Friday, January 30, 2009

100th entry

sempena dengan entry yg ke-100, aku hadiahkan 100 facts mengarut utk korang bace sampai muntah. padan muke korang. muahahaha. taknak bace pun takpe. buang mase je bace.

1. aku lahir kat hospital besar kl. tapi bile aku dah umur 20-an baru aku tau kat mane location hospital tu. oo skrg dah takde nama 'besar' kat hospital tu.

2. masalah aku mase kecik dulu ialah nak sebut huruf 'R'. patutla tak dpt jadik pengacara 3R.

3. baju first yg aku pakai mase first day pegi kelas mengaji muqaddam darjah 1 dulu ialah baju kurung cotton bunge2 warna kuning.

4. dulu2 mase kecik, baju budak2 pade waktu malam ialah baju melayu & baju kurung.

5. aku da kenal ayahsyamiel selama dekat 10 taun. tapi kami masing2 tak ingat bilekah kali pertama kami bertemu.

6. selain nama betul, kawan2 ayahsyamiel juge memanggilnye jb.

7. jb boleh gelak bunyi sebijik cam jj hitz punye gelak besar.

8. aku takde nickname lain selain nama betul dan singkatan nama betul. bowing.

9. kalau drive sorang2, aku suke nyanyi kuat2. lantakla org kat kete sebelah nak kate ape.

10. makanan yg mengandungi garlic sangat menarik minat aku.

11. dan juge yg ade black pepper.

12. semua budak2 80-an mesti suke lagu 'beat it' maikel jeksen. sile jgn tak ngaku.

13. rancangan tv wajib tonton kalau cuti pada weekdays ialah ellen degeneres show.

14. kenape ellen takde mase weekends?

15. aku ialah seorang yg akan makan sampai licin pinggan tak kirela sedap ke tak. tengah ade selera makan ke tak. biasenye berselera aje.

16. aku ialah seorg yg pakai seat belt punye orang.

17. tapi aku tak suke pakai seat belt kat seat belakang. tapi terpakse gak la kan. nanti kene saman.

18. tajuk feveret matematik darjah 6 ialah Purata.

19. aku + subjek kimia = takde kimia. walaupun en yamin yg ajar subjek tu mase metrik, aku tetap tak minat kimia. hehe....

20. aku ingatkan dr. mahathir akan pakai no. registration kereta WAW2020 rupenye tak.

21. kadang2 aku juge menjadi tipikal malaysian yg suke tengok realiti tv. hehe....

22. dalam semua realiti tv kat mesia ni, ade dua org yg aku tunggu2 nak tengok performance diorg tiap2 minggu, iaitu faizal tahir & nabil raja lawak 2.

23. tapi mengapakah nabil berlakon cerita director perasan prof tp kualiti cerita cam #!#~^@! itu?

24. aku suke cakap "betul betul betul..." sebelum upin & ipin ckp camtu.

25. aku bukan bawak tisu dalam henbeg punya orang.

26. tapi bila dah ade baby ni, tisu, baby wipes, diaper semue boleh bwk masuk henbeg.

27. dulu aku suke friendster.

28. skrg aku lagi selalu bukak facebook.

29. tapi aku cume masuk myspace aku dalam 2-3 kali aje kot. paswed pun dah tak ingat.

30. ok. myspace utk budak skolah, friendster utk budak u, facebook utk org tua?

31. aku dah tua?

32. taklah. anak sedare aku kicik2 pun layan facebook.

33. aku minat david beckham sebelum dia start femes. tapi rupenye lepas2 tu semue org suke dia. boringlah.

34. beckham pernah pakai jersey salah eja nama dia 'BECKAM' . haha. mase tu dia mude lagi dan belum berkuasa. mesti tak berani nak marah org yg buat baju dia.

35. hanya dawai kokot brand max aje yg boleh menyetaple dengan baik. dawai kokot brand lain nak staple 7-8 helai kertas aje pun dah boleh lembik.

36. stapler max pun bagus juge.

37. aku suke minum air suam.

38. tapi org suke cakap order air suam sbb nak jage suara.

39. lately, aku mempunyai perangai suke pegi warehouse sale tapi beli tahpape. ataupun menghabiskan duit minyak semata2 nak pegi tengok tapi tak beli ape2. tapi ade gak yg beli barang best.

