.

seb baik dok dlm bilik je arini.

Monday, November 10, 2008

nanti yek

byk bizilah sikarang.

later2 lah i'll update.

;-)

Wednesday, October 29, 2008

buletin utama

di satu malam, waktu prime time,

baby dah tido.

si suami dan isterinye menonton buletin utama kat tv sambil melipat baju (wah...very cliche)....

isteri: apsal sumer cite2 ganas + jahat + tak hengat ni? baby kene culik, tuan rumah kene tetak ngan penyamun, orang baik mati sebab kene tolak mase nak kejar org ragut henbeg?

suami: senang je, sebab takde berita politik....

isteri: a'ah jugak ek....

hurm....kesian kat org jahat kan? bila politician kite ade macam2 isu n gado sana-sini, takde chance la org jahat ni nak masuk buletin utama.

Sunday, October 26, 2008

6 rumahs

huhu plan utk pegi ke 5 open house & 1 wedding arini berjaye.

1. desa pinggiran putra (opismet) - kakjem, sedap ah gulai tempoyak!

2. bdr seri putra (nak dekat nilai) (ex-boss mase kat mmsc) - wah kak ain ku suda kawen!

3. tmn maju jaya, cheras (zack, klasmet kat sah alam) - ala hariz tido. syamiel terpakse kawan ngan uncle2 ngan auntie2 aje. tapi byk dpt duit raye. hehe....

4. tmn kosas, ampang (shima, opismet hasben saye) - nasik lemak di jamuan raye? best! (idea dtg dari hasben saye)

5. kg baru (yus, geng metrik) - best jumpe geng lame. pdn muke buah kene buli. huhu....

6. shah alam (cousin hasben saye) - cantik rumah awak!

huhu penat. kenyang. sib baik syamiel maintain happy n sengih manjang.

Saturday, October 25, 2008

raya n wedding

siang - umah bos ayah syamiel.

pastu, gi putrajaya, lg satu open house, selalunye berjanji ngan opismet, tp kali ni, cam malas nak berjanji, bukan dpt jumpe pun kalo berjanji pun.

sampai2, sunyi je, ketuk2. "sue...diorg tak bgtau ke...." (gua dah "alamak...tak jadi ker?")
"a'ah tak jadi...injured ni. terpeleot mase main badminton. saye ade email awak" (ye. email gua selalu buat org konpius. sbb ramai main antar aje ikut nama betul. nanti masuk inbox org lain).

huh!

malam: kg pengantin, ampang. wedding paksu. geng kat sah alam dulu. wah geren!

Thursday, October 23, 2008

berangan

last 2 weeks, pernah bermimpi kene outstation ke brunei. mmg rasa real je mimpi tu.

pastu 2-3 ari pastu, kene pegi miri. dekat je lah border dua2 tempat tuh.

so nak mimpi dihantar outstation ke brussels lah, nanti dapat pegi paris! ;-)

tapi kene ade byk uang, so bolehla bwk family sekali. hehehe....

best kan berangan?

Tuesday, October 21, 2008

panic day

ekceli dari smlm syamiel mengalami constipation yg teruk. sian dia. sangat2 kesian.

semalam tak dtg keje. takkan arini nak cuti lagi. cuti pun dah byk abes.

so arini datang keje.

tapi ati byk susah.

mase makan ingat dia.

mase miting ingat dia.

tak sabar nak balik.

auntie kat nursery call ckp tak baik lagi.

makin risau.

nak balik cepat, n bawak jupe dokte lagi. nak ckp "doc, ape ni, ubat smlm tak berkesan pon?"

tapi atas nasihat ayah syamiel yg hensem, "jom kita try bagi prune juice dulu kat dia. kalau tak ok, esok baru gi klinik."

mama syamiel sebe salah. tapi sian kat syamiel. tapi gi tesco, beli.

balik umah, bagi minum.

wahh...terus berkesan.

syamiel, jom tukar diaper.


heinz baby juice. disarankan oleh saya. dapatkan perisa 'apple & prune'.

open office

japgi saye nak gi open house raya utk department saye.

tapi kene bayar rm30. apekah?!

n unit kitorg kene bawak soto.

tong2 lagi. rm10.

saye bukan berkira.

tapi bile dikira, erm cam mahal jek utk jamuan raya.

pasni saya nak makan banyak.