40. zaman metrik adalah zaman belajar paling best.

41. karen wong adelah kawan skolah rendah yg suke bagi hadiah.

42. ape saje makanan yg ade almond, aku suke.

43. ok aku masih tak faham sepenuhnye macamane nak kira dalam setahun ade 365 1/4 hari.

44. kesian zati, dia lahir 29 februari, mesti lagi susah nak faham.

45. aku tak suke jika budak kecik tanye soalan yg aku taktau nak jawab.

46. semua soalan pun aku tak suke.

47. aku tak suke lipat baju.

48. aku suke tido waktu hujan lebat.

49. driving ketika mengantuk sangat susah dan bahaye.

50. aku suke coklat.

51. aku tak suke siti. bukan sebab jeles tapi sebab dia poyo.

52. aku tidak dilahirkan utk bermain boling.

53. saye tak perlukan gps sbb ade ayahsyamiel. dia adelah gps saye.

54. ayahsyamiel pun mcm gps jugak kene update map . so kalau ade hiway baru bukak, kitorg kene pegi keluar tgh2 malam2 utk ayahsyamiel download jalan baru tu.

55. tapi henfon saye perlu ade kredit utk mengekol gps saye sekirenye saye memandu bersendirian.

56. dulu2 aku eager sangat nak naik kapatebang tapi skrg dah tak bape suke naik kapatebang sbb macam takot. huhu.

57. selase lepas gas kat umah abis.

58. bile gas abis, kitorg kol pasar mini husin suh dtg hantar gas.

59. selepas bagi alamat umah bagai, husin tu tanye lak boleh hantar gas kecik tak sbb yg besar da abes. kitorg ok aje. pastu? dia masih belum sampai sampai skrg. dapur dah lame tak berasap.

60. lapar la.

61. kalau kurt cobain tak bunuh diri, cemane agaknye nirvana skrg ek?

62. mungkin foo fighters tak wujud jika kurt cobain masih hidup.

63. kat opis ni ade sorang budak baru masuk.

64. budak baru tu org penang.

65. aku tak reti bace komik.

66. mase umur 10 tahun, aku dah jadik auntie kepada amirul.

67. aku berazam nak buli amirul seperti mana aku dibuli abang dan kakak, tapi nampaknye amirul pun buli aku juge.

68. hahaha skrg syamiel pulak buli amirul. karma.

69. aku tak reti tengok drama korea dan yg seangkatan dgnnye.

70. aku tak pernah isap rokok. dan tak suke berada di tepi org yg isap rokok.

71. aku sgt layan the beatles.

72. hopefully dapat berjalan ke kampung the beatles di liverpool.

73. mesti ayahsyamiel pun suke kalo dapat gi liverpool kan? ;)

74. aku pernah gi tengok wayang cite planet of the apes bersama suya, ayahsyamiel, hazly, buah, shameer dll (kaykay aku tak sure ko ade ke tak) tapi aku dan suya kuar dari wayang sbb cerita tu bosan nak mampus pastu gi window shopping lepas puas window shopping pastu masuk balik tengok cite tu smpi abes.

75. sian ayahsyamiel terpakse tengok cite planet of the apes tu. rupenye dia pun bosan. kitorg ingatkan semua lelaki layan cerita tu so kitorg tak ajak dia. hehehe....

76. salah seorang dari apes dalam cite planet of the apes tu mcm muke janet jackson.

77. semua bengang ngan hazly sbb ajak tengok cite planet of the apes. huhu.

78. hazly janji nak bagi robot transformers kat syamiel.

79. aku taktau nak pegi reunion cbn 7 februari ni ke tak.

80. kenapa location reunion itu di tadika fatima? aku tidak bertadika di situ ok.

81. aku tak pernah masuk tadika tapi masuk darjah 1 aku periksa dapat no. 2. yg dapat no.1 ialah anak guru kelas. ok ini cerita berlagak. sile muntah.

82. aku tak pernah camping kat dlm hutan. setakat campfire dalam sekolah aje.

83. aritu macam minat nak tengok camp rock tapi skrg mcm dah tak jadi.

84. adekah aku terlalu tua utk minat the jonas brothers?

85. cite cj7 adelah bosan. sib baik tak tengok wayang. baru aje tengok cite tu kat tv mase cny.

86. aku suke programming tapi bila dah stucked aku dah tak suke. biasenye kenah atau kerk akan jadi mangsa utk aku bertanye apebile program aku tak jalan.

87. kali pertama aku fail sesuatu paper adalah paper add math mase form 4. mase tu rase cam tak dpt terima hakikat tapi lepas tu dah lali dah - fail addmath is nothing.

88. mase metrik ade 3 semester. aku merase dapat 1 pointer, 2 pointer dan 3 pointer. macam sengaje buat2 kan? hehe metrik kan zaman main2.

89. aku suke tengok adik muhammad baca quran dalam citer mari bertarannum. adik thaqif pun aku suke jugak.

90. aku hanye reti memasak bende2 simple dimple.

91. syamiel pakai beg simple dimple. cam beg lara croft. sile beli.

92. ramai ingat beg syamiel adalah beg laptop.

93. dulu2 aku tukar spek baru almost every year. tapi spek kaler pepel yg skrg ni dah 2 taun lebih aku pakai tapi ok lagi. tapi aku rase dah kene tukar power lain plak sbb mata aku nyer power sudah up.

94. astro tak patut siarkan episode yg dah basi. contohnye citer2 kat 8tv lebih dulu keluar pastu baru nak kuar kat star world.

95. dah la bayar astro memahal tapi tengok 8tv nyer cerita lagi baru.

96. sape2 org kaya di luar sana sila bukak company competitor astro. jgn bagi astro monopoly mesia ni. nanti blehla diorg fight bagi harga terendah. kita yg menang kan?

97. nombo celcom yg aku pakai skrg adalah nombor pertama yg aku beli mase harga simpack dia seratus lebih. aku masih setia ngan nombor ni. pernah pakai 2nd number tapi sekejap je.

98. aku dan ayahsyamiel adalah rakyat mesia yg sanggup renew MyKad mase mule2 MyKad diperkenalkan dulu. sanggup bayar rm20 sbb mase tu belum ada promotion free lagi. tapi kitorg tak dpt byk facilities dlm kad tu? patut ke tak patut?

99. aku suke stadi last minit.

100. 'ok sekian time kasih' adalah bukan fact. tapi sekarang saye telah meletakkan satu fact ke dalam nombo 100.

baru pasan

eh aku baru pasan,

ini entry yg ke-99?

wahhh....

byk gak ek?

walaupun cume mengarut2 aje dlm nih.

hihi.

Thursday, January 29, 2009

gaduh dgn cekgu

darjah 5 dulu aku gaduh ngan cikgu siti aminah:

aku : cikgu, mane satu betul? 'siapa nama awak?' ke atau 'apa nama awak?'
cikgu : yg betul ialah 'siapa nama awak?'.
aku : saye rase 'apa' yg betul, bukan 'siapa'.
cikgu : 'siapa'.

ok aku macam ngaku kalah sbb dia cekgu. aku cume budak dajah 5.

tapi aku masih tak puas ati.

aku tetap rasa 'apa nama awak' lebih betul.

'siapa' utk org. 'apa' utk benda.

mungkin cikgu nyer point guna 'siapa' tu betul sbb merefer kepada org, tapi pada aku soalan tu merefer kepada nama, bukan orang. 'apa' la betul.

ok aku nak jumpa cikgu tu skrg ckp camni:

"cikgu, kalo english, saye tak pernah dengar lak org cakap 'who is your name?' "

f.i.r.s.t

his first balloon




his first tooth.

Tuesday, January 27, 2009

cuti kat umah jee

perkara yg terjadik sepanjang bercuti:
"mama & ayah ni taknak bawak syamiel jalan gi mana2 ke? boring ah." terus syamiel tertido dlm walker. (first time tertido dalam walker)
"syamiel ni nak gi jalan2 ke? hurm...ayah ngan mama tak plan nak gi memane la cuti ni syamiel....ayah bz ni, dalam proses nak menjadik seorang art genius"
"lalala syamiel boringla cuti panjang tapi mama n ayah decide nak duduk kat umah aje. syamiel hisap tali ni lah!" (oh ye, syamiel dah tumbuh gigi!)
"yey akhirnye kuar jejalan. tapi setakat gi umah pakngah kat ampang je? hurm...bibik pak ngah ni bebetul mcm muke ellen degeneres lah." nanti2 mamasyamiel amik gamba yg lagi clear.
lain2 aktiviti:
ahad malam cny: 11.30pm - 1am : jalan2 tanpa arah tujuan. semata2 nak lari dari kemungkinan bunyi mercun yg kuat dekat area rumah.