Monday, October 20, 2008

beraya di umah ateh

plan to beraya at ateh's house tonite.

sampai umah, makan kueh raya, pastu kua balik.

oo nak banje kat sri ayutthaya taipan rupenye. sempena birthday kak aida.

tengkiu2 n hepi besday to kak aida. hope long age, cheap money (direct translation).

syamiel kesejukan




dragon fruit juice. tak sodap! tapi food lain sedappp! air semua out. manis semacam.

kl

yey balik.



midnite: yey dah sampai kl.

Saturday, October 18, 2008

oh kl

rindu la kat syamiel.

rindu la kat ayah syamiel (sorry beb, aku tak pernah jiwang kat blog. sekali-sekala ok la kan :-D ).

yey esok malam balik kl.

Friday, October 17, 2008

meeree (bukan meru ye)

hurm cam takde ape nak buat n takde interesting place nak pegi jek.

seb baik tak dilahirkan kat sini.

mesti boring.

Thursday, October 16, 2008

miri

huh kene gak pegi.

sian syamiel kene tinggal.

sian ayah syamiel kene tinggal.

tapi kene tinggal 3 hari je oke.

gonna miss them.

tak sabo nak balik kl.

tapi nak bercerita kejap. pegi sini dengan kasturi. nama betul dia kasturi a/p apa tak sure la plak. pastu tadi siang dia call travel agent kitorg utk tanye pasal flight.

kasturi: hello, ini travel agent ke?

travel agent staff: ye. ini nur kasturi travel agent.

kasturi: saya nak tanya pasal penerbangan saya.

travel agent staff: nama cik?

kasturi: kasturi.

travel agent staff: yeee...ini kasturi travel.

kasturi: bukan bang, nama saya ialah kasturi.

travel agent staff tu tadi konpiden je. pastu gelak n malu. haha.

Monday, October 13, 2008

takmo pegi!

arini masuk opis, dapat surat ade keje kat miri this weekend. pastu ade tulis tangan kat bawah tu, "pn. suhana, sila hadir dan sediakan bahan promosi".

arghh takmo pegi miri. nak kena tinggalkan syamiel 3 malam? arghhh....

pastu tak dpt pegi open house nursery syamiel sabtu ni? arghhh....

pastu tak dpt gi open house erni juge.

dan juge open house fathil.

:-(

Saturday, October 11, 2008

raya ke-11

ari ni kite gi raye umah kakpi. atau nama betulnye zafirah bt dato' hj dollah. nak kawen dah budak kecik ni. mase kawan ngn dia dulu, taktau pun nama penuh bapak dia tu. 2 taun lepas je baru tau. mase nak gi raya umah. guard kat kondo tu yg sebut nama tu. mase raya umah dia tu, kitorg (su & bakal tunangnye, fadzli), siap dapat duit raya lagi sorg 10 inggit. padahal mase tu umo dah 24taun. huhu.
sampai2 umah kakpi, kitorg pun masuk umah dulu nak carik pengantin. biasenye time ni (1pm) pengantin pompuan mesti tgh kat bilek la kan dok mekap ke, amik2 gamba ke, salam2 ke sementara tunggu pengantin laki sampai.
masuk umah, tanye org. bilik pengantin mane. kat atas. ok nak naik atas. kat tangga. tanya org lagi. kakpi ada kat bilik kat atas ye? "kakpi? kakpi ade kat dapur." aik? apa penganten bwat kat dapo? masuk dapur. nmpk kakpi. "haaaaiii suuu....datang jugak ye. thanks for kaming" sambil peluk2 cium2. "ni apehal penganten dok dapo ni" "kite haus la...nak minum air". hisy kakpi ni, dah kawen pon cam budak2 lagi. order je la air dari dlm bilik. mesti org bagi punye. hehe.


kakpi dlm baju nikah dia pagi tadi.



pastu kakpi pun ajak kitorg mkn. "jom duduk mkn kat luar. kite pun nak ikut. kita nak minum air mata kucing." wow...spesel air kenduri sini. air mata kucinggg. i loike....!

kakpi masih duduk2 n borak2 ngn kite smpi kul 2. "wei kakpi, pegila siap cepat, nak sanding kul 2 kan? "ala...sempat punye, akak tu kata mekap muka kite kejap je". sekati la.

so kitorg pun mkn. lauk yg dihidangkan: beriani sedap. ayam merah. dalca. sayo. kambing masak beriani. kambing masak merah. ye. ade 2 lauk kambing. mak kakpi nak jugak order lauk ikut selera dia.

masa mkn. kitorg duduk semeja ngan org2 bisnes. asik cite pasal saham turun naik. mane patut beli. mane tak patut beli. rugi berapa. untung berapa. taktau nak menyampuk ape. senyum n dengar je.