Sunday, January 25, 2009

cny dan iklan tm

Happy new year to all my chinese frens!

Pernah tgk satu iklan cny kat tv?
1.mak dia asik membebel kat anak lelaki dia.
2.bapak dia asik tutup muke ngn sokkaba.
3.anak dia mcm malas nak buat apa2.
4.tetibe mase cny,anak dia jadi punctual pastu mcm dah jd berjaye.
5.ada 2 anak pompuan jiran dia cam nak tekel dia.
Ada sesape faham iklan ni tak? Aku rase sgt lost. Dahla rugi byk mase utk tgk iklan ni.
Oh ye,ini iklan tm.

Mlm ni, tlg jgn main mercun lame sgt pls.

Friday, January 23, 2009

bolakaki

-=mimpi=-

malam tadi mimpi pegi uk (haisy cerita mimpi lagi). mimpi tengok london bridge, pastu nak pegi wax museum tapi dah terjage plak.



-=realiti=-
tapi in real life, kalau dpt pegi uk, nak la dpt merasa tengok EPL live kat stadium. ayahsyamiel ckp "mane2 team main pun takpe, tapi lagi best dpt tengok fave team lah."

sebab ape kalau kat sana berani nak tengok bola kat stadium tapi kat mesia sendiri tak berani nak pegi stadium?
a. penonton stadium malaysia ni serabut. menakutkan. tak duduk diam. baling botol. pening. serabut. serabut.
b. penonton epl (atau mungkin league lain juge): duduk tempat masing-masing. semua pakai jaket tebal kaler hitam. duduk. hanye berdiri n lompat2 bila gol.


-=malaysia vs uae=-
hahahaha (malas nak cerita). tapi apehal penonton mesia baling botol pastu kene kat coach uae? bersopan-santun sungguh rakyat mesia nih kan?


-="M-League is not football"=-
dengan selambenye B. Sathianathan ckp camtu. byk sgt politik la kat sukan mesia nih.

Thursday, January 22, 2009

art attack

aku rase semua org suke tengok art attack.

dan aku bebetul rasa neil buchanan adelah seorang art genius.

mase kecik dulu, disney channel takde lagi. so tengok kat tv3 je. pastu sekejap je cite tu tayang. pastu takde dah. bile dah ade disney cenel baru leh tengok balik. tapi neil cam tak tua2 pon?

dulu2 faveret tv show aku selain art attack ialah maero attack. (eh baru skrg aku pasan dua2 ade 'attack'). cite oshin pun selalu tengok tapi sebenanye opahsyamiel yg suke cite tu. dah besar sikit, baru layan mcgyver. barulah cool boleh cerita ngan kawan2 skolah. ade lagi satu feveret, full house. tapi selain dari mary-kate & ashley, pelakon lain2 cam senyap je skrg kan? sila dapatkan info tentang mereka di channel E!

maero attack - cite pasal volleyball. tapi aku siyes tak reti main volleyball.

art attack - cite pasal art. aku tak reti mengeart & mendesign. ade gak la try2, tapi cam tahpape.


mase aku membabysitkan anak2 abg aku dulu, n mase diorg baru nak belaja conteng-menconteng, aku pun mengapplykan ape yg aku belaja kat art attack dulu2. satu lesson dia yg paling senang je. teknik cakar ayam.



step 1: mule2 conteng2 aje camni.



step 2: pastu kaler2kan dalam dia camni. kaler pakai kaler pensel je (dulu2 mane reti gune paint lagi. budak yang masuk kelas komputer bawak disket besar aje reti guna pc. tu pun setakat belaja lotus 123. aku agak je ni sbb aku pun tak masuk kelas komputer).



step 3: tadaaa!



phew, aku harap anak sedara aku anggap maksu diorg adalah seorang art genius jugak.

Wednesday, January 21, 2009

tidur sambil keje

aku kdg2 selalu gak sleeptalk (kdg2 ke selalu?). apehal bile ayahsyamiel kejut smlm pastu aku leh ckp "bayar lkm tahun 2001" pastu ayahsyamiel tanya apedia? aku jwb lagi "roadtax taun 2001". apekah?

pastu aku bermimpi pasal token ring plak. sbb siangnye aku plan nak stadi pasal token ring yg kitorg diskaskan dalam miting. ah bende paling tak best bile belajar it ialah network. sampai skrg aku masih tak suke.

ok aku pun tak paham ape sebenarnye tujuan aku post entry yg ni.

Thursday, January 15, 2009

saiber

sket lagi it dept kitorg kene pindah cyberjaya.

pasni kite akan menjadi lebih cyber.

jadi marilah kite berjalan2 di opis baru yg belum siap ini sbg persiapan utk menyaiberkan diri.

ini data centre ke pusat islam? mebi dulu bangunan ni nak buat pusat islam tapi tak jadi. pastu bagi kitorg amik buat opis.

gym - supaya kami boleh cube menguruskan badan. tengok model dalam gambar, kurus kan?


tempat isap rokok, buang & makan angin



aku saje2 snap dgn harapan abg ni jatuh. so aku leh buat duit ngan gambar ni. tapi tak jatuh plak.



pembuat2 bangunan lepak kat umah ni. siap ade astro lagi.



jambatan langit. tak sampai ke kerajaan langit pon.


lupa part 2

apsal bila aku datang lambat ke opis, aku tak lupa punch card?

tapi bile aku datang awal ke opis, aku sallu lupa nak punch card aku?

patutkah aku buat2 lupa punch apabila aku lambat?

Wednesday, January 14, 2009

ha jom!!!

arini aku bace status ym sorang kawan kat opis lama, kenah: "kepada geng dota ex-mmsc serdang, ha jom seround!"

status gini amat mengembalikan nostalgia manis kat mmsc. heheh.

kesah bermula around bulan mac - mei 2006. seseorang telah terjumpe file warcraft 3 kat pc dia kat opis.

pastu kerk ajak apis main. apis sebelum tu suke main cs sorang2. pastu kenah terjebak. pastu fandi. pastu loco. pastu zack. pastu wan. wan main sekejap tapi dia tak minat. pastu fly. pastu aku mase tu cam belagak "ah aku tak reti la main strategy game nih". pastu kenah menyetankan aku gak. dia asik ajak2. oh ye, kenah duduk sebelah aku. pastu aku tak tahan godaan dia, so aku pun terjebak. mane aci aku sorg pompwan. aku ajak lina join same. amdi pun sama. dan juge man. kebanyakan yg terjebak ni programmer. gd pun ade. diikuti ngan animator ngan storyboarder. ade sorg lagi pompwan, muza, dia main skali aje pastu takmo dah.

di sini saye nak mintak maaf kat sumer ex-bos2 kitorg dulu atas perangai kitorang ni. harapnye apology accepted.

mase main warcraft 3, sumer dah ade identiti sendiri. tp yg aku ingat,

lina: pengkumpul duit. kalo jumpe byk umah kecik, dia punye la tu. kalau tengah2 utan tetibe ade building, tu pun dia punye gak. dia ni baik ati, tak suke perang2. kalo duit kite tak cukup, boleh mintak dia. patut la skrg keje kat lhdn. suke kumpul duit.

man: dia jarang main. dia sempat belajar buat askar kuda aje. so dia akan buat lumba kuda kat bulatan map. pastu dia dah resign sbb dapat keje gomen.

selepas bosan main warcraft 3, kitorg main dota all-stars plak. takde dah create askar. takde dah buat building, takde carik gold mine. gadoh aje.

ini screen starting utk dota

3 dari kiri tu hero fave kenah


ni identiti budak2 dlm dota plak:

apis: paling rajin. takde kawan ajak main pun takpe, dia leh je main online kat gg.

kerk: bagi je ape2 hero, semua dia terer main.

kenah: juara belagak. sile jangan bagi dia menang. nanti dia akan belagak. hehe.

fandi: juara emo. sile jangan bagi dia kalah, nanti dia emo. kalo dia menang pun dia emo jugak. psangan gaduh sejati dgn kenah. oh ye, bini dia duduk kat level bawah. so kalau dah kul 6 lebih, aliza call ngan message dia tak balas, bile aliza naik aje, kantoi la dia. hehe....

zack: enjoy main. tak kesah la menang ke tak.