ade sorg pakcik tu, mase dia start makan kan, dia bukak dulu satu plastik kecik. dlm plastik tu de botol2 cam ubat liquid. pastu dia tuang isi botol kaler hitam kat dlm nasik n lauk dia. pastu dok explain kat kitorg. "this is kicap. i always bring kicap with me wherever i go. because sometimes they served the sweet kicap. but for me, i prefer the salty one." fuyyo first time jumpe org yg bwk kicap ke mane2.

kat sebelah kiri tu la pakcik kicap. plastik putih tu plastik kicap dia.

lepas wedding kakpi, kite berjalan raye umah kawan ayah. n mlmnye raye kat umah jiran2 mertua. sempat raye umah abg ipin, kawan ateh(my bro) mase kat us dulu. tapi tak ingat lak ape nama wife dia. upin kot? so bolela jadi upin dan ipin.

ps: kan cerita 'upin &? ipin' kat tv tu kan, kalau si ipin tu nama penuh dia 'arifin', bistu rasenye apa nama penuh upin ek? 'arufin' ke?

Friday, October 10, 2008

raya ke-10

balik jb.


aritu balik kampung moyang syamiel. skrg balik umah atuk wan syamiel.


terpaksa miss jamuan raya kat opis. huh.


before bertolak ke jb, singgah ikea jap, nak beli adiah kawen.


kite pegi jb time ni juge kerana ade wedding kakpi, one of my bes fren kat kurniawan. dan bes fren jb juge. tp diorg sallu bergadoh. hehe.



kat ikea, first time parking kat parking lot yg ada sign camni. rasa cam dah dewasa lak. huhu.

Saturday, October 4, 2008

raye ke-4

Raye keempat, kita gi perak pulak. My cousin’s wedding. Letih.

Friday, October 3, 2008

raye ke-3

Raya ketiga, kite balik kl. Sampai kl petang. Setelkan baju2 sikit, rasa nak beraya. Tapi taktau nak beraya kat mana. So siapkan je syamiel kasi hensem2, pastu kol my sis yg dok kat gombak umah mentua dia.

syamiel dah ready nak raye kat umah achik. Nak mintak duit raye dari acik.

Fuh best mkn kat umah acik n pokcik ejedcatering ni. Ade mihun goreng spore, ade black pepper sausage, ade karipap, ade samosa. Padahal yg mkn kitorg berdua aje.

Pastu bapak abg ejed borak ngn kitorg, “hurm...taktaula menantuk pakcik ni (my sis), kucing takot, cicak takot, rama2 takot, semua takot”. Padahal adik dia ni pun sama gak pakcik! Hehehehe....

Wednesday, October 1, 2008

1 syawal

Selamat beraya. This year, mcm last year, n mebi utk tahun2 akan datang juge, kite beraya pusing2 malaysia. Pagi raya kat cheras.

Cuma 4 beradik & family masing2 dpt kumpul kat umah pak zainal n mak munah di pagi raya taun ni. 3 beradik lagi datang di petang raya. 1 family lagi….raye aji nanti baru balik kot. Insya allah.

ini family kami. Raye taun lepas gambar berdua. Raya this year gambar bertiga. ;-)

Tgharinye, kite cepat2 bertolak ke neg 9 plak. Nak gi umah moyang2 syamiel. Around 3pm++, kita pun sampai.

syamiel cube menahan diri dari termenangis sbb first time jumpa moyang. Tapi memula je nangis, pastu dah ok dah, sbb toknyang rajin pegang syamiel. ;-)

First time nih mamasyamiel tido kat kampung since berbelas tahun lepas. B4 nih, mase skolah rendah dulu2 kot? Mase atuk n opah kepada mamasyamiel ade lagi. Skrg dah takde, so dah berbelas tahun la taman minang, cheras, jadi kampung kitorg.

Seram gak nak tidur kampung, byk ayam. Hehe. Kalau ayam dah siap jadi kfc, best la. Tapi ayam hidup2 yg besar2 dok lalu n lari2 tepi kita, takoot arr. Sib baik kucing takde. Tapi kat umah sedara-mara, gile banyak kucing. Ye. Aku nyer fear factor terhadap binatang sangat tinggi. Pastu my sis-in-law menambah cerita kat bilik air ade katak plak. Uish lagi la takut. Tapi dah masuk mandi, ok je. Takde lak katak kacau. Sib baiiikkkk.