loco: enjoy je main gak. kalo dia byk keje, siap suruh kitorg main, "dpt tengok korang main pun jadila"

amdi: satu2nye storyboarder yg terjebak dlm wc.

fly: dia duduk paling dekat ngan bos2 pun berani main. ingat lagi dulu2 dia selalu sesat dlm utan. hehe.

sue: underdog aje. pantang diajak jugak. tak kesahla menang ke kalah, janji enjoy.


from left: lina, sue, yati (dia suci, tak terlibat), man, kerk, kenah, zack. tengah: apis.


lame gak kitorg terjebak dlm aktiviti riadah ni. dekat 2 tahun. last sekali aku main, mase tu perut pun dah besar, syamiel dah 6 bulan duduk dlm perut. hehe.


skrg sumer dah benti dan dah bwk haluan memasing. drpd semua bujang kecuali fly, skrg ramai dah ade anak sorg.


tapi skrg, dah takde dah aktiviti2 lagha camtu. huhu....

@ sunway, ahad lepas

dia ni parking ke hape. kete duduk tengah jalan. dalam kete takde org. tayar pusing. konpius....

Monday, January 12, 2009

di-

dah lame tinggalkan zaman skolah.

walaupun kat blog ni aku lebih selesa guna bahase rojak, tapi bila aku serius, aku tak suke tengok kesalahan bahasa ni, kalau bm tu aku konfiden la yg mane betul, yg mane salah, sbb ini bahasa mother tongue aku. kalau english plak, selalu gak jumpe kesalahan tapi kene tanye org dulu betul ke tak perasaan aku yg bahase yg digunakan tu salah. hehe perasaan tak konfiden selalu je ade....

bile bace sokkabar, iklan, atau kat mane2 yg ade tulisan, kita selalu jumpa imbuhan di-.

mase darjah 1 ke darjah 4 ek, aku pun dah tak ingat, ateh (abg no 5) ade ajar, cemane nak bezakan imbuhan 'di' yg rapat dengan imbuhan 'di' yang jauh. jawapannye ialah: semuanye rapat kecuali kalau melibatkan tempat. itu saje. itu yg aku ingat sampai sekarang.

contoh:
dimakan
ditolak
dikejar
di sekolah (senang je kan, 'sekolah' tu menunjukkan tempat)
di sana ('sana' tu pun merefer kepada tempat. kan aku dah guna bahasa rojak.)

imbuhan 'ke' pun lebih kurang cam 'di' gak la...kalo melibatkan tempat aje, jarakkan.
contoh:
ke pasar
ke sana
ke mana
(eh rasa macam semua imbuhan 'ke-' tu utk tempat ek? ntah, nanti aku cek balik. lagipun fokus entry ini ialah imbuhan 'di-')

ini contoh yg mungkin membuat kite sedikit confused:
ke arah ('arah' menunjukkan tempat)
diarah ('arah' utk yg ni merujuk kepada perbuatan mengarah, mcm disuruh)

so basically, cuma ingat perkataan tu merujuk kepada tempat ke tidak. kalau tempat, jarak, kalau bukan tempat, rapat. simple kan?

tapi yg peliknye, selalu sangat jumpa orang ikut suka aje nak rapat ke nak jarak. kat sokkabar utusan malaysia pun selalu jumpa lak tu. makes me wonder, adekah aku yg dah ketinggalan zaman? adekah dbp dah tukar standard baru?

tapi setau aku tak.

hangen

opis hour start 8.30am.

8.00am, aku dah masuk putrajaya. 5 minit lagi leh la masuk opis. awal gak aku arini.

tetibe jem tak bergerak punye. satu jam masih kat jalan yg sama. tak pernah2 jem kat situ.

takde ape2 sebab punye jem plak tu. hangen tak.

so aku masuk opis kul 8.57am.

sekian terima kasih.

Friday, January 9, 2009

yahudi kasik comment kat aku

sape2 yg ade rase nak hentam yahudi, sila tengok

http://suhanazainal.blogspot.com/2009/01/never-ending-story.html

kat comment utk entry tu, ada sorang yahudi mengaku dari israel ade kasik comment kat situ. sile hentam dia tak kesahla kat blog ni atau kat blog dia.

tapi aku tak faham ape dia tulis dlm blog dia.

tapi dia reti cakap omputeh.

Thursday, January 8, 2009

qalqalah wusto?

aku bukanla terel sangat. mmg tak terel pon.

tapi lepas tengok 'mari mengaji' yg pengacara dia ustat zamri 'mantop' tu, terasa byknye yg kite taktau. betul la org ckp "semakin byk mende kite tau, lagi byk kita tak tau".


mase kecik dulu ustazah aku ajar qalqalah ade dua jenis,

1. qalqalah sughra - kat tengah ayat

2. qalqalah qubra - kat hujung ayat atau mane2 yg kite waqafkan.

tapi ustat zamri mantop cam ade sebut lagi satu qalqalah pulak: 'qalqalah wusto'. uish...aku tak pernah dengar yg lagi satu ni.

ade sesape leh explain? mari share supaye lagi ramai akan lebih tau dan lebih rasa taktau.

thanks kpd yg memberi komen.

rasanya susunan dia camni:

1. qalqalah sughra - huruf qalqalah mati kat tengah ayat

2. qalqalah wusto- kat hujung ayat atau mane2 yg kite waqafkan.

3. qalqalah qubra - kat hujung ayat atau mane2 yg kite waqafkan yg ada sabdu.

rasenye la. tapi ini tak konfem sgt. kene tanya direct ngan pakar dulu.

kite boleh belajar lagi kat sini: http://iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=48&thread_id=5328

peringatan: jangan percaya 100% kat sumber internet. belajarla dgn org yg betul.

mengetag

T&C:

1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di bawah untuk diletakkan di blog anda.

(psst...kenapa kene spell '3logger'? bukan 'blogger' ke? pastu siapa Cute? kenapa dia bagi award?

contoh: piala seri endon. kita kenal la sapa endon yg dimaksudkan. tapi cute's 3logger (blogger) award, siapa cute?

ade sedikit perasaan tak faham pada nama award tersebut. )


2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

kak ain. dia ex-bos kat mmsc. dia seorang kakak yg sangat cool. kalau dia cool, hubby dia cook. oh ye, diorg ni penganten baru. dia tak pernah marah kitorg directly. tegur pun baik2. dia bongsu. walaupun dah besar tapi masih susah nak keluar malam (mase dia belum kawen. hehe).

suya. seorang buddy mase matrik smpi skrg. byk buat mende2 gile ngan dia. kalau mende2 1st time pun ngan dia. 'last time n taknak buat lagi' punye keje pun ade ngan dia. same ngan aku kuat makan. selalu tak tahan tengok dugaan sale. suke buat muke kiut. eh a'ah kan name award ni cute. dia ade pakcik yg best. kpd single-mingle di luar sana, suya ada seorang abg yg belum kawen. dan juge nenek yg single.

roha. kawan kat mmsc juge. selalu sangat aku duduk satu team ngan dia pojek yg sama. kalu satu senarai tajuk pojek tu, biasenye 'graphic designer: roha, programmer: sue'. good match kot. hehe. yep, paling rapat ngan dia kat mara. minah ni pun antu shopping jugak. dan selalu tukar henfon sbb ilang la, jatuh bawah la, etc..

eh, wat a coincidence, semua org yg di atas ni bongsu. org bongsu ni kiut kot? :-D

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.

a. bile makan, orang cakap saye makan dengan sangat tekun dan menghayati makanan. sebenanye saye kene kunyah betul2 sbb tekak saye sangat sensitif, senang sangat tercekik tulang, bawang, ikan bilis, etc.

b. suke tengok sitcom berbanding series. sbb sitcom tak perlu follow semua episod.

c. senang terperasan ejaan salah kat iklan tv, banner, signboard, laporan, borang, sokkabar, mane2 je lah. kalau kat iklan tv, kesalahan ejaan tu appear sekejap sgt pun boleh perasan. tapi kalau aku sendiri tulis ape2, ade gak terbuat ejaan salah. biasela manusia, salah org senang nampak, salah sendiri salu tak nampak. ngeh ngeh ngeh. tapi siape2 nak lantik aku qa kan korang punye ejaan? sila contact saye.

d. aku berjalan cam kawad. hihi....

e. ade sedikit low self-esteem. caner nak ilangkan ni hah?

f. adik-beradik semua pakai spek seramai 8 org. kalau korang dtg umah, leh kenal kot, semua muke sepesen. kaler aje ade lain2 sikit.