Tapi best mandi kat kampung ni. Air sejoook wooo. Best. Tapi syamiel la tak suke. Hehehe.... dia dah kenal dah bilik air kat kampung, masuk aje, dah menjerit2 takot air. So kat kampung, terpaksa la lap aje dia ngan air suam. Nak mandi kat bilik air ngan air suam pun dia taknak sbb fobia ngan bilik air tu.

Raya kat kampung ni, ibu ngan ayah pun bawak la kitorg raya umah SEMUA sedara-mara. Ye. Semua. Satu umah dlm 20-30mins. Semua sedara2 are nice & friendly. Aku pun cam kene kontrol baik je. Ihik. Tapi bile ade gangguan kucing tu terpakse ar tak kontrol kan.

Masuk malam ke-2 kat kampung, dah rasa ok dah. Pasni tak takut dah kot nak tido kat kampung. :-D

Friday, September 26, 2008

iftar @ johnnys

Lagi 4 hari nak abes pose, baru sempat nak bwk my parents gi buke pose kat luar. Kali ni rasa nak gi johnnys sbb rasenye my parents tak pernah mkn sini.




Nmpk seronok gak mereka dpt buke kat luar.



Esok ngah nak bwk gi buke kat kde plak. Hehehe....

ramadhan entry

selamat berpose semua. huhu dah nak raya dah baru nak wish.

ramadhan kali ni byk gak dugaan. tak pernah2 kene gastrik mase pose, this year kene gastrik dua ari berturut2. sakit woo. pastu kene bayar duit klinik sendiri lak tuh. b4 nih syiok aje asal sakit gi klinik panel. skrg keje gomen mane ade panel dah. nak panel pegi klinik kerajaan la. malas ah klinik kerajaan, unless terpakse baru pegi.

pastu syamiel lak kene cikenpox. padahal auntie nursery dia kata syamiel cume berselisih sekali je ngan kawan nursery syamiel yg kene cikenpox pastu kawan dia tu tak dtg nursery dah. tapi takpe la, at least syamiel takyah takut nak jumpe org yg kene cikenpox lagi pasni. sbb dia dah immuned. hope so.

skrg ni dah nak baik. arini last day keje before cuti raya. keje sehari je arini. before nih cuti 5 ari jaga syamiel. tapi arini takde sape nak jaga dia. so ayah bawak dia gi opis. tapi nangis lak takmo org. ayah nak kene keje luar plak petang. so petang mama dia jaga. kat opis jugak. kat sini pun dia dah tak mesra ngan org lain sgt cam last time dia dtg sini. aritu dtg sini terkekek2 gelak bile jumpa sesapa pon. tapi skrg dia nak ngan uncle fathil ngan uncle non je. hehe auntie2 pun dia nak gak tapi lambat sket kot. heheh. tapi gelak2 n sengih2 still ade. skrg ni dia tgh tidur kat bawah meja belakang mama dia. hehe....

percubaan utk mengcover kesan chickenpox di muka.

lepas taip ni, pusing belakang, dia dah tak tidur dah, tapi dia dah takde kat atas tilam, tapi rupenye kat bawah tilam dia. camane boleh tebalik ni? konpius2. konon2 nak nyorok la tuh!
eh rasa cam tulis diari plak.

selamat bercuti.

selamat beraya.

Sunday, August 31, 2008

jalan2 cari makan: rasa - the coast - ikea

happy birthday to my hasben!

n hepi bethday to malaysia too.
arini kite nak mkn lagi. tapi cam kebetulan lak, esok nak puasa, 2 weekend ni asik makan byk aje.

nak mkn kat mane ek arini?

mkn kat the coast pun ok gak kan?


ok gak tu mama! syamiel sokong!


nak gi mkn kat the coast. tapi tutup lagi. aik...kul 12pm lom bukak lagi?? staff dia kat situ ckp kul 12.45 baru bukak.

so jalan2 dulu gi rasa. makan waffle kat situ.


1pm, kite pun gi the coast. yey.




hurm...takde org pun??




cheese nachos



buffalo wings



volcano ribeye steak kot?


macho chicken


food kat sini, erm...3.5 star kot.

pastu kite gi ikea plak. sbb ade kawan jb datang dari jb teringin nak mkn meatballs kat situ. diorg ni pengantin baru. tapi dua2 order makan tak byk pun. kitorang yg lebih byk mkn. hehehe....


wajib makan: daim cake


meatballs. yummy!

Related Posts with Thumbnails