g. mase sekolah rendah, sgt layan UB40. big mountain pun. oh dulu aku suke reggae rupenye.

h. suke budak kecik.

i. tak suke binatang. tapi kalo binatang tu tak ganggu hidup aku, aku suke. macam kalau yg dalam sangkar ke, kat zoo ke, okla. tapi kalau aku tgh makan kat restoran pastu dok catwalk kat kaki aku tu apa barang beb! aku tak kaco ko, ko jgn kaco idup aku (ditujukan pd kucing2 yg suke sebok dtg kat aku)

j. tak kuat lari. kalau kat skolah ade kene lari2, mesti aku selalu lari2 slow2 kat belakang sekali bersama aishah. tapi walaupun dia tak kuat lari, dia dah jadi dokter skrg. aku pun dokter jugak

la dah 10 dah. tengah bersemangat nak tulis lagi nih.


4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.

  1. suya

  2. lina

  3. zakwan (aku konfiden mamat ni malas nak layan tag2 ni punye)

  4. wahdi

  5. atun

  6. caki

  7. papa

  8. jal (kalau dia dah kene tag, boleh tag dia lagi ke? sila buat dua kali)

  9. roha (pun dah kene tag dgn kak ain)

  10. soul (pun kene buat dua kali juge)


5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan "anda telah ditag - sila layari blog Love Today untuk mendapatkan award anda".

Baiklah.

ape aku dapat lepas buat mende ni? sticker? poster? reward point?

kpd orang yg aku tag, sekati la nak buat ke tak. bukan fardhu kifayah.

Wednesday, January 7, 2009

never ending story

i get pissed off with this never ending story.

we can just express our feelings, without having the power to stop the war (is 'mortar vs small rocks' can be considered as 'war'?).

boycott their product? i'll start with stop buying my starbucks' javachip frappuccino. coffee is not good for me & syamiel anyway.

malaysians out there, let's donate to NSTP Fund For Gaza (Maybank 5141 0532 0501). imagine if one malaysian donate rm1, then we will have about rm26million for the fund.

i'm not going to publish photos of the victims in this entry, it really hurt my feelings. it might hurt yours, too.


we never declare israel as a country. they are laknatullah.

Tuesday, January 6, 2009

jalan2 carik lauk penganten

since december last year sampai la awal januari this year, sangat byk orgkawen.

biasenye setakat satu ari ade dua tige majlis tu, no hal aje nak attend semua. paling kurang pun dua la biasenye.

tapi skrg ni mcm takde rezeki pulak nak attend lebih dari satu majlis in one day.
aritu 27hb dec dah attend majlis2 @ cheras/jiran tetangge, tapi tak dpt attend wedding munies @ seri kembangan. sorilaa beb. kan kite semua dah kene sound kat blog dia.

1 januari pun ade dua wedding gak. plus kene antar my 6th brudder ke klia sbb dia nak balik jakarta. pastu dua2 wedding aritu ialah wedding celebrity. satu kat sah alam, satu lagi kat damansara.

satu lagi mission impossible utk attend dua2 majlis. lepas ayahsyamiel antar abg ke klia, jam dah kul 2.30 baru gerak ke shah alam. sampai kat umah penganten, duduk kat meja, pastu caterer dok hulur lauk2 penganten kat kitorg. sbb caterernye ialah abg ipar gue. kakak penganten pule ialah kakak ipar gue.

syamiel malas nak pose sbb tgh ngantuk



syamiel baru terperasan yg berdiri kat belakang dia tu ialah two national bowlers. yg pakai tudung maroon tu selalu jadi women's world no 1.

lepas setel lepak kat wedding azidi & shalin kat sah alam, jam dah 4pm. konfem tak sempat nak pegi majlis satu lagi kat dewan kat ttdi damansara, wedding zaff suria fm. dia ni klasmet mase skola rendah & menengah. dan juge jiran jalan minang. apsal tak wat kenduri kat umah je zaf, konfem kitorg leh pegi.

selamat berkawen kepada semua penganten. n sori to those yg sy tak dapat attend majlis korang. biasela tu, mase wedding aku dulu pun, ade je even best friend pun tak dpt dtg. dah ade hal, nak wat cemane kan?

Related Posts with Thumbnails